The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:26:33

Miftahul Melayu Bab 4

Miftahul Melayu Bab 4

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

Illustrasi kapal-kapal tentera laut Uthmaniyah di perairan Aceh yang
datang membantu Aceh untuk menghadapi Portugis.
Sumber : steemit.com

Angkatan perang Aceh pada kali ini terdiri daripada 20,000 orang tentera bersama 236 buah kapal perang. Angkatan perang ini
terbahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan laut dan pasukan darat. Pasukan tentera Aceh mula menyerang di darat melalui Tengkera,
Kampung Jawa, Bandar Hilir dan Tebing Sungai Punggur. Serangan dari darat dan dari laut dilakukan secara serentak menyebabkan
angkatan tentera Portugis yang berkubu di Bukit Cina dan Bukit St John dapat dikalahkan. Portugis terpaksa berundur dan bertahan
di Bukit Gereja Madra de Dios.

185

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Portugis dapat mempertahankan kekuatannya di Bukit Gereja Maka sejumlah besar angkatan tentera Portugis dari India telah
Madra de Dios selama dua bulan sahaja. Aceh telah meningkatkan diutuskan ke Melaka untuk membantu tentera Portugis yang
serangan ke atas pertahanan Portugis di Bukit Gereja Madra de terkepung. Tentera-tentera Melayu dari Pahang, Johor dan
Dios itu. Tentera Aceh akhirnya berjaya menewaskan pertahanan Patani juga turut bersekutu dan bergabung dengan Portugis bagi
Portugis di situ serta dapat membunuh panglima perang Portugis membalas dendam terhadap tindakan Aceh terhadap mereka.
yang bernama Diego Lopez de Fonseca. Perang pun berlaku sekali lagi. Kedatangan angkatan tentera
Portugis dari Goa sambil dibantu oleh angkatan tentera Pahang,
Tentera Portugis yang masih hidup melarikan diri ke dalam Johor dan Patani ini menyebabkan Aceh mengalami kekalahan
kubu A Famosa. Berikutan kematian Fonseca, angkatan Portugis kali ini.
dipimpin pula oleh Francisco de Maya. Angkatan tentera Aceh
berjaya menawan banyak tempat di Kota Melaka. Oleh itu, Seramai 19,000 orang dari kalangan tentera Aceh yang syahid
angkatan tentera Aceh telah membina benteng yang panjang di bumi Melaka. Antaranya Syeikh Syamsuddin As Sumatra-i.
dari Tengkera ke Bukit Cina. Mereka seterusnya dapat memasuki Kekalahan besar Aceh itu menyebabkan Aceh tidak lagi aktif
Kota Melaka melalui Bunga Raya terus ke Gereja St Laurenga untuk menyerang Melaka. Namun dari satu sisi yang lain,
di tepi Sungai Melaka dan berjaya mengepung A Famosa di mana Portugis juga mengalami banyak kerugian akibat serangan Aceh
askar-askar Portugis bertahan di dalamnya. itu sehingga Portugis dikatakan hampir muflis. Sebab itu Portugis
tidak lagi berjaya menjadi kuasa besar dunia akibat kerugian yang
Angkatan tentera Aceh mengepong tentera Portugis yang dialaminya setelah menakluki Melaka. Sejak itu juga, penguasaan
terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama lima bulan Portugis di Nusantara semakin melemah.
dengan harapan agar angkatan tentera Portugis kebuluran dan
seterusnya akan menyerah diri. Aceh hampir berjaya menakluki
Melaka dari Portugis. Namun begitu, berita pengepungan ini
telah sampai ke Goa, India iaitu pusat pemerintahan Portugis
di Asia. Terdapat orang yang membelot dengan melaporkan
berita itu kepada Portugis di India.

186

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU
Makam Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i, Kadi Malikul Adil
Kerajaan Aceh zaman Sultan Iskandar Muda di Kampung Ketek,
Melaka. Beliau dimakamkan di Melaka kerana syahid ketika
berperang menentang Portugis.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

Pemakaman tentera-tentera, para ulama dan warga Turki
Uthmaniyah di Bitay, Aceh.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

187

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Makam Syeikh Hamzah Fansuri yang terletak di Ujung Pancu,
Aceh.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

ULAMA SUFI YANG MASYHUR DAN Beliau dikatakan mendapat pendidikan agama Islam di Aceh,
BERPENGARUH BESAR DALAM Banten dan Tanah Arab. Syeikh Hamzah Fansuri merupakan
KERAJAAN ACEH DARUSSALAM ulama yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu di mana beliau
sangat mahir dalam ilmu fekah, tasawuf, falsafah, mantiq, sejarah,
1 Syeikh Hamzah Fansuri sastera dan lain-lain. Selain fasih berbahasa Aceh dan Melayu,
beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Arab, Parsi, Urdu dan
Para pengkaji sejarah tidak dapat memastikan secara tepat Jawa. Syeikh Hamzah Fansuri juga merupakan Syeikh Tarekat
tarikh kelahiran Syeikh Hamzah Fansuri, namun ada pendapat Qadiriyah di sekitar Aceh dan utara Sumatera.
yang menyatakan bahawa beliau lahir pada tahun 1560 Masihi.
Tempat kelahiran Syeikh Hamzah Fansuri ialah di Barus atau Antara karya-karyanya yang terkenal ialah Syarbul Asyiqin,
Fansur yang terletak di Wilayah Aceh. Asrarul Arifin, Al-Muntahi, Ruba’i Hamzah Fansuri, Syair Si
Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair

