OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Memahami konsep mandi wajib dengan
betul.
KRITERIA KEJAYAAN:
1. Menyatakan maksud mandi
2. Menerangkan Dalil Naqli mandi wajib
3. Menerangkan bahagian mandi serta
contohnya
4. Menerangkan perkara yang mewajibkan mandi
5. Menjelaskan larangan semasa berhadas besar
6. Menunjukkan cara mandi wajib, rukun dan
perkara sunat ketika mandi wajib
7. Menjelaskan hikmat mandi wajib dan sunat
8. Menyenaraikan jenis mandi sunat
Haid : Darah kotor yang keluar dari pangkal rahim
wanita yang telah baligh dalam keadaan sihat pada
waktu tertentu.
Wiladah : Proses kelahiran anak sama ada dengan
keluar darah ataupun tidak.
Nifas : Darah yang keluar selepas kelahiran anak atau
sesudah keguguran yang nyata sebahagian bentuk
anak
Darah Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari
pangkal rahim wanita.
Darah ini keluar pada waktu selain waktu haid dan nifas.
Darah ini berbeza warna dan kepekatannya dengan haid.
Darah ini bukan perkara yang mewajibkan mandi.
•
•
َون ََُيُ ُت َرُُف َُع الُ َحُ َُدث اكُل ََُب َُر ِل َلُ
ت َعُُاَل َىُ.
ترجمهن:
سهاج اكو مڠڠكت حدث بسر
كران ال َّل تعالى.
ه