SK DULANG
06900 YAN, KEDAH
Mesyuarat Agung
PIBG KE - 45
23 OKTOBER 2021 (SABTU)
10.00 PAGI
KEDIAMAN MASING-MASING
(GOOGLE MEET)
Dirasmikan oleh
YB Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samad
Pengerusi Perbadanan Kumpulan
Ladang-ladang Perbadanan Kedah Berhad
“Kecemerlangan bermula di sini”
09.00 pagi : AGENDA MESYUARAT
10.00 pagi : Pendaftaran Waris secara atas talian
:
Nyanyian lagu Negaraku
:
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
:
Bacaan Doa
: Encik Fadzil bin Mohamad Noh
: Ucapan Penasihat PIBG
Tn. Hj. Bahauddin bin Abd. Rahman
Guru Besar SK Dulang
Ucapan YDP PIBG
En. Hilmi bin Salleh
YDP PIBG SK Dulang
Ucapan Perasmian
Yang Berhormat,
Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samad
Pengerusi Perbadanan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan
Kedah Berhad.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45
: Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
: Perkara-perkara berbangkit
: Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan
: Perbincangan usul Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45
: Hal-Hal Lain
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN DULANG
SESI 2020/2022
Penasihat : Tn. Hj. Bahauddin bin Abd Rahman (Guru Besar)
En. Hilmi bin Salleh
Yang DiPertua : En. Mohd Aidil bin Abd Aziz
Pn. Norazah binti Ahmad Dzali
Naib Yang DiPertua : Cik Norzatul binti Daut
Pn. Rosniza binti Ahmad Tajuddin
Setiausaha : 1. En. Hasbullah bin Daud
2. En. Md Hadzir bin Ishak
Pen. Setiausaha : 3. En. Senawi bin Pengeran
4. Pn. Zanariah binti Mohd Kassim
Bendahari : 5. Pn. Sumarni binti Haji Radzi
6. Pn. Aniza binti Ali
AJK Ibu Bapa : 7. En. Suhimi bin Md Saad
8. En. Mat Razi bin Mat Rejab
AJK Guru : 9. Pn. Nor Hayati binti Othman
10. Pn. Syahidatul Azna binti Saud
Pemeriksa Kira-Kira :
1. En. Ismail bin Mansor
2. Pn. Zuraini binti Ali
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN DULANG
KALI KE-44 / TAHUN 2020
Tarikh : 20 Februari 2020
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kafetaria Shahiyyah, Sekolah Kebangsaan Dulang
Kehadiran : 176 orang
Perasmi : Encik Muhammad Solahuddin bin Ismail
Pengarah Urusan TG Dataran Sdn. Bhd.
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Encik Mohamad Helmee bin Abdullah selaku pengerusi mesyuarat menjemput
semua Ajk PIBG sesi 2018/2020 untuk naik ke pentas bagi memulakan mesyuarat.
Beliau mengucapkan terima dan tahniah kepada ibu bapa dan waris yang dapat
hadir untuk sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 ini. Beliau
juga menucapkan terima kasih kerana dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat
pada kali ini. Beliau turut memohon agar semua yang hadir dapat memberikan
perhatian supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.
2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
2.1 Yang DiPertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan waris
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 44 ini. Beliau meminta ahli mesyuarat memberikan kerjasama
sepenuhnya supaya tidak membuang masa. Jika terdapat sebarang masalah atau
pertanyaan bolehlah dikemukakan dalam mesyuarat.
3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
3.1 Puan Norazah binti Ahmad Dzali selaku Setiausaha PIBG bagi sesi 2018/2020
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43, bertarikh 20 Mac 2019
(Rabu) bermula daripada muka surat empat hingga sepuluh. Beliau memohon
semua ahli mesyuarat meneliti seterusnya mengesahkan minit mesyuarat ini.Puan
Rosida binti Ramli mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan dan disokong
oleh Puan Noorazah binti Zainol.