188

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

Perahu dan Syair Dagang. Beliau meninggal dunia pada tahun Daqaiq, Bayanul Qulub dan banyak lagi. Syeikh Syamsuddin
1607 Masihi iaitu di zaman awal pemerintahan Sultan Iskandar as-Sumatra-i telah menulis sekurang-kurangnya sebanyak
Muda. Beliau dimakamkan di Ujung Pancu, Aceh. 24 buah kitab. Beliau syahid pada tahun 1630 Masihi kerana
terkorban ketika berperang menentang Portugis di Melaka.
2 Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i Jenazah beliau telah dimakamkan di Kampung Ketek, Melaka.

Syeikh Syamsuddin bin Abdullah as-Sumatra-i. Tahun dan 3 Syeikh Nuruddin ar-Raniri
tempat kelahirannya tidak dikenal pasti. Beliau pernah menjadi
murid Syeikh Hamzah Fansuri. Malah ada pendapat yang Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah seorang ulama yang berbangsa
menyatakan bahawa beliau juga pernah berguru dengan Sunan Arab Quraisy. Beliau dilahirkan di Ranir, India dan berhijrah
Bonang, iaitu salah seorang Wali Songo di Tanah Jawa. Sebagai ke Aceh pada tahun 1637 iaitu setahun setelah kemangkatan
mana gurunya, Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i juga pengamal Sultan Iskandar Muda. Sebelum berhijrah ke Aceh, Syeikh
Tarekat Qadiriyah. Nuruddin ar-Raniri pernah menetap di Pahang. Apabila tiba
di Aceh, Syeikh Nuruddin ar-Raniri telah diangkat menjadi
Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i sangat dihormati oleh Sultan penasihat utama kepada Sultan Aceh yang baru iaitu Sultan
Iskandar Muda. Oleh itu, beliau telah dilantik menjadi penasihat Iskandar Thani (Raja Hussein), pengganti Sultan Iskandar Muda.
utama Sultan Iskandar Muda. Beliau juga dilantik ke jawatan
Qadi Malikul Adil (Ketua Hakim Kerajaan Aceh Darussalam) Syeikh Nuruddin ar-Raniri juga pernah mendapat pendidikan
oleh Sultan Iskandar Muda. Beliau dikenali sebagai seorang yang di Mekah. Di sana, beliau telah berguru dengan ramai ulama.
faqih, alim dan warak. Beliau juga merupakan antara ulama Antaranya Sayyid Umar al-Idrus. Dengan ulama inilah Syeikh
di Aceh yang berpengaruh yang meniupkan semangat jihad Nuruddin ar-Raniri mengambil bai’ah Tarekat Rifa’iyah dan
di kalangan rakyat Aceh agar mereka bangkit menentang beliau mendapat bimbingan rohani dari ulama tersebut. Maka
Portugis di Melaka. Syeikh Nuruddin ar-Raniri telah menjadi Syeikh Tarekat Rifa’iyah
di Aceh Darussalam.
Antara karya-karyanya yang masyhur ialah Tanbihul Thullab
fi Ma’rifati Mulkil Wahhab, Jawahirul Haqaiq, Kitabul Khirqah, Walaupun beliau berbangsa Arab dan dilahirkan di India, namun
Mir’atul Iman, Mir’atul Haqiqah, Mir’atul Muhaqqiqin, Nurud beliau fasih berbahasa Melayu. Syeikh Nuruddin ar-Raniri juga

