The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 259-21-pheona, 2022-03-20 20:11:39

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK BMMB1104

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : PHEONA ANAK UJA

ANGKA GILIRAN : 2021022310020

NO. KAD PENGENALAN : 021215-13-0842

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

: PUAN SELINA BINTI HAJI AHMAD

TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022
:
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH

1

Soalan Tugasan 1: Penghasilan Produk (30%)

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi
pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
Arahan Pelaksanaan Tugasan 1:
1. Tugasan 1 adalah secara individu.
2. Panjang tugasan dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
3. Tugasan 1 hendaklah menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan membincangkan akal budi,
pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun-pantun tradisional Melayu.
4. Keseluruhan tugasan 1 hendaklah dihasilkan dalam bentuk e-Book.
5. Tarikh menghantar tugasan : 21.03.2022

2

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Soalan tugasan 2

1.0 Pengenalan 4

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan 4-5
Masyarakat Melayu Tradisional

3.0 Fungsi Kesasteraan Melayu Dalam Kehidupan 5
Masyarakat Melayu Tradisional

4.0 Manifestasi Akal Budi Pantun 6

5.0 Rumusan 7

6.0 Sumber Rujukan 8-9

3

1.0 Pengenalan

Perkataan kesusasteraan wujud daripada perkataan “sastera”. Perkataan sastera yang
berasal daripada bahasa Sanskrit “castra”. Perkataan “castra” membawa maksud kitad suci.
“Susastera” pula mempunyai maksud yang khusus iaitu “su” bermaksud indah, baik dan juga
lebih berfaedah manakala bagi “sastera” pula bermaksud huruf ataupun buku. Dalam hal ini,
apabila perkataan “susastera” ditambah dengan imbuhan ke dan an menjadi kata
“kesusasteraan” membawa makna karya buku-buku yang indah dari segi bahasanya dan
mempunyai isi yang baik atau lebih dikenali sebagai kesenian persuratan yang bersifat halus
dan indah. Oleh itu, kesusasteraan ini merupakan salah satu sumber ilmiah untuk
mengungkapkan pengetahuan dan dilihat sebagai cabang seni untuk memberi kepuasan
intelek iaitu pemikiran.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu bagi masyarakat Melayu tradisional ialah hasil karya ataupun
ciptaan seni yang dicipta oleh masyarakat Melayu yang bersifat lisan ataupun tulisan.
Menurut Hashim Awang (1987 seperti yang dinyatakan dalam Ain Mazryn, 2019),
kesusasteraan itu adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Dalam hal ini,
kesusasteraan pada masyarakat Melayu tradisional dahulu banyak disampaikan secara
persembahan. Oleh itu, banyak masyarakat Melayu tradisional menganggap karya
kesusasteraan sebagai karya yang seronok kerana keindahan dan keunikan penyampaian
karya tersebut. Menurut Othman Puteh ( 1988, seperti yang dinyatakan dalam Ani Binti Haji
Omar 2019), berpendapat karya sastera tidak sahaja mempunyai muatan keseronokan untuk
tuntutan emosi tetapi juga berguna bagi melahirkan kebaikan moral dan intelektual.

Dalam hal ini, kesusasteraan Melayu tradisional dibahagi kepada dua kelompok utama
iaitu prosa melayu tradisional dan puisi Melayu tradisional. Menurut Siti Hawa (2002 seperti
yang dinyatakan dalam Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi, 2015) karya
kesusasteraan Melayu tradisional dipersembahkan berserta nada, intonasi dan gaya tertentu,
tidak statik seperti paparan media cetak pada hari ini. Menurut Amin Sweeney (1980 seperti
yang dinyatakan dalam Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi, 2015) karya

4

kesusasteraan Melayu tradisional ini dihasilkan lebih untuk didengar daripada dibaca.
Kesusasteraan penting kepada masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu dan
banyak digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana
karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional memainkan peranan yang penting pada zaman
dahulu untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain. Di samping itu, hasil
kesusasteraan juga merupakan seni yang terhasil dari idea yang bernas yang seterusnya
akan melahirkan keindahan dan kemampuan intelek.

