The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by STRATCOM PERAK, 2021-03-10 02:01:22

BUKU BANTUAN PERTANIAN

Pertanian itu

salah satu daripada

ibadah,

maka bertanilah

kerana ia

salah satu daripada

kerjaya.

YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan,
Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak

PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA
PERLADANGAN, PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI PERAK

Aras 1, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30100 Ipoh, Perak

© Kit Maklumat & Bantuan
Pertanian Di Bawah Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Perak.

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk, dan dengan apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Pengerusi Jawatankuasa
Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak.

Pihak Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian Dan Industri
Makanan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini mengandungi maklumat
yang tepat dan berautoriti daripada segi perkara yang dibincangkan.

Sekiranya memerlukan khidmat nasihat atau pencerahan lanjutan, sila dapatkan
nasihat dan khidmat profesional daripada pakar-pakar berkelayakan.

Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mempromosikan bantuan dalam sektor
pertanian yang ditawarkan di peringkat agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan
Negeri Perak.

PERUTUSAN
me nte r i be sar
menteri besar
YAB DATO’ HAJI SAARANI BIN MOHAMAD

Portfolio Jawatankuasa Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan merupakan
satu portfolio tunjang kepada pembangunan sektor pertanian dalam negeri ke arah
menjadikan Negeri Perak sebagai sebuah negeri utama dalam pengeluaran hasil
pertanian negara.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Tuan Haji Razman Zakaria di
atas usaha yang berterusan dalam memastikan rakyat Negeri Perak memperoleh
peluang berkualiti khususnya dalam mempertingkatkan agenda taraf ekonomi
rakyat melalui pengeluaran hasil pertanian yang berkapasiti tinggi.

PERUTUSAN
Pe nge r usi jawatankuasa
Pengerusi jawatankuasa
YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA

Dengan penghasilan buku ini maka diharapkan ia menjadi wadah kepada rakyat di
Negeri Perak khususnya untuk lebih mendapat pencerahan mengenai peluang
bantuan yang diusahakan kerajaan dalam bidang sektor perladangan, pertanian
dan industri makanan.

Pemerkasaan dan perubahan mengikut kalis menjadi agenda utama kerajaan
negeri bagi memastikan Negeri Perak kekal bersaing di dalam pasaran pertanian
negara.

1

PORTFOLIO

JAWATANKUASA PERLADANGAN
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

PERLADANGAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

VISI VISI

Menjadikan sektor perladangan Melonjakkan Negeri Perak
sebagai pemacu utama sebagai negeri utama
ekonomi negeri. pengeluaran hasil pertanian
dan sekuriti makanan negara

MISI MISI
Mengupayakan sektor Penggunaan sumber secara
perladangan dan komoditi optimum bagi meningkatkan
melalui transformasi hasil daya saing pengeluaran
melibatkan modal insan, pertanian dan pemprosesan
peningkatan pengeluaran, makanan dalam
teknologi, rantaian sumber dan memaksimumkan hasil
kebolehpasaran hasil pendapatan melalui pertanian
bagi melonjakkan pertumbuhan
ekonomi negeri juga taraf
hidup petani.

2

TERAS KERJA

JAWATANKUASA PERLADANGAN
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

PERLADANGAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

TERAS 1 TERAS 1
MENINGKATKAN PERTUMBUHAN
PRODUKTIVITI SEKTOR PERTANIAN
Membimbing dan menyokong Menggalakkan pertumbuhan sektor
peladang baharu dan sedia ada melalui produktiviti, kualiti dan hasil
bagi memaksimumkan daya pendapatan dengan sokongan dan
penghasilan produk yang lebih bantuan kerajaan / GLC, serta swasta
berkualiti dan terjamin. bagi meningkatkan penembusan
pasaran hasil pertanian dalam dan
luar negeri.

TERAS 2
PEMERKASAAN
SECARA BERSEPADU TERAS 2
Menjadikan sektor ladang sebagai PENYERTAAN
sektor utama melalui perluasan MODAL INSAN
ladang, penguatkuasaan Meningkatkan penyertaan golongan muda
penggunaan tanah secara haram, dan siswazah dalam sektor pertanian
pembangunan modal insan, melalui penjenamaan di dalam bidang
teknologi dan penyelidikan. pertanian sebagai sumber pendapatan.

TERAS 3
MEMPERLUAS TERAS 3
JARINGAN TRANSFORMASI
Meningkatkan pertumbuhan positif PERTANIAN
selaras dengan permintaan domestik Penggunaan teknologi moden sebagai
dan luar negara melalui jaringan pemangkin transformasi industri
penembusan pasaran yang lebih melalui penyelidikan dan kajian bagi
meluas. meningkatkan kualiti serta hasil pengeluaran.
Menjadi pemudah cara melalui penyampaian
maklumat kepada kelompok sasaran
menerusi media sosial dan bahan maklumat
terkini.

