The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:35:51

Sultan Muhammad Al-Fatih Bab 8

Sultan Muhammad Al-Fatih Bab 8

294 Ilustrasi kadi atau hakim Daulah Uthmaniyah zaman Sultan
Muhammad al-Fatih sedang menjalankan perbicaraan.

dan Anatolia, jawatan Kadi (hakim) di bahagikan kepada yang dihadapkan padanya. Kadi Asker juga mewakili para
enam peringkat dari jawatan Kadi yang tertinggi hingga ulama dalam Majlis Mesyuarat Negara. Pada waktu tengah
yang terendah.32 hari, Kadi Asker akan terlibat dengan urusan-urasan
pentadbiran kehakiman dalam divannya sendiri.
Dalam Kanunname Sultan Muhammad al-Fatih juga
telah dinyatakan dengan jelas tentang kedudukan, tugas- Sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Kadi Asker
tugas dan tanggungjawab Kadi Asker serta kadi-kadi diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam semua
yang lain. Sebagai contoh, dalam Kanunname Sultan majlis rasmi dan mesyuarat kerajaan. Dalam menjalankan
Muhammad al-Fatih dinyatakan bahawa Kadi Asker tugas hariannya, Kadi Asker akan dibantu oleh pegawai-
salah satu dari tiga jawatan tertinggi negara (dua pegawai yang terlatih dari pentadbiran pusat seperti
yang lain ialah Wazir Agung dan Defterdar) yang syer’iyatci, tezkireci, kassam-i askeri, vekayi katibi,
bertanggungjawab untuk mengeluarkan ahkam dan ruznameci, muhzir, matlabci, tatbikci, mektupcu, kethuda
buyruldu. Kadi Asker juga bertanggungjawab untuk dan miri katabi (jawatan-jawatan dalam institusi kehakiman
mengeluarkan ahkam secara bertulis menurut syer’-i syerif dan perundangan). Sebagai tambahan, dalam divannya pula
(hukum syariah). Kadi Asker akan dibantu oleh dua orang ulama.33

Tugas-tugas Kadi Asker sebagaimana yang tercatat 32 IMehmet Ipsirli. 2001. Ottoman State Organization. Dlm Ekmeleddin
dalam Kanunname termasuk memberikan khidmat Ihsanoglu. History of The Ottoman State, Society and Civilisation
nasihat perundangan, mengambil tanggungjawab dalam (Jilid 1). Hlm 268-269
pemerintahan negara dan mendengar kes-kes mahkamah 33 Ibid. Hlm 274

Ilustrasi seorang Kadi Asker
(Ketua Hakim) sedang membaca
satu dokumen perundangan.

295

HAK-HAK BUKAN ISLAM Dalam sistem
pemerintahan Daulah
Di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, hak- Uthmaniyah terdapat
hak orang bukan Islam atau kafir sentiasa diiktiraf dan satu sistem yang dicipta
diraikan. Dalam sistem pemerintahan Daulah Uthmaniyah bagi tujuan mewujudkan dan
terdapat satu sistem yang dicipta bagi tujuan mewujudkan mengekalkan keharmonian
dan mengekalkan keharmonian hubungan antara orang- hubungan antara orang-orang
orang Islam dan orang-orang kafir. Sistem itu dinamakan Islam dan orang-orang kafir.
sebagai Millet. Perkataan itu berasal dari perkataan Arab Sistem itu dinamakan
iaitu Millah yang merujuk kepada Millah Ibrahim, satu istilah
yang membawa maksud kepada penganut agama samawi sebagai Millet
selain Islam iaitu Kristian dan Yahudi.34

296 Sistem Millet ini mengiktiraf orang bukan Islam sebagai orang kafir yang wajib dilindungi dinamakan sebagai Ahl
satu komuniti berdasarkan agama mereka, bukan bangsa al-Ahd yang bermaksud golongan yang memiliki perjanjian.
mereka. Setiap agama atau kepercayaan memiliki ketua- Ahl al-Ahd dibahagikan kepada tiga iaitu Ahl adz-Dzimmah,
ketua mereka sendiri yang diiktiraf oleh Daulah Uthmaniyah. Ahl al-Mu’ahad dan Ahl al-Musta’min.35
Dalam sistem Millet ini, orang-orang bukan Islam yang
menjadi warga Daulah Uthmaniyah dinamakan sebagai 34 Akif Togel. 2016. Ottoman Human Rights Practice: A Model Of Legal
teb’a. Dengan mengikut undang-undang Islam, orang- Pluralism. Yildirim Beyazit Law Review No. 2016/2. Fakulty of Law.
orang kafir itu dikategorikan kepada dua iaitu Hlm 204
orang kafir yang diperangi dan 35 Ibid. Hlm 205
orang kafir yang wajib dilindungi.
Orang kafir yang wajib diperangi Gereja Myrelaion adalah antara gereja
dinamakan sebagai Ahl al-Harb yang tidak ditukarkan menjadi masjid
yang bermaksud dan dikekalkan fungsinya sebagai gereja
golongan yang selepas Sultan Muhammad al-Fatih
diperangi. menakluki Konstantinople. Namun
Manakala sekitar tahun 1500 iaitu semasa zaman
orang- pemerintahan Sultan Bayezid II, gereja
ini ditukarkan menjadi masjid dan
dinamakan sebagai Masjid Bodrum.

