The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafareez, 2022-09-26 01:32:51

AYAT HUKUM F4

PSS Tingkatan 4

BAHAGIAN AYAT HUKUM

1.0 ADAB PERGAULAN DALAM RUMAH

1.1 PENGENALAN
Islam sangat menitikberatkan adab dan tatacara dalam pergaulan seharian meskipun
di dalam rumah sesame anggota keluarga. Adab ini bertujuan mendidik dan menjaga
anak-anak dan seluruh ahli keluarga tentang batas pergaulan yang perlu difahami
dan diamalkan. Di antara adab yang perlu diketahui ialah adab meminta izin untuk
masuk ke dalam bilik kedua ibu bapa atau adik beradik yang berlainan jantina.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 58-59 surah al-Nur.
2. Menerangkan sebab nuzul ayat 58 surah al-Nur.

3. Menjelaskan kaedah intinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﲟ‬

4. Menghuraikan golongan yang wajib meminta izin.
5. Menilai kepentingan melaksanakan tuntutan wajib meminta izin.
6. Mencadangkan amalan yang sesuai diamalkan berdasarkan tuntutan ayat

hukum.

1.3 AYAT DAN TERJEMAHAN

Firman Allah SWT:

‫ﭐﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦﲧﲨ ﲪﲩ‬

‫ﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶ ﲸﲷﲹﲺ‬

‫ﲼﲻﲽﲾﲿﳀﳁﳂﳃﳄﳅﳆﳇ ﳉﳈﳊﳋﳌ‬

‫ﳍﳎﳏﳐﳑﳒﳓ ﱁﱂﱃﱄﱅﱆ‬

‫ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑﱒ ﱓ ﱔ‬

٥٩ - ٥٨ :‫ﱕﱖالنور‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang Yang
belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat
kamu), Dalam tiga masa; (Iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka
pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa
bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). kamu dan mereka tidaklah
bersalah kemudian daripada tiga masa Yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang Yang

1

selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat
antara satu Dengan Yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
(yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah
mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) Yang tersebut
dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang
menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

1.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT

Ayat 58-59 Surah al-Nur menjelaskan tentang adab pergaulan dalam rumah dalam
kalangan anggota keluarga. Antaranya adab yang dijelaskan oleh ayat ini ialah
peraturan meminta izin ketika hendak masuk ke bilik ibu bapa dan waktu tertentu
yang tidak digalakkan memasuki bilik mereka. Peraturan ini bertujuan untuk
memelihara kehormatan masing-masing.

1.5 SABAB NUZUL
1. Menurut maqatil, ayat ini diturunkan selepas peristiwa yang melibatkan Asma’ binti
Marsad. Dalam peristiwa tersebut, seorang hamba yang telah baligh masuk ke
bilik beliau pada waktu yang tidak disukainya. Beliau memberitahu Rasulullah
SAW tentang peristiwa tersebut, kemudian turunlah ayat ini.

2. Menurut riwayah kata Ibnu Abas: disebutkan bahawa Rasulullah SAW telah
mengutus seorang hamba daripada kaum ansar yang bernama Mudlij bin Amru
untuk menenui Saidina Umar bin Al-Khatab pada waktu Zohirah (tengah hari).
Ketika hamba itu masuk, Saidina Umar bin Al-Khatab sedang tidur dan pakaiannya
terselak. Kata Saidina Umar: ”Kalau boleh aku ngin supaya Allah melarang bapa,
anak dan pembantu kami masuk ke bilik kami pada waktu-waktu begini, kecuali
selepas mendapat keizinan”. Kemudian beliau dan bersama-sama pembantu
tersebut menemui Rasulullah SAW dam mendapati bahawa ayat yang menyentuh
tentang peraturan tersebut telah pun diturunkan. Saidina Umar terus sujud sebagai
tanda bersyukur kepada Allah.

1.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM
Hukum meminta izin apabila memasuki bilik adalah wajib. Ini ditunjukkan oleh lafaz

‫ﲟ‬. Lafaz ini ialah ‫ فعل مضارع‬yang disertakan dengan ‫ لام الأمر‬yang

membawa maksud perintah wajib.

