SIRI KOMIK SEJARAH: SETEM DAN FILATELI KARYA: SYURIANA AATTIINN && ATAN
Hi kawankawan! Nama saya Atin. Saya pula Atan. Jom ikuti kami dalam siri sejarah. Haa, kawankawan tahu tak tentang setem? Apa itu SetemSince?2012 Kalau ikutkan apa yang Atin baca, setem adalah kertas kecil bergam, bergambar, dan mempunyai nilai tertentu yang digunakan sebagai tanda bayaran pos Setem juga merupakan alat komunikasi pada waktu dulu, dan dianggap penting betul tak Atan? Betul Atin. Setem pada suatu masa dulu penting dan ia telah dijadikan hobi. Hobi mengumpul setem merupakan hobi lama yang menjadi simbol rakaman kenangan peristiwa sejarah di seluruh dunia.
Tapi Atan, apa kaitan Setem dengan komunikasi? Atin tak faham. Atin nak cari buku pasal setem lah. Haha. Tak perlu susahsusah Atin. Biar Atan jelaskan tentang peranan Setem sebagai medium komunikasi. Setem pada masa dahulu merupakan suatu media, yang membolehkan kita semua berhubung sama ada dalam bentuk berita, rencana, laporan, data-data dan segala apa juga urusan dalam kehidupan seharian kita. melalui setemlah semua perhubungan dapat dihantar dan diterima. Oh macam tu. Barulah Atin faham. Tapi kan Atan, sekarang bukankah sudah banyak alat komunikasi lain? Setem masih ada lagi ke yang digunapakai? Kan kita sudah ada macammacam sekarang. Kalau ikutkan setem digunakan kebanyakan untuk menghantar surat dan bertanya khabar, Tapi sekarang kan semua hujung jari. . Betul Atin, sekarang semua canggih. Namun kita tak boleh lupa sejarah. Sebab itu adanya hobi mengumpul Setem atau lebih dikenali sebagai Filateli. Demi memelihara Setem.
Jadi mereka ni kumpul Setem sahaja ke Atan? Barang lain ada tak? Oh Filateli. Filateli tu macam filem ya Atan? Ada cerita yang best. Apa yang best pasal filateli ni Atan? Ceritalah. Eh bukan macam tu Atin. Filateli tu bukan Filem. Tapi sejenis hobi atau aktiviti pengumpulan Setem. Orang-orang yang menjalankan aktiviti ini dikenal sebagai filatelis. Mereka sering mengumpul dan menyusun barangan Setem. Sebenarnya bukan setakat Setem saja mereka kumpul dan susun Atin. Tapi termasuk juga bahan-bahan pos yang lain seperti surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Macam tu rupanya. Oh ya, Atan tahu tak tentang sejarah filateli? Bagaimana ia bermula? Atin teringin nak tahu. FILATELI
Kalau Atin nak tahu, Filateli sudah bermula sejak 173 tahun dahulu lagi, setelah sistem setem bayaran pos diperkenalkan pada tahun 1840. Wow, 173 Tahun. Lamanya Atan. Dari mana datangnya kata filateli ni Atan? Kata fileteli ini mula-mula dicipta di Perancis pada tahun 1864 . Ia berasal daripada dua perkataan Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran. Oh dari perancis. Siapa yang cipta nama ni? Atan kenal? Atan tak kenal, tapi Atan tahu siapa. Penciptanya ialah seorang lelaki namanya, Georges Herpin.
Apa yang Atan baca, filateli ini asalnya lebih terbatas kepada kajian label, mewakili bayaran untuk sebarang khidmat pos. Betul Atin, tapi itu hanya pada asalnya. Namun kemudian, bidangnya diperluaskan dengan memasukkan koleksi setem pos, poskad, sampul surat, cap pos, dan bahan-bahan pos yang lain. Tadi Atan cakap filateli termasuk juga bahanbahan pos yang lain, tapi kenapa pula terbatas kepada kajian label? Oh macam tu. Kalau melibatkan koleksi ia seperti gambar lah kan Atan? Mesti ada Album. Atan tahu tak Album pertama Setem dikeluarkan dimana?
Betul tu Atin, koleksi Setem ini ada dalam bentuk Album. Ia dikeluarkan pertama kalinya di England. Wah England. Orang England suka setem ya Atan? Atan ingat tak pada tahun berapa Album pertama dikeluarkan? Kalau tak silap Atan, Album Setem yang pertama dikeluarkan pada tahun 1854. Kiranya album dikeluarkan selepas sedekad lebih dari tempoh awal setem pos diperkenalkan. Boleh Atin tahu, macam mana mereka mula meminati bidang filateli ni? Ada faktor khusus ke Atan?
Ia bermula apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Dari situlah ia berkembang dan ramai orang menaruh minat terhadap setem dan filateli Dan ada yang lagi menarik Atin nak tahu tak? Mestilah Atin nak tahu. Apa yang lagi menariknya Atan? Cepatlah bagitahu! Yang menariknya ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah d En im gl i a lik n i oleh Ratu d. Wah, hebat sungguh ya filateli ni. Golongan Diraja pun turut serta dalam filateli.
Bukan setakat di luar negara saja golongan diraja ini meminati filateli. Malahan di negara kita juga ada. Serta rakyat-rakyat biasa di negara kita juga ramai yang menjadi pengumpul setem atau filateli ini. Biar betul Atan? Ramai tak ahli-ahli persatuan Filateli kat Malaysia ni? Setakat hari ini, apa yang Atan tahu, ada dalam kira-kira 5 ribu keahlian persatuan Filateli Malaysia Wah ramai juga ya Atan. Selalunya koleksi setem apa yang popular dan menjadi permintaan ramai? Permintaan mengenai koleksi khas berkaitan raja biasanya tinggi, khususnya peminat luar negara. Pesanan untuk mendapatkan koleksi berkenaan dari luar negara memang banyak. Malah, 50 peratus daripada 5,000 keahlian Persatuan Filateli Malaysia adalah ahli luar negara terutamanya dari England yang memiliki Malayan Stamp Club sejak sebelum Malaysia merdeka
Hebat juga aktiviti filateli di negara kita ni ya Atan. Atin pun rasa teruja nak terokai lebih lagi pasal setem dan filateli ni. Haa bagus tu Atin. Nanti boleh lah kita mengumpul setem bersama-sama Tapi kan macam mana kita nak kumpul setem, ada caranya ke Atan kalau kita nak dapatkan koleksi Setem dan keluaran Setem terbaru? Kita boleh mengetahui soal koleksi, tentang keluaran dan cara untuk mendapatkannya melalui Pos Malaysia. Oh begitu. Terima kasih Atan sebab terangkan kepada Atin tentang Setem dan Filateli. Sekarang Atin sudah sedikit sebanyak tahu tentang Setem. Haa kawan-kawan dan Atin seronok tak dapat belajar tentang Setem? Atin seronok sangat. Hingga kita jumpa lagi kawan-kawan!1! Selamat tinggal.