“DOKTOR PERUBATAN” KERJAYA DALAM BIDANG STEM NAMA PESERTA: Muhammad Syahmi Aiman Bin Mohd Akashah (3 Bitara) Efiff Zakwan bin Ezlee Zakri (3 Bitara) Danial Putra Bin Mohd Amin (3 Bitara) Muhammad Hazimuddin Bin Abdul Karim (3 Bitara) NAMA SEKOLAH : SMK Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja folio ini dengan penuh sukses. Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nik Noor Azreen,selaku Cikgu PRS kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penting ini. Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan. Sekian, terima kasih
LATAR BELAKANG KERJAYA Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara.
Antara Contoh Bidang Kerjaya Yang Terkenal ➢ Bidang kewangan/perniagaan/hartanah ➢ Bidang penulisan dan komunikasi ➢ Bidang saintifik/perubatan. ➢ Bidang perkeranian dan pentadbiran Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang- kurangnya kepada sembilan bidang utama contohnya;
Lima Pekerjaan Dalam Bidang Kerjaya Yang Kami Pilih Adalah : i Doktor Perubatan ii Programmer iii Arkitek Iv Jurutera v Astronomi
Kerjaya Pilihan : Doktor Perubatan Latar Belakang Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat dimana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempatdi universiti-universiti tempatan.
PAKEJ SPM/ STPM UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERUBATAN SPM : Mengambil aliran sains tulen dengan minimum gred B bagi mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. STPM : Mengambil aliran sains dengan keperluan minimum CGPA haruslah mencapai 3.0 bagi 3 mata pelajaran iaitu Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik. KURSUS/ LATIHAN YANG PERLU DIIKUTI Ijazah Sarjana Muda Perubatan KELULUSAN DAN LATIHAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN Doktor adalah diwajibkan untuk menjalani housemanship selama dua tahun selepas menamatkan pengajian ijazah perubatan. Doktor akan mendapat kelayakan pendaftaran penuh dengan MPM dengan menjalani latihan pra-pendaftaran jawatan Pegawai Perubatan yang diberi oleh Kerajaan Malaysia di Hospital Kerajaan dalam tempoh 3 tahun sebelum dibenarkan bekerja dengan agensi swasta. Selepas selesai dengan jayanya latihan pra-pendaftaran, doktor akan diselia di mana-mana hospital seperti hospital kerajaan, hospital daerah, klinik kerajaan atau klinik swasta.
IPTA/ IPTS YANG MENAWARKAN LATIHAN KERJAYA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PROSPEK KERJAYA Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagimereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain. GAJI & FAEDAH – FAEDAH LAIN Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30 ETP RM 165.00 EKA RM 170.00 Elaun Kritikal : RM 500.00 Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00
SPESIFIKASI PEKERJAAN - Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis. - Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis. - Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan ataukecederaan yang tertentu. - Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan. - Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturankesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum. - Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;Menyediakan dokumen dan laporan saintifik. - Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;Menyelia pekerja lain.
CIRI-CIRI PERSONALITI Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka. Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah. Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan. Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis. Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktukecemasan. Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal. Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya. Berkemahiran berkomunikasi. Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup. Kemahiran dalam kebolehan pengurusan.
PENUTUP Setiap pekerjaan ada cabarannya. Tetapi perubatan adalah benar-benar salah satu pekerjaan yang membawa anda cabaran yang berbeza setiap hari. Bertemu pesakit baru dan menyelesaikan masalah yang berbeza akan menjadi perkara harian. Anda juga akan mempelajari teknik baharu dan menyesuaikan diri dengan teknologi terkini. Pada penghujung hari, anda mungkin tahu mengapa anda ingin menjadi seorang doktor. Sesetengah orang diletakkan di bumi untuk membantu dan memberi inspirasi kepada orang lain. Dan walaupun perjalanan anda untuk belajar perubatan mungkin mencabar, jangan berputus asa. ِة َجنَّ ْ لَى ال ِ ا إ ًما َس َّه َل ََّّللاُ لَهُ بِ ِه َطِريقً ْ تَِم ُس فِي ِه ِعل ْ ا يَل َك َطِريقً َو َم ْن َسلَ “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR Muslim, no. 2699).
PERANAN SAINS & TEKNOLOGI Inovasi dalam bidang perubatan pada masa kini semakin berkembang di Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan beberapa aplikasi dan ‘software’ yang boleh membantu paramedik untuk melakukan diagnosis ke atas pesakit seperti ‘stethoscope’ yang boleh disambung terus ke telefon bimbit untuk berkongsi mendengar bunyi degupan jantung,