2

1.7 GOLONGAN YANG WAJIB MEMINTA IZIN

Secara jelas, ayat ini ditujukan kepada ibu bapa atau penjaga supaya mendidik
anggota keluarga mereka dengan adab dan peraturan pergaulan di dalam rumah
terutama ketika memasuki bilik ibu bapa. Antara golongan yang diwajibkan meminta
izin itu ialah:

1. Kanak-kanak yang belum baligh
2. Hamba dan pembantu rumah
3. Anggota keluarga yang telah baligh

1.8 WAKTU-WAKTU YANG DILARANG MEMASUKI BILIK TANPA KEIZINAN

1. Sebelum subuh
Pada waktu ini orang bangun dari tidur dan menyalin pakaian tidur mereka
sebelum memakai pakaian biasa

2. Waktu tengah hari
Pada waktu ini biasanya orang menukar pakaian untuk berehat

3. Waktu malam selepas solat isyak
Pada waktu ini orang mulai bersiap untuk tidur

1.9 ADAB MEMASUKI BILIK ANGGOTA KELUARGA

Islam sebagai agama yang lengkap dan syumul sentiasa menjaga hubungan yang
baik sesame manusia, termasuk hubungan anatara ahli keluarga. Menjadi kewajipan
kepada ibu bapa atau penjaga, untuk mengajar dan mendidik anak-anak mereka
yang belum baligh dan hamba yang mereka miliki tentang adab dan peraturan di dalm
rumah. Peratutran tersebut termasuklah adab memasuki bilik ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Antara adab memasuki bilik ibu bapa ialah:

1. Meminta izin sebelum masuk
Anak-anak mestilah meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ibu bapa
mererka. Adalh tidak sopan jika anak-anak emmasuki bilik ibu bapa dan
terserempak dengan mereka dalam keadaan yang tidak bersedia akibat tidak
meminta izin terlebih dahulu.
Peraturan ini juga termasuk diantara adik-beradik lelaki dan perempuan yang
sudah baligh. Tempat tidur mereka hendaklah diasingkan dan sangat digalakkan
mempunyai bilik tidur berasingan.

2. Memberi salam sebelum masuk
Anak-anak hendaklah diajar memberi salam sebelum memasuki bilik anggota
keluarga yang lain. Adab ini boleh menimbulkan kemesraan dan kasih saying
diantara anggota keluarga.

3

3. Memilih waktu yang sesuai
Anak-anak hendaklah memilih waktu yang sesuai untuk memasuki bilik ibu
bapa.Mereka dilarang menggagu ibu bapa mereka dalam tiga waktu iaitu sebelum
subuh,waktu tengahari dan selepas solat isyak.Jika terpaksa berjumpa dan
berurusan dengan mereka,anak-anak hendakalh meminta izin terlebih dahulu.Tiga
waktu ini disebut secara khusus kerana kebiasaanya pada waktu itu orang
menukar pakaian atau memakai pakaian yang ringkas.Begitu juga di waktu itu
mereka sedang berehat setelah pulang bekerja dan bersedia untuk tidur.

Jika anak-anak yang belum baligh perlu meminta izin pada waktu-waktu tertentu.
Maka orang yang sudah baligh tidak dibenarkan sama sekali masuk ke bilik
keluarganya atau bilik orang lain, kecuali setelah mendapat keizinan terlebih
dahulu. Perintah ini terkandung dalam firman Allah SWT:

‫ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ ﱌﱋ‬

٥٩ :‫ﱍﱎﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖ النور‬

Maksudnya:

Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu mencapai umur baligh,maka

mereka hendaklah meminta izin sebagaimana cara orang-orang (yang telah

baligh) dahulu meminta izin. (Surah Al-Nur,24:59)

1.10 PENDAPAT ULAMA’ TENTANG HUKUM BALIGH

Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa apabila seseorang budak lelaki telah ihtilal
(bermimpi sehinnga keluar mani) maka dia dikira sudah baligh. Begitu juga bagi
kanak-kanak perempuan apabila telah bermimpi atau didatangi haid atau boelh
mengandung mka mereka dikira sudah baligh. Menurut fuqaha’ ihtilal merupakan
alamat baligh yang jelas. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmannya:

‫ﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌ‬

Maksudnya:

Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka

meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut

dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya

(yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi

Maha Bijaksana. (Surah Al-Nur: 24:59)

4

Mereka berbeza pendapat dalam menetukan had umur mukalaf. Dalam masalah ini
ia terbahagi kepada dua pendapat:

1. Pendapat imam al-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Muhammad al-Hasan al-
Syaibani.

Mereka berpendapat apabila kanak-kanak lelaki atau perempuan telah mencapai
umur 15 tahun maka mereka dikira sudah baligh.

