The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Spyder Black, 2023-09-22 08:18:19

SOALAN LAZIM PENDAFTARAN PELAJAR KE KOLEJ KEDIAMAN SESI OKT23 - FEB24

JPKKJM - EXCO PENGURUSAN DAN RESIDENSI

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN KOLEJ KEDIAMAN DAN NON-RESIDENT BAGI SESI OKTOBER 2023 - FEBRUARI 2024 UNIT PENGURUSAN KOLEJ DAN NON RESIDENT (UPKNR) UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN


SOALAN LAZIM PELAJAR RESIDEN KOLEJ KEDIAMAN SESI OKTOBER 2023 - FEBRUARI 2024


JAWAPAN Ya, semua pelajar semester satu (1) Diploma dan ijazah Sarjana Muda LAYAK SECARA AUTOMATIK bagi kemudahan kolej kediaman (kecuali pelajar lepasan Diploma UiTM). SOALAN LAZIM - 1 SOALAN Adakah pelajar baru akan mendapat kemudahan kolej kediaman ?


JAWAPAN Ya, kemudahan kolej kediaman disediakan bagi semua pelajar SEMESTER SATU (1) termasuk pelajar Ijazah Sarjana Muda lepasan STPM atau Matrikulasi atau Diploma IPT lain. SOALAN LAZIM - 2 SOALAN Adakah pelajar baru Ijazah Sarjana Muda lepasan STPM atau Matrikulasi atau Diploma IPT lain juga akan mendapat kemudahan kolej kediaman ?


JAWAPAN Pelajar boleh melakukan semakan keputusan berjaya permohonan kolej kediaman bermula 25 OGOS 2023 di UiTM iStudent Portal (eHEP System). SOALAN LAZIM - 3 SOALAN Bagaimanakah cara pelajar lama melakukan semakan keputusan berjaya permohonan kolej kediaman ?


JAWAPAN Permohonan terhad kepada pelajar SISWI sahaja Telah menghantar borang clearance (sesi Mac 2023 - Ogos 2023) dan kunci kepada staf bertugas di pejabat UPKNR (jika berkenaan) Kategori B40 (lampirkan bersama slip gaji ibu bapa atau pengesahan pendapatan) Pelajar Ijazah Sarjana Muda semester satu lepasan Diploma UiTM (sila lampirkan bersama surat tawaran pengajian) Ya, hanya pelajar yang memenuhi syarat berikut layak memohon rayuan kedua kolej kediaman: SOALAN LAZIM - 4 SOALAN Adakah pelajar yang tidak mendapat kolej kediaman boleh melakukan permohonan rayuan ?


JAWAPAN Pelajar diminta untuk mengemukakan permohonan melalui surat rasmi bersama lampiran yang dikehendaki ke alamat emel [email protected] Permohonan dibuka mulai 11 SEPTEMBER 2023 sehingga 15 SEPTEMBER 2023 (sebelum jam 12 tengahari). Keputusan bergantung pada kekosongan semasa di kolej kediaman. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nurul Isma binti Johari di talian 06-264 5702. SOALAN LAZIM - 5 SOALAN Bagaimanakah cara pelajar melakukan rayuan kedua kolej kediaman ?


JAWAPAN Pelajar perlu menghantar surat penolakan rasmi ke alamat emel [email protected] SOALAN LAZIM - 6 SOALAN Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya ingin menolak penempatan kolej kediaman bagi yang telah berjaya ?


JAWAPAN Semua pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda akan mendaftar ke kolej kediaman mengikut tarikh yang tertera pada surat tawaran, iaitu pada 23 SEPTEMBER 2023 (SABTU) atau 24 SEPTEMBER 2023 (AHAD). SOALAN LAZIM - 7 SOALAN Bilakah tarikh pendaftaran pelajar baru ke kolej kediaman ?


