The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Azra, 2021-04-18 00:39:43

FRASA SENDI NAMA

BAHASA MELAYU SEM 2
BAHAGIAN 2:BIDANG SINTAKSIS

BAB 11:FRASA SENDI NAMA
DISEDIAKAN OLEH NUR AZRA ALLIESYA

BINTI MOHD NASRON
KELAS:UTEM SEM 2

11.0 PENGENALAN

• Frasa sendi nama terdiri daripada satu kata sendi nama dan
diikuti oleh kata nama dan dikuti oleh kata nama atau frasa
nama sebagai pelengkap.

• Frasa sendi nama tidak mempunyai inti keterangan,atau
penerang.Maksudnya,ia tidak ada sebarang unsur dalam
frasa itu yang boleh mewakili seluruh frasa tersebut.

• Frasa sendi nama bukan frasa utama.Dengan demikian,dalam
ayat,frasa ini boleh digugurkan dan ayat masih mempunyai
makna yang lengkap.

• Frasa sendi nama tidak boleh menduduki konstituen subjek.

11.1 BINAAN FRASA SENDI NAMA

Kata sendi nama + Frasa nama

BINAAN FRASA Kata sendi nama + Kata arah +
SENDI NAMA Frasa Nama

Kata sendi nama + Frasa nama
+ Keterangan

Kata sendi nama + Kata arah +
Frasa nama + Keterangan

11.1.1 BINAAN KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA

CONTOHNYA:  di pusat latihan belia
 kerana adik angkatnya
 dengan ibu saya  dari ibu pejabat
 pada pagi itu  di sudut kiri
 dengan keretanya
 kepada para pelajar

11.1.2 KATA SENDI NAMA + KATA ARAH +FRASA
NAMA

CONTOHNYA: 4) di dalam laci meja
5) di atas bumbung
1) Di hadapan kilang 6) dari pinggir bandar
2) ke utara negeri itu 7) ke samping saya
3) ke tepi jalan
4) di penjuru katil

11.1.3 KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA + KETERANGAN

Frasa sendi nama boleh diikuti oleh keterangan,misalnya keterangan
waktu,keterangan tempat,keterangan penyertaan,dan keterangan hal

CONTOHNYA:

(a) Saya ke Amerika Syarikat pada bulan lalu.(keterangan waktu)

(b) Gadis itu dari kampung dengan ayahnya.(Keterangan penyertaan)

(C) Mereka berbincang tentang masalah pendidikan anak-anak desa.
(Keterangan hal)

(d) Kemalangan itu berlaku pada petang semalam di depan kedai
itu.(Keterangan waktu)

11.1.4 KATA SENDI NAMA + KATA ARAH + FRASA
NAMA + KETERANGAN

Frasa nama dalam binaan 11.1.3 boleh menerima kata arah
sebelum frasa nama.

CONTOHNYA:

1) Budak itu berlari ke tepi jalan dengan cepatnya.
2) Ada corak menarik di tengah kain batik sutera buatan Jepunnya.
3) Mereka menetap di utara bandar itu sejak dua tahun lalu.
4) Lori itu terbalas ke kiri jalan dengan tiba-tiba
5) Lukanya itu di hujung jari kaki di bahagian bawah.

Dalam penggunaan,bagi tujuan perincian,frasa sendi nama
boleh mengandungi lebih daripada satu kata arah.

CONTOH:

(a) Kerusi itu diletakkannya di penjuru sebelah kiri
bilik tidurnya.

(b) Sampul surat itu diselitkannya di sudut atas sebelah
kanan kotak itu.

(c) Tetamu yang dicarikannya itu duduk di penjuru
belakang sebelah kanan dewan makan.

(d) Saya menyimpan dompet saya di dalam laci atas sebelah
kiri meja tulis saya.

Frasa sendi nama boleh diperluas dengan kata
bantu
CONTOH:

1) Kami akan ke sana pada petang esok.
2) Mereka pernah ke sini beberapa kali.
3) Saya masih di sekolah itu pada waktu itu.
4) Abang mahu ke pejabat sekarang.
5) Kamu mesti ke sekolah pada setiap hari.

11.2 POSISI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT
Posisi FSN dalam ayat

Sebagai Sebagai Sebagai Sebagai
predikat Keterangan penerang pelengkap

11.2.1 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI PREDIKAT

Dalam ayat,frasa sendi nama menduduki konstituen predikat.