Golongan ini berpegang kepada hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar RA bahawasanya dia (Ibnu Umar) telah
maminta daripada Rasulullah SAW (untuk berperang) dalam peperanga uhud
ketika dia berumur 14 tahun. Nabi tidak membenarkannya dan dia telah meminta
keizinan dalam peperangan khandak ketika berumur 15 tahun maka nabi
mengizinkannya. (Riwayat muslim)

2. Pendapat mazhab Hanafi

Mereka berpendapat bahawa, seseorang budak lelaki tidak dikira baligh sehingga
umurnya mencapai 16 tahun. Pendapat ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

١٥٢ :‫ﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊ ﱌﱋ الأنعام‬

Maksudnya:

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang

baik (untuk mengawal dan mengembangkan), sehingga dia baligh (dewasa serta

layak mengurus hartanya sendiri) (Surah al-An’am:152)

Lafaz ‫ ﱋ‬menurut ibnu abas umur baligh kanak-kanak lelaki ialah 18 tahun.

Dan bagi perempuan ialah 17 tahun.

1.11 HIKMAH LARANGAN MEMASUKI BILIK ANGGOTA KELUARGA TANPA IZIN

Larangan memasuki bilik anggota keluarga tanpa izin seperti yang dijelaskan dalam
surah al-Nur, ayat 58-59 mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Lrangan tersebut
untuk menjamin hak masing-masing dan memastikan pergaulan antara ahli keluarga
sesuai mengikut batas-batas syarak.

Semua ahli keluarga termasuk kanak-kanak hendaklah di didik dengan peraturan ini
supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan peraturan tersebut apabila telah
baligh. Peraturan ini juga diwajibkan kepada mereka yang mempunyai pembantu
rumah atau orang lain yang tinggal dalam satu rumah dengan mereka.

5

Pengabaian dan kecuaian mematuhi peraturan yang ditetapkan menyebabkan
perkara-perkara yang negatif berlaku seperti yang disiarkan di media masa hari ini.
Antaranya gangguan seksual dan zina diantara pembantu rumah dengtan majikan,
sumbang mahram antara adik beradik, bapa dengan anak, datuk dengan cucunya
sehingga hamil dan sebagainya lagi yang bertentangtan dengan fitrah kekeluargaan
Islam. Begitu juiga kita dikejutkan dengan kejadian-kejadian kecurian dimana
pembanmtu rumah melarikan barang kemas dan wang majikan.

Fenomena yang berlaku ini antaranya disebabkan peraturan dan nilai-nilai agama
dalam kekeluargaan telah diabaikan seperti keluar masuk ke bilik ahli keluarga tanpa
izin, berpakaian yang melampaui batas-batas dalam keluarga dan berkongsi bilik
antara adik beradik, lelaki dan perempuan. Disamping itu juga, hiduran dan budaya
yang tidah sahih seperti pendedahan aurat, berpelukan dan berciuman antara leleki
dan perempuan berlaku di dalam rumah melalui media televisyen dan internet,
menyebabkan rangsangan nafsu antara keluarga sehingga tidak dapat membezakan
antara anak dan isteri, cucu dan adik-beradik.

Cara terbaik untuk mengatasi gejala ini ialah dengan kembali kepada ajaran Islam
dan menghayati nilai-nilai kekeluargaan seperti yang digariskan oleh Islam. Cara ini
boleh mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia atau apa yang disebut “baiti
jannati” yang bermaksud rumahku syurgaku.