189

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

banyak menulis kitab-kitab dalam bahasa Melayu. Antaranya Qadi Malikul Adil dan Syeikh Baitur Rahim bagi menggantikan
ialah Siratul Mustaqim (kitab fiqh), Bustanus Salatin (kitab Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang telah pulang semula ke Ranir,
sejarah), Dur al-Fara’id (kitab tauhid), Jawahir al-Ulum (kitab India. Syeikh Abdul Rauf as-Sinkili memiliki ramai anak murid
tasawuf) dan banyak lagi. Selain kitab berbahasa Melayu, Syeikh yang hebat dari pelbagai tempat di Nusantara. Antara anak-anak
Nuruddin ar-Raniri juga banyak menulis kitab dalam bahasa muridnya yang masyhur ialah Syeikh Baba Daud ar-Rumi dari
Arab. Syeikh Nuruddin ar-Raniri telah pulang semula ke Ranir, Aceh, Syeikh Burhanuddin Ulakan dari Tanah Minangkabau,
India pada tahun 1644 Masihi dan beliau wafat di sana pada Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dari Jawa, Syeikh Yusuf al-
tahun 1658 Masihi. Makassari dari Makassar dan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau
Manis dari Terengganu.
4 Syeikh Abdul Rauf as-Sinkili
Di samping itu, Syeikh Abdul Rauf as-Sinkili banyak menghasilkan
Syeikh Abdur Rauf as-Sinkili dilahirkan pada karya-karya yang bermutu tinggi. Beliau juga merupakan ulama
tahun 1001 Hijrah/1592 Masihi di Singkel,
Aceh. Beliau juga terkenal dengan panggilan Alam Melayu yang pertama menulis tafsir
Tengku Syiah (Syeikh) Kuala. Semasa Al-Quran 30 juzuk dalam bahasa
mudanya, beliau pernah mendapat Melayu. Tafsir Al-Quran yang
pendidikan dari Syeikh Hamzah pertama yang lengkap dalam bahasa
Fansuri. Kemudian, Syeikh Abdur Rauf
as-Sinkili menyambung pengajiannya Melayu itu berjudul Turjuman al-
ke Mekah, Madinah dan beberapa Mustafid (Terjemahan yang berfaedah)
buah wilayah di Timur Tengah. Di iaitu terjemahan dari Tafsir al-Baidhawi.
Timur Tengah juga, Syeikh Abdur Karya-karya beliau yang lain ialah
Rauf as-Sinkili telah mempelajari dan Mir’atut Thulab, Kifayatul Muhtajin,
menerima Tarekat Syattariah. Umdatul Ahkam, Umdatul Muhtajin
dan banyak lagi. Syeikh Abdul Rauf as-
Selepas beliau pulang ke Aceh, beliau telah Sinkili wafat pada tahun 1693 Masihi dan
dilantik oleh Sultanah Safiyatuddin menjadi dikebumikan di Deah Raya, tidak jauh dari
Banda Aceh.
190
Kitab fiqh bertajuk Mir'atut Thulab karangan Syeikh Abdul
Rauf as-Sinkili.
Sumber : British Library

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

Banten Kesultanan Banten telah diasaskan oleh seorang ulama dan
pendakwah yang bernama Sultan Maulana Hasanuddin pada
Kesultanan Banten merupakan sebuah kesultan Islam yang tahun 1552. Baginda adalah putera kepada Sultan Syarif
terbesar terletak di bahagian barat Pulau Jawa suatu ketika Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) yang merupakan pengasas
dahulu. Kesultanan ini didirikan rentetan daripada penubuhan Kesultanan Cirebon. Manakala kekandanya pula bernikah
Kesultanan Demak dan Cirebon. Penubuhannya berlaku pada dengan Pati Unus, Sultan Demak kedua. Di sini dapatlah kita
peringkat awal dakwah Islam di Jawa. Dengan tertubuhnya lihat hubungan yang akrab terjalin di antara ketiga-tiga kerajaan
Kerajaan Banten, proses pengIslaman semakin giat tersebar ke Islam yang awal di Pulau Jawa ini iaitu Kerajaan Demak, Cirebon
atas masyarakat Jawa yang sebelum ini merupakan penganut dan Banten.
agama Hindu-Buddha yang taat.
Kesultanan Banten telah mengalami ancaman
dan tentangan dari para penjajah sepanjang
penubuhannya. Bermula dari Portugis dan
kemudiannya disusuli oleh Inggeris dan Belanda.
Kesultanan Banten akhirnya runtuh pada tahun
1813 setelah wilayah-wilayahnya dipecahkan
oleh penjajah yang mana Sultan Banten yang
terakhir bernama Sultan Muhammad Rafiuddin
diturunkan dari takhta. Sepanjang berkuasa
selama lebih kurang 289 tahun, Kerajaan Islam
Banten telah diperintah oleh 21 orang sultan.

Masjid Sunan Gunung Jati yang dibina oleh Sunan
Gunung Jati di Cirebon, Jawa Barat.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

191

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Banten pada awalnya merupakan sebuah wilayah di bawah Setelah itu, pada tahun 1552 Masihi, Maulana Hasanuddin
naungan Kesultanan Demak. Sunan Gunung Jati dan anaknya secara rasminya diisytiharkan dan ditabalkan menjadi Sultan
Maulana Hasanuddin diutuskan untuk berdakwah ke Banten. Kerajaan Banten yang pertama berikutan krisis dalaman yang
Kemudian Maulana Hasanuddin dilantik menjadi pemimpin berlaku di Demak. Sejak itu, Banten menjadi sebuah kerajaan
di situ. Pada 1 Muharam 993 Hijrah bersamaan 8 Oktober 1526, yang tersendiri, bebas dan berdaulat. Di bawah pemerintahan
Maulana Hasanuddin telah menubuhkan pusat pemerintahan Sultan Maulana Hasanuddin, wilayah kekuasaan Banten agak
Banten iaitu di persisir laut berhampiran kuala Sungai Banten luas iaitu merangkumi dari Selebar yang bersempadan dengan
yang kemudiannya diberi nama Surosuwan. Di kuala sungai itu Sumatera Barat hingga ke Jayakarta (Jakarta). Sultan Maulana
kemudiannya dibangunkan pelabuhan perdagangan. Kejatuhan Hasanuddin mangkat pada tahun 1580 dan dimakamkan
Melaka ke tangan Portugis pada 1511 mengakibatkan sebahagian berhampiran Masjid Agung Banten.26
pedagang-pedagang Islam mula memilih Banten sebagai tempat
perdagangan utama.

