TOPIK 1 : PENGENALAN TERHADAP STATISTIK PUAN SALMIANTI BINTI MUTALIB KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR go-SMasTic
Hasil Pembelajaran Kursus CLO 1 : Menerangkan definisi dan istilah yang digunakan dalam statistik
Definisi 01 Sub Topik Jenis Statistik 02 Istilah Asas 03 Pemboleh Ubah 04 Kaedah Pengumpulan Data 05
Definisi
“Satu seni dan sains untuk, mengumpul, memproses, menganalisis, menginterpretasi, mempersembahkan untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan.”
Langkah-langkah Statistik Mengenalpasti Masalah / Peluang 01 Mengumpul Fakta 02 Kumpul Data Baru 03 06 05 04 Mengklasifikasi dan Mengorganisasi Data Menganalisa dan Mempersembah Data Membuat Keputusan
Contoh
Jenis-jenis Statistik
Statistik Perihalan (Deskriptif) Teknik mengumpul, menjadual dan membentang data dalam bentuk yang lebih mudah difahami
Statistik Inferens (Induktif) Statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah
Istilah Asas Statistik
Elemen Ahli atau unsur samada daripada populasi ataupun sampel Pemboleh ubah Cirian atau fenomena yang mempunyai nilai yang berbeza-beza dan menjadi tumpuan dalam kajian Data Ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian
Populasi Keseluruhan objek,individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan Sampel Subset atau sebahagian daripada populasi. Kaedah pengambilan sampel dikenali persampelan Cerapan Nilai yang diperolehi daripada sesuatu pemboleh ubah
Kajian tentang perbelanjaan makan dan minum bagi Sesi 1 2021/2022 pelajar-pelajar semester akhir di KKBP Contoh
Kajian untuk mengetahui jumlah pendapatan bulanan pekerja swasta bagi penduduk di Bandar Penawar Populasi: penduduk di Bandar Penawar Sampel: jantina / kaum / lokasi dll Elemen: pekerja swasta Pemboleh Ubah: jumlah pendapatan Cerapan: Ali RM2,000
Pemboleh Ubah
Jenis Pemboleh Ubah Pemboleh Ubah Kuantitatif Kualitatif Diskret Selanjar Maksud: Satu ciri yang sedang dikaji
Pemboleh Ubah kuantitatif ▪ Mengambil nilai berbentuk ANGKA SAHAJA ▪ Cth: pendapatan bulanan, jumlah jualan, bilangan kereta
▪ Hanya mengambil nilai-nilai tertentu sahaja ▪ Cth: bilangan buku, bilangan pelajar Diskret Selanjar ▪ Mengambil nilai dalam sesuatu selang ▪ Menggunakan alat pengukur ▪ Cth; berat pelajar, tinggi, masa, saiz kasut dll Pemboleh Ubah kuantitatif
Pemboleh Ubah Kualitatif ▪ TIDAK mengambil nilai angka ▪ Cth: jantina pelajar, tahap pendidikan, warna kereta
Persembahan
Persembahan Data Kuantitatif Data Kualitatif Poligon Ogif Taburan Kekerapan / Longgokan Histogram Carta Bar/Palang Carta Pai Carta Garis/Graf Jadual Ringkas
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah 1 Pemerhatian
ᐩ Proses mengumpul maklumat dengan cara merekodkan tingkahlaku manusia, objek dan kejadian tanpa menyoal atau berkomunikasi dengan mereka. ᐩ Maklumat dikumpul dengan cara memerhati dan merekodkan maklumat berkenaan. ᐩ Sesuai digunakan dalam kajian seperti mengesan sambutan pengguna terhadap sesuatu produk baru, tawaran istimewa dan sebagainya. ᐩ Pemerhatian juga sesuai digunakan untuk mengamati tingkah laku pelajar berdasarkan objektif atau pemboleh ubah berdasarkan objektif kajian. Contohnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif Pemerhatian
ᐩ Lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat kerana mereka yang dikaji tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan ᐩ Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian kerana tingkah laku yang dikaji adalah tingkahlaku sebenar responden. ᐩ Penyelidik boleh memastikan maklumat yang diperolehi benar-benar daripada sampel yang ingin dikaji. Kelebihan
ᐩ Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila mereka menyedari tingkah laku mereka diperhati dan diteliti ᐩ Sampel mungkin berasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati ᐩ Maklumat demografi responden tidak dapat dikumpul seperti maklumat umur,pekerjaan, bilangan isi rumah, pendapatan dll. ᐩ Pemerhati mungkin tidak adil terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor perbezaan kaum, budaya, fahaman dan nilai. Kelemahan
