The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH adam punya etika23

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DOREMON GAMING, 2024-03-26 01:44:33

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH adam punya etika23

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH adam punya etika23

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN MPU 21032 PENGHAYATN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK : KEBUDAYAAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN NAMA AHLI – AHLI KUMPULAN :- 1. MUHAMMAD ADAM HARITH BIN MAZLAN(O2DTK23F1061) 2. AWAD HARIZ BIN ADNAN(02DTK23F1062) 3. MUHAMMAD MUSLIHIN BIN MUZAFFAR(02DTK23F1019) 4. MUHAMMAD AKHRAM BIN GHAZALI(02DTK23F1043) 5. MUHMMAD SYAMIL IDHAM BIN MOHD ZANI(02DTK23F1005)


PENGENALAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum,bangsa,dan agama.Namun begitu, kehidupan di Malaysia kekal aman dan damai walau berbeza budaya dan cara kehidupan,.Hal ini kerana,Malaysia mementingkan sikap perpaduan dan kebudayaan diantara kaum agar sentiasa bersatu padu .Misalnya, Malaysia memberi cuti umum pada setiap hari perayaan semua kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Deevapali,Hari Raya Cina dan lain lain lagi. .


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek etika dan peradaban (MPU 21032) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Kamilah Bt. Wan Idris ,selaku Pensyarah Usahawan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nor Kamilah Bt. Wan Idris atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih


ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2.PENGHARGAAN 3. ISI KANDUNGAN 4. OBJEKTIF 5. KEPENTINGAN KEBUDAYAAN 6. KEPENTINGAN PERPADUAN 7. AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN KESAN TIDAK MENGAMALKAN KEBUDAYAAN 8. USAHA MENGEKALKAN SENI BUDAYA MALAYSIA 9. KEBAIKAN PERPADUAN,KESAN MASYARKAT TIDAK BERSATU PADU 10. LANGKAH- LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN ANTARA KAUM 11.KESIMPULAN 12. RUJUKAN


OBJEKTIF • Menjelaskan Kepentingan Perpaduan dan Kebudayaan antara Kaum di Malaysia • Menyatakan kebaikan Mengukuhkan Perpaduan dan Aktiviti kebudayaan Yang Sedia ada di Malaysia. • Menerangkan Lanhgkah-langkah Memupuk Perpaduan dan Kebudayaan antara Kaum. • Mengenalpasti Kesan Sekiranya Masyarakat Tidak Bersatu Padu.


Kepentingan Kebudayaan Antara kepentingan kebudayaan adalah dapat melambangkan identiti sesebuah negara.Amalan budaya traditional di negara Malaysia melambangkan sifat majmuk di masyarakat kita.Sebagai contohnya, kaum yang unik dan bewarna-warni.Budaya traditional di negara malaysia juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia.Penghantaran kuih muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan antara kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti yang harus dikekalkan. Selain itu budaya traditional juga dapat memupuk semangat perpaduan di dalam negara.Masyarakat kaya dengan nilai traditional yang murni.Misalnya kunjung mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan.Rakyat Malaysia tidak kira keturuan,agama dan adat resam turut merayakan bersamasama.Ucapan Selamat Hari Raya,Gong Xi Facai,Selamat Deevapali turut keluar dari jiwa yang penuh dengan ikhlas.Semangat kekitaan ini akan mengeratkan Silaturahim,seterusnya memupuk perpaduan. Salah satu tarikan pelancong ialah budaya yang terdapat di negara Malaysia.Keindahan pantai,landskap dan hutan di Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat misalnya Indonesia dan di negara Thailand.Yang unik ialah budaya traditional kita,misalnya persembahan teater traditional seperti kuda kepang dan gawai.Hal ini ramai pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hiduo dan kebudayaan.Ada yang tinggal bersama-sama lita di kampung untuk merasai kehidupan kita.Budaya traditional ini penting untuk menarik pelancong luar. Di samping itu,pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan.Pada masa kini,pengaruh media massa menyebabkan budaya traditonal kita kian dilupai.Sehubungan dengan itu media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas contohnya pameran kebudayaan traditional boleh diadakan melalui pesta Malaysia,Muzium Negeri,dan sebagainya.Pihak media massa berperanan untuk mengadakan sudut seni budaya contohnya akhbar harian yang merencanakan sudut budaya tentang masakan pakaian,kepercayaan dan sebagainya.Dengan ini,utuhlah perpaduan antara kaum di Malaysia.


