The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeesen883, 2021-07-05 10:26:52

yeesen E-bulletin Prinsip Perakaunan_clone

SMJK SIN MIN
Prinsip PerakaunanTingkatan Lima
Modul 5 : Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

Lee Yee Sen A51

5.1 Pengenalan kepada Syarikat Berhad Menurut Syer

Penubuhan Syarikat Berhad Menurut Syer

Syarikat Berhad Menurut Syer ialah entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu
yang menyumbang modal dan diberi syer dalam syarikat. Semua syarikat yang ditubuhkan
tertakluk kepada Akta Syarikat 2016.

01 Tatacara Penubuhan Syarikat Berhad “Suatu badan korporat
yang diperbadankan
I. Membuat carian nama dan permohonan nama
mengikut Akta
II. Menyerah simpan permohonan pemerdanan syarikat Syarikat 2016 atau
mana-mana enakmen
III. Membayar fi pendaftaran (bayaran pendaftaran)
sebelumnya.”
IV. Menerima Notis Pemerbadanan
Petikan Akta Syarikat 2016

02 Perlembagaan Syarikat
Merupakan dokumen yang mengikat syarikat, pengarah dan pemegang syer. Syarikat Berhad

mempunyai pilihan untuk mewujudkan Perlembagaan Syarikat atau tidak. Sekiranya syarikat

tidak mewujudkannya, sebarang perselisihan perlu diselesaikan dengan merujuk kepada Akta

Syarikat 2016. Kandungan Perlembagaan Syarikat

Tujuan Syarikat

Keupayaan,hak,kuasa atau keistimewaan syarikat jika berbeza dengan peruntukan yang
terkandung dalam Akta Syarikat 2016 seperti kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah

Perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam
perlembagaan seperti cara pembayaran dividen

Apa-apa perkara lain yang hendak dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaan
seperti pengurusan dan pentadbiran syarikat

03

Ciri-ciri Syarikat

Entiti berasingan Tanggungan liabiliti Hayat berterusan Pemegang syer
pelabur atau pembeli tiada hak untuk
Pemilik dan Perniagaan mengawal secara
organisasi saham terhad diandaikan langsung operasi
perniagaan adalah kepada jumlah yang terus beroperasi syarikat. Lembaga
terasing daripada dilaburkan sahaja walaupun salah pengarah akan
dikenakan tindakan sekiranya berlaku membentuk polisi
undang-undang. seorang
Perniagaan atau pembubaran pemegang syarikat dan
syarikat boleh syarikat, pemegang melantik pihak
didakwa, mendakwa, saham pengurusan untuk
dan boleh membuat syer tidak meninggal dunia mengendalikan
kontrak serta menanggung hutang atau menarik
memilik dan menjual perniagaan melebihi syarikat
aset atas namanya daripada jumlah syer diri
Pengasingan Fungsi Pemilikan
yang dimilikinya dan Fungsi Pengurusan

Liabiliti terhad

05 Perbandingan Ciri-ciri Syarikat Persendirian dan Syarikat Awam
Terdapat dua jenis Syarikat Berhad Menurut Syer :
➔ Syarikat Persendirian
➔ Syarikat Awam

(a)Syarikat Persendirian

dikenali dengan perkataan terakhir nama syarikat tersebut iaiti Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.
Antara contoh syarikat persendirian di Malaysia ialah Syarikat Warisan Maju Sdn. Bhd., Syarikat

Pelita Ilmu Sdn Bhd., Syarikat Penerbitan Kreatif Sdn Bhd dan Syarikat Alam FLora Sdn. Bhd.

(b)Syarikat Awam

dikenali dengan melihat pada nama syarikat yang diakhiri dengan perkataan Berhad
atau Bhd. Syarikat Awam boleh tersenarai di Bursa Malaysia sekiranya melepasi syarat
penyenaraian seperti kedudukan kewangan yang kukuh.Contoh Syarikat Awam yang

tersenarai di Bursa Malaysia ialah Syarikat Proton Berhad,Syarikat Sime Darby
Berhad,Syarikat Khazanah Nasional Berhad dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad.