26 Nina H. Lubis. 2004. Banten Dalam Pergumulan Sejarah : Sultan, Ulama,
Jawara. Hlm. 34 – 36

Masjid Agung Banten lama yang dibina oleh Sultan
Maulana Hasanuddin, ulama dan Sultan Banten yang
pertama.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

192

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

Jambatan Rantai iaitu jambatan yang boleh buka dan tutup yang
dibina oleh Sultan Maulana Yusuf pada abad ke-16 di Banten.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

Setelah itu, tampuk pemerintahan Banten diambil alih oleh anak air bersih kepada rakyat Banten. Di samping itu, baginda
Sultan Maulana Hasanuddin iaitu Sultan Maulana Yusuf yang membina tembok benteng dan pintu gerbang Keraton (istana)
juga merupakan seorang ulama besar di Tanah Jawa. Baginda Surosuwan dengan menggunakan batu bata dan batu karang.
terkenal sebagai seorang arkitek pembangunan negara yang
bijaksana. Sultan Maulana Yusuf telah membuka tanah pertanian Pada zaman pemerintahan Sultan Maulana Yusuf juga, Banten
iaitu kawasan persawahan yang begitu luas di Banten dan kawasan berjaya menjadi sebuah pelabuhan emporium antarabangsa
perkebunan lada di Lampung dan Bengkulu. Baginda juga telah iaitu pelabuhan yang mengumpulkan dan mengedarkan barang
membina sebuah tasik buatan yang dinamakan Tasikardi sebagai dagangan dari seluruh pelusuk dunia. Pedagang-pedagang Islam
pusat takungan air dan loji-loji penapis air untuk membekalkan dari berbagai wilayah di dunia hadir berdagang di pelabuhan

193

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Banten. Malah wujud penempatan-penempatan khusus untuk sultan dan ulama yang soleh. Semasa pemerintahannya, baginda
pedagang-pedagang dari Arab, Mesir, Turki, India dan China. banyak membina masjid hingga ke kawasan pedalaman.
Sultan Maulana Yusuf mangkat pada tahun 1580 dan dimakamkan Baginda juga sering menjadi imam dalam solat jemaah dan
di Pakalangan Gede, Banten.27 khatib dalam solat Jumaat dan Hari Raya. William Lodewycksz
pernah menggambarkan keadaan Kota Banten ketika zaman
Seterusnya, Banten dipimpin oleh anak Sultan Maulana Yusuf pemerintahan Sultan Maulana Muhammad iaitu pada tahun
iaitu Sultan Maulana Muhammad. Baginda terkenal sebagai 1596 seperti berikut:-

194

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

“Di Banten terdapat tiga buah pasar yang dibuka setiap hari. Yang Kesultanan Banten mencapai zaman kegemilangannya di bawah
pertama dan terbesar terletak di sebelah timur kota (Karangantu). pemerintahan Sultan Abdul Fattah atau lebih dikenali dengan
Di sana banyak ditemukan pedagang-pedagnag asing dari nama Sultan Ageng Tirtayasa yang ditabalkan pada tahun
Portugis, Arab, Turki, China, Quilon (India), Pegu (Myanmar), 1651 Masihi. Baginda sangat mahir dengan ilmu peperangan
Melayu, Benggala, Gujerat, Malabar, Habsyah dan dari seluruh dan menumpukan perhatiannya pada usaha mengembangkan
Nusantara. Mereka berdagang sampai pukul sembilan pagi. Pasar dakwah Islam. Dalam membangunkan rohani dan jasmani
kedua terletak di kawasan lapang berhampiran Masjid Agung yang rakyat Banten terutama para tentera, Sultan Ageng Tirtayasa
telah menjemput ulama-ulama dari Arab, Aceh dan tempat-
dibuka sampai tengah hari bahkan sampai petang. Di pasar tempat lain untuk bermastautin di Banten. Dengan itu, seorang
ini diperdagangkan ulama dari Makassar yang sangat masyhur iaitu Syeikh Yusuf
lada putih, al-Makassari telah datang ke Banten hasil jemputan dari Sultan.
buah-buahan, Setelah tiba di Banten, Syeikh Yusuf al-Makasari telah dilantik
senjata keris, menjadi Mufti Agung Kesultanan Banten sekaligus menjadi guru
tombak, dan penasihat utama bagi Sultan Ageng Tirtayasa.
pisau,
meriam kecil, Sultan Ageng Tirtayasa juga berjaya meningkatkan kemajuan
pelabuhan Banten hingga menarik perhatian pedagang-pedagang
kayu cendana, tekstil, kain putih untuk bahan batik, binatang dari Eropah seperti Turki, Inggeris, Perancis, Denmark dan
peliharaan, kambing dan sayuran. Demikian besarnya pasar Portugis. Ketika ini, Belanda sedang giat untuk menguasai Pulau
kedua ini hingga hujungnya hampir bersambung dengan pasar Jawa. Kegemilangan pelabuhan Banten mendatangkan rasa
yang pertama di pelabuhan. Pasar ketiga terletak di penempatan cemburu pada Belanda dan Sultan Ageng Tirtayasa dianggap
orang China yang dibuka setiap hari sehingga malam.” 28