Ahl adz-Dzimmah bermaksud warganegara Uthmaniyah untuk kembali dan biarkan mereka tinggal semula di gereja- 297
yang bukan Islam. Ahl al-Mu’ahad pula bermaksud gereja mereka tanpa sebarang rasa takut di segenap penjuru
orang-orang kafir yang bukan warganegara dalam wilayah kekuasaan beta.” 37
Uthmaniyah tetapi memiliki perjanjian damai dengan
Daulah Uthmaniyah. Manakala Ahl al-Musta’min pula Di samping itu, Sultan Muhammad al-Fatih juga telah
bermaksud orang-orang asing yang bukan beragama mengarahkan Wazir Agungnya iaitu Zaganos Pasha
Islam yang memiliki kebenaran sementara untuk menetap untuk membuat satu pengisytiharan tentang kebebasan
dalam Daulah Uthmaniyah iaitu kurang dari setahun. beragama sejurus selepas Daulah Uthmaniyah berjaya
Mereka ini kebiasaannya adalah golongan pedagang. menakluki Kota Konstantinople. Pengisytiharan yang
terkenal sebagai Pengisytiharan Galata 1453 ini ditulis
Ketiga-tiga golongan ini mendapat layanan yang baik dan pada 1 Jun 1453 bersamaan 21 Jamadil Awal 857
perlindungan yang sewajarnya dari Sultan. Tanggungjawab tersebut menyatakan seperti berikut:-
Sultan adalah memberikan perlindungan dan layanan yang
baik kepada mereka, manakala tanggungjawab mereka Patik, Padishah yang agung dan Shehinshah Muhammad
kepada negara pula ialah taat kepada Sultan di samping Khan, putera Sultan Murad, memberikan sumpah dan
membayar cukai yang dinamakan sebagai Jizyah dan janji patik di atas nama Tuhan, pencipta bumi dan langit-
Kharaj. langit, dan dengan hidayah dan ruh suci Nabi Muhammad,
pesuruhNya dan dengan mushaf yang tujuh (Al-Quran)
Jizyah adalah sejenis cukai pendapatan manakala Kharaj dan dengan 124,000 para nabi dan dengan ruh datuk dan
pula adalah cukai tanah. Hanya orang-orang kaya dan ayahanda patik dan dengan nyawa patik dan anak patik
sederhana sahaja yang diwajibkan membayar Jizyah dan dan dengan pedang patik bahawa mulai sekarang
Kharaj. Manakala orang-orang kafir yang miskin tidak perlu
membayar kedua-dua cukai tersebut di samping nagara Di samping itu,
menanggung dan menyara keperluan harian mereka. Sultan Muhammad
Jumlah Jizyah dan Kharaj yang wajib dibayar oleh orang- al-Fatih juga telah
orang bukan Islam ialah 5 peratus dari pendapatan mereka.36 mengarahkan Wazir
Agungnya iaitu Zaganos
Setiap Millet (kumpulan masyarakat bukan Islam) akan Pasha untuk membuat satu
memiliki ketua agama dan ketua masyarakat yang dilantik pengisytiharan tentang
oleh mereka sendiri. Sultan Muhammad al-Fatih sejurus kebebasan beragama sejurus
selepas penaklukan Kota Konstantinople telah membuat selepas Daulah Uthmaniyah
pengisytiharan seperti berikut:- berjaya menakluki Kota

Konstantinople.

“Tiada sesiapa pun dari kalangan orang-orang kafir yang 36 Ibid. Hlm 207
boleh diganggu atau diancam, begitu juga dengan gereja- 37 Ibid. Hlm 209
gereja mereka. Biarkan mereka hidup dengan aman damai
dalam kerajaan beta dan biarkan mereka yang menjadi
pelarian untuk pergi dengan selamat. Benarkan mereka

298

Sinagog Ahrida yang terletak di Istanbul adalah termasuk antara rumah
ibadat yang dikekalkan fungsinya iaitu sebagai rumah ibadat Yahudi
selepas Sultan Muhammad al-Fatih menakluki kota Konstantinople.

orang-orang Galata dan bangsawan mereka yang telah menukarkannya menjadi masjid, tetapi mereka juga tidak 299
diutuskan ke pintu gerbang patik bagi menunjukkan harus membina gereja-gereja yang baru.
persahabatan mereka, duta-duta mereka (iaitu) Babilan
Paravazin dan Markiz de Franco dan penterjemah (iaitu) Maka pedagang-pedagang Genoa datang dan pergi
Nikoroz Papudjo bersama kunci-kunci benteng tersebut dan melalui darat dan laut untuk berdagang, hendaklah
untuk menyatakan taat setia kepada patik sebagai orang- membayar cukai seperti mana yang dikehendaki menurut
orang bawahan patik, sebagai balasan, patik bersetuju peraturan yang telah ditetapkan dan mereka hendaklah
bahawa mereka boleh mengamalkan adat budaya dan bebas dari sebarang gangguan dari mana-mana pihak.
kepercayaan mereka seperti mana sebelum ini, dan patik Patik juga memerintahkan agar anak-anak mereka tidak
tidak akan menyerang mereka dan memusnahkan kubu- diambil untuk dijadikan Janassary. Maka tiada orang-orang
kubu mereka. kafir yang boleh dipaksa untuk memeluk Islam, mereka
boleh memilih dengan bebas seseorang dari mereka
Maka patik perintahkan bahawa wang, perabot, harta sebagai ketkhuda (ketua), pengawal, untuk menjaga
benda, gudang, kebun anggur, pengisar, kapal dan perahu kebajikan mereka. Maka tiada doghanji atau kul iaitu
mereka, kesimpulannya, semua apa yang dimiliki mereka, para pembesar Sultan akan datang dan menetap sebagai
sama ada isteri-isteri, anak-anak, hamba-hamba lelaki dan tetamu di rumah-rumah mereka. Maka penghuni benteng
wanita, hendaklah dikekalkan dalam pemilikan mereka begitu juga pedagang hendaklah bebas dari menjadi
seperti mana sebelumnya dan tiada apa-apa tindakan buruh paksa. Maka hendaklah semua mengambil
bertentangan atau tindakan cabul yang boleh dilakukan perhatian tentang perintah ini dan mempercayai cop mohor
terhadap mereka, bahawa mereka meneruskan kehidupan kerajaan milik saya di atas.
mereka seperti mana masyarakat-masyarakat lain di bawah
penguasaan patik dan mereka bermusafir di darat dan di Dokumen ini ditulis pada bahagian ketiga (21 haribulan)
laut dengan kebebasan tanpa sebarang halangan dan bulan Jamadil Awal di tahun 857 Hijrah.38
gangguan oleh sesiapa pun dan mereka dikecualikan (dari
bebanan-bebanan yang luar biasa). Zaganos Pasha

Dengan itu, patik mengenakan ke atas mereka cukai Islam Di samping itu, Sultan Muhammad al-Fatih telah
kharaj yang mana mereka membayarnya setiap tahun melantik paderi tertinggi masyarakat Kristian Ortodoks
sebagaimana orang-orang bukan Islam yang lain, dan sebagai pasha (pembesar Daulah Uthmaniyah) dan dia
sebagai balasannya patik akan memberikan perhatian dibenarkan untuk menghadiri majlis mesyuarat kerajaan
(perlindungan) patik sebagaimana yang patik berikan (Divani-i Humayun). Bagi masyarakat Yahudi pula, Sultan
pada masyarakat-masyarakat lain di bawah kekuasaan Muhammad al-Fatih telah mewujudkan satu jawatan
patik. Mereka boleh menjaga gereja-gereja mereka buat ketua agama masyarakat Yahudi yang dinamakan
dan melaksanakan kepercayaan tradisi mereka dengan sebagai Hakham Bashi. Sebagaimana paderi Ortodoks,
pengecualian membunyikan loceng- loceng gereja dan Hakham Bashi juga dibenarkan untuk menghadiri Divani-i
maracas mereka, bahawa patik tidak akan merampas Humayun.39
dari mereka gereja-gereja mereka yang sedia ada dan
38 Halil Inalcik. 1998. Essays In Ottoman History. Hlm 276
39 Akif Togel. 2016. Ottoman Human Rights Practice: A Model Of Legal
Pluralism. Yildirim Beyazit Law Review No. 2016/2. Fakulty of Law.
Hlm 210

300

Gereja St. Gregory di Galata yang dibina
pada tahun 1391 oleh orang-orang Armenia.
Selepas penaklukan Konstantinople tahun
1453, gereja ini tetap dikekalkan selaras
dengan Pengisytiharan Galata 1453
yang memberikan jaminan kebebasan
mengamalkan agama Kristian.

