MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG
KALI KEDUA SESI 2020/2021
TARIKH : 9 APRIL 2021
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : HOTEL M ROOF, IPOH
KEHADIRAN :
1. EN. BADRUL HISAM BIN YUSOFF PENASIHAT
2. PN. LILY HAFIDZA BT MUHAMMAD IZAHA PEN. PENASIHAT
3. PN. HABEBAH BINTI BAHAROM PEN. PENASIHAT
4. EN. NURULLAZWAN BIN HASSAN PEN. PENASIHAT
5. EN. HAMMAD FAESOL BIN ZUHAD YANG DIPERTUA
6. EN. MOHD AZIZUL BIN ISHAK N.YANG DIPERTUA
7. PN. NAFIZAH BINTI AB.HADI SETIAUSAHA
8. CIK ROHAIDA BINTI MOHD DAHALAN BENDAHARI
9. PN. SHARIFAH HARYANIE BT SYED MOHAMAD AJK IBUBAPA
10. EN. MEGAT RASYDAN AFFANDY BIN ARIFIN AJK IBUBAPA
11. PN. SALINDA BINTI SHAHRIMAN AJK IBUBAPA
12. PN. HAKIMATUN AIN BINTI JAZULI AJK GURU
13. PN ERNYTHA BINTI BUNGIN AJK GURU
14. EN AMRIK SINGH A/L SANTOKH SINGH AJK GURU
15. PN NORSHAHRIZAN BINTI ARIFFIN AJK GURU
16. PN ZANARIAH BINTI ZAINI AJK GURU
17. PN KALARANI A/P SAMYVELLU AJK GURU
TIDAK HADIR:
1. EN. MOHD NURUL AZMI BIN MAT NOR @ AHMAD NOR AJK IBUBAPA
2. EN. MOHD AZIZI BIN BAHURUDIN AJK IBUBAPA
3. ENCIK ZULFIKRY BIN ZAINAL AJK IBUBAPA
4. EN. IBRAHIM BAKRI BIN MUSA AJK IBUBAPA
5. PN. ZAKIA BT KHARIRI AJK IBUBAPA
6. EN. MOHD. SANI BIN MOHD. EMRAN AJK IBUBAPA
7. EN. AMIENURUL-FAIDZAL BIN MOHD AMIN AJK IBUBAPA
8. PN. NOR ADIBAH BINTI ISMAIL AJK GURU
9. EN CHE DAUD BIN CHE MAT (GURU) JURU AUDIT
10. PN. SITI HAWA BINTI MOHD YUSOF JURU AUDIT
1
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK PIBG pada mesyuarat kali ini.
1.2 Tahun lepas merupakan tahun yang penuh cabaran kerana pelaksanaan PKP, banyak
perancangan sekolah dilaksanakan berbeza dari tahun sebelum ini.
1.3 Ini merupakan cabaran kepada ibubapa juga kerana cara pembelajaran murid-murid juga
berbeza dengan adanya pelaksanaan PDPR. Ia merupakan satu pengalaman baru kepada
semua pihak
1.4 Menzahirkan rasa syukur kerana berjaya melaksanakan beberapa program walaupun penuh
cabaran.
1.5 Sentiasa berhubungan dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan
pembelajaran murid-murid serta cuba mengatasi masalah yang dihadapi bersama-sama
pihak sekolah.
1.6 Walaupun PKP, beberapa projek sekolah telah pun siap antaranya pengubahsuaian Dewan
Al Fateh dan yang terbaru satu lalulan baru telah dibina untuk memudahkan pengurusan
sewaktu murid balik.
1.7 PIBG sangat menitikberatkan keselesaan murid-murid di sekolah, kerana itu beberapa
tempat telah dinaiktaraf dan dilaksanakan dengan segera.
1.8 Ucapan tahniah kepada semua guru di atas kejayan murid-murid yang telah diterima masuk
ke SBP dan MRSM.