Meriam Ki Amuk, meriam Kesultanan Banten yang
dikatakan diguna untuk berperang dengan Portugis.
Sumber : Kajian Lapangan Penulis

27 Ibid. Hlm. 36 – 39
28 Ibid.. Hlm. 30

195

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Walaupun sibuk menghadapi perang, namun Sultan Ageng
Tirtayasa tetap memajukan Banten di mana baginda telah
membina terusan dari Sungan Untung Jawa hingga ke Pontang
untuk kepentingan rakyatnya. Perpecahan dalaman di Banten
mengakibatkan Belanda mengambil kesempatan untuk
meruntuhkan Kesultanan Banten. Salah seorang putera Sultan
Ageng Tirtayasa yang dipanggil Sultan Haji berasa cemburu
dengan seorang lagi putera Sultan Ageng Tirtayasa yang lain iaitu
Pangeran Arya Purbaya. Beliau merasakan bahawa Pengeran
Arya Purbaya akan dilantik menjadi Sultan Banten menggantikan
ayahnya. Oleh itu, beliau telah termakan hasutan Belanda untuk
memberontak ke atas kepimpinan ayahnya iaitu Sultan Ageng
Tirtayasa sambil dibantu oleh Belanda. Pengkhianatan dari
dalam ini mengakibatkan Sultan Ageng Tirtayasa dan Syeikh
Yusuf al-Makasari ditangkap oleh Belanda.29

Gerbang Istana Surosowan, Istana Kesultanan Banten yang dibina oleh Sultan Sultan Agung Tirtayasa ditangkap melalui tipu muslihat Belanda
Maulana Hasanuddin sekitar tahun 1522 hingga 1526 Masihi. dan Sultan Haji. Baginda akhirnya dipenjarakan di Betawi. Sultan
Sumber : Kajian Lapangan Penulis Agung Tirtayasa akhirnya mangkat pada tahun 1692 dalam
penjara Belanda di Betawi. Syeikh Yusuf al-Makasari pula pada
sebagai musuh Belanda yang paling kuat dan bahaya di Pulau mulanya dipenjarakan di Cirebon dan kemudian dipindahkan
Jawa. Dengan itu, perang antara Banten dan Belanda tercetus pada
tahun 1655, 1656 dan 1659 yang membawa kepada kekalahan 29 Ibid. Hlm. 46 – 60
di pihak Belanda. Syeikh Yusuf al-Makasari membantu Sultan
Ageng Tirtayasa dalam membangunkan angkatan jihad Banten
dan mengatur strategi perang yang ampuh. Akhirnya Belanda
terpaksa menganjurkan perjanjian damai pada tahun 1659.

196

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

ke Betawi. Namun kerana pengaruhnya yang begitu besar, 9 Sultan Abu al-Mahasin 1690 - 1733 43 Tahun
beliau dianggap membahayakan Belanda. Oleh yang demikian, Muhammad 17 Tahun
Syeikh Yusuf dan keluarganya kemudian dibuang negeri ke 2 Tahun
Cape Town, Afrika Selatan. Sultan Haji berjaya menjadi Sultan 10 Sultan Muhammad Syifa 1733 - 1750 1 Tahun
Belanda dengan nama Sultan Abu Nasr di mana pemerintahan 20 Tahun
baginda dibayangi oleh kuasa Belanda. Kesultanan Banten 11 Sultan Syarifuddin 1750 - 1752
berakhir pada tahun 1813 Masihi apabila Sultan terakhirnya iaitu
Sultan Maulana Muhamad Shafiuddin dipaksa turun takhta oleh 12 Sultan Muhammad Wasi 1752 – 1753
Stamford Raffles ketika Inggeris menguasai Jawa.30
13 Sultan Muhammad Arif 1753 – 1773

TAHUN TEMPOH 14 Sultan Aliyuddin I 1773 - 1799 26 Tahun
2 Tahun
BIL SULTAN BANTEN MEMERINTAH MEMERINTAH 1 Tahun
1 Tahun
15 Sultan Muhammad 1799 - 1801 5 Tahun
Muhyiddin 1 Tahun
Sultan Maulana 4 Tahun
1 Hasanuddin 1552 - 1570 18 Tahun
1570 - 1585 15 Tahun
16 Sultan Muhammad Ishaq 1801 – 1802

2 Sultan Maulana Yusuf Sultan Wakil Pangeran
Natawijaya
Sultan Maulana 17 1802 - 1803
Muhammad
3 1585 - 1596 11 Tahun

18 Sultan Aliyuddin II 1803 - 1808

4 Sultan Abdul Mafakhir 1596 - 1647 51 Tahun Sultan Wakil Pangeran
Suramenggala
19 1808 - 1809
1809 - 1813
5 Sultan Abu al-Ma’ali 1647 - 1651 4 Tahun Sultan Maulana
31 Tahun Muhamamd Shafiuddin
Sultan Abdul Fattah 5 Tahun 20
(Sultan Ageng Tirtayasa) 3 Tahun
6 1651 -1682
1682 - 1687
7 Sultan Abu Nasr (Sultan 1687 - 1690
Haji)