PENGISYTIHARAN 301
GALATA 1453 :
PENGISYTIHARAN HAK ASASI
MANUSIA TERTUA DI EROPAH

Dokumen pengisytiharan atau dalam bahasa Turki dikenali sebagai Ahdnama ini mengandungi
tentang pengisytiharan kebebasan untuk menetap, memiliki harta, mengamalkan agama, budaya,
bahasa, menjalankan perdagangan dan lain-lain hak asasi manusia ke atas orang-orang Genoa
di Galata yang beragama Kristian oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada 21 Jamadil Awal 857

bersamaan 1 Jun 1453 iaitu sejurus selepas penaklukan Kota Konstantinople. Dengan itu,
Pengisytiharan Galata tahun 1453 ini dianggap sebagai pengisytiharan Hak Asasi
Manusia yang tertua di Eropah. di mana ianya dibuat 495 tahun sebelum
Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dibuat. Dokumen ini
ditulis dalam bahasa Greek tetapi tarikh ditulis dalam bahasa Arab.
Pada bahagian atas dokumen ini tertera cop mohor (tugra)
Sultan Muhammad al-Fatih. Manakala pada bahagian
bawah dokumen ini tertera tandatangan Wazir
Agung Zaganos Pasha. Dokumen
ini sekarang disimpan di
Per pus takaan British,
London.

Dokumen Pengisytiharan Galata 1453
oleh Sultan Muhammad al-Fatih melalui
Wazir Agungnya iaitu Zaganos Pasha.

PENGISYTIHARAN BOSNIA
1463

Selain Pengisytiharan Galata 1453, dokumen Pengisytiharan atau Ahdnama Bosnia tahun 1463
telah dikeluarkan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ke atas penduduk Bosnia yang beragama
Kristian. Kandungan Pengisytiharan Bosnia 1463 ini adalah seperti berikut:-

302 “Beta, Sultan Muhammad Khan, insan yang memiliki kuasa ke atas wilayah ini, dengan ini
mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa penganut-penganut Kristian Bosnia adalah di
bawah perlindungan beta. Dan beta memerintahkan berikut:-

Tiada sesiapa yang boleh mengganggu atau memberikan mudarat kepada penganut-penganut
Kristian dan gereja-gereja mereka. Mereka patut hidup dengan aman dalam wilayah beta.
Golongan ini yang menjadi penghijrah patut memliki keselamatan dan kebebasan. Mereka boleh
pulang ke biara-biara mereka yang terletak di perbatasan wilayah beta.

Tiada siapa dari kaum kerabat beta atau wazir-wazir atau pegawai-pegawai atau pembantu-
pembantu atau mana-mana warganegara beta yang boleh menggangu, menghina atau memberi
mudarat kepada nyawa, harta benda dan gereja mereka! Dan sesiapa yang mereka bawa dari
luar ke wilayah beta akan mendapat hak yang sama.

Dengan mengisytiharkan perintah ini, beta bersumpah dengan sesungguhnya dengan nama
Pencipta langit dan bumi, dengan nama Rasulullah Muhammad dan 124,000 Nabi-nabi yang
sebelumnya, dan dengan nama pedang, beta memberi jaminan bahawa tiada sesiapa yang boleh
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang ditulis dalam perintah ini.”

Rujukan :
Salih Gulen . 2010. The Ottoman Sultans: Mighty Guests of the Throne. Blue Dome Press. New York.
Hlm 66

303

Ahdnama iaitu dokumen pengisytiharan
kebebasan beragama di Bosnia yang
dikeluarkan oleh Sultan Muhammad
al-Fatih.

PENDIDIKAN Madrasah Kara Eyne Bey di Bursa, Turki
yang dibina pada abad ke-14 iaitu semasa
Institusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang zaman pemerintahan Sultan Bayezid I oleh
sangat penting dalam membina generasi bagi sesebuah Kara Eyne Bey, salah seorang pembesar
kerajaan. Daulah Uthmaniyah telah menunjukkan contoh Daulah Uthmaniyah.
yang sangat baik dalam menyusun sistem pendidikan
304 dengan teratur dan sistematik. Daulah Uthmaniyah juga
telah mengangkat institusi pendidikan ke satu tahap yang
tinggi dan istimewa dalam pemerintahan kerajaan. Hal ini
terbukti bila mana jawatan Syeikhul Islam diwujudkan dan
dijadikan sebagai jawatan yang tertinggi dalam institusi
pendidikan negara.

Di bawah Syeikhul Islam, terdapat beberapa jawatan
dan institusi yang diletakkan di bawah institusi pendidikan.
Antaranya ialah institusi Sayyid dan Syarif yang merupakan
institusi ulama berketurunan Rasulullah ‫ﷺ‬. Mereka ini
memiliki status yang istimewa dalam Daulah Uthmaniyah.
Para Sayyid dan Syarif ini diberikan pakaian khusus
dengan serban berwarna hijau. Mereka dikecualikan
dari membayar cukai seperti mana para tentera. Bagi
mengesahkan sama ada seseorang itu adalah Sayyid dan
Syarif (keturunan Nabi) yang sahih bukan palsu, maka
kerajaan telah mengeluarkan satu sijil pengenalan yang
dinamakan sebagai Siyadet Hujjeti.

40 Mehmet Ipsirli. 2001. Ottoman State Organization. Dlm Ekmeleddin
Ihsanoglu. History of The Ottoman State, Society and Civilisation
(Jilid 1). Hlm 278
41 Ibid. Hlm 278

Bagi masyarakat Yahudi
pula, Sultan Muhammad
al-Fatih telah mewujudkan
satu jawatan buat ketua
agama masyarakat Yahudi
yang dinamakan sebagai

Hakham Bashi

305

306

Madrasah yang dibina oleh Sultan Muhammad I, datuk Sultan
Muhammad al-Fatih di Bursa pada tahun 1419. Madrasah ini dinamakan
sebagai Madrasah Hijau.

307

Madrasah yang dibina oleh ayah Sultan Muhammad al-Fatih iaitu
Sultan Murad II di Bursa pada tahun 1426.

Madrasah yang dibina pada zaman Sultan
Muhammad al-Fatih oleh salah seorang
pembesar baginda yang bernama Sair
Ahmad Pasha. Madrasah yang dinamakan
sebagai Madrasah Sair Ahmad Pasha ini
terletak di Bursa, Turki.