( Tindakan : Makluman)
2. UCAPAN PENASIHAT
2.1 Menzahirkan rasa syukur dapat bertemu kembali walaupun masih lagi dalam PKP untuk
membincangkan beberapa perkara penting.
2.2 Ucapan terima kasih kepada YDP, dan NYDP kerana sudi mengadakan mesyuarat di hotel
M-Roof, kerana pihak sekolah telah diarahkan untuk tidak mengadakan mesyuarat PIBG di
dalam kawasan sekolah.
2.3 Ucapan terima kasih juga kepada semua AJK PIBG kerana sangat proaktif, sentiasa
berbincang dan memberi komitmen dalam melancarkan lagi aktiviti sekolah.
2.4 Ucapan tahniah kepada NYDP, En Mohd Azizul kerana telah dilantik menjadi YPD PIBKS
peringkat daerah.
2
2.5 Seramai 41 orang murid SK Seri Ampang telah berjaya memasuki ke sekolah SBP, MRSM,
Sekolah Rancangan Khas Negeri, Sekolah Rancangan Khas Daerah dan Kelas Khas
Agama. Senarai nama murid yang berjaya (sila rujuk lampiran 1).
2.6 Guru Besar membentangkan laporan HEM.
2.6.1 Setakat 4 April 2021, jumlah murid di Sk Seri Ampang adalah seramai 841 tidak
termasuk Prasekolah. Bilangan murid Prasekolah adalah seramai 50 orang murid. Enrolmen
murid seperti berikut:
a. Bilangan murid adalah seramai 841 orang. (Sehingga 6 April 2021)
b. Bilangan murid lelaki- 433 orang
c. Bilangan murid perempuan- 408 orang
d. Melayu /Islam- 829 orang
e. India -10 orang
f. Cina - 2 orang
g. Bukan warga negara- 1 orang
2.6.2 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) fasa 1, seramai 174 orang telah menerima
bantuan yang diagihkan pada 25/2/2021. Bantuan Rancangan Makanan Tambahan
seramai 20 orang murid diberikan makanan semasa rehat. Menu susu dalam RMT, juga
seramai 20 orang. Murid minum susu waktu pagi. Data awal KWAMP seramai 38 orang,
manakala Ekasih seramai 18 orang.
2.6.3 Kehadiran murid ke sekolah dari bulan Januari hingga Februari tiada, kerana murid
PDPR. Bulan Mac selepas sekolah dibuka kehadiran murid adalah sangat baik iaitu 94.8%,
melepasi target sekolah.
2.6.4 Bantuan yang diterima murid:
a. Beg dan peralatan Persekolahan dari YB Tan Kar Hing, Adun Simpang Pulai
kepada 14 orang murid B40.
b. Sarapan Bersama Milo kepada 50 orang murid. Penyerahan pada 7/4/2021.
c. Roti dan bun juga akan diagihkan kepada murid dalam bulan puasa selama
10 hari.
d. Bajet sarapan adalah RM1.60 sehari .Wang akan dimasukkan ke akaun Pn
Siti Alimah (penyelaras). Roti ditempah dari pengusaha kantin.
2.6.5 Untuk makluman , 4 orang murid telah sukarela dikuarantin kerana ibubapa ada
contact rapat dengan individu yang positif covid.
a. Muhamad Hadif b Ahmad Zukni - 5 GB
b. Tengku Arissa Zahra bt Tuan Saiful Bahri - 5GB
c. Khadeejah bt Khairil Nazim - 1 TB
d. Ahmad Wafi - 4 TB
2.6.6 Keselamatan sekolah berada dalam keadaan terkawal.
3
2.7 Guru Besar membentangkan laporan Kokurikulum.
2.7.1 Ucapan terima kasih kepada Encuk Nurull Azwan, PK Kokurikulum dan semua guru-
guru di SK Seri Ampang dan juga kepada ibubapa, kerana di sepanjang PKP pencapaian
murid sangat-sangat membanggakan dalam bidang kokurikulum kerana memenangi
pelbagai pertandingan. Ini adalan hasil hubungan yang sangat baik di antara pihak sekolah
dengan ibubapa.