8 Sultan Abu al-Fadhl
Muhammad Yahya

30 Ibid. Hlm. 95

197

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Brunei

Kesultanan Brunei merupakan sebuah Kesultanan Islam yang

besar di Pulau Borneo. Kesultanan Brunei memainkan peranan

yang amat penting dalam penyebaran Agama Islam di Alam

Melayu. Kerajaan Brunei telah wujud sejak berkurun-kurun

lamanya di mana ianya dipanggil kerajaan Brunei

Tua. Dalam catatan China dari Dinasti Liang

(502-566 Masihi), Dinasti Sui (589-618 Masihi)

dan Dinasti Tang (618-906 Masihi), Brunei Tua Pedang Si Bongkok, pedang yang dibawa oleh Syarif Ali dari Tanah Hijaz
dikenali dengan nama Po-li. Manakala Dinasti ke Brunei Darussalam.
Song menyebut Brunei dengan nama Po-ni atau Puni. Pada Sumber : Pusat Sejarah Brunei

masa ini, kerajaan Brunei Tua berpegang pada ajaran Buddha.

Ini mungkin disebabkan hubungan yang sangat rapat antara Islam itu, ada yang sudah menjalankan usaha dakwah ke atas

kerajaan Brunei Tua dengan kerajaan-kerajaan di China. Dalam penduduk tempatan. Sebagai contoh, Syeikh Karimul Makhdum

tahun 517, 522, 616, 630 dan 699 Masihi, kerajaan Brunei Tua iaitu seorang ulama Arab yang dalam perjalanan dari Melaka

pernah mengutuskan utusan ke China.31 ke Sulu telah singgah di Brunei dan beliau menjalankan usaha

dakwah di Brunei sebelum meneruskan perjalanannya ke Sulu.

Tarikh sebenar Islam sampai ke Brunei masih lagi menjadi

perdebatan di antara ahli sejarah. Namun, Raja Brunei yang Setelah Raja Brunei yang pertama memeluk Islam iaitu Awang

pertama memeluk Islam ialah Awang Alak Betatar yang Alak Betatar atau Sultan Muhammad Shah, maka Brunei secara

kemudian menukarkan namanya kepada Sultan Muhammad rasmi menjadi sebuah kerajaan Islam. Dakwah Islam berkembang

Syah. Baginda memeluk Islam pada tahun 1368 Masihi. Menurut pesat di Brunei seiring dengan pemelukan Islam oleh raja. Setelah

catatan dalam Tarsilah Brunei, Islam telah sampai ke Brunei lebih

awal dari tahun 1368 kerana kedudukan Brunei yang terletak

di dalam jalur pelayaran pedagang-pedagang Islam yang ingin 31 Awang Mohd Jamil al-Sufri. 2001. Tarsilah Brunei : Sejarah Awal dan
belayar ke Maluku dan Pulau Luzon. Di antara pelayar-pelayar Perkembangan Islam (Jilid I). Hlm 1-10

198

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

kemangkatan Sultan Muhammad Syah, takhta kerajaan Brunei dan seterusnya bermukim dan menetap di Brunei. Peribadi

diketuai oleh anak Sultan Muhammad Syah iaitu Sultan Abdul dan akhlaknya yang begitu indah menarik perhatian Sultan

Majid Hasan. Namun, baginda berkemungkinan tidak ditabalkan Ahmad hingga baginda berkenan untuk menikahkan puterinya

secara rasmi. Ini kerana Sultan Abdul Majid Hasan telah belayar dengan Sharif Ali dan seterusnya mewasiatkan Sharif Ali sebagai

ke China untuk menziarahi Maharaja Yong Le dari Dinasti Ming pengganti takhta Brunei. Ketika memerintah Brunei, Sultan

dan baginda mangkat di China serta dikebumikan di sana. Sharif Ali telah memperkukuhkan syariat Islam di Brunei.

Sultan Sharif Ali juga mula membina masjid-masjid besar

Sultan Brunei kedua secara di Brunei dan memperbetulkan

rasminya ialah Sultan Ahmad iaitu serta menetapkan arah kiblat.

adinda kepada Sultan Muhammad Baginda telah membina masjid

Syah. Ini kerana Sultan Muhammad setinggi tiga tingkat dengan

Syah dan Sultan Abdul Majid mengambil contoh masjid di

Hasan tidak memiliki putera. Yaman.32

Di masa pemerintahan Sultan

Ahmad ini, seorang ulama Brunei mencapai kegemilangannya

dan pendakwah berketurunan di zaman pemerintahan

Ahli Bait dari Taif, Mekah iaitu Kota Batu, pusat pemerintahan awal Kesultanan Brunei Darussalam. Sultan Bolkiah. Semasa zaman
Sumber : Kajian Lapangan Penulis pemerintahan baginda, wilayah
Sharif Ali telah datang ke Brunei

berserta rombongannya. Sharif Brunei merangkumi keseluruhan

Ali kemudiannya dinikahkan dengan puteri Sultan Ahmad dan Pulau Borneo termasuk Sambas, Tanjungpura, Kota Waringin,

diwasiatkan untuk menjadi pengganti Sultan Brunei. Setelah Banjarmasin, Pasir, Kutai, Bolongan dan lain-lain, gugusan

kemangkatan Sultan Ahmad, Sharif Ali ditabalkan menjadi kepulauan Sulu, Palawan, Keramian hingga ke Saludang (Pulau

