The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Sisa Sifar SK Kampong Baharu 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Zaleha, 2023-08-23 07:24:00

Buku Program Sisa Sifar SK Kampong Baharu 2023

Buku Program Sisa Sifar SK Kampong Baharu 2023

SEKOLAH LESTARI, INSAN TERDIDIK, ALAM TERPELIHARA PROGRAM SISA SIFAR 2023 SK KAMPONG BAHARU HARI/TARIKH : KHAMIS 24.08.2023 MASA : 09.30 PG TEMPAT : DEWAN SKKB


PENGENALAN PROGRAM SISA SIFAR Pelbagai usaha murni telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam memastikan kesedaran alam sekitar dipupuk dengan baik dalam kalangan warga sekolah. Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019 – 2023 adalah satu usaha Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dalam membantu merealisasikan Dasar Kelestarian Negeri Johor 2017-2021 yang bermatlamat menjadikan Negeri Johor komited dalam memulihara dan melindungi warisan alam, mengawal pencemaran dan meningkatkan pertumbuhan rendah karbon di samping memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Pendidikan di peringkat sekolah perlu dijalankan serentak dengan pertumbuhan ekonomi negeri Johor. Pendidikan yang lebih mantap seperti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dan pendekatan STEM yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia diperlukan untuk melengkapi murid-murid dengan kemahiran yang cukup untuk menghadapi cabaran abad ke-21, termasuk isu alam sekitar, perubahan iklim, sumber semula jadi yang terhad dan pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat.


PENGENALAN PROGRAM SISA SIFAR Bagi mencapai objektif Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019 – 2025, SK Kampong Baharu telah menambaik program-program kelestarian yang telah dilaksanakan dengan lebih terancang dan strategik. Justeru, sejajar dengan Transformasi Sekolah (TS25), pada tahun 2022 Program Kelestarian SK Kampong Baharu 2022-2025 telah dilancarkan. Beberapa perancangan aktiviti telah disusun berdasarkan Program Kelestarian SKKB 2022- 2025, antaranya adalah : • Membangunkan stesyen-stesyen kelestarian berdasarkan Model Sekolah Lestari SKKB • Program Sisa Sifar • Program penjimatan air dan elektrik • Inovasi penghasilan kompos, bahan guna semula/kitar semula, • Teknologi hijau Program Sisa Sifar yang dilancarkan pada hari ini merupakan salah satu daripada strategik yang telah disusun bagi mencapai objektif Program Kelestarian SKKB 2022-2025


• Mendidik warga SK Kampong Baharu (terutamanya murid) untuk mempraktikkan amalan kitar semula bermula di sekolah di sekolah • Memupuk kesedaran memelihara alam sekitar • Menyemai gaya hidup berhemah dan membudayakan kelestarian alam sekitar OBJEKTIF PROGRAM SISA SIFAR SK KAMPONG BAHARU


JWK PROGRAM SISA SIFAR Penasihat PUAN FAUZIAH BINTI MOHD NOOR (Guru Besar) Pengerusi ENCIK MOHAMMAD FAIRUS BIN MOKRI (GPK KOKO) Setiausaha PUAN ZALEHA BINTI LOKMAN (Penyelaras Kelestarian) Pendaftaran PUAN NORLAILA BINTI ZAINAL ABIDIN Pengacara PUAN NORHANITA BINTI MOHD HASHIM Persiapan tempat & pameran ENCIK MOHAMMAD FAIRUS BIN MOKRI (GPK KOKO) Backdrop PUAN HJH ROHAIZA BINTI ROHANI Gimik perasmian PUAN ROS’A’IEDAH BINTI CHE RAHIM Siaraya & LCD PUAN NURUL AMIRAH BINTI MAMAT Cenderamata/hadiah PUAN NADIAH LATIFAH BINTI GHAZI Buku program & fotografi PUAN ZALEHA BINTI LOKMAN Jamuan PUAN RUSMAWATI BINTI ABD MALEK PUAN JUNAINI BINTI SUKIMAN


TENTATIF PROGRAM SISA SIFAR 09.15 pg –Murid, guru dan ibu bapa berkumpul di dewan 09.30 pg - Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Johor & Lagu sekolah 09.40 pg - Ucapan alu-aluan pengacara majlis 09.45 pg - Ucapan perasmian Guru Besar SK Kampong Baharu 10.00 pg - Gimik perasmian 10.15 pg - Penyampaian tong kitar semula kepada guru-guru kelas 10.30 pg - Ceramah Kitar Semula & Kelestarian oleh Encik Wan Mohd Hardy bin Alias (Pen Pengarah Kanan Penguatkuasa SW Corp Cawangan Pontian) 12.00 tgh - Kuiz 12.15 tgh - Murid dan ibu bapa melawat pameran 12.30 tgh - Upacara menandatangani MOU antara SKKB & SW Corp 12.45 tgh - Jamuan 01.20 ptg - Bersurai


CERAMAH KITAR SEMULA & KELESTARIAN


PROGRAM SISA SIFAR


SMALL CHANGE BIG IMPACT


LOVE THE EARTH AS YOU WOULD LOVE YOURSELF


Click to View FlipBook Version