2.7.2 Antara kejayaan yang dicapai. (Rujuk lampiran 2)
2.8 Memohon agar semua AJK dapat membantu pihak PIBG dalam menambah baik prasarana
dan keceriaan sekolah.
2.9 Berharap AJK guru dan AJK ibubapa agar terus berkerjasama dalam menjadikan SK Seri
Ampang sekolah yang disegan di daerah Kinta Utara.
( Tindakan : Makluman)
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Pn. Sharifah Haryanie mencadangkan minit mesyuarat kali pertama disahkan dan disokong
oleh En. Amrik Singh a/l Santokh Singh.
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Terima kasih di atas usaha tuan guru besar melakukan pengubahsuaian lantai Dewan Al
Fateh dengan sempurna dan projek seterusnya adalah menghias pentas dengan konsep
islamik. Puan Hajjah Zarinah telah berjaya mendapatkan sumbangan untuk keceriaan
pentas Dewan Al Fateh.
4.2 Pembukaan sekolah berjalan dengan baik, dan tiada masalah yang timbul. Pihak JPN dan
PPD telah hadir ke sekolah bagi tujuan pemantuan dari segi pergerakan murid hadir dan
pulang sekolah dan semuanya berjalan lancar.
4.3 Guru besar memaklumkan tentang kejadian seorang murid SK Seri Ampang yang cedera di
tangan ketika memegang pemegang tangga yang telah rosak/ berkarat di blok B. Tindakan
awal pihak sekolah ialah murid tersebut diberi rawatan sementara oleh guru bertugas dan
guru besar bersama PK KoKurikulum telah membalut dan mengecat pemegang tangga
tersebut. Guru Besar juga telah memohon peruntukan dari PPD untuk menukar pemegang
tangga yang rosak di blok A dan blok B.
4.4 Ucapan terima kasih di atas usaha guru besar menaiktarafkan bilik guru dengan
menyediakan penghawa dingin untuk keselesaan guru-guru.
4
4.5 Terima kepada Pn Sharifah Haryanie dan pihak JKR kerana telah menyediakan jentera
‘backhoe’ untuk kerja-kerja pembuangan sampah di belakang sekolah. Usaha ini telah
menyelesaikan masalah nyamuk di kawasan sekolah.
4.6 Tempat pembuangan sampah telah diubah dan dibina tempat yang baru dengan
peruntukkan dari PIBG sebanyak RM 8000.00. Tempat pembuangan sampah yang lama
telah diubahsuai menjadi tempat perjalan kaki.
4.7 Cadangan untuk membina satu ruangan kecil di kantin sekolah untuk menjadi tempat
kegiatan PIBG atau untuk menerima tetamu.
4.8 Terima kasih kepada En Azizul kerana memberi sumbangan sebanyak RM 1800.00 untuk
penutup longkang.
4.9 NYD mencadangkan usul penyediaan lokar murid yang ditolak sebelum ini dibincangkan
semula.
4.10 Cadangan dari NYDP setiap ibubapa membeli sendiri lokar untuk anak masing-
masing. Lokar tersebut akan murid bawa bila bertukar kelas.
4.11 PN Lily menyatakan kekangan yang dihadapi adalah ruangan kelas yang terhad
untuk meletakkan loker murid berikutan terikat dengan SOP PKP. Namun sekiranya kelas
kembali seperti keadaan sebelum PKP memang tiada masalah untuk menempatkan lokar
murid di belakang kelas.
4.12 Lokar yang akan dibeli oleh ibubapa hendak mengikut standard yang sama bagi
memudahkan susun atur loker di dalam kelas.
4.13 Cadangan membeli gaint fan di Dewan Al Fateh telah pun dipanjangkan ke pejabat
menteri besar.
4.14 Masalah kesesakan waktu murid pulang telah dapat diselesaikan.
( Tindakan : Makluman)
5. LAPORAN KEWANGAN
5.1 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan.
