The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur liyana lian abdullah, 2021-01-22 01:33:14

Geografi T2 siri 1

Bab 1 - Skala dan Jarak

BAB 1 – SKALA DAN JARAK

Geografi
Tingkatan 2

Tajuk Pelajaran: Bab 1 Skala Dan Jarak

Cikgu Nur Liyana Lian Abdullah
Guru Akademik, Panitia Geografi

1.0 KEMAHIRAN GEOGRAFI

 STANDARD KANDUNGAN
1.1 Skala dan Jarak

 STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:

1.1.1 Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala
penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.

1.1.2 Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala
penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Murid-murid dapat:
 Menamakan jenis skala dan jenis jarak.
 Menjelaskan jenis skala dan jenis jarak.
 Menunjuk cara menggunakan skala untuk

menentukan jarak.

AKTIVITI PEMBELAJARAN
BERMULA

AKTIVITI 1
Baca dan fahami nota di bawah dengan teliti.

Tajuk Pelajaran: Bab 1 Skala Dan Jarak

Skala – nisbah jarak di atas peta berbanding
dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

Terdapat TIGA jenis skala, iaitu
1. Skala Lurus
2. Skala Penyata
3. Pecahan Wakilan

(1) SKALA LURUS

Skala – nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak
sebenar di atas permukaan bumi

a) Skala Lurus – berbentuk satu garisan lurus yang dibahagikan
kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.(Lihat
contoh di bawah.)

(2) SKALA PENYATA

Skala Penyata
Skala ini dinyatakan dalam bentuk perkataan atau

pernyataan

Contoh: 1cm mewakili 1km
1cm mewakili 20km
1 m mewakili 5 m

(3) PECAHAN WAKILAN

Pecahan Wakilan dinyatakan dalam bentuk
nisbah atau pecahan (1 : 100 000)

APA ITU JARAK?

JARAK IALAH UKURAN JAUH DI

ANTARA DUA TEMPAT



JENIS JARAK

a) Jarak Mutlak – dinyatakan dari segi jauh dalam unit dengan
tepat (meter dan kilometer).

Contoh 1:
Sekolah Ali dari kampung itu sejauh 5 kilometer. (Unit)
Balai Polis Gita terletak kira-kira 50 meter (Unit) dari sekolah
kami.

b) Jarak Relatif – diukur berdasarkan kos dan masa (Jarak
berubah mengikut keadaan dan jenis
pengangkutan).

Contoh 1: Tambang bas untuk Ali berulang-alik dari
sekolah adalah sebanyak RM2.00 (Kos)sehari.

Contoh 2: Jarak rumah Ali dari sekolah ialah kira-kira
30 minit(Masa)dengan berjalan kaki.

Tahu anda cara-cara
mengukur jarak di atas peta ?

NOTA

Cara-cara
mengukur jarak di atas peta

Kita boleh mengukur JARAK SEBENAR di permukaan bumi dengan
menggunakan skala penyata di peta. Sekiranya, jarak itu:

a) Jarak Lurus – seperti jalan raya atau jarak antara dua
tempat yang perlu diukur secara lurus

alat pengukur – pembaris, jangka tolok, jalur kertas

b) Jarak Melengkung – mengukur seperti jalan raya atau
sungai yang berliku

alat pengukur – benang putih, jalur kertas, pembaris

Cara-cara
mengukur jarak di atas peta

dengan menggunakan
JANGKA TOLOK

Jarak Lurus
Cara mengukur menggunakan jangka tolok seperti jalan raya.

CUBALAH ANDA MENGUKUR JARAK DENGAN
MENGGUNAKAN JANGKA TOLOK DAN
PEMBARIS.

MUDAH KAN?

SETERUSNYA…..

Cara-cara
mengukur jarak di atas peta
dengan menggunakan JALURAN

KERTAS/BENANG PUTIH

SUDAH SEDIAKAN JALUR KERTAS DAN BENANG?

ANDA
MESTI CUBA BUAT SENDIRI TAHU?

KEMAHIRAN INI WAJIB ANDA KUASAI !

NOTA Jarak Lurus atau Jarak Melengkung Muka
Cara mengukur menggunakan jalur kertas surat 1
seperti jalan raya atau sungai yang berliku

alat pengukur – benang putih, jalur kertas, pembaris

NOTA Jarak Lurus atau Jarak Melengkung Muka
Cara mengukur menggunakan jalur kertas surat 2
seperti jalan raya atau sungai yang berliku

NOTA Jarak Lurus atau Jarak Melengkung Muka
Cara mengukur menggunakan jalur kertas surat 3
seperti jalan raya atau sungai yang berliku

PENTAKSIRAN KENDIRI:

Tahniah diucapkan sekiranya anda berjaya:
 menamakan 3 jenis skala dan 2 jenis jarak yang

dipelajari?
 menjelaskan 3 jenis skala dan 2 jenis jarak yang

anda tahu.
 menguasai cara-cara mengukur jarak lurus dan jarak

melengkung di atas peta dengan baik?

AKTIVITI 2:

TUGASAN

Arahan: Setelah anda baca dan fahami nota di
atas, anda dikehendaki menjawab semua soalan
di bawah.

KUIZ

1. Apakah alat yang paling sesuai digunakan untuk mengukur jarak lurus ?
A. Jalur kertas B. Benang C. Jangka tolo D. Pembaris

2. Antara yang berikut, apakah unit digunakan untuk mengukur jarak

mutlak?

I Jam II Minit III Meter IV Kilometer

A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. III dan IV

3 . Jarak perjalanan dari rumah Ali dan Ahmad ke sekolah mengambil masa
10 minit dengan menaiki basikal. Pernyataan di bawah merujuk jarak
___________

A. Jarak Mutlak B. Jarak Relatif C. Jarak Lurus D. Jarak Melengkung

KUIZ

4. Jarak yang diukur dalam unit meter atau kilometer dikenali sebagai

A. Jarak Mutlak B. Jarak Relatif C. Jarak jauh D. Jarak Dekat

5. Berikut merupakan pernyataan tentang jarak.
Tandakan (/) jika benar dan (X) jika salah.

Contoh jarak relatif =
Masa dari rumah Ali ke sekolah adalah 30 minit dengan berjalan kaki. ______

Contoh jarak mutlak = tambang bas ke sekolah ialah RM2.00. ______

Jarak relatif ialah jarak yang tetap dan tidak berubah. ______

Jarak mutlak dinyatakan dalam unit meter atau kilometer. ______

6. Lukis skala lurus yang menyatakan 1 cm mewakili 2 km di bawah ini.
Jawapan anda :

_______________________________________________________________-
7. Apakah yang dimaksudkan dengan skala?

Jawapan anda :
_______________________________________________________________

SOALAN TAMAT

KUIZ/PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

PERINGATAN MESRA

Anda dikehendaki mencetak atau menyalin secara
bertulis soalan kuiz tersebut ke dalam buku
nota/atau kertas kajang.
(ANDA JUGA DIGALAKKAN MEMBUAT NOTA UNTUK
PELAJARAN INI.)

TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA
MENYELESAIKAN SEMUA AKTIVITI

PEMBELAJARAN.

TERIMA KASIH

Aktiviti Tambahan Untuk Pengukuhan

Buku Digital Geografi Tingkatan Dua KSSM
Tajuk Pelajaran: Bab 1 Skala Dan Jarak

Sumber Internet
http://online.anyflip.com/opsf/dbld/mobile/index.html

https://banksoalan.online/geografi-tingkatan-2-bab-1/

Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=f4DVQDkUxs0

https://www.youtube.com/watch?v=Tl77X6j-99Y


Click to View FlipBook Version