1.12 KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN WAJIB MEMINTA IZIN SEBELUM
MASUK KE BILIK

1. Menjaga aib dan kehormatan ibu bapa serta ahli keluarga supaya kemuliaan
mereka sentiasa terpelihara.

2. Mewujudkan intergriti dalam memelihara rahsia ibu bapa dan ahli keluarga
daripada fitnah.

3. Melindungi institusi kekeluargaan dengan melahirkan perasaan mahabbah dan
mawaddah sesama ahli keluarga di samping membina ikatan kekeluargaan yang
lebih kuat dan kukuh.

4. Membentuk umat yang memiliki keperibadian mulia dan sahsiah unggul selari
dengan kehendak Syariah Islam yang mementingkan aspek melahirkan umat
Islam yang menjaga kesucian nasab.

5. Menjadikan diri lebih berdisiplin dan berakhlak baik seperti mana yang
dikehendaki dalam Islam.

6. Islam amat mementingkan cara hidup yang sempurna dan mengikut syariah serta
keprihatinan terhadap hubungan manusia lebih-lebih lagi dalam melahirkan
keluarga sakinah.

6

1.13 LATIHAN PENGUKUHAN
• Terangkan sebab nusul ayat 58-59 Surah Al-Nur.
• Islam melarang anak-anak masuk ke bilik ibu bapa pada waktu-waktu tertentu.
Jelaskan 3 hikmah tegahan ayat dibuat.

• Berdasarkan potongan ayat ‫ ﱁﱂﱃﱄﱅ‬bilakah seseorang itu

dianggap baligh menurut mazhab Syafie.

7

2.0 KEWAJIPAN MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG HALAL DAN BAIK

2.1 PENGENALAN

Mengamalkan tuntutan kewajipan mengambil pemakanan yang halal dan baik
berdasarkan kaedah istinbat hukum ayat 172-173 surah al-Baqarah.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 172-173 surah al-Baqarah

2. Menjelaskan kaedah istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﱰ ﱱ ﱲ‬

3. Menghuraikan kriteria pemakanan halal dan haram dimakan berdasarkan
tuntutan ayat.

4. Menilai kepentingan menjaga pemakanan yang menepati tuntutan ayat dalam
pembentukkan sahsiah.

5. Mencadangkan tindakan yang sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan.

2.3 AYAT DAN TERJEMAHANNYA

‫ﭐﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴ ﱵﱶﱷﱸﱹ‬

‫ﱺﱻﱼﱽ ﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅ ﲆﲇﲈ‬

١٧٣ - ١٧٢ :‫ﲉﲊﲋﲌﲍﲎﲏﲐ ﲒﲑﲓﲔﲕﲖﲗ البقرة‬

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)
yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul
kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan
kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang
disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar
benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah 172-173)

2.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 172-173 SURAH AL-BAQARAH

Makanan merupakan satu keperluan kepada manusia untuk meneruskan kehidupan.
Kebanyakan hasil sumber makanan diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan. Nilai
kandungan zat yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan ialah gizi yang terbaik
untuk pertumbuhan tubuh badan.

Justeru, Islam menitik beratkan hanya pemakanan daripada sumber yang halal di
iktiraf dalam kehidupan. Ayat ini juga menerangkan tentang keharusan makan
makanan daripada sumber yang haram keadaan darurat tanpa melampaui batas.

8

Dalam ayat ini Allah SWT mengharamkan kapada umat Islam daripada memakan
bangkai, darah dan daging khinzir serta binatang yang disembelih bukan kerana Allah
SWT.

Pengharaman tersebut amat penting dalam memastikan kebersihan dan kesucian
makanan. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, maka akan memberi impak kepada
kesihtan tubuh badan dan juga akal. Contohnya dalam hal yang melibatkan
sembelihan, Islam telah meletakkan prosedur yang sistematik ketika melakukan
sembelihan. Tahap kebersihan peralatan sentiasa diberikan penekanan agar hasil
sembelihan itu suci dan sempurna.

2.5 KAEDAH ISTINBAT HUKUM

Berdasarkan lafaz ‫ ﱰ ﱱ ﱲ‬ulama mengistinbat kewajipan memakan

‫فعل الأمر‬makanan yang halal. Hal ini kerana, lafaz ‫ ﱰ‬adalah dalam bentuk yang

menunjukkan perintah untuk memakan makanan yang baik-baik. Setiap perintah
daripada syarak adalah wajib. Oleh itu, kita wajib memlih makanan yang halal dan
berkhasiat dalam kehidupan seharian.