4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Berdasarkan perkara 7.5, Puan Hazliyana binti Md Sharif bertanyakan tentang
perkembangan usul pembinaan sebuah pondok menunggu di hadapan sekolah
untuk kemudahan murid dan para waris. YDP PIBG memaklumkan sumbangan
yang diterima daripada waris belum mencukupi untuk membina pondok menunggu
berkenaan. Sumbangan yang diterima hanyalah sebanyak RM1180.00 sahaja dan
hanya mencukupi untuk pemasangan mesin minuman.
5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2019
5.1 Puan Norazah binti Ahmad Dzali memaklumkan semua ahli mesyuarat bahawa
Ajk PIBG telah bermesyuarat sebanyak lima kali pada tahun 2019. Beliau turut
memaklumkan bahawa hanya seorang wakil Ajk guru sahaja dijemput hadir ke
mesyuarat kerana mesyuarat dijalankan pada waktu pagi. Sekiranya semua Ajk
guru turut serta dalam mesyuarat maka waktu pembelajaran murid terganggu.
Sebarang isu yang dibincangkan dalam mesyuarat akan dimaklumkan semasa
mesyuarat guru atau melalui aplikasi whatapp.
5.2 Puan Norazah binti Ahmad Dzali selaku Setiausaha PIBG membentangkan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG
sepanjang tahun 2019 seperti di muka surat 13 di dalam Buku Mesyuarat Agung
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Kali ke-44. Ahli mesyuarat PIBG SK Dulang
sebulat suara menerima pembentangan dan mengesahkan Laporan Aktiviti PIBG
bagi Tahun 2019.
6.0 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
TAHUN 2019
6.1 Puan Rosniza binti Ahmad Tajuddin selaku Bendahari PIBG bagi sesi 2018/2020
membentangkan Penyata Kewangan PIBG bermula 1 Januari hingga 31 Disember
2019 pada muka surat 14 dan 15 di dalam Buku Mesyuarat Agung Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) Kali ke-44. Ahli PIBG boleh merujuk maklumat berkaitan
pendapatan dan perbelanjaan dengan baki kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2019 sebanyak RM 3252.97.
6.2 Puan Rosniza binti Ahmad Tajuddin memaklumkan bahawa kutipan sumbangan
RM20.00 daripada waris dan lain-lain penyumbang yang terkumpul adalah
sebanyak RM1180.00. Jumlah ini hanya mencukupi untuk membiayai
pemasangan satu mesin minuman dengan kos sebenar sebanyak RM2200.00.
Kutipan kali ke dua telah dibuat pada awal tahun 2020 tetapi belum dibuat
pengiraan. Beliau mengharapkan semoga masih ada sumbangan daripada ibu
bapa dan waris.
6.3 Beliau seterusnya memohon ahli mesyuarat menerima dan meluluskan Penyata
Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019 tersebut. Puan Suhaida
binti Salim mencadangkan agar penyata kewangan ini diterima dan disokong oleh
Puan Zurina binti Abd Wahab. Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan
menerima Penyata Kewangan ini.
7.0 MELULUSKAN SUMBANGAN-SUMBANGAN KHAS PIBG
7.1 Guru Besar memaklumkan bahawa agenda Kementerian Pendidikan Malaysia
diteruskan oleh pemangku Menteri Pendidikan iaitu bayaran untuk persekolahan
di Malaysia adalah percuma.
7.2 Sumbangan yang diperolehi untuk pemasangan mesin minuman dan pembinaan
pondok menunggu masih belum mencukupi. Pemasangan mesin minuman telah
dimulakan semasa kutipan berjumlah RM1200.00. Kos sebenar pemasangan
mesin minuman ialah sebanyak RM2200.00 tidak termasuk kos sumber air dan
elektrik. Manakala kos pembinaan pondok menunggu waris pula adalah sebanyak
RM2000.00. Buat masa sekarang, dana masih belum mencukupi. Selain itu, kos
untuk memindahkan pili bomba juga diluluskan sebanyak RM4000.00 tetapi
peruntukkan masih belum diterima. Guru Besar mengucapkan terima kasih
kepada semua penyumbang.