308

309

310 Di samping itu, terdapat lagi satu institusi yang Institusi
dinamakan sebagai Hoca (Khawaja) yang merujuk perubatan juga
kepada guru-guru Sultan dan kaum kerabatnya. Kedudukan diletakkan di bawah
Hoca ini sangat istimewa memandangkan mereka institusi pendidikan.
adalah pendidik Sultan sejak dari Sultan masih kecil. Ketua Tabib dalam Daulah
Kebiasaannya, Syeikhul Islam juga dilantik di kalangan Uthmaniyah dinamakan
Hoca. Dengan itu, Sultan-sultan Uthmaniyah kebiasaannya sebagai Hekimbasyi atau
meletakkan Syeikhul Islam dan Hoca lebih tinggi Ra’isul-i Etibba dan jawatan
kedudukannya dari Wazir Agung dalam sesebuah majlis ini merupakan salah satu
walaupun dia tidak berada dalam hirarki pentadbiran negara. jawatan yang tinggi
Begitulah juga penghormatan yang diberikan oleh Sultan dan penting dalam
Muhammad al-Fatih kepada guru-gurunya seperti Syeikh Aq istana sultan.
Syamsuddin, Mullah Kurani dan Mullah Husrev.
Pusat ini dihuni oleh penjaga-penjaga waktu yang
Institusi perubatan juga diletakkan di bawah institusi dinamakan sebagai Muvakkit yang dilantik oleh
pendidikan. Ketua Tabib dalam Daulah Uthmaniyah Muneccimbasyi (Ketua Ahli Falak Negara). Tugas penjaga
dinamakan sebagai Hekimbasyi atau Ra’isul-i Etibba dan waktu ialah untuk menentukan dan mengisytiharkan waktu-
jawatan ini merupakan salah satu jawatan yang tinggi waktu solat dengan menggunakan peralatan-perlatan
dan penting dalam istana sultan. Hekimbasyi adalah falak yang khusus seperti astrolab, quadrant, sextant,
ketua bagi para doktor (tabib), ahli sains (hekim), doktor octant dan jam matahari yang berpenunjuk. Di samping itu,
mata (kehhal) dan doktor bedah (cerrah). Hekimbesyi pusat penjaga waktu ini juga menjadi tempat di mana ilmu
berperanan menyelia dan mengetuai segala hal ehwal matematik (ilmu hisab) dan astronomi (falak) diajar. 42
yang berkaitan dengan ilmu perubatan.40

Di samping itu, institusi ilmu falak turut diletakkan
di bawah institusi pendidikan di mana ketuanya
dinamakan sebagai Muneccimbasyi. Antara fungsi dan
tanggungjawab Muneccimbasyi adalah menguruskan
institusi falak negara di samping menyediakan kalendar
negara yang berasaskan kepada kalendar hijrah dan
menyediakan jadual solat terutama pada bulan Ramadan.
Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,
Muneccimbasyi mendapat kedudukan yang sangat penting
dalam pemerintahan negara.41

Salah satu institusi falak yang penting ialah pusat Jam matahari untuk mengukur waktu solat yang terlekat
penjaga waktu yang dinamakan sebagai Muvakkithane pada dinding Masjid Aya Sophia.
yang kebiasaannya terletak berhampiran dengan masjid. 42 Ekmeleddin Ihsanoglu. 2006. An Overview of Ottoman Scientific
Activities. Hlm 4

311

Jam matahari yang dilakarkan pada dinding Masjid Sultan
Muhammad al-Fatih.

312

Perpustakaan Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membina
Istanbul. perpustakaan yang besar di Istanbul dan baginda telah
melantik Syeikh Lutfi sebagai pengurus perpustakaan
tersebut. Perpustakaan itu mengandungi 12,000
naskhah kitab di mana ianya digambarkan sebagai pusat
pengumpulan ilmu dan pemindahan ilmu di antara dunia
timur dan dunia barat. Namun begitu, perpustakaan itu
pernah terbakar pada tahun 1465.43

43 Ali Muhammad as-Solabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab
Kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 195

Perpustakaan 313
itu mengandungi
12,000 naskah kitab di
mana ianya digambarkan
sebagai pusat pengumpulan
ilmu dan pemindahan ilmu
di antara dunia timur dan
dunia barat. Namun begitu,
perpustakaan itu pernah
terbakar pada tahun

1465.

314

Kitab bertajuk Taqwimul Abdan fi Ilmi at-Tibb karya
Ibnu Juzla yang merupakan koleksi buku Sultan
Muhammad al-Fatih.

315

Kitab bertajuk Masalihul Abdan wal Anfus karya Abi Zaid
al-Balhi yang merupakan koleksi buku Sultan Muhammad
al-Fatih.

316

Kitab Qanun fit Tibb karya Ibnu Sina yang merupakan
koleksi buku Sultan Muhammad al-Fatih.

317

Kitab Qanun fit Tibb karya Ibnu Sina yang merupakan
koleksi buku Sultan Muhammad al-Fatih.

Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, Dahil Madrasah
terdapat empat peringkat persekolahan atau institusi
pengajian iaitu:- Setelah kanak-kanak dalam Daulah Uthmaniyah
selesai pengajiannya di Sibyan Mektebi, maka dia akan
Sibyan Mektebi melanjutkan pengajian yang lebih tinggi ke Dahil
Madrasah. Maka Dahil Madrasah ini boleh diumpamakan
Sibyan Mektebi adalah peringkat pendidikan yang sebagai sekolah menengah rendah pada hari ini. Antara
paling rendah. Ia boleh diibaratkan umpama sekolah silibus atau sukatan mata pelajaran yang diajarkan
rendah pada hari ini. Sibyan Mektebi bermaksud sekolah diperingkat Dahil Madrasah ialah ilmu bentuk kata
kanak-kanak. Institusi ini dihadiri oleh kanak-kanak dari (morfologi), ilmu tatabahasa, ilmu penulisan, ilmu saraf, ilmu
usia 4 tahun hingga 11 tahun. Antara silibus atau sukatan ringkasan penulisan (telhis) dan penerangannya, ilmu kaji
mata pelajaran yang diajarkan di Sibyan Mektebi ini ukur (geometri), ilmu hisab, ilmu pengucapan awam, ilmu
ialah mempelajari qiraat Al-Quran, ilmu fardu ain, ilmu debat, ilmu mantik dan lain-lain bidang keilmuan.
bahasa, ilmu hisab, seni dan lain-lain mata pelajaran
318 yang disesuaikan dengan tahap pembelajaran
kanak-kanak. Pendidikan dalam Daulah Uthmaniyah
adalah berasaskan kepada akidah Ahli Sunnah wal
Jamaah Maturidiyah dan fiqh Mazhab Hanafi.