2.6 KRITERIA PEMAKANAN

Berikut ialah kriteria pemakanan:

KRITERIA PEMAKANAN YANG KRITERIA PEMAKANAN YANG
HARAM
HALAL
1. Datang dalil yang mengharamkan
1. Tiada dalil yang seperti memakan binatang yang
tidak disembelih mengikut syariat
mengharamkannya seperti Islam.

memakan daging rusa, landak dan 2. Makanan yang beracun dan
memberi kemudharatan pada
sebagainya. tubuh badan seperti memakan
ikan buntal.
2. Makanan yang tidak beracun
3. Makanan yang kotor seperti darah
seperti buah tin dan buah kurma. dan najis samada daripada
manusia atau haiwan.
3. Suci dan bersih seperti hati dan
4. Haiwan yang menjadi bangkai
limpa disebabkan sembelihan yang
dilakukan tidak memutuskan urat
4. Binatang yang di sembelih merih dan halkum mati akibat
dilanggar kenderaan.
mengikut syariat Islam dengan

menyebut nama Allah SWT serta

memutuskan urat merih dan

halkum.

9

2.7 KEPENTINGAN MENJAGA PEMAKANAN DALAM PEMBENTUKAN SYAHSIAH
1. Pemakanan yang halal lagi menyihatkan akan menghasilkan sistem metabolisme
badan dengan meningkatkan tahap antibodi terhadap penyakit disamping
membentuk akal pikiran yang sihat dan cerdas.
2. Hasil daripada sumber makanan yang halal dan suci, umat Islam akan mudah
memperoleh hidayah Allah SWT, mudah menerima dan menghafaz pelajaran dan
dapat memperoleh kekhusyukan dalam melakukan ibadah.
3. Mematuhi larangan pemakanan yang diharamkan akan menjamin lahirnya akhlak
yang baik dan mendapat rahmat serta keredhaan daripada Allah.
4. Memakan makanan yang haram dan syubhat, menyebabkan amal ibadahnya
tidak akan diterima dan doanya tidak akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Mengamalkan pengambilan gizi yang tidak seimbang akan menyebabkan timbulnya
penyakit-penyakit kronik seperti diabetis, strok, darah tinggi dan sebaginya.
2.8 AMALAN PEMAKANAN YANG HALAL dan BAIK DALAM KEHIDUPAN
1. Mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar tentang makanan yang halal seperti

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pakar pemakanan.
2. Menyembelih binatang mengikut syariat yang betul serta menyebut nama Allah

SWT.
3. Sentiasa menjauhkan diri daripada makanan syubhat yang boleh memberi kesan

mudharat kepada tubuh badan dan akal.
4. Memastikan makanan yang dibeli hendaklah mempunyai logo halal yang di iktiraf.
5. Memastikan kandungan makanan bersumberkan bahan yang suci dan bersih

10

2.9 LATIHAN PENGUKUHAN

‫ﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﲆ ﲈﲇﲉﲊﲋ‬
١٧٣ :‫ﲌﲍﲎﲏﲐ ﲒﲑﲓﲔﲕﲖﲗ البقرة‬

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Baqarah 2:173)
1. Jelaskan maksud potongan ayat di atas secara umum.
2. Huraikan cara ulamak mengistinbat hukum berdasarkan lafaz kulu min toyibat
3. Terangkan pandangan anda tentang isu makanan eksotik di Malaysia.
4. Nyatakan hukum dan berikan alasannya:

• Ruqayyah memakan daging khinzir demi menyelamatkan dirinya disebabkan
darurat.

• Malik telah meminum darah ular dengan tujuan meningkatkan stamina tubuh
badannya.

• Ahmadi memakan nasi goreng kepunyaan kawannya tanpa kebenaran.
5. Berikan pandangan anda, adakah wajar pihak kerajaan membenarkan orang

bukan Islam menternak khinzir secara komersial.