5.2 Penyata Kewangan Akaun PIBG
Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
Penerimaan RM Pembayaran RM
Baki Akaun Semasa 18,919.26 Bayaran Elaun Pengawal 900
Keselamatan (6 Bulan)
Kutipan Yuran PIBG 33,325 Program Peningkatan Tahap 1 898.60
5
Sumbangan Ibu Bapa 1,100 Kem Jati Diri 1,960
Sumbangan dari Syarikat 300 Keceriaan Kelas 3,600
Sumbangan ADUN Program Peningkatan Tahun 6 2,000
Sumbangan SUK 6,000 Pasukan Nasyid 3,500
Sumbangan Yayasan Perak 1,000 Program Hari Kanak-Kanak 1,736
Sumbangan LAP 3,500 Penghargaan Kejayaan Murid 1,900
Sumbangan TNB 2,000 Mesyuarat Agung PIBG
Sumbangan Persaraan Guru 3,000 Mesyuarat Jawatan Kuasa 484
Sumbangan Lain-lain 1,650 Majlis Persaraan 275
Sumbangan YAB Menteri 14,000 Lembaran Kerja dan Salinan 4,700
Besar Perak 5,000 Kertas Peperiksaan 4,766.23
Kutipan Yuran Kepimpinan Pembangunan Sukan
Kutipan Jualan Barangan Kitar 660 Pembersihan Kawasan Sekolah 8,000
Semula 52.85 1,000
Baikpulih dan Naiktaraf Dewan 7,100
Naiktaraf Bilik JQAF 2,000
Smart TV (PRA) 5,000
Penghawa Dingin 3,050
Pindahan ke Akaun Komputer
Pindahan Ke Akaun Kelab Guru 220
Yuran Pemprosesan Cek & 2,300
Buku Resit 275.50
Pemulangan Wang Program
Peningkatan Thn. 6 3,685
Pinjaman - Cenderamata 914
Baki Akaun Semasa 30,242.78
90,507.11 90,507.11
5.2.1 Pn. Kalarani telah mencadangkan Penyata Kewangan akaun PIBG yang berakhir
pada 31 Disember 2020 diterima dan disokong oleh Puan Hakimatun Ain.
5.3 Penyata Kewangan Akaun Komputer
Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
Penerimaan RM Pembayaran RM
Baki Akaun Semasa 12,977.48 Bayaran Bil TM 3,633.88
Kutipan Yuran Komputer 500.00 Bayaran Naik Taraf Bilik 8,098.00
(Tahun 2019) Komputer
Kutipan Yuran Komputer 12, 890.00 Bayaran Pemasangan & Bil 3,364.40
(Tahun 2020) UNIFI
6
Baki Akaun Semasa 11,271.22
26,367.48 26,367.48
5.3.1 Puan Ernytha telah mencadangkan Penyata kewangan Akaun Komputer yang
berakhir pada 31 Disember 2020 diterima dan disokong oleh Pn. Salinda.
( Tindakan : Makluman)
6. LAPORAN AKTIVITI PIBG
6.1 Setiausaha PIBG menerangkan tentang aktiviti yang telah di jalankan oleh pihak PIBG dari
bulan Februari 2020 hingga April 2021.
i. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 sesi 2020/2021 diadakan pada tarikh 29 Februari
2020.
ii. Penyerahan wang keceriaan kelas dan bilik khas sebanyak rm 3600 pada 10 Mac 2020.
iii. Kerja-kerja mengecat bilik PSS oleh pihak Kem 23RMD atas inisiatif Leftenan Kolonel
Safaruddin pada 16 Mac 2020
iv. Membuat semburan nyah kuman di Prasekolah pada 30 Jun 2020 oleh NYDP , YDP dan
En. Mohd. Sani
v. Atas inisiatif Pn Sharifah Haryanie kerja-kerja penebangan pokok dan pembersihan di
kawasan belakang sekolah dilakukan oleh JKR Kinta pada 20 Julai 2020.