Sultan Brunei yang ketiga dengan nama Sultan Sharif Ali. Luzon) yang terletak dalam Negara Filipina pada hari ini. Di

Manila, Filipina pada zaman dahulu telah wujud kerajaan-

Sebelum ditabalkan menjadi Sultan Brunei, Sharif Ali dikatakan

pernah menjawat jawatan Sharif Mekah. Baginda kemudiannya

meninggalkan Tanah Hijaz dan belayar menuju ke Alam Melayu 32 Ibid. Hlm 79-91

199

MIFTAHUL MALAYU kerajaan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Brunei.
Raja kerajaan Saludang atau Seludong yang terletak di Manila,
SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU Filipina iaitu Raja Sulaiman yang dikalahkan oleh Sepanyol
adalah cucu kepada Sultan Bolkiah dan sepupu kepada Sultan
Makam Sultan Bolkiah yang terletak di Kota Batu, Brunei. Saiful Rijal. Seorang lagi cucunya yang bernama Raja Muhammad
Sumber : Tarsilah Brunei menjadi pemerintah kerajaan Matanda di Manila.33

200 Sultan Bolkiah juga telah menjadikan Brunei sebagai
pusat pembuatan meriam tembaga dan besi. Ketika zaman
pemerintahannya, terdapat kira-kira 56 pucuk meriam tembaga
dan 6 pucuk meriam besi di Istana Sultan Brunei. Meriam-
meriam ini dibuat oleh penduduk Brunei sendiri.34

Kegemilangan Brunei setelah kemangkatan Sultan Bolkiah
disambung oleh pengganti-penggantinya iaitu Sultan Abdul
Kahar dan Sultan Saiful Rijal. Pada masa pemerintahan Sultan
Saiful Rijal, berlakunya perang antara Brunei dan Sepanyol
di Kota Batu, Brunei yang membawa kepada kekalahan
Sepanyol. Angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh
Francisco de Sande telah ramai yang terkorban hingga memaksa
mereka melarikan diri dan pulang semula ke Manila. Pahlawan
Brunei iaitu Pengiran Bendahara Sakam telah mengejar angkatan

33 Ibid. Hlm 25-61
34 Ibid. Hlm 59

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

BIL SULTAN BRUNEI TAHUN TEMPOH
DARUSSALAM
MEMERINTAH MEMERINTAH

1 Sultan Muhammad Syah 1363 - 1402 39 Tahun
Sultan Abdul Majid 1402 - 1406 6 Tahun
Hasan 1408 - 1425 17 Tahun

2 Sultan Ahmad

3 Sultan Sharif Ali 1425 - 1432 7 Tahun

Sisa runtuhan binaan lama di Kota Batu, Brunei. 4 Sultan Sulaiman 1432 - 1485 53 Tahun
Sumber : Kajian Lapangan Penulis 5 Sultan Bolkiah 1485 - 1524 39 Tahun
1524 - 1530 6 Tahun
tentera Sepanyol hingga ke Nausung yang terletak di Sabah. 6 Sultan Abdul Kahar 1533 - 1581 48 Tahun
Namun tiga hari sebelum meninggalkan Brunei, iaitu pada 23 1581 - 1582 1 Tahun
Jun 1578 Masihi, tentera-tentera Sepanyol sempat membakar 7 Sultan Saiful Rijal 1582 - 1598 16 Tahun
Masjid Jamik Brunei yang indah. Pembakaran itu dilakukan atas 1598 - 1659 61 Tahun
arahan Francisco de Sande. Masjid Jamik Brunei itu dibina dari 8 Sultan Shah Brunei
kayu bulian yang berukir indah. Selain itu, tentera Sepanyol juga
telah memusnahkan makam Sultan Bolkiah.35 9 Sultan Muhammad
Hassan
Kesultanan Brunei masih kekal hingga hari ini. Walaupun wilayah
kekuasan Brunei pada hari ini kecil dan tidak sebesar zaman 10 Sultan Abdul Jalilul
dahulu, namun Brunei adalah salah sebuah kerajaan yang terkaya Akbar
di dunia pada hari ini. Kekayaan Negara Brunei Darussalam
adalah berkat dari dilimpahi hasil petroleum dan gas. 35 Ibid. Hlm 87

201

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

11 Sultan Abdul Jalilul 1659 - 1660 1 Tahun 25 Sultan Hashim Jalilul 1885 - 1906 21 Tahun
Jabbar 1660 - 1661 1 Tahun Alam Aqamaddin 18 Tahun
1661 - 1673 12 Tahun 1906 - 1924 26 Tahun
12 Sultan Haji Muhammad 1673 - 1690 17 Tahun 26 Sultan Muhammad 17 Tahun
Ali Jamalul Alam II 1924 - 1950
-
13 Sultan Abdul Haqqul 27 Sultan Ahmad Tajuddin 1950 - 1967
Mubin 1967 hingga

14 Sultan Muhyiddin 28 Sultan Umar Ali sekarang
Saifuddin III

15 Sultan Nasruddin 1690 - 1710 20 Tahun 29 Sultan Haji Hassanal
Bolkiah

16 Sultan Husin 1710 – 1730/ 20 Tahun/ Sumber Rujukan Salasilah : Awang Mohd Jamil al-Sufri. 2001. Tarsilah Brunei :
Kamaluddin 1737 - 1740 3 Tahun Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (Jilid I) Hlm 47