3

PROGRAM/INISIATIF/BANTUAN
AGENSI-AGENSI

KERAJAAN DI BAWAH NEGERI PERAK

4

UNIT PERANCANG EKONOMI (UPEN)
NEGERI PERAK

1
PROGRAM PERAK PRIHATIN

Keterangan Bantuan
Bantuan dalam bentuk kad makanan dan kad kesihatan berjumlah RM1,260
setahun. Pemegang kad Perak Prihatin layak untuk membeli barangan
makanan bernilai RM80 sebulan di kedai-kedai runcit yang berdaftar dan
mendapatkan rawatan kesihatan sehingga RM300 setahun di mana-mana
klinik panel terpilih. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web
https://www.perakprihatin.com.

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan

1. Penerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
2. Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
3. Penerima lain yang dikenal pasti oleh Pejabat ADUN berdasarkan kriteria
yang ditetapkan.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 1 - 800 - 22 - 6600
E-mel : [email protected]

2

PROGRAM KHAIRAT KEMATIAN

Keterangan Bantuan

Bantuan RM500 sebagai khairat kematian kepada waris untuk meringankan
beban pengurusan jenazah. Waris boleh membuat tuntutan menerusi Pusat
Khidmat DUN dan Pejabat Daerah mengikut kawasan masing-masing.
Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman web:
https://www.perak.gov.my.

5

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Penerima Bantuan Bulanan JKM;
2. Penerima bantuan bulanan MAIPK;
3. OKU yang berdaftar dengan JKM;
4. KIR berdaftar dengan e-kasih
5. KIR orang asli;
6. Pesara kerajaan yang menerima pencen di bawah RM1,500 dan
berkhidmat di Perak;
7. Imam, bilal, siak yang berdaftar;
8. Paderi sami buddha dan india yang berdaftar dan berkhidmat di Perak;
9. Ketua-Ketua Kampung termasuk ketua kampung baru;
10. Warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas secara automatic layak
untuk menerima bantuan ini;
11. Individu yang meninggal dunia atas sebab kemalangan atau bencana di
bawah umur 60 tahun layak untuk menerima skim ini.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 209 5010
(Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Kebajikan Masyarakat Negeri Perak)

6

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
NEGERI PERAK

1
BANTUAN KEWANGAN BULANAN
(Kategori Individu)

Keterangan Bantuan
Bantuan Kewangan JKM adalah bersifat sementara bagi membantu individu
atau keluarga dalam kalangan produktif dan tidak produktif yang tidak
mampu dan berkeperluan, sehingga dapat dipulihkan untuk hidup berdikari
atau meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti.

Kadar bantuan adalah di antara RM 100 sehingga RM 450 sebulan berdasar-
kan jenis skim bantuan yang diluluskan.

Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui kaedah seperti
berikut:

1.1. Permohonan secara manual menggunakan Borang Permohonan
Bantuan JKM ( Borang JKM18)
1.2. Permohonan melalui surat
1.3. Permohonan melalui E-mel atau lain-lain Media sosial
1.4. Permohonan Secara Atas Talian (Online) Sistem e-Bantuan

Nota : Borang permohonan JKM18 boleh didapati di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah / Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau memuat
turun borang tersebut di laman web www.jkm.gov.my

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia (di daerah tempat
permohonan diproses)
2. Pendapatan individu atau keluarga di bawah Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per
Kapita Semasa;
3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan
mengambil kira lain-lain faktor seperti bilangan anak/ tanggungan yang
tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga
atau ahli keluarga dan lain-lain faktor berkaitan.

7

Maklumat Tambahan
1. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pejabat JKM Daerah di tempat
tinggal pemohon
2. Permohonan akan disiasat dan keputusan akan dimaklumkan kepada
pemohon dalam tempoh 30 hari selepas permohonan lengkap diterima
3. Kelulusan bantuan adalah bagi tempoh satu (1) tahun
4. Dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat kelulusan semasa, kes akan
dibuat kajisemula untuk melihat situasi penama samada bantuan dilanjut
atau ditamatkan.
5. Kegagalan pemohon untuk mengemukakan borang permohonan
perlanjutan tempoh kelulusan / penama
Pegawai Perhubungan Awam

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (Maklumat boleh disemak melalui
direktori laman web www.jkm.gov.my)

2
BANTUAN KEWANGAN KEPADA
PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (NGO)

Keterangan Bantuan

Bantuan kewangan dalam bentuk geran bagi membantu Pertubuhan Bukan
Kerajaan melaksanakan program kebajikan dan pembangunan masyarakat
untuk kumpulan sasar JKM. Kadar geran yang diterima adalah berbeza-beza
dan berdasarkan kepada garis panduan yang sedang berkuatkuasa.
Senarai pertubuhan yang telah dipertimbangkan bantuan geran adalah
seperti:
2.1 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK);
2.2 Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE); dan
2.3 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK).