7.3 Guru Besar memaklumkan ahli mesyuarat bahawa pihak sekolah dan PIBG ingin
memohon sumbangan daripada ibu bapa dan waris bagi membiayai program-
program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-
anak SK Dulang. Program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah Kem
Bestari Solat Fasa 1/2020.
7.4 Guru Besar juga memohon kelulusan daripada ahli mesyuarat PIBG untuk
pembelian buku kerja tambahan bagi murid tahun 6. Jumlah buku bagi satu mata
pelajaran ialah dua buah, jadi keseluruhannya ialah lapan buah untuk seorang
murid. Beliau turut memohon dana daripada ibu bapa dan waris untuk membiayai
pembelian buu kerja ini. Harga bagi sebuah buku ialah RM10.00 jadi peruntukkan
untuk seorang murid ialah RM80.00. Keseluruhan kos buku kerja untuk 46 orang
murid tahun 6 ialah sebanyak RM3680.00. Guru Besar turut memohon dana untuk
membiayai program peningkatan kecemerlangan murid tahun 6 iaitu aktiviti
motivasi dan teknik menjawab soalan di luar kawasan sekolah.
7.5 Pihak sekolah memohon sumbangan RM50.00 setahun daripada setiap waris
untuk membiayai semua program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Puan Rabitah binti Bakari bertanyakan adakah sumbangan ini diwajibkan kerana
akan membebankan ibu bapa yang kurang berkemampuan. Guru Besar
menjelaskan bayaran sumbangan ini tidak diwajibkan tetapi amat diperlukan untuk
menjana aktiviti-aktiviti kecemerlangan sekolah. Ibu bapa dan waris boleh
membuat sumbangan secara berkala. Guru Besar memohon maklumbalas
daripada semua ahli mesyuarat. Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk
memberikan sumbangan sebanyak RM50.00 kepada pihak sekolah.
8.0 MEMBAHAS USUL-USUL, CADANGAN DAN KOMEN
8.1 Nama pencadang : Puan Zurina binti Abdul Wahab
Nama anak : Muhammad Baihaqy Bin Mohd Shuhaimi (4 Dinamik)
Usul 1
Cadangan agar meringankan beban membawa banyak buku ke sekolah (beg
berat) dengan mengklasifikasikan jadual
Jawapan 1
Guru Besar memaklumkan jadual waktu telah diberikan kepada murid. Ibu bapa
perlu memastikan anak-anak membawa buku mengikut jadual waktu. Pohon juga
kerjasama dan perhatian daripada semua guru tentang kerja murid. Maklumkan
buku teks dan buku latihan yang perlu dibawa oleh murid.
Ustaz Suhaimi mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat untuk
menyimpan buku di sekolah atau ibu bapa boleh menyediakan satu bekas
penyimpanan di sekolah untuk kegunaan anak-anak mereka. Guru Besar
memaklumkan bekas tersebut perlulah berkunci supaya buku-buku tidak hilang.
Cikgu Suhimi bin Md Saad memaklumkan bahawa tidak sesuai meninggalkan
buku di sekolah kerana akan hilang memandangkan kelas-kelas digunakan untuk
kelas KAFA pada waktu petang.
Usul 2
Cadangan agar meningkatkan sahsiah dan akhlak anak-anak dengan guru, ibu
bapa dan masyarakat
Jawapan 2
Guru Besar memaklumkan sememangnya menjadi hasrat pihak sekolah untuk
melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik. Guru-guru mengasuh dan
mendidik murid-murid untuk meningkatkan sahsiah dan ahklak mereka. Ibu bapa
juga perlu memantau akhlak murid bersama-sama bermula dari rumah hingga
sekolah. YDP juga mencadangkan agar diadakan Kem Anak Soleh tetapi
memerlukan peruntukkan.
Usul 3
Cadangan agar pihak kantin tidak menjual makanan yang tidak berkhasiat dan
tidak memberi manfat kepada anak-anak.
Jawapan 3
Jualan makanan di kantin adalah mengikut standart yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya ada penjualan makanan ringan,
maka teguran akan dibuat. Kantin sekolah juga sentiasa dilawati oleh pihak
Pejabat Kesihatan untuk pemantauan.