Gereja Pantocrator yang ditukarkan menjadi madrasah oleh Sultan
Muhammad al-Fatih sejurus selepas penaklukan kota Konstantinople
tahun 1453. Apabila bangunan madrasah di Kompleks Masjid Al-Fatih
telah siap dibina, ia ditukarkan menjadi masjid dan dikenali sebagai
Masjid Zeyrek.

Tetimme Madrasah Semaniye atau Sahn-i Seman bermaksud lapan halaman
atau perkarangan.45
Setelah pelajar-pelajar selesai pembelajaran di Dahil
Madrasah, mereka akan menyambung pengajian mereka Ini kerana kebiasaannya Semaniye Madrasah dibina
di Tetimme Madrasah. Institusi ini boleh diumpamakan dengan lapan bangunan yang mengelilingi masjid
sebagai sekolah menengah tinggi pada hari ini. Pelajar sebagaimana Semaniye Madrasah yang dibina oleh
yang belajar di peringkat Tetimme Madrasah ini dipanggil Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda telah membina lapan
sebagai suhte yang bermaksud pencinta ilmu pengetahuan. halaman atau binaan Semaniye Madrasah di sekeliling
Pada peringkat ini, para pelajar akan diajar dengan pelbagai Masjid Sultan Muhammad al-Fatih. Di belakang Semaniye
cabang atau bidang ilmu pengetahuan merangkumi ilmu- Madrasah itu pula dibina Tetimme Madrasah. Guru-guru
ilmu pengajian Islam dan sains.44 yang mengajar di Semaniye Madrasah ini diiktiraf sebagai
ulama-ulama besar dalam Daulah Uthmaniyah.
SEMANIYE MADRASAH
44 Fevzi Gunuc. 2007. The Fatih Complex I In The History of Turkish
Semaniye Madrasah atau dikenali juga dengan nama Sahn-i Culture and Civilization. Hlm 171
Seman Madrasah adalah institusi pendidikan tinggi dalam 45 Ibid. Hlm 165
sistem pendidikan Daulah Uthmaniyah. Ia boleh dianggap
sebagai universiti atau kolej. Pelajar-pelajar atau suhte 319

yang lulus dalam pembelajaran mereka di
Tetimme Madrasah akan dibenarkan
untuk menyambung
pengajian ke Semaniye
Madrasah.

Dicatatkan bahawa pada Sultan Muhammad al-Fatih dengan kehadiran Kadi
tahun 875 Hijrah bersamaan Asker Rumelia dan Kadi Asker Anatolia. Semasa
1471 Masihi, pelajar-pelajar peperiksaan, calon-calon dikehendaki untuk
perubatan yang tinggal di membentangkan topik-topik atau persoalan yang telah
asrama Semaniye Madrasah diberikan kepada mereka. Dari peperiksaan ini kedudukan
mendapat latihan perubatan dan kemahiran ilmu para pelajar dapat dinilai dan
dikenalpasti.47
di Darus Syifa.
46 Ibid. Hlm 174
47 Ibid. Hlm 174

320 Di samping itu, terdapat juga sekolah
perubatan yang dinamakan sebagai Darus
Syifa yang bergabung dengan di bawah
Semaniye Madrasah. Sekolah perubatan ini
mengajar mahasiswa perubatan untuk menjadi
doktor-doktor Daulah Uthmaniyah yang terlatih
pada masa akan datang. Dicatatkan bahawa
pada tahun 875 Hijrah bersamaan 1471 Masihi,
pelajar-pelajar perubatan yang tinggal di
asrama Semaniye Madrasah mendapat latihan
perubatan di Darus Syifa. Pada zaman pemerintahan
Sultan Muhammad al-Fatih, salah seorang doktor pakar
yang bernama Yaakub Hakim, bersama dengan doktor-
doktor yang lain seperti Syukrullah, Syirvani, Hakimi
Arab dan Kuyumcuzade telah menjadi tenaga pengajar
kepada mahasisiwa perubatan di salah sebuah sekolah
perubatan.46

Di samping itu, terdapat sistem peperiksaan yang
dijalankan dalam Daulah Uthmaniyah yang dinamakan
sebagai Musabaka Imtihani yang bermaksud
peperiksaan saingan. Peperiksaan ini diadakan di Masjid

Ilustrasi seorang doktor zaman Sultan
Muhammad al-Fatih.

321

Bilik Ketua Doktor Perubatan yang dibina pada zaman pemerintahan
Sultan Muhammad al-Fatih.

322

Ilustrasi tentang ahli perubatan, sains dan kimia sedang melakukan uji
kaji di sebuah makmal semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad
al-Fatih.

323

BIDANG PENTERJEMAHAN KETENTERAAN

324 Sultan Muhammad al-Fatih sangat menitik berat bidang Institusi ketenteraan adalah institusi yang sangat
penterjemahan. Oleh itu, aktiviti penterjemahan ilmu penting bagi kuasa besar seperti Daulah Uthmaniyah.
sangat aktif di zaman pemerintahan baginda di mana Individu yang memiliki kuasa tertinggi dalam bidang
baginda telah mengarahkan agar pelbagai manuskrip ketenteraan selepas Sultan ialah Wazir Agung. Dalam
yang ditulis dalam bahasa Arab, Parsi, Greek dan Latin Kanunname Sultan Muhammad al-Fatih jelas dinyatakan
diterjemah ke bahasa Turki. Antara karya yang telah bahawa Wazir Agung memiliki bidang kuasa untuk
diterjemahkan ke bahasa Turki atas arahan baginda ialah mengeluarkan arahan bagi pihak Sultan dalam setiap
kitab Mashahir ar-Rijal karya Bulutark dan kitab At-Tasrif bidang pentadbiran negara kecuali yang berkaitan urusan
fi at-Tibb karya Abu al-Qasim az-Zahrawi, seorang doktor agama, kehakiman dan perundangan serta urusan
Andalusia yang masyhur. perbendaharaan negara. Bidang kuasa ini termasuklah
yang berkaitan dengan urusan ketenteraan.
Sultan Muhammad al-Fatih juga telah meminta seorang
ilmuwan Rom yang bernama Jorge Amirutuzs untuk Dalam sistem ketenteraan Daulah Uthmaniyah, tentera
menterjemahkan karya geografi yang masyhur yang dibahagikan kepada dua organisasi iaitu angkatan
dikarang oleh Ptolemy. Baginda telah memberikan tentera pusat yang dinamakan sebagai Acemi Ocagi dan
ganjaran yang besar kepada Jorge Amirutuzs dan angkatan tentera wilayah yang dinamakan sebagai Eyalet
anaknya atas usaha mereka menterjemahkan karya Askerleri. Di bawah kedua-dua organisasi ini terdapat
Ptolemy itu. Di samping itu, seorang ulama besar dalam pula dua bahagian ketenteraan iaitu pasukan tentera
bidang matematik dan ilmu falak semasa zaman Sultan pejalan kaki (infantri) yang dinamakan sebagai Yaya
Muhammad al-Fatih yang bernama Syeikh Ali al-Qushaji dan pasukan tentera berkuda yang dinamakan sebagai
sering menterjemahkan karya bahasa Parsi ke bahasa Musellem.49
Arab dan Sultan Muhammad al-Fatih telah
menganugerahkan hadiah kepada beliau atas usaha Di samping itu, terdapat pasukan-pasukan ketenteraan
penterjemahan yang beliau lakukan itu.48 khas seperti Janissari 50 iaitu tentera-tentera yang diambil
dari negara-negara bukan Islam yang ditawan, pasukan
Dalam sistem pembekal peralatan senjata yang dinamakan sebagai
ketenteraan Daulah Cebeci Ocagi 51, pasukan penembak senjata api yang
Uthmaniyah, tentera dinamakan sebagai Topcu Ocagi 52 dan lain-lain.
dibahagikan kepada dua
organisasi iaitu angkatan 48 Ali Muhammad as-Solabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab
tentera pusat yang dinamakan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 194
sebagai Acemi Ocagi dan 49 Abdul Kadir Ozcan. 2001. Ottoman Military Establishment. Dlm
angkatan tentera wilayah Ekmeleddin Ihsanoglu. History of The Ottoman State, Society and
yang dinamakan sebagai Civilisation (Jilid 1). Hlm 350
50 Ibid. Hlm 363
Eyalet Askerleri. 51 Ibid. Hlm 391
52 Ibid. Hlm 393