CONTOH:

1) Pengurus itu di dalam bilik pengarah. 3) Mereka sekarang
di seberang laut.
2) Burung itu di dahan pohon rendang.
4) Buku saya pada adik
saya.

11.2.2 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI KETERANGAN

Frasa sendi nama sebagai keterangan berfungsi meneranngkan
kata kerja dan kata adjektif.

11.2.2.1 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI KETERANGAN
FRASA KERJA

CONTOH:

a) Adik dan ibu membeli buah itu di pasar malam.

b) Dia dan adiknya bertolak pada petang semalam.

c) Kami bersoal jawab tentang permasalahan negara.

d) Ayah memotong dahan pokok dengan parang
panjang.

11.2.2.2 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI
KETERANGAN FRASA ADJEKTIF

CONTOH:

1) Dia sopan santun seperti ibunya.

2) Kita mesti berani demi perjuangan suci ini.

3) Dia begitu lemah selepas waktu zohor tadi.

4) Kamu harus rajin dari sekarang lagi.

11.2.3 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI PENERANG

Frasa sendi nama boleh juga menjadi penerang
Bagi kata nama atau frasa nama.

CONTOH:

a) Buku-buku di kedai itu mahal harganya.

b) Pekedai itu menjadi sayur-sayuran dari kundasang.

c) Lagu itu lagu terbaharu Datuk Jamal Abdillah

d) Gambar keluarga pada dinding rumah itu masih elok.

11.2.4 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI PENUTUP

Frasa sendi nama juga boleh menjadi pelengkap
Bagi frasa kerja tak transitif berpelengkap.
CONTOH:

1) Pengantin lelaki akan menetap di rumah pengantin
perempuan.

2) Keluarga saya bermastautin di kampung Melayu.
3) Mereka berdua menginap di rumah kami.
4) Kesetiaan mereka berpaut pada janji.

Penggunaan Dua Kata Sendi nama dengan Kata
Hubung Setara dalam Ayat

Mengikut Tatabahasa Dewan (2010)

i. Jika dua kata sendi nama kata yang sama

digunakan dengan kata hubung setara,iaitu dan
atau dalam ayat,kata sendi nama itu boleh diulang

dalam kedua-dua unsur.
CONTOH:

a) Mereka berhimpun di dalam dan di luar dewan.
b) Pelajar itu dari sekolah rendah dan dari sekolah

menengah.

ii. Secara pilihan,dalam konteks seperti (i) di
atas,kata sendi nama itu juga boleh digugurkan
dalam unsur kata.
CONTOH:

a) Mereka berhimpun di dalam dan luar dewan.
b) Pelajar itu dari sekolah rendah dan sekolah

menengah.

c) Surat itu dikirim oleh guru dan pihak sekolah.
d) Bantuan itu untuk anak yatim atau ibu tunggal?

iii. Jika kata sendi nama yang digunakan dalam

konteks (i) itu ialah ke maka kata sendi nama
ke itu perlu hadir dalam kedua-kedua unsur.

CONTOH:

a. Ayah ke kedai,kemudian ke pejabat.
b. Budak-budak itu berlarian ke sana dan ke

kanan.

c. Dia menunjuk-nunjuk ke kiri dan ke kanan.
d. Pegawai itu ke atas atau ke bawah?

iv. Jika kata hubung setara tetapi digunakan,maka

kata nafi bukan perlu digunakan sebelum kata
sendi dalam unsur pertama.
CONTOH:

a) Dia bukan tidak tahu tetapi berpura-pura tidak

tahu.

b) Saya bukan kedekut tetapi berjimat.
c) Mereka itu bukan pandai sangat tetapi amat rajin.
d) Dia bukan suka ambil tahu tetapi suka ambil

berat.

v. Jika kata hubung setara tidak digunakan,maka
kata sendi nama yang sesuai harus digunakan
dalam kedua-dua unsur.
CONTOH:

a) Mereka berlari-lari ke hulu ke hilir.
b) Dia memerhatikan saya ke atas ke bawah.
c) Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor begitu

lama.

d) Surat itu daripada ibu kepada saya.

“TERIMA KASIH”

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics &
images by Freepik


Click to View FlipBook Version