8.2 Nama pencadang : Puan Kasmiza binti Nanyan @ Abdul Razak
Nama anak : Muhammad Arfan Danial b Mohamad Hasbullah (6 D)
Usul 1
Cadangan agar melantik ketua guru KAFA dalam Ajk PIBG supaya maklumat
dapat disampaikan melalui kumpulan Whatsapp PIBG berkaitan KAFA
Jawapan 1
Guru dan Ajk PIBG bersetuju dengan cadangan ini dan ketua guru KAFA akan
dilantik dalam Ajk PIBG bagi sesi 2020/2022
Usul 2
Cadangan agar mengadakan kumpulan Whatsapp waris untuk setiap kelas
sebagai kemudahan untuk bertanyakan hal-hal sekolah.
Jawapan 2
Guru Besar memaklumkan usul ini akan dimaklumkan kepada guru-guru kelas.
Usul 3
Cadangan agar pihak sekolah dapat memaklumkan pihak yang berkenaan
berkaitan parkir trailer berhampiran sekolah. Sukar bagi waris untuk menghantar
anak pada waktu pagi. Gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain di
hadapan kedai.
Jawapan 3
Guru Besar memaklumkan kawasan di luar pagar sekolah bukanlah di bawah
bidang kuasa pihak sekolah. Guru Besar akan ambil perhatian dan tindakan
terhadap perkara ini.
8.3 Nama pencadang : Puan Nor Azni Hanim binti Ali
Nama anak : Nur Nadia Syafiqa Binti Abdullah (6 Dinamik)
Usul 1
Cadangan agar pihak sekolah dapat memperbaiki kerosakan kelas.
Jawapan 1
Guru Besar memaklumkan gotong-royong telah diadakan bersama Ajk PIBG
untuk membaiki kerusi, meja, pintu dan kerosakkan fizikal yang lain. Terima kasih
kepada semua yang telah membantu membaiki kerosakkan. Buat masa sekarang
tiada penerimaan kerusi dan meja baharu kerana tiada peruntukkan daripada JPN.
8.4 Nama pencadang : Encik Mohamad Amri bin Abdul Manaf
Nama anak : Siti Hawa binti Mohamad Amri (1 Dinamik)
Usul 1
Cadangan agar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
semasa pulang sehingga dijemput oleh ibu bapa.
Jawapan 1
Guru Besar memaklumkan beliau akan mengambil tindakan bersesuaian terhadap
perkara ini.
Usul 2
Cadangan agar tidak membenarkan murid-murid bermain di taman permainan
tanpa pengawasan guru-guru atau pihak berwajib ubtuk mengelakkan
kemalangan.
Jawapan 2
Guru Besar memaklumkan beliau juga akan mengambil tindakan bersesuaian
terhadap perkara ini.
8.5 Nama pencadang : Puan Suhaida binti Salim
Nama anak : Nur Fathia binti Fazil (1 Dinamik)
Usul 1
Cadangan agar menyediakan bilik khas untuk koperasi sekolah yang menjual
segala barang keperluan, makanan ringan dan air.
Jawapan1
Guru Besar memaklumkan sekolah tidak mempunyai bilik kosong untuk dijadikan
koperasi. Koperasi juga tidak boleh menjual makanan dan minuman kerana telah
dijual di kantin sekolah. Namun begitu, terima kasih kepada cikgu Ismail bin
Mansor yang sukarela membantu pihak sekolah menjual buku tulis dan juga
keperluan-keperluan sekolah yang lain.
Usul 2
Cadangan agar dapat seragamkan pemakaian seluar sukan yang mempunyai
nama dan logo sekolah.
Jawapan 2
Guru Besar memaklumkan cadangan ini sangat baik dan boleh dilaksanakan
sekiranya semua ahli mesyuarat bersetuju. Sekiranya semua bersetuju, usul ini
akan dimulakan pada tahun hadapan.