Kaedah Permohonan: Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang
permohonan yang boleh diperolehi dan dikembalikan kepada Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah di lokasi PSK beroperasi.

Kategori Bantuan

Sosial

8

Kriteria Penerima Bantuan
1. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966
atau di bawah Undang-Undang Tubuh lain;
2. Pertubuhan yang bercorak kebajikan dan melaksanakan program kepada
kumpulan sasar JKM.
3. Pertubuhan yang mengendalikan program institusi berkediaman atau
Pusat Jagaan Harian perlu berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
4. Tidakmempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung
perjalanan program.

Maklumat Tambahan
1. PPDK merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU yang
melibatkan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan
dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat
setempat.
2. PAWE ialah satu tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian
dalam komuniti.
3. PSK adalah sebuah pertubuhan bercorak sukarela dan melaksanakan
program-program kebajikan dan pembangunan masyarakat kepada
kumpulan sasar Jabatan seperti Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya
(OKU) dan Warga Emas.

Pegawai Perhubungan Awam
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (Maklumat boleh disemak melalui
direktori laman web www.jkm.gov.my)

9

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV)
NEGERI PERAK

1
BANTUAN KHAS PENGELUARAN
MAKANAN TERNAKAN RUMINAN

Keterangan Bantuan
Melaksanakan projek penanaman pastura (rumput ragutan) dan foder
(napier) sebagai sumber makanan ternakan ruminan. Meningkatkan
Biosekuriti dan infra ladang ternakan. Mengukuhkan projek pengeluaran
makanan ternakan dan rantaian dari pemprosesan sehingga pengedaran.
Setiap peserta akan menerima peruntukan sebanyak RM 1,745.00 seorang.

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan

Penternak Ruminan (lembu/kambing/kerbau) dan Penternak Rusa di
Padang Ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Negeri Perak.

Maklumat Tambahan

Penternak Ruminan (lembu/kambing/kerbau) dan Penternak Rusa di
Padang Ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Negeri Perak.

Pegawai Perhubungan Awam
En. Alimuddin Bin Mahmud
2

BANTUAN KHAS MAKANAN TERNAKAN
RUMINAN, UBATAN DAN MINERAL

Keterangan Bantuan

Membekal makanan ternakan ruminan dalam bentuk Pelet,bekalan ubatan
dan Mineral Block. Setiap penerima akan mendapat nilai bantuan sebanyak
RM526.30 seorang.

10

Kategori Bantuan
Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

Penerima bantuan ini adalah penternak yang sedang menternak
(lembu/kambing/kerbau/rusa) di seluruh Negeri Perak.

Maklumat Tambahan

Permohonan yang diselaraskan oleh Pegawai Perkhidmatan Veterinar
Daerah dan Diperakukan oleh Peringkat Negeri.

Pegawai Perhubungan Awam
Pn. Nur Iqhwaniah Bt. Rahimi

3

BANTUAN KHAS MAKANAN TERNAKAN UNGGAS

Keterangan Bantuan

Melaksanakan program bekalan makanan unggas (ayam kampung/
itik/puyuh) kepada penternak kecil yang terkesan semasa Pandemik
Covid-19 peringkat permulaan (Mac -Jun). Setiap peserta menerima nilai
makan ternakan sebanyak RM 2,000.00 seorang.
Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
Senarai penerima adalah penternak unggas yang terkesan dan di rekodkan
semasa laporan harian semasa Pendemik Covid 19 di Negeri Perak dan dari
laporan JPV Putrajaya.

Maklumat Tambahan
Permohonan yang diselaraskan oleh Pegawai Perkhidmatan Veterinar
Daerah dan diperakukan oleh Peringkat Negeri.
Pegawai Perhubungan Awam

En. Tengku Khairul Bin Tengku Zabit

11

JABATAN PERIKANAN (DOF)
NEGERI PERAK

1
BANTUAN KEPADA GOLONGAN SASAR BAGI
PENINGKATAN PENGELUARAN IKAN (TOUCH POINT)

Keterangan Bantuan
Bantuan dalam bentuk peralatan keselamatan nelayan, pukat dan peralatan
seperti mesin pembuat ais untuk tujuan menambahkan pendapatan nelayan.
Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
Nelayan yang berdaftar sebagai ahli myKomuniti Perikanan dengan Jabatan
Perikanan Negeri Perak.

