The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kualitiupnm, 2023-02-06 22:24:13

e-Berita BJKPD edisi Ogos 2022

e-Berita BJKPD edisi Ogos 2022

Keywords: e-Berita,Ogos 2022,berita bjkpd

O G O S E D I S I 2 0 2 2 B U L A N A U D I T D A L A M S P K M S I S O 9 0 0 1 : 2 0 1 5 M U K A S U R A T 1 - 3 02 Ogos 2022, Satu Mesyuarat Audit Dalam SPK MS ISO 9001:2015 Bil.2/2022 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat TNC (Penyelidikan dan Inovasi). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Yusmawati binti Wan Yusoff, Ketua Auditor Dalaman SPK MS ISO 9001:2015. Mesyuarat ini dihadiri oleh auditor-auditor dalaman bagi membincangkan Perancangan Audit Dalam Bil.2 pada tahun ini. Pembahagian kumpulan turut di bentangkan bagi pemakluman semua para auditor. MESYUARAT AUDIT DALAM SPK MS ISO 9001:2015 BIL. 02/2022 K U R S U S K E S E D A R A N E - A D U A N M U K A S U R A T 4 M E S Y U A R A T B J K P D B I L . 4 / 2 0 2 2 M U K A S U R A T 5 S A R I N G A N K I K M U K A S U R A T 5


MESYUARAT PENUTUP AUDIT DALAM SPK MS ISO 9001:2015 BIL. 02/2022 M U K A S U R A T 2 O G O S E D I S I 2 0 2 2 MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAM SPK MS ISO 9001:2015 DAN SPK BERASASKAN SYARIAH (MS 1900:2014) BIL. 02/2022 15 Ogos 2022, Satu Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam Bil.2/2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat dan secara atas talian Microsoft TEAMS. 19 Ogos 2022, Mesyuarat Penutup Audit Dalam Bil.2/2022 juga telah diadakan secara hybrid, atas talian Microsoft TEAMS dan Bilik Mesyuarat Senat. Mesyuarat ini bagi mendengar pelaporan keseluruhan Audit Dalam oleh Ketua Auditor Dalaman.


M U K A S U R A T 3 O G O S E D I S I 2 0 2 2 AUDIT DALAM SPK MS ISO 9001:2015 BIL. 2/2022 15 - 17 OGOS 2022 Berikut merupakan Galeri Foto sepanjang Audit Dalam SPK MS ISO 9001:2015 berlangsung di seluruh UPNM. Antara Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) yang diaudit adalah Unit Kaunseling, HEPA, Pusat Bahasa dan Bahagian Keselamatan. Seramai 27 Auditor yang terlibat pada kali ini dan 29 FPJB (Auditee) yang melibatkan skop pengauditan seperti Konteks Organisasi, Kajian Semula Pengurusan, Audit Dalam, Penambahbaikan Berterusan, Tindakan Pembetulan, Pengurusan Aduan, Pengurusan Risiko, Penggunaan Logo dan Prestasi terhadap Pelanggan.


M U K A S U R A T 4 O G O S E D I S I 2 0 2 2 9 Ogos 2022, Bertempat di Bilik Sipadan Pusat Marin, UPNM, BJKPD telah menganjurkan satu Kursus Kesedaran e-Aduan UPNM yang melibatkan moderator e-Aduan daripada semua FPJB. Kursus ini bertujuan bagi memberi penerangan berkaitan tatacara penggunaan yang betul sistem e-Aduan bagi moderator yang baharu dan penambahbaikan berterusan kepada moderator yang lama dalam memberi maklum balas aduan. Kursus ini turut dihadiri oleh Pengurus Kualiti, UPNM, Brig Jen Prof. Ir Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara) untuk memberi kata-kata aluan bagi kursus tersebut.


M U K A S U R A T 5 O G O S E D I S I 2 0 2 2 MESYUARAT BJKPD BIL.4/2022 12 Ogos 2022, Satu mesyuarat Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) Bil.4/2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pembangunan Akademik (PPA). Mesyuarat ini di Pengerusikan oleh Prof. Dr. Hj Hasan Al-Banna bin Mohamed selaku Pengarah BJKPD dan dihadiri oleh semua staf BJKPD. 25 Ogos 2022, Proses Saringan Peringkat UPNM (Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) telah berlangsung di Pusat Marin UPNM. Juri KIK pada hari tersebut ialah Encik Janudin bin Bakar. Sebanyak dua kumpulan yang menyertai KIK pada tahun ini iaitu kumpulan daripada Fakulti Kejuruteraan (FKj) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).


M U K A S U R A T 6 -TAMATO G O S E D I S I 2 0 2 2 26 Ogos 2022, Program bulanan usahawan staf yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar ini adalah salah satu inisiatif yang terbaik bagi menggalakkan staf untuk berniaga disamping dapat membantu menjana pendapatan tambahan. BJKPD tidak terkecuali dalam mengambil peluang ini untuk menambah hasil duit kelab kami. Antara jualan BJKPD adalah Keropok, Sosej goreng, Nuget Goreng, Bebola Goreng dan Air Kotak Pelbagai Perisa. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE -65


Click to View FlipBook Version