8.6 Nama pencadang : Ajk PIBG
Usul 1
Cadangan agar pihak sekolah dapat mengadakan gotong-royong sekali sebulan
selaras dengan usaha menjayakan sekolah TS25
Jawapan 1
Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan usul ini.
9.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SESI 2018/2020
9.1 Yang DiPertua PIBG Sesi 2018/2020, Encik Hilmi bin Salleh membubarkan
Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2020. Beliau memohon maaf sekiranya sepanjang
beliau menjalankan tugas sebagai YDP PIBG, terdapat sebarang kesalahan dan
kesilapan sehingga menyusahkan para waris dan pihak pengurusan sekolah.
Beliau juga memohon semua pihak dapat menyokong ahli jawatankuasa baharu
yang akan dilantik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua aktiviti
yang bakal dirancang. Guru Besar menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Ajk
PIBG sesi 2018/2020.
10.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SESI 2020/2022
10.1 Yang DiPertua PIBG
Cadangan : Encik Hilmi bin Salleh (Dikekalkan)
Pencadang : Puan Suhaida binti Salim
Sokongan : Puan Rosnida binti Ramli
10.2 Naib Yang Dipertua
Cadangan 1 : Encik Mohd Aidil bin Abd Aziz
Pencadang : Encik Mohamad Helmee bin Abdullah
Sokongan : Ustaz Mohd Azhar bin Yusoff
Cadangan 2 : Puan Zanariah binti Mohd Kassim
Pencadang : Encik Hilmi bin Salleh
Sokongan : Puan Sumarni binti Haji Radzi
Encik Mohd Aidil bin Abd Aziz dipilih dengan undian majoriti menjadi NYDP PIBG
sesi 2020/2022
10.3 Setiausaha
Lantikan : Dibuat oleh Tuan Guru Besar selaku Penasihat PIBG.
Lantikan : Puan Norazah binti Ahmad Dzali (Dikekalkan)
10.4 Penolong Setiausaha
Lantikan : Dibuat oleh Tuan Guru Besar selaku Penasihat PIBG.
Lantikan : Cik Norzatul binti Daut (Dikekalkan)
10.5 Bendahari
Lantikan : Dibuat oleh Tuan Guru Besar selaku Penasihat PIBG.
Lantikan : Puan Rosniza binti Ahmad Tajuddin (Dikekalkan)
10.6 Ahli Jawatankuasa (Waris)
Cadangan 1 : Encik Hasbullah bin Daud
Pencadang : Puan Sumarni binti Haji Radzi
Encik Md Hadzir Bin Ishak
Encik Hilmi bin Salleh
Cadangan 2 : Encik Senawi bin Pengeran
Pencadang : Puan Zanariah binti Mohd Kassim
Encik Mohamad Helmee bin Abdullah
Cadangan 3 : Puan Suhaida binti Salim
Pencadang : Puan Salasiah binti Ibrahim
Cadangan 4 : Puan Noorazah binti Zainon
Pencadang : Puan Hasliyana binti Md Sharif
Ahli mesyuarat bersetuju untuk memilih semua calon lelaki iaitu Encik Hasbullah
bin Daud, Encik Md Hadzir Bin Ishak dan Encik Senawi bin Pengeran sebagai Ajk
PIBG sesi 2020/2022.
Puan Sumarni binti Haji Radzi, Puan Zanariah binti Mohd Kassim dan Puan
Suhaida binti Salim dipilih sebagai Ajk PIBG sesi 2020/2022 dengan majoriti
undian tertinggi.
10.7 Ahli Jawatankuasa (Guru)
Lantikan : Dibuat oleh Tuan Guru Besar selaku Penasihat PIBG.
Lantikan : Encik Suhimi Bin Md Saad (Dikekalkan)
Encik Mat Razi Bin Mat Rejab (Dikekalkan)
Puan Siti Aishah Binti Ahmad (Dikekalkan)
Puan Nor Hayati Binti Othman (Dikekalkan)
Puan Syahidatul Azna Binti Saud (Dikekalkan)
Ustazah Aniza binti Ali dilantik sebagai Ajk PIBG mewakili guru-guru KAFA
10.8 Pemeriksa Kira-kira
Cadangan : Puan Zuraini binti Ali
Sokongan : Sebulat suara
Lantikan : Dibuat oleh Tuan Guru Besar selaku Penasihat PIBG.