Maklumat Tambahan
Permohonan yang diterima dari setiap daerah akan diperakukan dalam
Mesyuarat Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) Ibu Pejabat
Perikanan.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 255 4061
2

PROJEK BANTUAN GERAN PEMADANAN
CHANGE UPGRADE PRODUCT (CUP)

Keterangan Bantuan

Bantuan dalam bentuk peralatan mesin pemprosesan makanan kepada
usahawan. Permohonan daripada usahawan akan diangkat dan diperakukan
di dalam mesyuarat Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan Jabatan.
Kategori Bantuan

Perniagaan

12

Kriteria Penerima Bantuan

Usahawan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Perak.

Maklumat Tambahan

Permohonan yang diterima dari setiap Daerah akan diperakukan dalam
Mesyuarat Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) Ibu Pejabat
Perikanan.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 255 4061

3

PERIKANAN BANDAR

Keterangan Bantuan
Bantuan untuk pembangunan bekas lombong untuk ternakan ikan air tawar
secara berkelompok. Bantuan terdiri dari benih ikan, makanan ikan, infras-
truktur dan kemudahan asas ternakan.

Kategori Bantuan
Perniagaan

Kriteria Penerima Bantuan

Nelayan Darat di perairan bekas lombong

Maklumat Tambahan

Permohonan yang diterima dari Daerah Kinta akan diperakukan dalam
mesyuarat khas pemilihan.

Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 255 4061

13

4
BANTUAN PENTERNAK, AKUAKULTUR DAN NELAYAN

Keterangan Bantuan

Bantuan untuk pemberian bantuan enjin jenis sangkut dengan kapasiti lima
kuasa kuda (5HP) kepada nelayan darat serta bantuan peralatan untuk
menangkap ikan.

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
Nelayan Darat Negeri Perak
Maklumat Tambahan

Permohonan dari Daerah diperakukan dalam mesyuarat di peringkat Negeri
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 255 4061
5

BANTUAN PENTERNAK, AKUAKULTUR DAN NELAYAN

Keterangan Bantuan
Bantuan berbentuk makanan ikan kepada pengusaha akuakultur.

Kategori Bantuan

Perniagaan
Kriteria Penerima Bantuan
Penternak Ikan

Maklumat Tambahan
Permohonan dari Daerah diperakukan dalam mesyuarat di peringkat Negeri

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 255 4061

14

6
BANTUAN PENTERNAK, AKUAKULTUR DAN NELAYAN

Keterangan Bantuan

Bantuan berbentuk benih ikan/udang untuk penternak terpilih di Negeri
Perak.

Kategori Bantuan
Perniagaan
Kriteria Penerima Bantuan

Penternak ikan / udang

Maklumat Tambahan
Permohonan dari Daerah diperakukan dalam mesyuarat di peringkat Negeri
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 255 4061

7
KEBUN KERANG LEKIR

Keterangan Bantuan
Bantuan diberikan kepada peserta yang terpilih di kawasan ternakan kerang
seluas 815 ekar di Lekir.
Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
Nelayan / Penternak
Maklumat Tambahan

Permohonan dari Daerah Manjung akan diperakukan dalam mesyuarat
pemilihan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah (DO)

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 255 4061

15

JABATAN PERTANIAN (DOA)
NEGERI PERAK

1
PROJEK KHAS TANI COVID-19

Keterangan Bantuan
Bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun kepada petani.
Permohonan daripada petani akan diangkat dan diperakukan di dalam
Jawatankuasa Khas Peringkat Negeri.
Kategori Bantuan

Perniagaan
Kriteria Penerima Bantuan

Melibatkan Petani yang tidak mendapat bantuan peruntukan samada
persekutuan atau negeri bagi tahun semasa dan minimum keluasan
pemberian bantuan adalah 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur dan 1.0 hektar bagi
buah-buahan terpilih. Bagi petani yang mengusahakan fertigasi, minimum
pemberian bantuan adalah 1,000 polibeg. Pemberian bantuan adalah
berdasarkan bilangan petani iaitu RM 3,000.00/ha. Bantuan yang bakal
diterima adalah berdasarkan komoditi utama yang diusahakan iaitu Sayur
Daun, Sayur Buah, Jagung, Pisang, Betik dan Fertigasi.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]
2

BANTUAN PENINGKATAN KAPASITI
PENGELUARAN PRODUK MAKANAN

Keterangan Bantuan
Bantuan diberikan dalam bentuk mesin dan peralatan kepada usahawan.
Permohonan daripada petani akan diangkat dan diperakukan di dalam
Jawatankuasa Pelulus Permohonan Peruntukan Negeri.