5.2 Jenis Modal & Terbitan Syer

Modal Syarikat

● Syer Biasa
● Syer Keutamaan

Syer Biasa Syer Keutamaan

Pemegang Syer Biasa berhak Pemegang Syer Keutamaan
menerima dividen hanya berhak menerima dividen
selepas bayaran dividen terlebih dahulu berbanding

dibuat kepada pemegang Syer pemegang Syer Biasa
Keutamaan sekiranya syarikat

memperoleh keuntungan

06 Ciri-ciri Syer Biasa & Syer Keutamaan Bersifat Kumulatif

07 Modal Diterbitkan & Berbayar Penuh
Merupakan syer yang ditawarkan kepada orang awam dan telah dibayarkan penuh.
● Syarikat Berhad Menurut Syer yang baru didaftarkan akan menerbitkan syer untuk
memperoleh modal.Manakala yang sedang beroperasi pula boleh menerbitkan syer
untuk memperoleh modal tambahan.
● Tiada had ditetapkan terhadap bilangan syer yang akan diterbitkan.

Modal Diterbitkan = Bilangan Syer x Har
& Diterbitkan ga
Sesyer
Berbayar Penuh

Oleh itu, Modal Diterbitkan dan Berbayar
Penuh bagi Syarikat Bersatu Berhad bagi
tahun berakhir 31 Disember 2017 adalah
seperti berikut :

08 Merekod Terbitan Syer dalam Jurnal Am
I.
II. Syarikat Awam perlu memperoleh kebenaran daripada Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia sebelum menerbitkan syer.
III. Setelah syarat terbitan syer dipenuhi,syarikat akan menghebahkan kepada
IV. orang awam melalui prospektus untuk memberi gambaran kepada bakal pelabur
mengenai prestasi syarikat.
Akaun yang terlibat dalam merekod terbitan syer ialah :
Catatan syer dalam Jurnal Am

A. Apabila syer diterbitkan - Akaun Bank
- Akaun Permohonan
Debit = Permohonan Syer
Syer Biasa / Akaun
Kredit = Modal Syer Permohonan Syer
Keutamaan
B. Apabila wang diterima dan dibankkan - Akaun Modal Syer
Biasa / Akaun Modal
Debit = Bank Syer Keutamaan

Kredit = Pemohonan Syer

C. Apabila berlaku lebihan langganan

Debit = Permohonan Syer

Kredit = Bank



09 Pindahan Catatan daripada Jurnal Am ke Lejar



10 Tindakan Sekiranya Modal Diterbitkan Tidak Habis Dilanggan
atau Terlebih Langganan

★ Pemohonan yang ingin melanggan atau membeli syer yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat
awam perlu membayar sepenuhnya harga terbitan semasa permohonan dibuat.

★ Setelah tamat tempoh langganan, syarikat awam akan mempertimbangkan permohonan modal
syer yang akan diterima daripada pihak institusi pelaburan.

★ Jika berlaku kurangan langganan, iaitu permohonan kurang daripada Modal Diterbitkan, maka
pihak penaja jamin [ firma broker/bank saudagar/tabung amanah saham/agensi kewangan
yang lain ] akan menanggung jumlah kurangan tersebut.

★ Sebaliknya jika berlaku lebihan langganan, iaitu permohonan melebihi Modal Diterbitkan,
bayaran lebihan yang diterima atas langganan ini hendaklah dipulangkan semula kepada
pemohon.

Permohonan syer Langganan syer Penaja jamin akan menanggung
kurangan

Permohonan syer Langganan syer Wang lebihan dipulangkan semula



5.3 Ekuiti Pemilik Syarikat Berhad Menurut Syer

11 Komponen Ekuiti Pemilik dalam Penyata Kedudukan Kewangan

➔ Penyata Kedudukan Kewangan bagi Syarikat Berhad Menurut Syer disediakan mengikut syarat dan peraturan

dalam Akta Syarikat 2016.
➔ Butiran yang ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan ialah Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh.
➔ Bilangan, jenis dan kadar dividen (Syer Keutamaan) perlu ditunjukkan bagi kedua-dua jenis modal tersebut.
➔ Bahagian Ekuiti Pemilik di dalam Penyata Kedudukan Kewangan akan ditunjukkan seperti berikut:

Syarikat Merpati Berhad
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

Ekuiti Pemilik RM
Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh
2 000 000 unit 6% Syer Keutamaan 2 000 000
3 000 000 unit Syer Biasa 1 500 000

3 500 000

Harga sesyer bagi setiap unit syer tidak ditunjukkan di dalam
Penyata Kedudukan Kewangan Syarikat Berhad

➔ Sekiranya Syarikat Berhad memiliki beberapa jenis Syer Keutamaan, Penyata Kedudukan
Kewangan akan ditunjukkan seperti berikut :

Syarikat Merpati Berhad
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

Ekuiti Pemilik RM
Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh
2 000 000 unit 6% Syer Keutamaan 2 000 000
1 000 000 unit 5% Syer Keutamaan 1 000 000
3 000 000 unit Syer Biasa 1 500 000

4 500 000

12 Perbezaan Komponen Ekuiti Pemilik bagi Syarikat, Perkongsian & Milikan Tunggal

Komponen Ekuiti Pemilik bagi syarikat, perkongsian dan milikan tunggal adalah berbeza.
Ini disebabkan oleh perbezaan struktur modal serta akauntabiliti penyumbang modal terhadap jenis
perniagaan.