Lantikan : Encik Ismail bin Mansor (Dikekalkan)
11.0 HAL-HAL LAIN
11.1 Guru Besar memaklumkan Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 dan
11.2 Prasekolah bagi sesi persekolahan 2021 telah dibuka. Bagi pengisian secara atas
talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2020. Permohonan prasekolah secara
manual juga boleh dibuat mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2020. Borang pemohonan
boleh diperolehi di prasekolah.
Ustaz Mohd Azhar membuat teguran berkaitan solat subuh kerana semasa di
tanya pada perhimpunan rasmi pada hari Ahad, hanya satu perempat murid-murid
sahaja yang bersolat subuh. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk solat
subuh. Allah SWT akan memberi keberkatan dan kebahagiaan apabila kita
menjaga solat. Hal-hal yang lain juga akan Allah SWT pelihara.
12.0 UCAPAN PENANGGUHAN
12.1 Ucapan Guru Besar
Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan guru di
atas kerjasama dan perhatian yang telah diberikan sepanjang mesyuarat
dijalankan. Tahniah kepada yang terpilih sebagai barisan Ajk PIBG sesi
2020/2022. Guru Besar memohon maaf secara peribadi di atas segala
kekurangan. Beliau mengharapkan kerjasama erat, komitmen tinggi dan sokongan
akan berterusan
12.2 Ucapan NYDP PIBG
Encik Mohd Aidil bin Abd Aziz selaku NYDP PIBG yang baharu mengucapkan
terima kasih kepada semua yang telah mengundi beliau. Beliau berjanji akan
membantu pihak sekolah sama ada sumbangan dalam bentuk wang dan juga
makanan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.
Pencatat 1: Pencatat 2:
ZAHIYAH BINTI BAHARUM SALMAH BINTI ISMAIL
Disediakan oleh: Disediakan oleh:
NORAZAH BINTI AHMAD DZALI NORZATUL BINTI DAUT
Setiausaha Naib Setiausaha
Persatuan Ibubapa dan Guru Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Dulang Sekolah Kebangsaan Dulang
Disemak oleh: Disemak oleh:
BAHAUDDIN BIN ABD RAHMAN HILMI BIN SALLEH
Guru Besar Yang DiPertua
Sekolah Kebangsaan Dulang Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Dulang
LAPORAN AKTIVITI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)
TAHUN 2020/2021
1.0 PELAKSANAAN MESYUARAT
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020 telah diadakan sebanyak 3 kali.
Berikut ialah tarikh pelaksanaan mesyuarat yang tersebut:
Bil Tarikh Mesyuarat
1 28.01.2020 Mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2020
2 17.02.2020 Mesyuarat AJK PIBG Kali 2/2020
3 22.10.2020 Mesyuarat AJK PIBG Kali 3/2020
2.0 Pelaksanaan Aktiviti PIBG 2020
Berikut adalah pelaksanaan aktiviti PIBG yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020
Bil Tarikh Aktiviti PIBG
1 31.12.2019 Pendaftaran tahun 1 dan Prasekolah
2 04.01.2020 Gotong-royong Perdana 1/2020
3 21.01.2020 Majlis Penutupan Minggu Transisi
4 08.02.2020 Gotong-Royong Perdana 2/2020
5 10.02.2020 Pelancaran Program Ziarah Cakna
6 17.02.2020 Pelancaran Program Jom ke Sekolah
7 20.02.2020 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44
8 25.02.2020 Majlis Permuafakatan Lonjakan Saujana