Kategori Bantuan
Perniagaan

16

Kriteria Penerima Bantuan

Pemberian peralatan dan mesin untuk tujuan pemprosesan makanan adalah
dengan kadar nilai maksimum RM10,000.00 bagi usahawan IAT yang berada
di Tahap 1, nilai maksimum RM15,000.00 bagi usahawan IAT di bawah Tahap
2, RM20,000.00 bagi usahawan IAT yang berada di Tahap 3 dan nilai
maksimum RM25,000.00 bagi usahawan IAT yang berada di Tahap 4.
Maklumat Tambahan

Tahap 1 : Usahawan IAT yang memperolehi nilai pengeluaran tahunan
kurang dari RM10,000.00
Tahap 2 : Usahawan IAT yang memperolehi nilai pengeluaran tahunan
diantara RM10,001.00 sehingga RM50,000.00
Tahap 3 : Usahawan IAT yang memperolehi nilai pengeluaran tahunan
diantara RM50,001.00 sehingga RM100,000.00
Tahap 4 : Usahawan IAT yang memperolehi nilai pengeluaran tahunan
melebihi.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

3
PROGRAM BUMI HIJAU

Keterangan Bantuan

Pemberian Kit Pertanian kepada Penduduk Negeri Perak bagi memupuk
amalan bertani di rumah sekaligus mengurangkan kos sara hidup.
Kategori Bantuan

Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

Penduduk Negeri Perak
Maklumat Tambahan

Tanah, Pasu Plastik
Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

17

4

INSENTIF TANAMAN PADI

Keterangan Bantuan
Bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja, racun & peralatan dan
kerja-kerja perataan sawah, pengapuran kepada pesawah. Permohonan
daripada petani akan diangkat dan diperakukan di dalam Jawatankuasa
Khas peringkat Negeri.

Kategori Bantuan

Perniagaan
Kriteria Penerima Bantuan

Pesawah di Negeri Perak yang sedang mengusahakan tanaman padi dan
membuat permohonan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak

Maklumat Tambahan
Bantuan ini merangkumi:
Naiktaraf dan bina baru infrastruktur ladang
(perparitan, perataan sawah, batas, jalan ladang)
Bantuan input – input Pertanian
(anak benih, racun, baja, kapur, peralatan – peralatan pertanian)
Kawalan perosak dan penyakit

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

5
INSENTIF TANAMAN KELAPA DAN
KOMODITI BERPOTENSI

Keterangan Bantuan

Bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun kepada petani.
Permohonan daripada petani akan diangkat dan diperakukan di dalam
Jawatankuasa Khas Peringkat Negeri.

18

Kategori Bantuan
Perniagaan

Kriteria Penerima Bantuan
Petani di Negeri Perak yang sedang mengusahakan tanaman dan membuat
permohonan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak
Maklumat Tambahan

Bantuan ini merangkumi:
Naiktaraf dan bina baru infrastruktur ladang
(pembersihan kawasan, penyediaan tapak seperti menebang & meracik
pokok tua kelapa, membaris, membina teres, parit, jalan ladang, melubang
dan menanam anak benih, pagar, stor ladang dan pusat pengumpulan)
Bantuan input – input Pertanian
(anak benih, racun, baja, kapur, peralatan – peralatan pertanian)
Pembangunan Industri Pengeluaran Cendawan ini meliputi pembinaan
bangsal atau naiktaraf rumah cendawan, peralatan pemprosesan
cendawan.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

6
INSENTIF TANAMAN MAKANAN
(BUAH/SAYUR/TANAMAN SINGKAT MASA)

Keterangan Bantuan

Bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun kepada petani.
Permohonan daripada petani akan diangkat dan diperakukan di dalam
Jawatankuasa Khas Peringkat Negeri.
Kategori Bantuan

Perniagaan

Kriteria Penerima Bantuan
Petani di Negeri Perak yang sedang mengusahakan tanaman dan membuat
permohonan kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak

19

Maklumat Tambahan
Bantuan ini merangkumi:
Naiktaraf dan bina baru infrastruktur ladang
(pembersihan kawasan, penyediaan kawasan tanaman, parit, jalan ladang)

Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

7
PROGRAM REZEKI TANI

Keterangan Bantuan
Bantuan dalam bentuk peralatan mengikut projek yang dijalankan oleh
peserta. Permohonan peserta akan diangkat dan diperakukan di dalam
Jawatankuasa Khas Peringkat Negeri.

