TUGASAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG
FONOLOGI
TAJUK:STRUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU
NAMA PENUH:NUR AZRA ALLIESYA BINTI
MOHD NASRON
KELAS:UMK SEM 1
ISI KANDUNGAN:
2.3 STRUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU
2.3.1 STRUKTUR SUKU KATA ASLI BAHASA MELAYU
2.3.2 STRUKTUR SUKU KATA-KATA PINJAMAN
-JENIS-JENIS SUKU KATA
-PENYUKUAN KATA
-PENYUKUAN KATA TERBITAN
-KONSANAN RANGKAP
2.3 STRUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU
(i) Suku kata ialah unit bunyi yang membentuk kata.Suku kata boleh
terdiri daripada satu bunyi vokal atau gabungan antara vokal konsanan.
(ii) Suku kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada sebelas pola;
daripadanya merupakan suku kata asli bahasa Melayu,manakala yang
tujuh lagi ialah pola suku kata pinjaman.
2.3.1 struktur suku kata asli bahasa melayu
Bil Pola Contoh
1. V u - bat, a - ku, i – tu, e – ka, o – bor.
2. KV ku – bu, sa –tu, ba –ta, ka – ki, pu – la, so – to.
3 . VK am –bil, akh – bar, um – pil, ar tis, ing – kar, en – teng.
4. KVK ham – par, ken – tal, ter – bang, kan – dang, ker – tas.
2.3.2 STRUKTUR SUKU KATA KATA PINJAMAN
Bil Pola Contoh
1. KKV sta – tik, tra-ge-di, kro- nik
2. KKVK tran – sak – si, prak- tis, plas- tik
3. KVKK bank, golf, im-port
4. KKKV stra –te-gi, ek-sklu –sif, stra-ta
5. KKKVK struk – tur, ab – strak, skrip, spring
6. VKK eks- port, eks-trim, eks –pat- ri-at
7. KKVKK kom- pleks, plank- ton, re-tro-fleks
Jenis-jenis suku kata
Suku kata terbahagi kepada dua iaitu suku kata terbuka dan suku kata
tertutup.Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh bunyi vokal,
misalnya si-ku, sa-ku, sa-ya, bu-a-ya dan ma –ri.
Suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh bunyi konsanan,
misalnya kun – tum, sem – bang, sung – guh, ber – nang, ger – sang,pan – tas
dan ter – kam.
PENYUKUAN KATA
Penyukuan kata bagi sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu dibuat
berasaskan kehadiran vokal.Hal ini disebabkan satu vokal membentuk
satu vokal membentuk satu suku kata.Vokal tersebut boleh terdiri daripada
satu vokal sahaja ataupun didahului atau diakhiri oleh bunyi konsanan.
• Beberapa contoh penyukuan kata bagi kata tunggal dengan
tunggal dengan pola suku kata asli bahasa Melayu
Pola Contoh
VK am, ok
V - VK a – ir, a – is
V - KV a – yu, i - bu
KV ku,ya
V - KVK a –tur, a -kar
VK - KV ang – ka, am - pu
Pola Contoh
VK - KVK pa – tut, ku - rus
KV - V di –a, ri - a
KV - VK ku - ak, mu - at
KV - KV ba – pa, sa -pu
KV - KVK ka – sut, be -rat
KVK - KV tum – pu, rak -sa
KVK -KVK kam – pung, sam - ping
PENYUKUAN KATA TERBITAN
Ada dua cara pemisahan suku kata bagi kata terbitan.Pertama,
dibuat dengan menggunakan prinsip morfologi,iaitu melihat proses
pembentukannya.Caranya adalah dengan melakukan pemisahan imbuhan
(termasuk awalan yang mengalami perubahan morfofonem),dan partikel
daripada kata dasar terlebih dahulu,kemudian barulah dilakukan penyukuan
kata dasarnya.Contohnya:
PERKATAAN PENYUKUAN KATA
melawat : me-la-wat
ketahuan : ke-ta-hu-an
belajar : bel-a-jar
berterusan : ber-te-rus-an
berikan : be-ri-kan, atau ber-i-kan
memperlakukan : mem-per-la-ku-kan
memperlihatkan : mem-per-li-hat-kan
PERKATAAN PENYUKUAN KATA
penduaan : pen-du-a-an
mengetahui : me-nge-ta-hu-i
persembahannya : per-sem-bah-an-nya
kemeriahan : ke-me ri-ah-an
permainkan : per-ma-in-kan
Cara kedua berasaskan sebutan sesuatu perkataan itu,iaitu
berdasarkan aspek fonologi.Contohnya:
PERKATAAN PENYUKUAN KATA
melawat : [ me-la-wat]
ketahuan : [ ke-ta-hu-wan]
belajar : [ be-la-jar]
berterusan : [ ber-te-ru-san]
berikan : [ be-ri-kan], atau [ ber-i-kan]
memperlakukan : [ mem-per-la-ku-kan]
PERKATAAN PENYUKUAN KATA
memperlihatkan : [ mem-per-li-hat-kan]
penduaan : [ pen-du-wa-an]
menjalani : [ men-ja-la-ni]
persembahannya : [ per-sem-ba-han-nya]
kemeriahan : [ ke-me-ri-ya-han]
permainkan : [per-ma-yin-kan]
konsanan rangkap
• Konsanan rangkap ialah dua atau beberapa konsanan hadir secara berturutan
dalam satu suku kata dalam sesuatu perkataan.
• Konsonan rangkap merupakan pengaruh daripada bahasa pinjaman,
terutamanya bahasa Inggeris.
Contoh:
drama, bank, kompleks, standard, indeks, protokol, sains, graf, strategik,
straw, praktikal.
• Konsanan rangkap berbeza dengan digraf.Digraf ialah dua huruf yang mewakili
satu bunyi atau satu fonem. Contoh: ng,sy, ng,dan kh.
SEKIAN TERIMA KASIH
KASIH KERANA SUDI MEMBACA
BAHAN BACAAN DALAM SLIDE
PEMBENTANGAN SAYA INI.