vi. Majlis Sanjungan Budi dan Lambaian Kasih persaraan ustaz Zulkifli bin Mohamad pada
12 Ogos 2020. Pihak PIBG telah memberi hadiah pakej umrah kepada ustaz Zulkifli.
vii. Pemasangan 2 unit smart tv di Prasekolah sumbangan isteri Menteri Besar Perak telah
diuruskan oleh NYPD pada 28 Ogos 2020
viii. Sumbangan 60 helai jubah konvokesyen dari Politeknik Ungku Omar di atas usaha Encik
Azizi pada 14 September 2020
ix. Sumbangan 8 unit lampu kalimantang di tandas Prasekolah oleh Encik Mohd. Sani pada
tarikh 5 Oktober 2020
x. Kerja-kerja mengecat pagar sekolah dan penggantian mangkuk tandas di tandas
Prasekolah dan tahun 1 pada tarikh 25 Februari 2021
xi. Pemasangan khemah menunggu waktu pulang sekolah dilakukan pada 6 Mac 2021
xii. Mengecat pagar sekolah di sebelah dewan terbuka lama (blok D) pada tarikh 7 Mac
2021.
xiii. Menyambut kehadiran murid hari pertama persekolahan dan sumbangan mascot pada 8
Mac 2021.
xiv. Membaiki paip air bocor dekat khemah tahun 5 dan 6 serta mengubah besi banner
berhampiran kantin ke blok A
xv. Menyelesaikan masalah tempat pembuangan sampah berhampiran pagar utama
sekolah dan mengubah tempat tersebut menjadi laluan murid-murid tahun 4, 5 dan 6
serta sebagai laluan kepada ibubapa dan pelawat yang hendak berurusan dengan pihak
sekolah.
7
xvi. Meletakkan penutup longkang di kawasan khemah murid-murid tahun 6 berkumpul dan
membuat pintu pagar dan laluan bersimen di belakang sekolah sebagai tempat
pembuangan sampah sekolah yang baru.
( Tindakan : Makluman)
7 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2021
7.1 Surat pekeliling menyatakan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan secara bersemuka adalah
tidak dibenarkan. Pada awalnya mesyuarat bersemuka dibenar dengan kehadiran ibubapa
adalah 3 kali ganda dari jumlah AJK PIBG tetapi tertakluk juga kepada keluasan dewan
sekolah. Selebihnya akan mengikuti Mesyuarat Agung melalui googgle meet.
7.2 Namun surat arahan terbaru tidak dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agung secara
bersemuka di sekolah.
7.3 Pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Mesyarat Agung secara bersemuka di luar
kawasan sekolah. Cadangan untuk menyewa dewan yang berdekatan dengan sekolah.
7.4 Dewan yang dicadangkan ialah:
a. Dewan Utama Intim
b. Dewan Politeknik Ungku Omar
c. Dewan Auditorium RTM
7.5 Tarikh yang dicadangkan untuk diadakan Mesyuarat Agung PIBG adalah di antara 12 Jun
atau 19 Jun 2021 bergantung kepada kesediaan tempat.
7.6 Pihak sekolah perlu memohon kebenaran dari JPN sekiranya ingin mengadakan Mesyuarat
Agung diluar kawasan sekolah dan juga perlu memohon kebenaran sekiranya ada
menjemput perasmi dari luar.
7.7 Kutipan yuran PIBG bagi tahun 2021, guru besar mencadangkan 3 pilihan iaitu:
A. Ibubapa yang telah membayar yuran bagi tahun 2020 tidak perlu membayar yuran
untuk tahun 2021, manakala ibubapa yang belum membayar yuran pada tahun 2020
perlu membayar untuk tahun 2021.
B. Tidak ada kutipan yuran pada tahun 2021.
C. Kutipan yuran dibuat tetapi tertakluk dengan keputusan dari JPN yang membenarkan
kutipan yuran pada tahun 2021 dengan syarat tidak melebihi amaun pada tahun
2020.