JAWAPAN 30 SEPTEMBER 2023 (SABTU) bagi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) 1 OKTOBER 2023 (AHAD) bagi Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Media (KPPIM) Semua pelajar lama akan mendaftar ke kolej kediaman pada tarikh seperti berikut: SOALAN LAZIM - 8 SOALAN Bilakah tarikh pendaftaran pelajar lama ke kolej kediaman ?


JAWAPAN Semua pelajar yang berjaya rayuan kedua akan mendaftar ke kolej kediaman pada 1 OKTOBER 2023 (AHAD). SOALAN LAZIM - 9 SOALAN Bilakah tarikh pendaftaran pelajar berjaya rayuan kedua ke kolej kediaman ?


JAWAPAN Tidak, pelajar perlu mematuhi tarikh dan masa pendaftaran ke kolej kediaman yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nurul Isma binti Johari di talian 06-264 5702. SOALAN LAZIM - 10 SOALAN Adakah pelajar dibenarkan untuk menukar tarikh dan masa pendaftaran ke kolej kediaman ?


JAWAPAN Berdasarkan slip Pra Daftar Kolej Kediaman, pelajar dibenarkan melakukan pendaftaran ke kolej kediaman dalam tempoh 3 hari. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Kolej dan Non Resident (UPKNR). SOALAN LAZIM - 11 SOALAN Adakah pelajar dibenarkan untuk menangguhkan pendaftaran ke kolej kediaman ?


JAWAPAN Kad pengenalan pelajar Satu (1) salinan surat tawaran pengajian Satu (1) salinan akujanji perabot Kad pelajar Satu (1) salinan slip Pra Daftar Kolej Kediaman Pelajar baru perlu membawa: Pelajar lama perlu membawa: SOALAN LAZIM - 12 SOALAN Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa pendaftaran ke kolej kediaman ?


JAWAPAN Pelajar boleh melakukan cetakan slip Pra Daftar Kolej Kediaman bermula 13 SEPTEMBER 2023 di UiTM iStudent Portal (eHEP System). SOALAN LAZIM - 13 SOALAN Bagaimanakah cara pelajar melakukan cetakan slip Pra Daftar Kolej Kediaman ?


JAWAPAN Slip Pra Daftar Kolej Kediaman menyatakan nombor blok, bilik dan rumah pelajar. Pelajar akan mendaftar ke bilik tersebut pada hari pendaftaran ke kolej kediaman. SOALAN LAZIM - 14 SOALAN Apakah fungsi slip Pra Daftar Kolej Kediaman ?


JAWAPAN Tidak, penempatan rumah pelajar adalah berdasarkan slip Pra Daftar Kolej Kediaman. SOALAN LAZIM - 15 SOALAN Adakah pelajar akan mendapat rumah di aras bawah sekiranya datang awal pada hari pendaftaran ?


JAWAPAN Tidak, bilik dan rumah pelajar telah ditetapkan oleh pihak Unit Pengurusan Kolej dan Non Resident (UPKNR) berdasarkan rekod penempatan pelajar sesi Mac 2023 - Ogos 2023. SOALAN LAZIM - 16 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman boleh memilih rakan sebilik atau rakan serumah ?


JAWAPAN Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan perlu mengemukakan surat pengesahan doktor daripada hospitan kerajaan atau hospital swasta, kepada pihak Unit Pengurusan Kolej dan Non Resident (UPKNR) bagi ditempatkan ke rumah sakit. SOALAN LAZIM - 17 SOALAN Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya mempunyai masalah kesihatan ?


JAWAPAN Ya, pelajar perlu membayar Yuran Kolej dengan SEGERA setelah bil dijana. Sila rujuk bil Yuran Kolej di UiTM iStudent Portal (Student Financial Services). SOALAN LAZIM - 18 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman perlu membayar Yuran Kolej selepas melakukan pendaftaran ?


JAWAPAN RM420.00 sahaja bagi seorang pelajar per semester. SOALAN LAZIM - 19 SOALAN Berapakah Yuran Kolej yang perlu dibayar oleh seorang pelajar residen kolej kediaman per semester ?


