The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrulniena, 2021-08-01 00:01:16

MODUL PENGURUSAN STRES

MODUL MENTOR MENTEE NORMA BAHARU
2 Ogos 2021 (ISNIN)

Bidang : Pembangunan Diri


Tajuk : It's Okay to Not Be Okay

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. Mentee dapat mengurangkan rasa yang terpendam di dalam

hati.

Masa : 40 minit


Langkah :

1. Mentor memberikan penerangan tentang aktiviti pada hari ini dan
meminta mentee untuk bersikap terbuka.

2. Setiap mentee diminta untuk menceritakan keseronokan PDPR.


3. Setiap mentee diminta untuk menceritakan apa perasaan sebenar yang
dihadapi sepanjang berada di rumah.


4. Setelah selesai semua aktiviti mentor memberikan sedikit kata-kata
semangat dan tips menguruskan stres kepada mentee dalam menjalani
kehidupan semasa Pandemik Covid 19.




Falsafah : “It’s healthy to admit you’re not ok. ‘It’s ok not to be ok’ it’s brave.
But don’t let it win. Be sad. Have your moment, your day or week.

Then do something about it and be happy. For yourself.”

Apa itu stres?

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi
kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang

memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan
ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja.

Namun, tekanan yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada

kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun,
kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Berikut adalah lima cara mengatasi stres secara sihat, yang telah dibuktikan

oleh kajian psikologi bahawa ia mampu mengurangkan tekanan sama ada
jangka masa pendek atau panjang.



5 Tips Cara Mengatasi Stres




#1 Selesaikan punca stres

Apabila anda berusaha untuk menyelesaikan punca stres tersebut, anda akan
merasa kuat dan matang. Ini akan membantu anda untuk memperoleh

kemahiran baru atau untuk mengurangkan rasa lemas dengan masalah yang
ada.




#2 Bersenam

Kita selalu mendengar manfaat yang diperolehi daripada rutin senaman
berkala. Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan yoga di semasa

dalam tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga
beberapa jam.

#3 Senyum dan gelak

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka.


Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres.
Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan
masalah yang dihadapi.

Carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan buat

anda. Jangan berseorangan ketika stress.




#4 Dapatkan sokongan sosial

Hubungi rakan, ahli keluarga ataupun carilah pakar psikologi. Berkongsi
perkara yang membuatkan anda tertekan bersama dengan orang lain
membantu melegakan tekanan.


Namun, sangat penting bagi kita untuk memilih rakan yang boleh dipercayai
bagi meluahkan masalah.




#5 Muhasabah diri

Muhasabah diri boleh membantu mengatasi stres dengan menenangkan
minda dan tubuh anda supaya tetap fokus. Ia juga membantu untuk mencipta

satu ruang di antara pemikiran dan reaksi supaya anda tidak terus-menerus
melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Apabila anda bertenang ketika bermuhasabah diri, kita boleh melegakan

perasaan yang menyebabkan tubuh fizikal tertekan. Seperti senaman, kajian
telah menunjukkan bahawa muhasabah diri sebentar boleh memberikan
kelegaan segera kepada diri.

Konklusi


Perkara yang membuatkan seseorang stres mungkin tidak memberikan
tekanan yang sama pada orang lain. Dengan menemui cara hilangkan stres
yang positif dan sihat, banyak kesan-kesan buruk pada kesihatan dapat

dielakkan.

Menguruskan tekanan sangat penting untuk diri, bukan sahaja dari sudut
emosi, tetapi fizikal dan mental juga.


Jika anda merasakan cara mengatasi stres yang anda cuba tidak berkesan dan
keadaan anda menjadi lebih teruk, jangan takut untuk berjumpa dengan
orang yang lebih pakar, buang fikiran yang negatif demi kesihatan diri.


Click to View FlipBook Version