7.8 Berdasarkan keperluan untuk peningkatan Akademik, semua AJK PIBG sebulat suara
bersetuju kekalkan kutipan tetapi jumlah dikurangkan dari tahun sebelum.
8
7.8.1 Kutipan yang dipersetujui adalah seperti berikut:
A. Bayaran program Peningkatan Akademik 2020
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
RM 40 RM 150
RM 20 RM 20 RM 20 RM 30
B. Bayaran program Peningkatan Akademik 2021 (Dipersetujui sebulat suara)
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
RM 20 RM 20 RM 20 RM 30 RM 30 RM 100
C. Bayaran untuk sumbangan PIBG (Perkeluarga)- RM20
D. Sumbangan Pakej Pembelajaran Komputer-RM20
E. Program Keceriaan dan Keselamatan -RM10
7.8.2 Bayaran bagi murid tahun 6 sebanyak RM 100 adalah untuk melaksanakan pelbagai
program yang telah rancang seperti Program Motivasi, persediaan murid ke
tingkatan 1, cenderamata dan sebagainya.
7.8.3 Tahun 2020 kutipan murid tahun 6 adalah sebanyak RM 200. Kemudian pihak
sekolah telah memulangkan lebihan sebanyak RM 50 pada setiap murid.
7.9 Tarikh, tempat dan perasmi Mesyuarat Agung PIBG akan diuruskan oleh guru besar
bersama barisan pentadbir.
7.10 Guru besar mencadangkan semasa Mesyuarat Agung PIBG nanti di setiap meja AJK
PIBG diletak tag nama jawatan masing-masing. Manakala kedudukan meja juga disusun
mengikut kedudukan dalam PIBG.
( Tindakan : AJK PIBG)
7.11 Guru besar juga mencadangkan agar dibuat baju korporat atau baju batik sebagai
baju seragam AJK PIBG. Semua AJK PIBG bersetuju memilih baju korporat sebagai baju
seragam AJK PIBG.
( Tindakan : Makluman)
8. HAL-HAL LAIN
8.1 NYDP menerangkan berkenaan PIBKS di peringkat sekolah. Guru besar sebagai penasihat
boleh melantik pengerusi PIBKS. Manakala pengerusi yang dilantik akan memilih dan
melantik AJK PIBKS seramai 6 orang.
8.2 Cadangan penubuhan alumni sekolah, Puan Lily Hafidza akan berbincang dengan Datin
Nurzana kerana anak beliau adalah bekas murid SK Seri Ampang.
9
8.3 Puan Salindah bertanya tentang jumlah kerusi plastik yang diperlu.
8.4 Guru besar meminta bendahari PIBG merujuk juruaudit PIBG dalam menyediakan laporan
penyata kewangan PIBG.
( Tindakan : Bendahari)
8.5 PK Kokurikulum bertanyakan berkenaan sumbangan PIBG kepada murid yang memenangi
pertandingan sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Beliau
mencadangkan agar diselaraskan sumbangan kepada murid mengikut peringkat yang
dimenangi.
8.6 Semua AJK PIBG bersetuju sumbangan yang akan diberikan kepada murid-murid yang
memenangi pertandingan kokurikulum adalah seperti berikut.
1. Peringkat Daerah : RM 10
2. Peringkat Negeri : RM 30
3. Peringkat Kebangsaan : RM 50
( Tindakan : Makluman)
9 PENUTUP
9.1 YDP mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua AJK.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang
Disediakan oleh: Disemak oleh:
………………….…………… ……………………………………
(NAFIZAH BINTI AB. HADI) (EN. HAMMAD FAESOL BIN ZUHAD)
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Seri Ampang, Ipoh SK Seri Ampang, Ipoh
10
Lampiran 1
SENARAI MURID TAHUN 6 2020 YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN TINGKATAN 1 KE
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), MRSM, RANCANGAN KHAS NEGERI (RKN),
RANCANGAN KHAS DAERAH (RKD) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)
11
Lampiran 2
12
13
14