DIARI PENJODOH BILANGAN
Nama : Muhammad Syazzie Nabil
Kelas : 2 Reflective
Nama Guru : Puan Saadiah Bohari
SEEKOR
❖ Digunakan untuk haiwan sahaja .
❖ Contohnya seperti :
- seekor kucing
- seekor anjing
- seekor tikus
❖ Contoh ayat :
- seekor kambing sedang memakan rumput di padang
bola.
SEBUAH
❖ Digunakan untuk objek .
❖ Contohnya seperti :
- sebuah bas
- sebuah rumah
- sebuah pulau
❖ Contoh ayat :
- Ayah saya telah membeli sebuah kereta baharu untuk
dihadiahkan kepada abang saya bersempena dengan
hari jadinya .
SEHELAI
❖ Merujuk kepada sesuatu yang nipis atau halus .
❖ Contohnya seperti :
- sehelai daun
- sehelai kertas
- sehelai baju
❖ Contoh ayat :
- Pasukan bola sepak sekolah telah diberikan sehelai
baju percuma sebagai tanda penghargaan kepada
mereka yang telah mengikuti pertandingan bola sepak
peringkat sekolah .
SEBILAH
❖ Merujuk kepada benda yang tajam dan runcing .
❖ Contohnya seperti :
- sebilah jarum
- sebilah pisau
- sebilah gunting
❖ Contoh ayat :
- Ayu memotong kek hari jadinya menggunakan
sebilah pisau .
SEBATANG
❖ Digunakan untuk benda yang lurus , Panjang dan keras .
❖ Contohnya seperti :
- sebatang pembaris
- sebatang pensel
- sebatang kayu
❖ Contoh ayat :
- Nina ingin meminjam sebatang pensel daripada Faiz
kerana dia terlupa untuk membawa penselnya ke
sekolah .
SEBIJI
❖ Digunakan untuk bua-buahan dan benda yang berbentuk
bulat .
❖ Contohnya seperti :
- sebiji bola
- sebiji manggis
- sebiji guli
❖ Contoh ayat :
- Nana memakan sebiji buah epal yang dibeli oleh
ibunya di pasar .
SEBUNGKUS
❖ Digunakan untuk kumpulan benda yang dibalut .
❖ Contohnya seperti :
- sebungkus nasi lemak
- sebungkus coklat
- sebungkus hadiah
❖ Contoh ayat :
- Ibu membeli sebungkus nasi lemak untuk Abu
membawanya ke sekolah agar dapat dimakan pada
waktu rehat .
SEGULUNG
❖ Digunakan untuk membilang benda yang Panjang dan
bergulung .
❖ Contohnya seperti :
- segulung filem
- segulung tikar
- segulung kain
❖ Contoh ayat :
- Ibu membeli segulung tikar yang diperbuat daripada
getah untuk dibentangkan di ruang tamu .
SEIKAT
❖ Digunakan untuk benda yang telah diikat .
❖ Contohnya seperti :
- seikat sayur
- seikat kayu
- seikat sirih
❖ Contoh ayat :
- Aminah memberi seikat sayur kangkong hasil
daripada tanaman sayur-sayuran yang ditanam
olehnya sendiri .
SEKIAN TERIMA
KASIH