9 11.03.2020 Kejohanan Sukan dan Olahraga kali ke-33
10 01.06.2020 Persaraan Puan Hajah Salmah binti Ismail
11 15.07.2020 Penataran Pembukaan Semula Sekolah
12 26.07.2020 Majlis Pertukaran Puan Siti Rodiah binti Abd Aziz
13 29.07.2020 Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
14 03.08.2020 Majlis Pertukaran Ustaz Mohd Azhar bin Yusoff
15 30.12.2020 Majlis Persaraan Puan Florence Fernandez
16 30.12.2020 Majlis Pertukaran Puan Roslina binti Ahmad
3.0 Pelaksanaan Aktiviti PIBG 2021
Berikut adalah pelaksanaan aktiviti PIBG yang telah dijalankan sehingga bulan Oktober
tahun 2021
Bil Tarikh Aktiviti PIBG
1 11.01.2021 Gotong-Royong Mengecat Bangunan Sekolah
2 18.01.2021 Gotong-Royong Perdana 1/2021
3 25.02.2021 Gotong-Royong Mengecat Kolam
4 01.03.2021 Program Kembali Ke Sekolah
5 18.03.2021 Gotong-Royong Perdana 2/2021
6 24.03.2021 Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah dan PSS SKD
7 24.03.2021 Majlis Penutupan Transisi Tahun Satu
8 06.05.2021 Majlis Persaraan Puan Hajah Siti Aishah binti Ahmad
9 06.05.2021 Program Penyerahan Duit Raya
10 06.05.2021 Pertukaran Puan Nurul Najjah binti Abdullah
11 30.05.2021 Program Infak Ramadan
12 01.06.2021 Sumbangan Murid Kemalangan (Muhammad Najib Raihan)
13 12.06.2021 Sumbangan Covid 19 (Kuarantin)
14 19.07.2021 Program Infak Aidil Adha
15 30.08.2021 Sambutan Hari kebangsaan
16 01.09.2021 Program Infak Hari Kebangsaan
17 07.09.2021 Sumbangan Prihatin Bencana Banjir Yan
18 Sepanjang Program Tanaman Sayur-sayuran
tahun
PENYATA KEWANGAN PIBG
BERAKHIR PADA 30 SEPTEMBER 2021
TARIKH PENERIMAAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
01.01.20 PERKARA 3252.97 11.01.20 PERKARA 200.00
23.02.20 Baki dibawa ke hadapan 890.00 15.01.20 Sumbangan Program Transisi 50.00
01.03.20 Menuai Kali-1 1590.00 22.01.20 Buku Resit PIBG 30.00
20.11.20 Kutipan Penapis Air corway 620.00 10.02.20 Sumbangan Sukan Zon Yan 500.00
20.11.20 Kutipan Menuai kali ke-2 4540.00 28.01.20 Sumbangan Hari Sukan Sekolah 45.00
Sumbangan PIBG 17.02.20 Jamuan Mesyuarat PIBG Kali-1 110.00
10892.97 17.02.20 Banner PIBG 117.00
JUMLAH PENERIMAAN 17.02.20 Hiasan Pentas 100.00
18.02.20 Jamuan Mesyuarat Kali ke-2 50.00
18.02.20 Eksesori cabutan Bertuah 157.50
19.02.20 Fotostat Buku Program 200.00
20.02.20 Anugerah UPSR ( RM50 x 4 ) 50.00
23.02.20 Hadiah Perasmi 210.00
23.02.20 Makanan Waris 229.00
26.02.20 Makanan VVIP 180.00
02.03.20 Ink Printer Bilik Guru 1120.00
20.03.20 Bayaran Penapis Air 60.00
30.05.20 Hadiah Cakna Waris & Komuniti 60.00
19.07.20 Hadiah Persaraan Pn Salmah 480.00
26.07.20 Pembayaran Pelitup Muka 60.00
03.08.20 Hadiah Pertukaran Pn Rodiah 60.00
22.10.20 Hadiah Pertukaran Ustaz Mohd Azhar 100.00
30.12.20 Jamuan Mesyuarat Kali ke-3 60.00
30.12.20 Hadiah Persaraan Pn Florenze 60.00
20.01.21 Hadiah Pertukaran Pn Roslina 50.00
20.02.21 Buku Resit PIBG 200.00
20.02.21 Sumbangan Program Transisi 400.00
26.02.21 Sumbangan Anugerah Murid Cemerlang 150.00
24.03.21 Ink Printer Bilik Guru 80.00
25.04.21 Jamuan Mesyuarat AJK kali-1 100.00