JAWAPAN Jika gagal menyelesaikan Yuran Kolej sebelum semester semasa berakhir, pelajar tidak boleh mencetak keputusan peperiksaan akhir semester berkenaan. Pelajar juga tidak dapat melakukan permohonan kolej kediaman bagi semester yang seterusnya. Jika masih gagal menyelesaikan Yuran Kolej sehingga akhir pengajian, pelajar tidak dapat bergraduat. SOALAN LAZIM - 20 SOALAN Apakah implikasi kepada pelajar residen kolej kediaman yang gagal menyelesaikan Yuran Kolej ?


JAWAPAN Elaun bantuan makanan (e-insentif makan) bagi pelajar Diploma Pengurangan atau pengecualian Yuran Kolej Pihak UiTM menyediakan bantuan seperti berikut kepada pelajar golongan B40 yang layak: SOALAN LAZIM - 21 SOALAN Apakah bantuan yang disediakan oleh pihak UiTM kepada pelajar residen kolej kediaman yang menghadapi masalah kewangan ?


JAWAPAN Slip gaji ibu bapa / penjaga terkini (telah disahkan) Pengesahan pendapatan bagi ibu bapa / penjaga yang berkerja sendiri (telah disahkan) Penyata pencen yang dicetak dari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (telah disahkan) Salinan kad OKU (telah disahkan) Salinan muka hadapan buku bank atas nama pelajar (telah disahkan) Pelajar perlu menyertakan dokumen seperti berikut semasa melakukan permohonan: SOALAN LAZIM - 22 SOALAN Bagaimakah cara pelajar residen kolej kediaman melakukan permohonan pengurangan atau pengecualian Yuran Kolej ?


JAWAPAN Hanya pelajar semester 3 DAN KE ATAS serta mempunyai MASALAH KESIHATAN layak untuk memohon kebenaran membawa MOTOSIKAL. Keputusan bergantung pada kekosongan. SOALAN LAZIM - 23 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman dibenarkan membawa kenderaan ?


JAWAPAN Ya, pelajar dibenarkan keluar dari kawasan kampus dan tertakluk kepada Peraturan Keluar dan Masuk Kampus sedia ada. SOALAN LAZIM - 24 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman dibenarkan keluar dari kawasan kampus ?


JAWAPAN Ya, kenderaan e-hailing dibenarkan masuk ke dalam kawasan kampus pada masa yang telah ditetapkan. SOALAN LAZIM - 25 SOALAN Adakah kenderaan e-hailing dibenarkan masuk ke dalam kawasan kampus ?


JAWAPAN Medan Selera Blok Kuliah (mulai jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang) Medan Selera Kolej (mulai 7.00 pagi sehingga 11.00 malam) Pelajar boleh membeli makanan dan minuman daripada penggerai yang beroperasi di: SOALAN LAZIM - 26 SOALAN Bagaimanakah dengan kemudahan makan dan minum bagi pelajar residen kolej kediaman ?


JAWAPAN Ya, kenderaan servis penghantaran makanan dibenarkan masuk ke dalam kawasan kampus pada masa yang telah ditetapkan. SOALAN LAZIM - 27 SOALAN Adakah kenderaan servis penghantaran makanan dibenarkan masuk ke dalam kawasan kampus ?


JAWAPAN Ya, pelajar residen kolej kediaman boleh membawa dan menggunakan peralatan elektrik yang dibenarkan dan telah didaftarkan. SOALAN LAZIM - 28 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman dibenarkan membawa peralatan elektrik ?


JAWAPAN Ya, setiap pelajar MESTI mendaftarkan sekurangkurangnya dua (2) peralatan elektrik di UiTM Student Portal (eHep System). Setiap peralatan elektrik yang telah didaftarkan akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 per semester. SOALAN LAZIM - 29 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman mesti melakukan pendaftaran peralatan elektrik ?