17 Sultan Muhammad 1730 – 1737 7 Tahun
Alauddin

18 Sultan Umar Ali 1740 - 1795 55 Tahun
Saifuddin I

19 Sultan Muhammad 1795 – 1804/ 9 Tahun/
Tajuddin 1804 - 1807 3 Tahun

20 Sultan Muhammad 1804 Beberapa bulan
Jamalul Alam I

21 Sultan Muhammad 1807 - 1826 19 Tahun
Kanzul Alam

22 Sultan Muhammad Alam 1826 - 1828 2 Tahun

23 Sultan Umar Ali 1828 - 1852 24 Tahun
Saifuddin II

24 Sultan Abdul Momin 1852 - 1885 33 Tahun

202

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

WILAYAH KEKUASAAN
BRUNEI DARUSSALAM
ZAMAN SULTAN BOLKIAH

203

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM MELAYU

SEMENANJUNG TANAH MELAYU

Kesultanan Kedah Kesultanan Pahang
Kesultanan Melaka Kesultanan Perak
Kesultanan Singgora Kesultanan Selangor
Kesultanan Patani Kerajaan Negeri Sembilan
Kesultanan Kelantan Kesultanan Johor
Kesultanan Terengganu Kerajaan Perlis

SUMATERA Kesultanan Siak
Kesultanan Asahan
Kesultanan Perlak Kesultanan Deli
Kesultanan Samudera Pasai Kesultanan Pelalawan
Kesultanan Lamuri Kesultanan Indragiri
Kesultanan Aceh Kesultanan Kampar
Kerajaan Pagaruyung Kesultanan Riau-Lingga
Kesultanan Jambi
Kesultanan Palembang

JAWA

Kesultanan Demak Kesultanan Mataram

Kesultanan Banten Kesultanan Surakarta

Kesultanan Cirebon Kesultanan Yogyakarta

Kesultanan Pajang

204

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

FILIPINA Kesultanan Sulu

Kesultanan Maguindanao

KALIMANTAN-BORNEO Kesultanan Pasir
Kesultanan Kota Waringin
Kesultanan Brunei Kesultanan Kutai
Kesultanan Sambas Kesultanan Sambaliung
Kerajaan Mempawah Kesultanan Tidung
Kesultanan Pontianak
Kesultanan Landak
Kesultanan Banjar

MALUKU Kesultanan Jailolo
Kesultanan Bacan
Kesultanan Ternate
Kesultanan Tidore

SULAWESI Kesultanan Banggai
Kesultanan Gorontalo
Kesultanan Gowa-Tallo
Kesultanan Bone
Kesultanan Buton

NUSA TENGGARA

Kesultanan Selaparang Kesultanan Sumbawa
Kesultanan Bima

205

MIFTAHUL MALAYU Matawang emas Kelantan tertera gambar kijang dan
perkatan 'Malik al-Adil'.
SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU
Matawang perak Sultan Muhammad Jiwa Kedah
(1710-1773).

PENGGUNAAN MATAWANG ISLAM DALAM KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, kerajaan-kerajaan di Alam Melayu telah pun memiliki matawang tersendiri. Matawang-matawang

tersebut dibuat dari emas, perak, timah dan bahan-bahan galian yang lain. Abu Dulaf al- Matawang Pohon Pitis
Muhalhil telah singgah di Kedah pada tahun 940 Masihi menyatakan bahawa terdapat Kelantan yang diperbuat
matawang di Kedah Tua yang diperbuat dari perak. Matawang tersebut seberat dua pertiga dari timah.

daripada dirham biasa yang mana matawang tersebut dipanggil ‘fahri’.

Di samping itu, pedagang-pedagang dari Timur Tengah juga telah memperkenalkan matawang
Islam kepada pedagang dan masyarakat di Alam Melayu. Apabila tertubuhnya kerajaan-kerajaan
Islam di Alam Melayu, maka matawang-matawang Islam telah dibuat dan dicetak yang mana nama
sultan dicetak pada syiling matawang tersebut. Maka ukuran-ukuran matawang Islam seperti dinar
dan dirham juga menjadi ukuran rasmi bagi matawang-matawang Islam di Alam Melayu.

Matawang Sultan Ala'uddin Riayat Syah II,
Sultan Johor Lama (1527-1564).

206

BAB 4

KERAJAAN ISLAM YANG AGUNG DI ALAM MELAYU

Matawang emas Kelantan
bertarikh 577 Hijrah
bersamaan 1181 Masihi.
Matawang emas kijang
Kelantan

Matawang Kesultanan Melayu Melaka zaman Sultan
Muzaffar Syah.

Matawang dirham 207
Samudera Pasai zaman
Sultan Malik az-Zahir.

MIFTAHUL MALAYU

SEJARAH ISLAM ALAM MELAYU

Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun
1935. Istana ini dibina oleh Sultan Iskandar Shah (1918-1938) pada
tahun 1926.
Sumber : The Towns of Malaya

208


Click to View FlipBook Version