325

Ilustrasi angkatan tentera Daulah Uthmaniyah zaman Sultan
Muhammad al-Fatih.

326

Baju besi yang dimiliki oleh Evrenos Bey, panglima
perang Uthmaniyah dalam pemerintahan Sultan Murad
I, Sultan Bayezid I dan Sultan Muhammad I.

327

328 Semasa
zaman
pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih,
kompleks asrama tentera
(berek askar) di Istanbul telah
dibina di Sehzadebasi. Di tengah-
tengah kompleks
tersebut telah dibina masjid di
mana imam dan muazzin
tinggal di masjid
tersebut.

Baju besi tentera Uthmaniyah abad
ke-15 iaitu zaman Sultan Muhammad
al-Fatih.

Setiap bahagian ketenteraan tersebut memiliki ketua laut diberikan tanggungjawab yang lebih besar. Antara 329
masing-masing. Di samping itu, tentera-tentera tanggungjawab yang dimainkan oleh angkatan tentera
Uthmaniyah juga memiliki tugasan-tugasan lain selain laut ialah mengawal keselamatan persisir laut barat
dari tugasan ketenteraan seperti membina masjid Anatolia dan sejumlah besar pulau yang ditakluki
dan kemudahan-kemudahan awam yang lain serta di Aegean. Kemenangan penting yang dicatatkan oleh
menyediakan kayu api untuk dapur awam.53 tentera laut Uthmaniyah ketika zaman pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih ialah kemenangan menewaskan
Terdapat beberapa keistimewaan bagi anggota tentera tentera laut Venice (Venice memiliki angkatan tentera
Uthmaniyah seperti mendapat tanah anugerah (Timar) laut yang terkuat di Eropah pada ketika itu) dan kejayaan
secara percuma, diberikan wang pencen apabila sakit, menakluki Kota Otranto di Itali.55
cacat dan tiada kemampuan untuk bekerja, diberikan
makanan dan pakaian percuma dan dikecualikan dari Armada laut Uthmaniyah dikendalikan oleh angkatan
membayar cukai selain dari diberikan gaji. Semasa tentera laut yang merupakan satu jabatan ketenteraan
zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, khas yang dinamakan sebagai Tafa al-Azab. Semasa
kompleks asrama tentera (berek askar) di Istanbul telah zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,
dibina di Sehzadebasi. Di tengah-tengah kompleks bilangan tentera dalam pasukan ini sekitar 3,000 orang
tersebut telah dibina masjid di mana imam dan muazzin yang terdiri dari Laksamana, pengemudi-pengemudi,
tinggal di masjid tersebut. Gaji imam dibayar sebanyak pegawai-pegawai dan tentera-tentera pelayar.56
lapan akce manakala gaji muazzin pula dibayar sebanyak Laksamana angkatan laut Uthmaniyah yang masyhur
tujuh akce. 54 zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih ialah
Baltoglu.57
Di samping tentera darat, Daulah Uthmaniyah juga
memiliki angkatan tentera laut yang kuat. Ilustrasi kapal perang
Angkatan tentera laut Daulah Uthmaniyah Uthmaniyah zaman
pertama kali ditubuhkan pada zaman Sultan Muhammad
pemerintahan Sultan Bayezid I yang mana al-Fatih.
baginda telah menubuhkan ibu pejabat
tentera laut Uthmaniyah di 53 Ibid. Hlm 359
Gelibolu (Gallipoli) pada tahun 54 Ibid. Hlm 361
1390. Ketika zaman pemerintahan 55 Ibid. Hlm 419
Sultan Muhammad al-Fatih, baginda 56 Ali Muhammad as-Solabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab
telah membina markas tentera laut Kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 200
di Teluk Tanduk Emas. Di samping itu, 57 J. H. Lefroy, 1868. The Great Cannon Of Muhammad II (A.D. 1464). The
baginda juga telah membina limbungan kapal Archaeological Journal. Jld 25. No 100. Hlm 270
(tempat pembuatan kapal) dan dermaga kapal.

Selepas penaklukan Konstantinople, peranan angkatan
tentera laut semakin penting di mana angkatan tentera

TENTERA BERKUDA Kilij
UTHMANIYAH Pedang yang
panjang dan
Angkatan Tentera Berkuda Uthmaniyah terdiri melengkung
daripada 2 kumpulan iaitu Akinci, kumpulan
kecil dan Sipahi kumpulan besar. Pisau Belati
Pisau berlubang
Tentera Sipahi Bendera rasmi tentera pada kedua-dua
berkuda Uthmaniyah sisi. Disalut dan
diukir dari perak
Tentera Sipahi dibentuk pada zaman Sultan Muhammad al-Fatih
(1451-1481). Kemudiannya ia menjadi unit tentera yang terbaik dan
terbesar di antara enam divisyen angkatan tentera berkuda
Uthmaniyah. Apabila sultan memerlukan mereka untuk menyertai
sesuatu kempen peperangan, unit tentera Sipahi akan mengutuskan
beberapa orang tentera yang sedia untuk berjuang bergantung
kepada pangkat mereka dalam unit tersebut.

330 BAJU BESI LENGKAP
Tentera Sipahi memakai baju besi yang fleksibel yang
memberikan perlindungan yang sangat baik. Ia terdiri
daripada baju berantai dan kepingan logam yang
disambungkan dengan tali dan pengikat.