11

3.0 KEWAJIPAN MENYELIDIKI BERITA YANG DITERIMA

3.1 PENGENALAN

Mengamalkan tuntutan kewajipan menyelidiki berita yang diterima berdasarkan
kaedah istinbat hukum ayat 6-7 surah al-Hujurat.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 6-7 surah al-hujurat.
2. Menerangkan sebab nuzul ayat 6 surah al-hujurat.

3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum berdasarkan lafaz ‫ﱖ‬

4. Menghuraikan ciri-ciri orang yang fasik.

‫تَبَُّني‬5. Menilai kepentingan bagi berita atau perkara yang diterima.

6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.

3.4 AYAT DAN TERJEMAHAN
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱏﱐﱑﱒﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚﱛﱜﱝﱞ‬

‫ﱟﱠ ﱡﱢﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭﱮﱯﱰ‬

‫ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱻﱺ ﱼ ﱽ‬

٧ - ٦ :‫ﱾﱿ ﭐﭐ الحجرات‬

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa

sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu

tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab

kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang

kamu telah lakukan. (6) Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada

Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului

pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara,

tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut

melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang

beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang

kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan

perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci;

mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang

lurus. (7) (Surah al-Hujurat 6-7)

12

3.5 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 6-7 SURAH AL-HUJURAT

• Satu ingatan daripada Allah SWT agar umat Islam mempunyai sikap peka
terhadap apa jua masej yang di sampaikan.

• Pengajian yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan kesahihan sesuatu berita
terlebih dahulu sebelum memberi tindak balas kepada berita tersebut.

• Pada ayat 7, Allah SWT memberikan penegasan kepada manusia supaya tidak
melakukan sesuatu perkara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang
lebih mengetahui.

• Allah SWT memerintahkan agar manusia memilih keimanan dan ketaatan serta
meninggalkan kekufuran, perbuatan fasik dan kemaksiatan.

3.6 SEBAB NUZUL AYAT 6 SURAH AL-HUJURAT

• Menurut riwayat ibnu abbas:
• Ayat ini diturunkan merujuk kepada peristiwa Al-Walid Bin Uqbah yang telah

dilantik menjadi utusan Rasulullah SAW untuk memungut zakat daripada Bani
Mustaliq. Al-Walid mempunyai sejarah permusuhan dengan Bani Mustaliq pada
zaman jahiliyah.
• Ketika Al-Walid tiba diperkampungan Bani Mustaliq, beliau disambut secara
beramai-ramai.
• Beliau menyangka bahawa mereka ingin menyerangnya. Maka, Al-Walid
melarikan diri, sedangkan tujuan mereka untuk menyerahkan zakat.
• Setibanya di madinah, Al-Walid terus memberitahu Rasulullah SAW mengenai
hal tersebut.
• Rasulullah SAW marah dan mengirim pasukan tentera. Lalu tampillah utusan
(wakil) daripada Bani Mustaliq memberikan penjelasan perkara yang
sebenarnya. Kemudian turunlah ayat 6 surah al-Hujurat.

3.7 KAEDAH ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ ‫ﱖ‬

• Ulama mengistinbatkan hukum wajib menyelidiki berita yang diterima melalui

lafaz ‫ﱖ‬.
• Lafaz ini adalah ‫ فعل الأمر‬yang membawa kepada perintah.

• Oleh itu, setiap berita yang sampai wajib diselidiki dengan betul sebelum
menyebarkannya.

13

3.8 PENGERTIAN ORANG YANG FASIK

• BAHASA: berasal daripada kata dasar ‫ فسق‬, ‫ يفسق‬, ‫ فسقا‬, ‫فسوقا‬.

- Fasik memberi makna menyimpang daripada sesuatu perkara atau
daripada perintah.

• ISTILAH: Orang fasik ialah orang yang menyaksikan tetapi tidak menyakini dan
melaksanakan tuntutannya.
- Fasik juga bermaksud melakukan kemaksiatan, meninggalkan perintah
Allah SWT dan menyimpang dari jalan yang benar.

