The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMRU SYAFRIN BIN NOORSAFWAN SOPHIAN Moe, 2023-07-29 21:34:05

HIDUP CERIA TANPA DADAH

BUKU SKRAP DIGITAL

Keywords: PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

JudulBuku HIDUP CERIA TANPA DADAH TEMA LebihBaik Cegah: "Murid Ceria, Guru Bahagia & SekolahBitara" pendidikan pencegahan dadah buku skrap digital


Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang akan mengubah fungsi tubuh manusia sekiranya diambil bukan untuk perubatan. Contoh ekstasi, kokain, marijuana, heroin dan ganja. Alkohol adalah minuman beralkohol seperti bir, wain, dan arak. Menyebabkan masalah kesihatan fizikal, mental, serta sosial seperti menghadapi kecelaruan, masalah keluarga, dan keganasan. KATAKAN "TIDAK PADA DADAH" Pendidikan pencegahan dadah memberikan pengetahuan, kesedaran, dan kemahiran kepada masyarakat, khususnya kepada generasi muda, tentang bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.


Rokok mengandungi nikotin dan bahan-bahan kimia yang merbahaya apabila dihisap melalui tembakau yang terbakar. Menyebabkan masalah kesihatan kanser, penyakit paru-paru, dan masalah jantung. Vape (rokok elektronik) adalah peranti yang menggunakan bateri untuk menghasilkan aerosol yang dihisap oleh penggunanya. Mengandungi nikotin dan bahan kimia yang merbahaya. KATAKAN "TIDAK PADA DADAH"


Inhalan merujuk kepada bahan-bahan kimia yang dihisap melalui hidung atau mulut untuk mencapai kesan psikoaktif. Contoh bahan inhalan termasuk cat sembur, bahan pelekat, pembersih, dan pelarut. Menyebabkan kerosakan otak dan organ, masalah pernafasan, dan kematian. HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyerang sistem imun manusia, manakala AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) adalah peringkat terakhir dari penyakit yang disebabkan oleh HIV. KATAKAN "TIDAK PADA DADAH"


Mewujudkan kesejahteraan mental dan emosi murid. Penyertaan murid dalam kegiatan-kegiatan berfaedah untuk meningkatkan kesedaran positif diri seperti gotong royong, pertandingan melukis poster dan pembelajaran luar bilik darjah. Guru menyampaikan maklumat yang tepat mengenai penyalahgunaan dadah seperti kempen-kempen melalui media sosial, aplikasi dan platform online, Guru bekerja dalam keadaan yang gembira dan menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat. murid ceria , guru bahagia


1. Mewujudkan sekolah yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. 2. Bersama-sama PIBG sekolah menganjurkan program-program yang bermanfaat kepada murid-murid dan masyarakat seperti : a. perkhemahan b. hari keusahawanan c. sukan sekolah (penglibatan PIBG) d. pertandingan mencungkil bakat murid 3. Sekolah berperanan dalam menyediakan lingkungan sekolah yang ceria dengan memastikan infrastuktur sekolah yang selesa, selamat dan berfungsi. sekolahbitara


Pencegahan dadah amat penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik bagi generasi muda. Setiap individu berperanan mencegah penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dan negara. Mewujudkan lingkungan sekolah yang sihat dan bebas dari bahaya dadah. Kerjasama dengan unit kaunseling, PDRM dan AADK dalam menangani isu penyalahgunaan dadah. kesimpulan


Terima Kasih kepada pembaca dan semua pihak yang telah berkerjasama dalam menghasilkan buku skrap digital ini. Semoga ia dapat memberikan panduan yang bermanfaat dalam menangani isu-isu pencegahan dadah di kalangan murid-murid dan masyarakat. penghargaan


Click to View FlipBook Version