Perisai Badan
Mereka memakai
sejenis pelindung
yang terdiri daripada
kepingan logam yang
menutup dada dan
bahu mereka dan
kepingan bulat yang
menutupi perut
mereka

Baju Berantai Topeng Besi
Diikat di tepi, Kuda juga dilindungi oleh
mereka memakai topeng besi yang
tetulang logam di disesuaikan dengan
punggung mereka bentuk mukanya

Pelindungan
Ia menutup
sepenuhnya
bahagian paha, lutut
dan sisi kaki dengan
menggunakan baju
berantai dan
kepingan logam

Perisai Kuda
Menggunakan
kepingan logam
yang diikat cincin
besi dan tali

Shisak Yatagan Panah Bersilang
Topi besi yang Sejenis pedang Turki Salah satu senjata
memberi yang turut digunakan oleh yang turut digunakan
perlindungan kepada Tentera Berkuda oleh Tentera Berkuda
kepala, hidung,
tengkok dan muka Panah
Salah satu senjata utama
Char Aina Tentera Berkuda
Kepingan perisai
besi diikat
bersama baju
berantai

Kolluk Teber 331
Kepingan besi Kapak tradisional
yang dipakai yang berbilah seperti Meriam
pada lengan bulan sabit turut Tentera Berkuda turut memberi
digunakan oleh bantuan logistik kepada unit
Pakaian Tentera Berkuda Tentera Meriam Uthmaniyah
Mereka biasanya
memakai baju dan
tali pinggang,
kedua-duanya
diperbuat daripada
kain

Baju Berantai
Dibuat daripada
cincin-cincin
logam yang
bersambung

Menara Bergerak
Tentera Berkuda turut membantu
pemindahan menara bergerak
semasa usaha penaklukan
kota Konstantinople

Kalkan
Perisai yang diperbuat
dari kayu dan

ditengahnya
ditampalkan
kepingan logam

Kasut
Kasut yang sangat
berat, diperbuat
daripada kepingan
logam yang disatukan
menggunakan deretan
cincin logam

Pemijak Tungangan
Direka untuk
membolehkan
penunggang kuda
menyokong dirinya
semasa menunggang
kuda

JANISSARI

332 Janissari ialah sebuah unit tentera dalam angkatan tentera Daulah Uthmaniyah yang ditubuhkan
oleh Sultan Murad I sekitar tahun 1370. Janissari berasal dari perkataan Yeni yang bermaksud
baru dan Ceri yang bermaksud pasukan tentera. Oleh itu, Janissari bermaksud unit tentera yang
baru. Janissari ialah sebuah unit tentera yang dianggotai oleh orang-orang dari wilayah taklukan
Daulah Uthmaniyah. Apabila angkatan tentera Uthmaniyah berjaya menakluki sesebuah wilayah
bukan Islam, maka mereka akan mengambil kanak-kanak dari wilayah tersebut lalu dididik dan
diasuh dengan ilmu-ilmu Islam serta ilmu-ilmu ketenteraan. Kanak-kanak yang telah memeluk
Islam dan mendapat latihan ketenteraan yang jitu ini apabila telah dewasa diserap ke dalam
unit tentera Janissary.

Tentera Janissari ini diberikan gaji dan mendapat beberapa hak keistimewaan. Malah ramai
di kalangan mereka mendapat kedudukan dan jawatan yang tinggi dalam Daulah Uthmaniyah.
Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, jumlah tentera Janissari mencecah
sekitar 10,000 orang. Mereka dibekalkan dengan senjata api, panah, lembing dan senjata-
senjata yang lain. Angkatan tentera Janissari ini telah memainkan peranan yang sangat penting
semasa penaklukan Kota Konstantinople. Unit tentera Janissari ini telah dibubarkan pada tahun
1826 oleh Sultan Mahmud II berikutan pelbagai masalah yang dihadapi oleh baginda sepanjang
pemerintahannya.

333

Ilustrasi sebahagian tentera Janissari ketika sedang mengepung
kota Konstantinople.

334 PENGGUNAAN DAN PEMBUATAN MERIAM dinamakan sebagai Tophane pada hari ini. Bengkel
ZAMAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH membuat meriam (tophane) yang diasaskan oleh Sultan
Muhammad al-Fatih ini diperbesarkan pada zaman Sultan
Terdapat perbezaan pandangan di kalangan ahli sejarah Bayezid II.60
Uthmaniyah tentang bilakah bermulanya Daulah
Uthmaniyah menggunakan meriam dan senjata api. Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Menurut Ismail Hakki Uzuncarsili, meriam yang pertama al-Fatih, ramai pakar-pakar pembuat meriam yang
sekali digunakan oleh Daulah Uthmaniyah ialah ketika digajikan dalam Daulah Uthmaniyah. Di samping pakar-
Perang Kosovo pada tahun 1389 iaitu semasa zaman pakar pembuat meriam tempatan atau yang berbangsa
pemerintahan Sultan Murad I. Manakala Ismail Hami Turki, terdapat beberapa orang pakar pembuat meriam
Danismend pula berpendapat bahawa orang-orang dari Eropah yang datang menawarkan khidmat dan
Uthmaniyah telah menempa meriam seawal tahun kepakaran mereka kepada Sultan Muhammad al-Fatih.61
1364 bersama dengan senjata-senjata api yang
lain. Mereka menggunakan meriam dan senjata Semasa penaklukan Konstantinople, Sultan Muhammad
api tersebut ketika berperang menentang Kerajaan al-Fatih telah mengamanahkan kepada seorang jurutera
Karaman pada tahun 1386. Dalam satu sejarah berbangsa Hungary yang bernama Orban untuk membuat
Turki yang ditulis oleh Nesri menyatakan bahawa sebuah meriam agung iaitu meriam yang terbesar dalam
penembak-penembak handalan Uthmaniyah yang misi tersebut. Meriam tersebut dibuat di Andrianople dan
dinamakan sebagai topcu merupakan guru-guru ilmu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Kemudian
menembak senjata api yang mahir.58

Dalam sistem ketenteraan Daulah Uthmaniyah, terdapat
pasukan khas penembak senjata api yang dinamakan
sebagai Topcu Ocagi. Antara tugas pasukan ini ialah
membuat dan menempa meriam untuk digunakan dalam
peperangan. Pembuat-pembuat meriam ini dinamakan
sebagai Ocak. Di samping menggunakan meriam, angkatan
tentera Uthmaniyah juga menggunakan mancinik (manjanik)
dan panah sebagai senjata jarak jauh. Penggunaan senjata
api mencapai tahap yang cemerlang ketika zaman
pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih di mana havan
toplari atau senjata mortar pertama kali digunakan.59