Kaedah 2 Eksperimen
ᐩ Kaedah eksperimen ialah ujian terkawal yang mana penyelidik ingin memahami hubungan diantara kesan dan akibat. ᐩ Contohnya: Untuk mengkaji kefahaman pelajar untuk menjawab ujian di dalam sesuatu topik, satu kumpulan diberikan nota manakala satu kumpulan lain perlu mencari nota sendiri. ᐩ Keputusan daripada pemerhatian tersebut akan direkod oleh penyelidik. Eksperimen
Kaedah 3 Borang Soal Selidik
ᐩ Soal selidik – satu senarai soalan (seragam) yang dicetak bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu penyelidikan sedang dijalankan. ᐩ Soal selidik tersebut akan dijawab/diisi sendiri oleh responden/pembanci. ᐩ Soal selidik boleh dijawab oleh responden samada secara berdepan, melalui pos atau secara atas talian. ᐩ Soal selidik dihantar menerusi pos/kurier. Perlu disertakan surat iringan - menyatakan objektif kajian, mohon kerjasama supaya dikembalikan; sampul surat bersetem & beralamat sendiri. Borang Soal Selidik
ᐩ Soal selidik boleh meliputi kawasan yang luas. Sesuai di kawasan geografi yang luas, kadar celik huruf tinggi. ᐩ Responden boleh menggunakan masa yang sesuai – ini akan memberi maklumat lebih baik kepada penyelidik ᐩ Pengaruh penemuduga untuk menjawab soalan boleh dielakkan kerana ia tidak memerlukan penemuduga. ᐩ Soal selidik secara pos atau dalam talian tidak melibat kos yang tinggi. Kelebihan
ᐩ Jumlah soal selidik dikembalikan agak rendah kerana kurang sambutan dari responden. Cara atasi – beri insentif, peringatan. ᐩ Jika ada soalan tidak jelas, responden tidak ada kesempatan untuk menyoal/bertanya. ᐩ Soal selidik melalui pos atau secara atas talian tidak sesuai jika soalan sukar difahami. ᐩ Kemungkinan soal selidik dijawab oleh orang lain, bukan responden sebenar. ᐩ Masa yang lama untuk mengumpul maklumat – proses pengeposan soal selidik semula lambat dikembalikan. Kelemahan
Kaedah 4 Temuduga Bersemuka
ᐩ Komunikasi secara terus iaitu penemuduga mengemukakan soalan-soalan berkaitan untuk dijawab oleh responden secara berdepan. ᐩ Merupakan perbualan dua-hala di antara seorang penemuduga dan seorang responden. Temuduga Bersemuka
ᐩ Responden berpeluang mendapat maklumbalas atau penjelasan lanjut jika soalan tidak jelas atau tidak difahami. ᐩ Penemuduga dapat mengesan jika responden memberi jawapan tidak ikhlas. ᐩ Peluang untuk setiap soalan ditanya dijawab dengan lengkap. ᐩ Peratus responden menjawab lebih banyak (berbanding temuduga telefon/ soal selidik melalui pos) kerana responden tidak perlu menulis. Kelebihan
ᐩ Melibatkan kos yang tinggi spt membayar elaun, makan, penginapan penemuduga. ᐩ Responden cuba mengelak dari menjawab soalan agak sensitif, bersifat peribadi. ᐩ Masa diperlukan agak panjang – bergantung kemahiran dan bilangan penemuduga. Kelemahan
Kaedah 5 Temuduga Melalui Telefon
ᐩ Responden lebih mudah memberi maklumat yang boleh dipercayai dan terperinci melalui telefon. ᐩ Bagaimanapun teknik ini hanya terhad kepada responden yang memiliki telefon sahaja. Temuduga Melalui Telefon
ᐩ Proses pengumpulan data lebih cepat. ᐩ Kos tidak begitu tinggi – tidak melibatkan kos perjalanan/penginapan. ᐩ Responden lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang agak sensitif atau peribadi. ᐩ Responden dipilih meliputi kawasan agak luas kerana tak perlu membuat perjalanan menemui responden. Kelebihan
ᐩ Tidak sesuai bagi kajian sosioekonomi kawasan desa/pedalaman (tiada kemudahan telefon). ᐩ Maklumat yang dikumpul mungkin tidak mewakili keseluruhan penduduk kerana mereka yang tidak memiliki telefon diabaikan. ᐩ Jangka masa menemuduga terhad – tidak sesuai soalan yang terlalu panjang. ᐩ Panggilan tidak dijawab – perlu membuat panggilan semula. ᐩ Bagi penyelidikan yang memerlukan bahan-bahan demonstrasi tidak boleh dilakukan. Kelemahan
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon and infographics & images by Freepik Terima Kasih