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional

Bagi masyarakat Melayu tradisional, kesusasteraan melayu bukan sahaja berfungsi
sebagai hiburan bagi mereka malah mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya yang sudah pasti
ialah sebagai alat hiburan. Seperti yang kita tahu, pada zaman dahulu tiada teknologi
mahupun alat-alat canggih seperti telefon, radio dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai
hiburan. Oleh itu, karya sastera inilah yang menjadi alat hiburan dan komunikasi mereka untuk
menyampaikan budaya daripada masyarakat kepada ahli-ahli masyarakat lain sehingga
menjadikan karya sastera menjadi cerminan dalam sesebuah masyarakat. Misalnya syair dan
gurindam yang disampaikan dan dilakukan dengan alunan yang indah. Siti Zaleha M.Hashim
(2013) juga berpendapat bahawa sastera lisan bukan sahaja dianggap sebagai hiburan,
malah merupakan wahan penting untuk mengasuh, mendidik, mengajar dan membentuk
perilaku masyarakat terutama generasi muda.

Selain itu, kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai alat pendidikan. Hal ini
dikatakan demikian memang tidak dinafikan lagi bahawa karya kesusasteraan ini penih
dengan unsur-unsur pendidikan dan pengajaran. Misalnya seperti prosa melayu tradisional
seperti cerita rakyat iaitu cerita yang mempunyai teladan dan pengajaran. Dalam hal ini, cerita
rakyat yang penuh dengan perutusan nilai murni dapat dijadikan teladan kepada masyarakat
Melayu. Menurut Normaliza Abd Rahim et al (2014 seperti yang dinyatakan dalam Mohd
Firdaus Che Yaacob* dan Normaliza abd Rahim, 2016), nilai-nilai murni ini dapat memberi
impak yang tinggi terhadap perubahan diri seseorang individu. Jadi tidak mustahil bahawa
karya-karya sastera ini boleh membentuk moral positif dalam masyarakat Melayu. Di samping
itu, puisi Melayu tradisional pula merupakan karya yang berbentuk karangan berangkap yang
terikat bergantung kepada jenis puisi dan menjadi alat pendidikan kerana penggunaan
bahasa dalam puisi yang padat serta penuh dengan makna.

5

4.0 Manifestasi Akal Budi Pantun

Menurut Norazimah Zakaria et. al (2017), akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran
dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta
keindahan. Berdasarkan pantun yang telah diberikan dalam soalan tugasan, manifestasi akal
budi daripada pantun tersebut ialah mempunyai sifat unsur pendidikan, pengajaran dan
nasihat untuk membangunkan minda masyarakat. Misalnya pada rangkap yang pertama,
yang membawa maksud semakin banyak ilmu atau semakin tinggi pangkat yang kita perolehi,
maka kita perlu sentiasa merendahkan diri. Oleh itu, resmi padi dan resmi lalang dijadikan
contoh dalam pantun agar masyarakat mencontohi resmi padi iaitu seperti buah padi yang
semakin berisi semakin rendah dan bukannya seperti lalang makin lama makin tinggi. Dalam
konteks ini, kita sebagai seorang insan yang mulia perlu sentiasa merendahkan diri dan
jangan sesekali meninggikan diri.

Bagi rangkap kedua pula, berkaitan dengan nasihat iaitu membawa maksud individu yang
berbudi ini akan dipandang mulia dan martabat bangsanya dinilai dari segi bahasa dan
pertuturannya. Dalam hal ini, perkataan “indah” digunakan dalam pantun untuk menjelaskan
keindahan dan kebaikan orang yang mempunyai budi bahasa dalam dirinya. Begitu juga
dengan perkataan “tinggi” untuk menyatakan bahawa martabat bangsa dinilai dari kesantunan
sesesorang individu dalam pertuturannya. Oleh itu, sifat budi bahasa dan tutur kata
seseorang itu amat penting kerana dari situlah orang lain menilai sikap dan perangai
seseorang. Menurut Adul Latiff abu Bakar (2012, seperti yang dinyatakan dalam Taufik A.
Latif et.al 2018), setiap gerak laku baik, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik
terhadap orang lain sebagai peribadi dalam pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep
budi bahasa.