Kategori Bantuan
Perniagaan

Kriteria Penerima Bantuan

Penduduk Negeri Perak yang tersenarai di dalam e-Kasih. dan bantuan
diberikan mengikutkan projek yang diusahakan oleh peserta

Maklumat Tambahan

Kadar bantuan ini meliputi kos projek sebanyak RM 9,000.00 dan kos latihan
dan pengurusan sebanyak RM 1,000.00.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

20

8

PROGRAM PELAN PENINGKATAN PENDAPATAN B40,
PESAWAH, PENTERNAK, NELAYAN, PEKEBUN KECIL,
DAN ORANG MUDA MELALUI PROJEK TANAMAN
KONTAN TERPILIH

Keterangan Bantuan

Program ini dizahirkan dengan objektif meningkatkan pendapatan golongan
B40 dan belia yang menceburi bidang pertanian. Bagi memastikan pulan-
gan hasil keuntungan yang cepat kepada golongan sasar, skop projek ini
memfokuskan kepada tanaman kontan yang terpilih. Bantuan seperti set
fertigasi, input dan peralatan pertanian diberikan supaya golongan ini dapat
menjana pendapatan mereka.

Kategori Bantuan
Perniagaan

Kriteria Penerima Bantuan

Petani di Negeri Perak

Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 254 1999
E-mel : [email protected]

21

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN
NEGERI PERAK (PPPNP)

1
SKIM BANTUAN USAHATANI ASNAF

Keterangan Bantuan
Bantuan dalam bentuk pembiayaan barangan kepada Usahawan Tani
Asnaf/OKU dengan nilaian sehingga RM5,000.00 sekali seumur hidup.
Usahawan Tani adalah usahawan dalam bidang pertanian, pertenakan,
perikanan dan produk hiliran. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi
laman web https://www.pppnp.gov.my.

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Mestilah terdiri daripada golongan Asnaf
2. Penerima Bantuan E-Kasih/ baitulmal/ Bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
3. Orang Kelainan Upaya (OKU)
4. Telah menjalankan sektor pertanian sekurang-kurangnya 6 bulan.
5. Mempunyai rekod jual beli bagi membuktikannya Usahawan.

Maklumat Tambahan
Permohonan yang diterima akan dilawati Unit Pembangunan Usahawan dan
dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Usahawan yang
bersidang 4 kali setahun.

Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 208/209)
Whatsapp : 013 - 490 3800
E-mel : usahawan@[email protected] | [email protected]

22

2
SKIM PEMBIAYAAN MIKRO USAHATANI

Keterangan Bantuan

Bantuan pinjaman dalam bentuk pembiayaan barangan kepada usahawan
Tani dengan nilaian RM3,000.00 sehingga RM100,000.00. Merupakan pinja-
man tanpa faedah. Tempoh monotorium 6 bulan selepas tandatangan
perjanjian. Tempoh Pinjaman sehingga 5 tahun. Usahawan Tani adalah
usahawan dalam bidang pertanian, pertenakan, perikanan dan produk
hiliran. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web:
https://www.pppnp.gov.my

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Usahawan Tani berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
2. Rakyat negeri Perak atau permaustatin tetap.
3. Dokumen yang diperlukan:
Kertas kerja projek
Salinan kad pengenalan
Pelan lokasi
Penyata bank
Rekod jualan
Salinan geran
4. Telah menjalankan sektor pertanian sekurang-kurangnya 6 bulan.
5. Mempunyai rekod jual beli bagi membuktikannya Usahawan.

Maklumat Tambahan

Permohonan yang diterima akan dilawati Unit Pembangunan Usahawan dan
dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Usahawan yang
bersidang 4 kali setahun.

Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 208/209)
Whatsapp : 013 - 490 3800
E-mel : usahawan@[email protected] | [email protected]

23

3
SKIM LEMBU PAWAH KORBAN

Keterangan Bantuan

Pemberian lembu pawah kepada penternak lembu yang berminat di negeri
Perak. Pemberian sebanyak 5 ekor bagi setiap peternak. Tempoh pawah dari
awal tahun sehingga Hari Raya Aidiladha.

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
Peserta dipilih berdasarkan kesanggupan menerima syarat yang ditetapkan.

Maklumat Tambahan

Lembu diambil balik semasa Hari Raya Aidiladha
Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 208/209)
Whatsapp : 013 - 490 3800
E-mel : usahawan@[email protected] | [email protected]

4

AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT

Keterangan Bantuan

Agihan keuntungan ladang Rakyat adalah tahunan PPPNP dimana
sebahagian keuntungan bersih tahunan ladang diagihan kepada golongan
sasaran.
Kategori Bantuan

Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

Penerima Agihan ini terdiri warga Malaysia bermastautin di Negeri Perak,
Rakyat miskin tegar, ketua keluarga (Ramai tanggungan), OKU ,warga emas
yang uzur dan berumur 18 tahun keatas. Dicadang oleh Ketua Kampung
/Pengerusi MPKK/Penghulu/ADUN/Pegawai Daerah.

