MODUL MENTOR MENTEE
26 APRIL 2021 (ISNIN)
Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Luahan Hati
Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Mentee dapat mengurangkan rasa yang terpendam di dalam
hati.
Masa : 30 minit
Langkah :
1. Mentor memberikan penerangan tentang aktiviti pada hari ini dan
meminta mentee untuk bersikap terbuka.
2. Mentee diminta duduk dalam bulatan dan mentor memberikan belon
pada mentee yang pertama.
3. Mentee diminta untuk menceritakan apa masalah yang dihadapi dan
mentee yang lain perlu memberikan pendapat masing-masing untuk
mengurangkan masalah tersebut.
4. Setelah selesai, belon diserahkan kepada mentee disebelah dan
seterusnya.
5. Setelah selesai semua aktiviti mentor memberikan sedikit kata-kata
semangat kepada mentee dalam menjalani kehidupan semasa Pandemik
Covid 19.
Falsafah : Cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan
menghadapinya bukan dengan menghindarinya.