• Allah SWT berfirman tentang orang yang fasik:

٨٢ :‫ﭐﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷ آل عمران‬

Maksudnya:
Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia itu,
maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (82)

‫ﱝﱞﱟﱠﱡﱢ ﱤﱣﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬ‬

٤٧ :‫ﱭﱮ المائدة‬

Maksudnya:
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (47)

3.9 CIRI-CIRI ORANG YANG FASIK

1. Pemimpin yang tidak mahu melaksanakan dan menjalankan hukum-hakam Allah
SWT sedangkan ia memiliki keupayaan dan mampu mengaplikasikannya dalam
pimpinannya. Mereka ialah pemimpin yang mengamalkan kezaliman dan
menolak apa yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti minum arak dan
mengambil riba dalam muamalah.

2. Sering melakukan perbuatan dosa-dosa besar, kemungkaran, kemaksiatan dan
melakukan kerosakan diatas muka bumi. Seseorang yang fasik sering
melakukan kerosakan dan kemaksiatan diatas muka bumi seperti vendalisme,
membuli dan mencemarkan alam sekitar.

3. Suka mengambil harta orang lain dengan cara yang diharamkan oleh Allah SWT.
Pengambilan harta melalui jalan yang tidak diredhai Allah SWT dilarang demi
mengelakkan berlakunya perbalahan pada kemudian hari. Perasaan tamak dan
haloba menguasai diri sehingga sanggup mendapatkan harta dengan cara
paksaan seperti mencuri dan memakan harta anak yatim

14

4. Berterusan dan berkekalan melakukan perbuatan dosa-dosa kecil dan dosa
besar secara sedar. Contohnya orang yang meninggalkan perintah mendirikan
solat dengan sengaja sedangkan tuntutan melaksanakannya adalah wajib, Maka
apabila meninggalkannya akan membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah
SWT. Begitu juga kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan
merupakan tuntutan dalam Islam. Membuka aurat secara sengaja tanpa rasa
segan silu adalah berdosa serta boleh membawa kepada bahaya kejahatan
manusia dan kehormatan diri.

‫تبّي‬3.10 KEPENTINGAN BAGI BERITA ATAU PERKARA YANG DITERIMA
‫تبّي‬1. dapat menjaga kepentingan agama kerana boleh memelihara kewarasan

akal dan maruah.

‫تبّي‬2. mendidik umat Islam lebih berwaspada dengan info-info yang palsu.

3. Kerahsiaan negara akan berada dalam keselamatan dan dilindungi daripada
unsur-unsur luar.

‫تبّي‬4. akan menjamin suasana masyarakat umat Islam yang berintegriti,

bertanggungjawab dan amanah.

3.10 TINDAKAN YANG SESUAI DENGAN TUNTUTAN AYAT HUKUM UNTUK
DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN

1. Berhati-hati menerima berita daripada orang fasik
2. Tidak menyebarkan aib kepada orang lain dan sentiasa berwaspada serta tidak

tergesa-gesa apabila menyebarkan maklumat sehingga terbukti perkara itu
benar dan jelas kesahihannya.
3. Mendengar dengan saksama berita yang diterima bagi mendapatkan maklumat
yang benar.
4. Sentiasa mengamalkan sikap sabar dan tenang menerima berita ataupun
maklumat palsu dan melaporkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa.

15

4.0 MENJAGA PANDANGAN MATA DAN MEMELIHARA MARUAH DIRI

4.1 PENGENALAN

Mengamalkan tuntutan kewajipan menjaga pandangan mata dan memelihara
maruah diri berdasarkan kaedah istinbat hukum ayat 30-31 surah al-Nur.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 30-31 surah al-Nur.
2. Menerangkan sabab nuzul ayat 30-31 surah al-Nur.
3. Menjelaskan kaedah istinbat hukum menjaga kehormatan diri berdasarkan lafaz

‫ ﱰ‬dan‫ﱳ‬

4. Menghuraikan pelaksanaan tuntutan 30-31 surah al-Nur.
5. Menilai kepentingan menjaga kehormatan diri dalam kehidupan.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan ayat hukum untuk diamalkan dalam

kehidupan.