24

Maklumat Tambahan
Borang agihan akan diedarkan ke semua Pejabat Daerah setiap tahun.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 294/116)
Whatsapp : 019 - 452 7900
E-mel : usahawan@[email protected] | [email protected]

5
SKIM AGROPRIHATIN SADC

Keterangan Bantuan

Skim ini telah dilancarkan pada 06 April 2020 dan pelaksanaan ini
dibuat kerana PPPNP telah mendengar keluhan-keluhan petani yang
terkesan akibat tiada pasaran jualan yang menyebabkan lambakan
hasil pertanian terpaksa di buang begitu sahaja. Modus operandi
program adalah PPPNP akan membeli hasil-hasil pertanian yang tidak
dapat dipasarkan oleh petani dan kemudiannya mencari pasaran baru
atau disumbangkan sebagai ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’
kepada rakyat dan ‘frontliners’ bergantung kepada kuantiti dan kualiti
hasil pertanian.

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan

1. Usahawan dalam negeri Perak.
2. Hasil-hasil pertanian yang tidak dapat dijual semasa PKP berlangsung.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 195)

25

6
MORATORIUM BAYARAN SEWA DAN PERALATAN

Keterangan Bantuan

PPPNP melaksanakan moratorium atau penangguhan bayaran sewa dan
pajakan kepada penyewa dan pemajak tanah PPPNP bermula dari bulan Mac
sehingga Julai 2020.

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan

Semua pemajak dan penyewa tanah PPPNP yang terkesan akibat pandemik
Covid-19

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 195)

7
DIVIDEN LADANG UNTUK RAKYAT

Keterangan Bantuan
Usaha PPPNP untuk membantu rakyat berpendapatan rendah untuk rakyat
Negeri Perak. Segala pengurusan ladang akan diusahakan sepenuhnya oleh
pihak PPPNP.

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Rakyat yang berpendapatan rendah.
2. Individu yang telah berkhidmat dan berjasa dalam negeri Perak.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 195)

26

8
URBAN FARMING

Keterangan Bantuan

Program ini adalah untuk merangsang ekonomi melalui bidang pertanian
komuniti atau komersial dengan membangun usaha tanah-tanah terbiar
Kerajaan Negeri atau agensi negeri.
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan untuk komuniti yang terlibat
dalam pertanian.
Merancak penglibatan komuniti menjadikan pertanian sebagai
pendapatan.
Sumbangan input pertanian seperti sistem pertanian, baja, racun dan
anak pokok.
Kategori Bantuan

Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

1. Anak kelahiran Perak/Bermastautin di Perak.
2. Keutamaan kepada penduduk setempat.
Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 115)

9

PEMBINAAN JETI BOT NELAYAN PEKAN PARIT
DAN LANDAS BOT NELAYAN KAMPUNG EKOR LAMBAT

Keterangan Bantuan

Pembinaan jeti Bot Nelayan di Pekan Parit dan menaiktaraf Landas Bot
Nelayan Kampung Ekor Lambat ini adalah usaha murni PPPNP untuk mem-
bantu nelayan-nelayan darat di Parit untuk membawa naik hasil tangkapan
dan sebagai tempat pengumpulan hasil-hasil sungai.

Kategori Bantuan
Sosial
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 169)

27

10
SUMBANGAN LEMBU KORBAN PERDANA

Keterangan Bantuan
PPPNP telah menyumbang lembu sebanyak 306 ekor untuk diagihkan
sebagai sumbangan Korban Perdana Negeri Perak serta sumbangan korban
PPPNP sendiri untuk diagihkan keseluruh daerah negeri Perak.

Kategori Bantuan
Sosial
Maklumat Tambahan

Selain itu, PPPNP juga telah membantu usahawan-usahawan di dalam
bidang penternakan lembu. Ini kerana PPPNP memahami ramai penternak
terkesan kerana kekangan ibadah korban yang perlu mengikut SOP dan
terhad sahaja di masa PKPP.
Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 253 7924/28 (Ext: 195)

28

KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
(RISDA) NEGERI PERAK

1
TANAM SEMULA GETAH KE GETAH (TSGG)

Keterangan Bantuan
Program menanam semula tanah pekebun kecil yang dimiliki dan
dilaksanakan secara individu sebagai pemilik pengusaha atau waris bagi
pemilik telah meninggal dunia melalui Surat Wakil Kuasa (SWK) atau secara
berkelompok dimana kebun-kebun berdekatan ditanam semula secara
bersama melaui jawatankuasa yang dilantik.