JAWAPAN Telefon pintar Komputer peribadi Tablet Seterika Pemanas air Antara peralatan eletrik yang dibenarkan ialah: SOALAN LAZIM - 30 SOALAN Apakah peralatan elektrik yang dibenarkan bagi pelajar residen kolej kediaman ?


JAWAPAN Ya, pelajar boleh mengakses perkhidmatan UiTM WiFi Student di kawasan kolej kediaman. Sila gunakan Username dan Password yang sama dengan UiTM iStudent Portal untuk log masuk ke UiTM WiFi Student. SOALAN LAZIM - 31 SOALAN Adakah pelajar residen kolej kediaman boleh mengakses perkhidmatan UiTM WiFi Student ?


JAWAPAN Pilih SSID: UiTM WiFi Student Pilih PEAP Masukkan nombor matrik pelajar Masukkan kata laluan UiTM iStudent Portal pelajar Pilih ‘Do not validate’ atau ‘None’ Klik ‘Connect’ 1. 2. 3. 4. 5. 6. SOALAN LAZIM - 32 SOALAN Panduan mengakses perkhidmatan UiTM WiFi Student bagi pengguna peranti Android.


JAWAPAN Pilih SSID: UiTM WiFi Student Masukkan nombor matrik pelajar Masukkan kata laluan UiTM iStudent Portal pelajar Klik ‘Trust’ Klik ‘Join’ 1. 2. 3. 4. 5. SOALAN LAZIM - 33 SOALAN Panduan mengakses perkhidmatan UiTM WiFi Student bagi pengguna peranti iOS.


JAWAPAN Pelajar perlu melaporkan sebarang aduan berkaitan perkhidmatan UiTM WiFi Student di laman sesawang UNITS: https://units.uitm.edu.my/ SOALAN LAZIM - 34 SOALAN Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya mengalami masalah berkaitan perkhidmatan UiTM WiFi Student ?


JAWAPAN Maxis Celcom UMobile Antara perkhidmatan Telco yang dicadangkan ialah: SOALAN LAZIM - 35 SOALAN Apakah perkhidmatan Telco yang dicadangkan kepada pelajar residen kolej kediaman ?


JAWAPAN Terdapat perkhidmatan dobi layan diri yang disediakan di lobi setiap blok kolej kediaman. SOALAN LAZIM - 36 SOALAN Adakah perkhidmatan dobi disediakan di kawasan kolej kediaman ?


JAWAPAN Pelajar perlu melaporkan sebarang kerosakan berkaitan kolej kediaman di laman sesawang e-Aduan: http://10.82.1.36/aduan/studlogin.wr.php Pelajar hendaklah menggunakan UiTM WiFi Student semasa mengakses laman sesawang e-Aduan. SOALAN LAZIM - 37 SOALAN Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar residen kolej kediaman sekiranya berlaku kerosakan ?


JAWAPAN https://drive.google.com/file/d/1bClCzPNgNUg eAt6quhk4zJY41sRW9aiv/view https://drive.google.com/file/d/1_QULGtb8ywB 0rHPgeP30NZ-1vPsrjfkK/view?usp=drivesdk Pelajar boleh merujuk Panduan Membuat e-Aduan yang disediakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) di pautan seperti berikut: SOALAN LAZIM - 38 SOALAN Bagaimanakah cara pelajar residen kolej kediaman melaporkan kerosakan di laman sesawang e-Aduan ?


JAWAPAN Facebook Unit Pengurusan Kolej & Non Resident UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin Telegram Channel JPKKJM Segala notis dan pemakluman terkini berkaitan kolej kediaman boleh dirujuk oleh pelajar di platform rasmi seperti berikut: SOALAN LAZIM - 39 SOALAN Bagaimanakah cara pelajar residen kolej kediaman mendapat maklumat terkini ?


SEKIAN, TERIMA KASIH SEKIAN, TERIMA KASIH DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN SRI LANANG DAN TUN GEMALA EXCO PENGURUSAN DAN RESIDENSI SESI 2023/2024


Click to View FlipBook Version