Kepentingan Perpaduan Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemajuan pelancong asing. Selain itu, dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya, pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, sekali gus dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang. Sebagai contohnnya, rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi. Di samping itu, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sumber ekonomi negara adalah sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identity sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu, Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak lansung. Kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dn negara bertambah gah di persada dunia.


AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN KESAN TIDAK MENGAMALKAN KEBUDAYAAN Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan kebudayaan di Malaysia.Antaranya ialah silat jawi.Silat Jawi jugak dikenali sebagai Silat jatuh,Silat pulut atau Silat Tari.Silat ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pertandingan dan persembahan.Persembahan ini sering dipertontonkan sebagai Silat Tari Traditional yang lembut,unik dan menarik.Ia merupakan sebuah seni persembahan yang diwarisi dari turun temurun yang mendapat perhatian ramai di negeri Kelantan berbanding bentuk silat yang lain.Silat ini berbeza dengan silat lain kerana langkah seperti tumbukan dan sepakan adalah tidak dibenarkan sama sekali.Pemenang biasanya akan dinilai apabila mereka telah menjatuhkan pihak lawan.Di Kelantan, Silat Jawi lazimnya diiringi dengan muzik gandang dan serunai. Selain itu,tarian terompah.Ia merupakan sebuah tarian yang telah diadaptasi daripada pemakaian terompah sebagai satu alas kaki sejak kedatangan Belanda di Tanah Melayu pada abad ke17.Terompah adalah sebuah barang dagangan yang dibawaoleh Belanda dan mula diperkenalkan di kawasan Melaka dan Johor.Terompah ini diperbuat daripada sebuah kayu yang keras dan apabila seseorang berjalan kaki menggunakan terompah,satu bunyin akan terhasil.Setiap gerak geri dan bunyi yang keluar daripada hentakan terompah ini memberi petanda yang berbeza-beza.Pada zaman dahuiu,bunyi tersebut menandakan destinasi ataupun aktiviti seseorang itu.


KESAN TIDAK MENGAMALKAN KEBUDAYAAN Kesan pertama ialah kepada masyarakat,kesannya akan berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat,mudahnya berlaku pergaduhan dan perbalahan antara masyarakat dan seterusnya wujud jurang antara golongan tua dan muda. Kesan kedua ialah kepada negara contihnya pembagunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara kalangan masyarakat,kes jenayah akan turut meningkat seterusnya akan dipandang serong masyarakat luar. Kesan ketiga ialah kepada individu.Contohnya kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam,Dipandang serong oleh masyarakat serta Tidak percayai oleh orang sekeliling.


USAHA MENGEKALKAN SENI BUDAYA MALAYSIA 1. Menjadikan warisan seni budaya sebagai salah satu subjek dalam pendidikan. 2. Memberikan insentif kepada penggiat warisan seni dan budaya. 3. Memelihara kesenian dan budaya yang masih pada masa ini. 4. Menggunakan platform media massa mempengaruhi masyarakat.


KEBAIKAN PERPADUAN,KESAN MASYARKAT TIDAK BERSATU PADU • Masyarakat bersatu padu • Ekonomi negara semakin maju • Dapat mengekalkan kestabilan politik • Aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar.


LANGKAH- LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN ANTARA KAUM • Masyarakat berpecah belah • Keselamatan dan keamanan negara akan terancam • Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi


KESIMPULAN Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi . Nasional sangat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global. Program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah berbincang dan dikaji oleh golongan pakar sebelum dilancarkan. Bersesuaian atau tidak dasar-dasar atau program- program yang dilancarkan bukan saja bergantung kepada peranan kerajaan, tetapi juga bergantung kepada sikap individu atau rakyat itu sendiri. Keadaan ini menunjukan bahawa semangat dan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil.


RUJUKAN:- • https://anyflip.com/wfxvh/dhfh/ba sic • https://anyflip.com/qzlvn/clmu/basi c • https://fliphtml5.com/yngfw/uuvb/ basic


Click to View FlipBook Version