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
3. Kebun mengandungi tunggul getah atau getah bertoreh atau pokok
getah yang tidak ekonomik

Maklumat Tambahan
4,583 hektar

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 545 3694

2
PRASARANA ASAS PERTANIAN (PAP)

Keterangan Bantuan

Program memberi bantuan infrastrukutur dan prasarana kebun seperti
jalan pertanian, pagar dan jambatan untuk memudahkan jalan
perhubungan dan pengurusan kebun.
Kategori Bantuan

Sosial

29

Kriteria Penerima Bantuan
1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
Maklumat Tambahan

1,297 hektar
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694
3

KHIDMAT PENGEMBANGAN

Keterangan Bantuan
Program bimbingan dan khidmat pengembangan kepada pekebun
kecil melalui latihan GAP dan pembekalan alatan pengembangan
untuk meningkatkan sistem pengurusan kebun yang lebih berkesan.

Kategori Bantuan
Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694

4
AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET)

Keterangan Bantuan

Program bantuan peralatan kepada pekebun kecil yang menjalankan
aktiviti keusahawanan sebagai alternatif pendapatan sampingan
kepada pendapatan kebun getah.

30

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694
5

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN (PPU)

Keterangan Bantuan
Program bantuan pembangunan keusahawanan kepada usahawan
pekebun kecil untuk meningkatkan nilai tambah kepada produk
usahawan hiliran.

Kategori Bantuan
Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

1. Pemohon warganegara Malaysia
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694

6
SKIM INTENSIF PRODUKTIVITI GETAH (SIPG)

Keterangan Bantuan

Program subsidi baja dan alatan rangsangan untuk menggalakkan
pekebun kecil meningkatkan produktiviti getah dan menguruskan
kebun matang dengan lebih efisien.

31

Kategori Bantuan
Sosial
Kriteria Penerima Bantuan

1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
3. Memilik kebun getah matang bertoreh.
Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 545 3694

7
PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH (PPG)

Keterangan Bantuan
Program subsidi baja dan peralatan membuka panel torehan untuk
menggalakkan pekebun kecil mengeluarkan hasil getah dengan lebih
berkesan.
Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
3. Memilik kebun getah dalam pembangunan.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694
8
PROGRAM INFRASTRUKTUR PEMASARAN (PIP)

Keterangan Bantuan
Program membina depo pengumpulan skrap atau lateks sebagai
kaedah pemasaran pekebun kecil yang lebih menjamin harga pasaran
yang stabil untuk pekebun kecil.

32

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan
1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
3. Memilik kebun getah matang bertoreh.

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 545 3694
9

TANAM SEMULA GETAH SAMBUNGAN (TSGS)

Keterangan Bantuan

Program menanam semula tanah pekebun kecil yang dimiliki dan
dilaksanakan secara individu atau berkelompok secara sambungan
iaitu ansuran semasa dari tahun sebelum.

Kategori Bantuan
Sosial

Kriteria Penerima Bantuan

1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
3. Kebun mengandungi tunggul getah atau getah bertoreh atau pokok
getah yang tidak ekonomik

Maklumat Tambahan
1,005 hektar

Pegawai Perhubungan Awam
No. Telefon : 05 - 545 3694

33

10

TANAM SEMULA GETAH SAMBUNGAN (TSGS)

Keterangan Bantuan
Program menanam semula tanah pekebun kecil yang dimiliki dan
dilaksanakan secara individu atau berkelompok dari tanaman getah
ke tanaman lain yang dibenarkan.

Kategori Bantuan

Sosial

Kriteria Penerima Bantuan

1. Pemohon warganegara Malaysia.
2. Pekebun kecil iaitu pemilik tanah yang memilik tanah dengan jumlah
keluasannya kurang daripada 40,000 hektar.
3. Kebun mengandungi tunggul getah atau getah bertoreh atau pokok
getah yang tidak ekonomik

Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694

11
PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

Keterangan Bantuan

Bantuan ini diberikan kepada penduduk luar bandar kategori miskin
dan miskin tegar secara saham yang tersenarai dalam E-Kasih.
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai berjumlah
RM300/bulan. Terdapat dua cara pembayaran kepada penerima iaitu
secara online (bank) dan tunai (uzur). Kaedah bayaran melalui
pejabat kawasan di setiap daerah.

Kategori Bantuan

Sosial

34

Kriteria Penerima Bantuan
Penerima yang dikenal pasti melalui Mesyuarat Fokus Group Daerah, Fokus
Group Negeri dan seterusnya dibawa untuk kelulusan MMK Negeri yang
dipengerusikan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Pengurusan
Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak.

Maklumat Tambahan

Kelulusan pemilihan peserta berdasarkan yang tersenarai di dalam E-Kasih.
Pegawai Perhubungan Awam

No. Telefon : 05 - 545 3694

35

CACATAN

.................................................................................................................................

Click to View FlipBook Version