Manifestasi bagi rangkap ketiga dalam pantun tersebut pantun yang mempunyai nasihat
sekaligus sindiran bagi mereka yang mencari ilmu. Rangkap tersebut membawa makna
bahawa sekiranya seseorang itu ingin menuntut ilmu dan menjadi orang benar-benar berilmu,
maka dia harus berani menempuh cabaran tanpa menangguhkannya dan jangan berjalan
separuh jalan. Dalam hal ini, perkataan “berguru” digunakan untuk menjelaskan sifat
seseorang yang memperoleh dan menimba ilmu sehingga akhir kejayaan dan jangan mudah
menyerah agar ilmu yang telah diperoleh di awalnya boleh berkembang.

6

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan tidak akan pupus daripada kehidupan kita khususnya

kesusasteraan Melayu tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana keunikan dan keindahan
dalam karya sastera membawa makna dan pengalaman kepada sesebuah masyarakat.
Tambahan pula, kesusasteraan ini merupakan satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayu
pada zaman dahulu. Oleh itu, unsur ilmu dan kebijaksanaan dalam karya-karya
kesusasteraan tersebut diserap dan dicerna oleh masyarakat kesusasteraan Melayu
tradisional sebagai teladan, panduan dan pendoman. Di samping itu, individu yang membaca
karya kesusateraan ini juga dapat meningkatkan lagi daya intelek dan memupuk kesedaran
nilai-nilai kekreatifan dan keindahan dalam diri mereka.

( 1002 patah perkataan )

7

6.0 Sumber rujukan

Abdul Halim Ali. Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Jurnal Bahasa
dan Sastera Melayu. 101-117.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794

Ain Mazryn. (2019). Konsep Kesusasteraan Melayu. https://prezi.com/p/jhi23p7ehrcb/konsep-
kesusasteraan-melayu/

Ani Binti Haji Omar. (2019). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina Generasi
Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. Jurnal Pendeta. Vol 5, 2-24.
file:///C:/Users/user/Downloads/1174-Article%20Text-1947-1-10-20190311.pdf

Kesusasteraan Melayu. (2003). Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah.

https://smktta.files.wordpress.com/2010/11/sp_sastera.pdf

Mohd Firdaus Che Yaacob, Normaliza Abd Rahim. (2016). Nilai Baik Hati Menerusi Cerita
Rakyat Melayu Terhadap Masyarakat Melayu Suatu Aplikasu Teori Pengkaedahan
Melayu. Jurnal od Business and Social Development. Jilid 4(2), 48-57.
https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2016/09/4.-Nilai-Baik-Hati-
web.pdf

Mohd Rodzi. Fungsi Sastera dalam Masyarakat.

https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat

Muhd Norizam Jamian, Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional
Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi. Jilid 31(2),
183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf

8

Norazimah Zakaria, azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul
Mutalid, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman, Rosmah
Derak. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal
Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Jilid 4(2), 89 - 97.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cermin
an_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun

Siti Zaleha, M. Hashim. (2013). Mengenali Cerita Rakyat. Intitut Terjemahan Negara dan Buku
Malysia Berhad. https://www.goodreads.com/book/show/17929908-
mengenali-cerita-rakyat

Taufik A. Latif, Mohd Syuja Saedin, Norazilah Buhari, Ira Meilita Ibrahim Ibrahim. (2018).
Amalan ‘Berbudi Bahasa’: Satu Kajian Nilai Peradaban Masyarakat Malaysia.
Sains Insani. Jilid 3(2), 68-73.
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5096/1/Amalan%20%e2
%80%98Berbudi%20Bahasa%e2%80%99%20Satu%20Kajian%20Nilai%20P
eradaban%20Masyarakat%20Malaysia.pdf

9


Click to View FlipBook Version