The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Einsyirah Elzahraa, 2024-05-13 04:35:32

BUKU PROGRAM HARI GURU 2024

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI


Secangkir kata Cikgu Reduan bin Taha Pengetua Sekolah Seni Malaysia Sarawak Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera Yang dihormati, barisan Penolong Kanan Sekolah Seni Malaysia Sarawak Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran, ketua- ketua bidang, Yang saya kasihi serta raikan, barisan guru Sekolah Seni Malaysia Sarawak Serta anak- anak permata Sekolah Seni Malaysia Sarawak. Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2024, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini. Menjadi contoh, mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu; itulah cikgu, itulah guru, besar jasanya sejak dahulu. Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, semua warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Justeru, pada hari ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini. Guru-guru sejak dahulu hingga kini berhempas pulas dari segi kudrat dan masa mencurahkan ilmu di dada demi membina generasi berilmu dan berjasa. Dalam Islam guru mendapat tempat tertinggi kerana menyampaikan ilmu pengetahuan yang merupakan kunci kebahagiaan kehidupan di samping mendidik anak bangsa menjadi insan yang mulia bagi menerajui pembangunan Negara. Cikgu-cikgu yang dikasihi, Hadiah sebesar gunung, saya tak punya. Tapi apa yang mampu saya beri hanyalah doa kepada yang Maha Esa, agar cikgu diberi kesihatan yang baik, kesabaran dalam mendidik anak-anak murid, keberkatan hidup, rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang sejahtera. Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi. Selamat Hari Guru, Terima kasih cikgu! SSeMSTheBestOooHaa! Penjana Pewaris Budaya Bangsa.


IKRAR HARI GURU Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.


Kami Guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad LIRIK LAGU KAMI GURU MALAYSIA


Kami Guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad LIRIK LAGU KAMI GURU MALAYSIA


Pendidik Bumi Kenyalang Berdiri teguh berjanji tetap setia Membimbing mendidik putera puteri Sarawak Menuju cita mulia Kata pasti kami kota Inilah sumpah yang kami semua janjikan Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas Amanah timbang rasa Segala rintangan itu hanya cabaran Bersatu setiap masa Pupukan semangat perpaduan Tingkatkan nilai kerja Maju Sarawak bahagia Kamilah pendidik pembentuk masa depan Membimbing sentiasa walau di mana saja Jujur setiap masa Pendidik Bumi Kenyalang Dari seluruh Negari Malaysia Bersama menuju ke arah cita-cita LIRIK LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG


7.00 PAGI Ketibaan Guru Di Sekolah Minum Pagi (Tidak Disediakan) 8.30 AM “SCHOOL TRIP TO DAMAI CENTRAL” (Sesi fotografi: Semua guru akan menaiki bas sekolah ke Damai Sentral) 10.30 AM Ketibaan semua guru di Auditorium Toh Puan Hajah Norkhiah Nyanyian Lagu Negaraku Lagu Ibu Pertiwiku Nyanyian Lagu Sekolah “Sekolah Seni Kita” Persembahan 1: Welcoming Dance Bacaan doa Bacaan Perutusan Hari Guru 2024: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Bacaan Perutusan Hari Guru 2024: YB Menteri Pendidikan Malaysia Ucapan Alu-aluan Pengetua Ucapan Perasmian Yang Di Pertua PIBG Persembahan 2: Tayangan Video Montaj Murid-murid Sekolah Seni dan Ucapan Wakil Pelajar Penyampaian Anugerah Guru: Sesi 1 Persembahan 3 Penyampaian Anugerah Guru: Sesi 2 Ikrar Guru, Nyanyian Kami Guru Malaysia & Pendidik Bumi Kenyalang Pemotongan kek Penyampaian Anugerah Khas Guru Nyanyian Lagu Sekolah “Sekolah Seni Kita” Nyanyian. Fly Kenyalang Fly Sesi Fotografi Jamuan (Makanan tengahari disediakan) Bersurai tentatif


AHLI JAWATANKUASA INDUK/ PELAKSANA


AHLI JAWATANKUASA INDUK/ PELAKSANA


Seluruh Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Sekolah Seni Malaysia Sarawak dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Adalah diharapkan usaha murni kita bersama ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH SENI MALAYSIA SARAWAK BANK KERJASAMA RAKYAT CAWANGAN MATANG BANK SIMPANAN NASIONAL CAWANGAN MATANG SYARIKAT THYE SYARIKAT AL-HAM BERJAYA PENGHARGAAN


Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat, Orang patut menghormati guru, Petua dipegang ilmu diingat. SELAMAT HARI GURU TERIMA KASIH CIKGU! GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI Nurkilan Hari Guru


Click to View FlipBook Version