The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajaran BM tingkatan tiga berkaitan dengan kata nama am dan kata nama khas.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur liyana lian abdullah, 2021-01-21 23:51:00

Pelajaran BM TG.3 Tatabahasa Kata nama (flipbook)

Pelajaran BM tingkatan tiga berkaitan dengan kata nama am dan kata nama khas.

Objektif Pembelajaran

Di akhir pelajaran ini, anda dapat:

mengenal pasti kata nama am dan kata nama khas
dengan betul.

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

1. Perkataan yang biasanya
menamakan orang atau benda.

2. Perkataan yang menjadi inti pada
binaan frasa nama.

KATA NAMA AM
DAN

KATA NAMA KHAS

Perkataan yang Perkataan yang
biasanya menjadi inti pada
binaan frasa nama.
menamakan orang
atau benda.

KATA NAMA AM

benda/perkara yang umum sifatnya ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali dapat digandingkan dengan kata bilangan
memulakan ayat) ataupun penjodoh bilangan.

Beberapa orang guru perempuan telah terlibat
dalam perkhemahan itu.

• Pelajar itu mengambil sebuah kerusi lalu duduk
di barisan hadapan sekali.

KUMPULAN KATA
NAMA AM

benda abstrak manusia binatang
kerusi, meja, dan pen orang, guru, dan polis
mimpi, angan-angan, kancil, lembu, dan
dan cita-cita angsa

KATA NAMA KHAS

nama yang khusus ejaannya berpangkal
huruf besar

KUMPULAN KATA
NAMA KHAS

tajuk/judul tempat manusia binatang
Ahmad, Mazwim Si Tompok,
Ibu Mentuaku Kuala Lumpur, Si Belang, Si Comel
Anakku Syazali Ipoh, Kuching

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Kata nama berbeza apabila digunakan di tempat
yang berbeza.
Contoh:
Kata Nama Am:
• Pengarah ( jenis pekerjaan secara am)
Kata Nama Khas:
• Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

( jawatan khas di jabatan tersebut)

Latihan Tatabahasa :
Kata Nama Am dan Khas

Latihan 1:

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
(* Ada ayat yang tiada kata nama khas.)

1. Haliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo kelmarin.
2. Pusat tuisyen itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3. Sajak yang telah dibaca oleh Fareez adalah tentang masalah alam sekitar.
4. Noriah telah diserahkan kepada keluarga angkatnya setelah dia dilahirkan.
5. Tugasan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak

yang begar itu.
7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9. Pasu seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Endo.
10. Sultan Mahmud bersama angkatan tentera baginda bersatu menghadapi

serangan musuh.
11. Michael terduduk sejenak setelah mendengar berita sedih itu.
12. Permaidani import dari Turki itu terbentang di ruang tamu.
13. Pak Dalang tidak terbuat kerja yang berat itu.
14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Bintulu.
15. Persidangan itu akan diadakan di Dewan Bintangor, hotel terbesar di bandar

raya itu.

Latihan 2

Baca berita di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama
am dan khas di dalam jadual yang disediakan.

Kuching dilanda banjir kilat awal pagi

Afiezul Samit
Januari 13, 2021 , astro Awani

KUCHING: Hujan luar biasa melebihi 14 jam menyebabkan beberapa kawasan di negeri
itu dinaiki air awal pagi tadi. Ia bertambah buruk apabila bertembung dengan fenomena
air pasang besar, menyebabkan sistem baraj tidak dapat mengeluarkan air dengan pantas.
Di Kuching, tinjauan Astro AWANI mendapati, antara lokasi terjejas termasuklah
kawasan Seberang Hilir, Kampung Kudei dan Sungai Maong, Tabuan Dayak, Taman
Malihah, Segedup, Sinar Budi dan Stapok.

Beberapa lokasi jalan yang masih dalam pembinaan, juga mengalami banjir kilat,
dipercayai kerana sistem perparitan. Manakala di Blok B, Hospital Umum Sarawak, air
naik ke paras lutut, dipercayai kerana parit besarnya tidak mampu menampung jumlah
air yang banyak.

Sementara itu, menurut Pemangku Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan
Sarawak, Ismail Mahedin berkata, setakat jam 4 pagi tadi, hanya sebuah pusat
pemindahan dibuka di negeri itu. "Ia melibatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di
Kampung Betong Kenawit yang dipindahkan ke dewan kampung berkenaan," katanya.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah,
sehingga tengah malam tadi pihaknya telah menerima 12 panggilan kecemasan
berhubung banjir dan mengaktifkan respons segera. Antaranya melibatkan kawasan Jalan
Kuala Tatau, Sungai Setulan; Jalan Kampung Bunuk, Kampung Segu Bunuk; Kampung
Surik, Stapok dan Kampung Sinar Budi, Batu Kawa. Lokasi lain Kampung Tabuan Dayak;
Jalan Penrissen, Batu 6 1/2; Taman Desa Wira; Kampung Segong, Singai; Taman Hwata,
Batu 3, Kuching; Jalan Ensengei, Kampung Rimba Padi; Jalan Rock 2L dan Lorong Sungai
Maong Ulu.

Pada masa yang sama, berlaku satu kejadian tanah runtuh di kawasan Singai,
menyebabkan penduduk kini dinasihatkan mencari jalan alternatif.
Kawasan selatan dan tengah Sarawak dijangka akan terus menerima taburan hujan luar
biasa pada hari ini dan esok.

Latihan 2 - Tulis jawapan anda di bawah ini.

Kata Nama Am Kata Nama Khas
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version