25.04.21 Hadiah Persaraan Pn Siti Aishah 100.00
03.05.21 Hadiah Pertukaran Pn Nurul Najjah 300.00
06.06.21 Sumbangan Hari Raya 300.00
28.09.21 Sumbangan Covid -19 165.00
Jamuan mesyuarat PIBG Kali ke-2 6133.50
4759.47
JUMLAH PERBELANJAAN
BAKI SEMASA
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
ROSNIZA BINTI AHMAD TAJUDDIN HILMI BIN SALLEH
Bendahari PIBG SK DULANG YDP PIBG SK DULANG
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45
1 Nama pencadang: Mohd Kamal Ariffin bin Idris
Nama anak: Aida Qaseh Qisriena Binti Mohd Kamal Ariffin ( 1 Dinamik )
Muhammad Ariff Hazriq Bin Mohd Kamal Ariffin ( 3 Bestari )
Aida Nylea Elysya bt. Mohd Kamal Ariffin ( 5 Dinamik )
Muhammad Ariff Haqimi b. Mohd Kamal Ariffin ( 6 Dinamik )
Usul/cadangan: Bayaran untuk PIBG tahun ini tidak perlulah dibayar
2 Nama pencadang: Nur Zahian binti Abd Razak
Nama anak: Ammar Farkhan b. Abd. Jalil ( 4 Bestari )
Mariam Khairani bt. Abd. Jalil ( 5 Dinamik )
Usul/cadangan: Saya tidak mahu anak saya divaksin
3 Nama pencadang: Siti Faezah binti Mohd Nahwari
Nama anak: Fayha bt. Mohd Faiz( 1 Bestari )
Usul/cadangan: Pendekatan pdpr antara murid dan guru amat kurang. Guru lebih
kepada memberi kerja sekolah dan kurang penerangan tentang
subjek. Untuk ibu bapa yang kurang faham, ini menyebabkan anak
ketinggalan dan tidak faham tentang pembelajaran yang diberikan.
Anak menjadi hilang tumpuan dan tidak mahu belajar. Seharusnya,
walaupun tidak hari-hari, guru sepatutnya perlu mengajar dengan
face to face mengunakan medium sosial yang ada seperti google
meet atau zoom. Sekurang-kurangnya murid boleh melihat guru dan
guru boleh memberi penerangan yang lebih baik berbanding hanya
beri bacaan melalui youtube yang tidak lengkap. Sudah 2 tahun pdpr,
tetapi kondisi begini (hanya beri kerja sekolah) tidak seharusnya
berlaku di kawasan kampung. Guru perlu lebih proaktif dalam
mengajar murid di zaman sekarang ini.
Aham
4 Nama pencadang: Mohd Shuhaimi Bin Mohd Ramli
Nama anak: Khairul Bariyah bt. Mohd Shuhaimi ( 1 Bestari )
Raudhatul Jannah bt.Mohd Shuhaimi ( 3 Bestari )
Muhammad Baihaqi b. Mohd Shuhaimi ( 5 Dinamik )
Usul/cadangan: Guru bersama murid dan mengajar sepanjang masa PdPR. Bukan
memberikan arahan sahaja.
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH KHAS PIBG
Bil Nama Murid Sekolah Sekarang
1 Muhammad Haikal Bin Shaarani MRSM Baling
2 Muhammad Adam Zakuan Bin Zahari MRSM Merbok
3 Nurfatin Najihah Binti Azhar MRSM Merbok
4 Nur Aina Nadiah Binti Ahmad Taqiyuddin SMK Sultanah Asma
SEKALUNG PENGHARGAAN
Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samad
Pengerusi Perbadanan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Berhad.
Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Berhad.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dulang
Barisan Pentadbir, Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Dulang
Semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2022
Semua Waris Sekolah Kebangsaan Dulang
dan
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 ini.
-TERIMA KASIH-