Sultan Muhammad al-Fatih telah membina kompleks 58 Gabar Agoston. 1994. Ottoman Artillery and European Military
asrama (berek) khas untuk pembuat-pembuat meriam Technology In The Fifteenthand Seventeenth Centuries. Acta Orientalia
(Ocak) berserta dengan bengkel membuat meriam Academiae Scientiarum Hung. Tomus XLVII (1-2) 1994. Hlm 19
di Istanbul. Dalam bahasa Turki, bengkel membuat 59 Abdul Kadir Ozcan. 2001. Ottoman Military Establishment. Dlm
meriam dinamakan sebagai Tophane, maka kawasan itu Ekmeleddin Ihsanoglu. History of The Ottoman State, Society and
Civilisation (Jilid 1). Hlm 393
60 Ibid. Hlm 394
61 S. Ayduz. 2006. Artillery Trade of the Ottoman Empire. Hlm 11

meriam tersebut ditarik ke Konstantinople dengan 50 ekor al-Fatih secara sukarela. Beliau telah membuat meriam 335
lembu sejauh 150 batu.62 yang besar untuk Sultan Muhammad al-Fatih. Semasa
Sultan Muhammad al-Fatih mengepung Pulau Rhodes,
Di samping Orban, terdapat lagi beberapa orang George telah memberikan maklumat dan peta rahsia
pakar meriam dari Eropah yang berkhidmat dengan tentang Istana Rhodes. Beliau juga diutuskan oleh Sultan
Sultan Muhammad al-Fatih. Antaranya ialah Jorg dari Muhammad al-Fatih sebagai pengintip atau mata-mata di
Nurumberg dan George dari Frankfurt, Jerman. Pada Pulau Rhodes. Namun statusnya diketahui oleh pemimpin
tahun 1463, Jorg telah menempa beberapa pucuk Rhodes lalu beliau ditangkap dan dihukum bunuh.63
meriam sepanjang 5 meter dan lebarnya mencecah
60 sentimeter panjang diameter semasa pengepungan Pada tahun 1480 ketika mengepung Rhodes, Sultan
Istana Bobovats di Semenanjung Balkan. Beliau Muhammad al-Fatih telah menempa 16 pucuk meriam yang
berkhidmat dengan Sultan Muhammad al-Fatih sehingga besar yang dinamakan Basilisks. Meriam ini mengandungi
tahun 1480. Selepas itu, beliau pulang ke Jerman dan dua laras dan panjang ialah 18 kaki. Manakala besar
membuat sepucuk meriam dengan teknologi baru yang pelurunya pula ialah mencecah 2 hingga 3 kaki panjang
lebih canggih yang beliau belajar semasa berkhidmat diameter.64
dengan Daulah Uthmaniyah.
62 J. H. Lefroy, 1868. The Great Cannon Of Muhammad II (A.D. 1464). The
Manakala George pula adalah pakar pembuat meriam Archaeological Journal. Jld 25. No 100. Hlm 270
berbangsa Jerman tetapi tinggal di Pulau Rhodes. Beliau 63 S. Ayduz. 2006. Artillery Trade of the Ottoman Empire. Hlm 12
telah menawarkan khidmatnya kepada Sultan Muhammad 64 J. H. Lefroy, 1868. The Great Cannon Of Muhammad II (A.D. 1464). The
Archaeological Journal. Jld 25. No 100. Hlm 270

Salah satu meriam Daulah Uthmaniyah
yang digunakan ketika pengepungan Kota
Konstantinople pada tahun 1453.

MERIAM AGUNG SULTAN
MUHAMMAD AL-FATIH
DI ENGLAND

Di Muzium Fort Nelson, London terdapat sebuah meriam agung yang dibuat pada tahun 1464
oleh jurutera-jurutera Uthmaniyah atas arahan Sultan Muhammad al-Fatih. Pada meriam agung
tersebut terukir perkataan seperti berikut:-

336 “Ya Allah, bantulah Sultan Muhammad Khan putera Murad. Dibuat oleh Kamina Ali pada bulan
Rejab, dalam tahun 868 Hijrah (bersamaan tahun 1464 Masihi).”

Meriam agung ini dibuat dari tembaga memiliki berat 18 tan dan panjang 5.23 meter. Manakala
diameter corong laras meriam ialah sebesar 635 milimeter. Meriam agung ini mampu
menembak pelurunya sejauh 1 batu.

Apa yang menarik tentang meriam agung ini ialah ianya dibuat dengan dua bahagian di mana
kedua-dua bahagian tersebut boleh dicantumkan dan dipisahkan dengan teknologi pemasangan
atau pencantuman seperti skru. Bahagian belakang meriam ini lebih pendek dan lebih kecil
berbanding bahagian depan. Tujuan meriam agung tersebut dibuat seperti itu ialah untuk
memudahkan proses membawa dan mengangkut meriam tersebut. Kemajuan teknologi seperti
ini sangat asing dan belum lagi dapat dicapai oleh kerajaan England dan kerajaan-kerajaan
Eropah barat yang lain pada ketika itu.

Meriam agung ini berada dalam simpanan Daulah Uthmaniyah selama 404 tahun. Pada tahun 337
1868, Sultan Daulah Uthmaniyah iaitu Sultan Abdul Aziz telah menghadiahkan meriam ini
kepada Ratu England iaitu Ratu Victoria disedbabkan hubungan diplomatik yang terjalin antara
kerajaan England dan Daulah Uthmaniyah. Dengan itu, meriam agung Sultan Muhammad al-
Fatih ini kekal berada di bawah simpanan kerajaan England sehingga hari ini di mana ianya
disimpan di Muzium Fort Nelson, London.

Rujukan :
Lefroy. 1868. The Great Cannon of Muhammad II. Archaeological Journal, XXV (1868). Hlm 261-280.
http://www.muslimheritage.com/article/cannon-mehmed-ii

Penulis di samping meriam agung Sultan Muhammad
al-Fatih yang disimpan di Fort Nelson, England.

338

339

SPESIFIKASI MERIAM AGUNG
SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Tahun Dibuat : 1463 Diameter Lubang Meriam : 635 milimeter
Panjang Meriam : 5.23 meter Jarak Tembakan : 1 batu (1.6 kilometer)
Berat Meriam : 18 tan Berat Peluru : 304 kilogram

340

Penulis di samping meriam Sultan Muhammad al-Fatih yang penuh
dengan ukiran dan motif. Panjang meriam ini mencecah 346 cm dan
beratnya pula mencecah 11 tan.

341

342

343

Bangunan Tophane -i Amire yang terletak di Tophane, Istanbul merupakan kilang pembuatan
meriam dan peluru yang dibina oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Tophane dalam Bahasa Turki
bermaksud ‘kilang meriam’. Berikutan peristiwa Sultan Muhammad al-Fatih membina kilang
meriam yang pertama di Istanbul, maka daerah tersebut kini turut dinamakan sebagai Tophane.


Click to View FlipBook Version