Berikut adalah perbandingan bahagian Ekuiti Pemilik untuk perniagaan syarikat, perkongsian dan
milikan tunggal.

5.4 Dividen Tunai

Dividen
❖ Sebahagian keuntungan yang dibayar oleh syarikat kepada para pemegang syer.
❖ Kadar dividen dikira dalam bentuk peratus atas Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh atau

nilai dividen sesyer.
❖ Jumlah dividen bergantung kepada keuntungan yang diperoleh dan cadangan daripada

lembaga pengarah syarikat.

Maksud dividen tunai
❖ Keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer dalam dua kaedah, iaitu mengikut

peratus atas nilai sesyer atau sen sesyer.
❖ Dibayar ke atas Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh.

Jenis dividen tunai
Dividen tunai terbahagi kepada dua, iaitu Dividen Interim dan Dividen Akhir.

Jenis Dividen Tunai

Dividen Dividen
Interim Akhir

Jenis Dividen Ciri-ciri

Dividen Interim ● Dividen yang dibayar sebelum keuntungan sebenar diketahui.
Dividen Akhir ● Pembayaran dibuat sebelum tempoh perakaunan berakhir.

● Diisytiharkan selepas keuntungan sebenar diketahui.
● Pembayaran dibuat selepas tempoh perakaunan berakhir.

Dividen Interim Dividen Akhir

Tahun Kewangan Semasa 2016 2017

1 Jan 2016 31 Dis 2016

● Dividen Interim akan dibayar sebelum 31 Disember 2016 (sebelum tempoh perakaunan berakhir.)
● Dividen Akhir akan dibayar selepas 31 Disember 2016 (selepas tempoh perakaunan berakhir.)

13 Pengiraan Dividen Interim dan Dividen Akhir
Rumusan mengira dividen adalah seperti di bawah:

Dividen Syer Modal Diterbitkan dan Berbayar Peratus Dividen Tempoh
Keutamaan Penuh Syer Keutamaan yang Ditetapkan

Dividen Syer Modal Diterbitkan dan Berbayar Peratus Dividen yang
Biasa Penuh Syer Biasa Diisytiharkan

Bilangan Unit Modal Diterbitkan ATAU Nilai Dividen Seyser
dan Berbayar Penuh Syer Biasa





14 Mengira Dividen Syer bagi Beberapa Tahun

15 Sebab Berlaku Dividen Tertunggak

Pembayaran dividen bergantung kepada jumlah keuntungan syarikat dan kelulusan oleh Lembaga
Pengarah. Pemegang Syer Keutamaan bersifat kumulatif diberi keutamaan menerima dividen
berbanding pemegang Syer Biasa. Hal ini kerana kadar dividen Syer Keutamaan bersifat tetap.

Namun, prestasi syarikat yang tidak memuaskan menyebabkan keuntungan diperoleh tidak
mencukupi untuk membayar dividen kepada pemegang Syer Keutamaan. Jumlah dividen ini
menjadi tertunggak dan perlu dilunaskan pada tempoh perakaunan yang berikutnya apabila
keuntungan syarikat mencukupi.

16 Hak Pemegang Syer Keutamaan Bersifat Kumulatif terhadap Dividen Tertunggak
➢ Telah diketahui sebelumnya, pemegang Syer Keutamaan berhak menerima

dividen tertunggak
➢ Merujuk jadual di Contoh 11, kita dapati dividen Syer Keutamaan yang tertunggak

bagi tahun sebelumnya akan dibayar pada tahun keuntungan diperoleh.

1. Dividen pada tahun 2017 tidak dapat 2. Oleh sebab dividen Syer Keutamaan bersifat
dibayar kerana syarikat mengalami kerugian kumulatif dividen tertunggak RM200 000 untuk
tahun 2017 akan dibayar pada tahun 2018

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version