4.3 AYAT DAN TERJEMAHAN
Firman Allah SWT:

‫ﭐﱮﱯﱰﱱﱲﱳ ﱵﱴﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽ‬

‫ﱾﱿﲀﲁ ﲂﲃﲄﲅﲆﲇ‬

‫ﲈ ﲉﲊﲋﲌ ﲎﲍﲏﲐﲑﲒﲓ ﲔﲕﲖ‬

‫ﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤﲥﲦ‬

‫ﲧﲨﲩﲪﲫﲬ ﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴ‬

‫ﲵ ﲶ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ ﲿﳀ ﳁ ﳂ‬

‫ﳃﳄﳅﳆﳇﳈﳉﳊﳋﳌﳍﳎﳏﳐ‬

٣١ - ٣٠ :‫ﳑﳒ النور‬

Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka

16

kerjakan. (30) Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara

kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher

bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau

bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau

saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau

anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah

tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum

mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki

untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya

kamu berjaya. (31) (Surah al-Nur 30-31)

4.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 30-31 SURAH AN-NUR

• Allah SWT menegaskan dan memerintahkan secara khusus terhadap orang
mukmin supaya memelihara kehormatan diri serta menutup aurat seperti yang
dikehendaki dalam syariat Islam. Diterangkan juga tentang mukmin yang telah
diperintahkan supaya menghindari dan mengelakkan diri daripada melihat perkara
mungkar yang boleh merosakkan kewarasan akal dan menaikan hawa nafsu.

• Para mukminat diingatkan sentiasa menjaga diri dengan tidak mendedahkan
perhiasan diri kecuali batasan yang dibenarkan. Oleh yang demikian, perbuatan
mendedahkan aurat boleh menimbulkan kesan buruk terhadap maruah diri
sendiri. Justeru, menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri dapat
menyelamatkan iman. Seterusnya memberi keuntungan di akhirat nanti.

4.5 SEBAB NUZUL AYAT 30 SURAH Al-NUR

Menurut riwayat Mardawih daripada Ali bin Abi Talib:
• ayat ini merujuk kepada kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW di kota

Madinah. Seorang lelaki saling bertentang mata dengan seorang wanita
membuatkan masing-masing terpikat.
• Ketika dalam perjalanan, lelaki itu terlanggar tembok sehingga berdarah. Namun,
dia tidak mengesat darah yang mengalir.
• Apabila sampai dirumah Rasulullah SAW, dia mengadu akan hal ini.
• Maka turunlah ayat 30 surah An-Nurr menjelaskan hal tersebut.

17

4.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM MENJAGA KEHORMATAN DIRI

• Ulama mengistinbat hukum menjaga kehormatan diri melalui lafaz ‫ ﱰ‬dan

‫ ﱳ‬merupakan ‫ جواب الأمر‬kepada lafaz ‫ قل‬menunjukkan wajib kerana ia

berbentuk perintah.
• Setiap perkara yang menunjukkan perintah adalah wajib.
• Oleh itu, wajib menjaga pandangan mata dan memelihara maruah diri.

4.7 PELAKSANAAN TUNTUTAN AYAT 30-31 SURAH AL-NUR

Pada masa kini, timbul pelbagai masalah sosial dalam masyarakat akibat
mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab memelihara pandangan dan
kehormatan diri sepertimana yang dijelaskan dalam surah al-Nur, ayat 30-31. Islam
menyarankan agar umatnya sentiasa prihatin dan berusaha mengamalkan tuntutan
dalam surah al-Nur ini dengan melaksanakan beberapa usaha terbaik. Antaranya
ialah:
1. Menutup aurat untuk memelihara maruah diri dan keluarga samaada lelaki atau

perempuan.
2. Memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara-perkara mungkar dan

maksiat seperti pergaulan bebas dan mendedahkan aurat. Sekiranya tidak
dibendung akan lahir penyakit sosial dalam masyarakat seperti homoseksual dan
siplis.
3. Tidak melihat perkara-perkara yang diharamkan yang boleh merosakkan fikiran
dan menyebabkan seseorang lebih terarah untuk melakukan maksiat.

4.8 KEPENTINGAN MENJAGA KEHORMATAN DIRI DALAM KEHIDUPAN

1. Mentaati perintah Allah SWT, menjauhi larangannya akan menjamin kehidupan
yang diberkati oleh Allah SWT dan mendapat pahala.

2. Membendung berlakunya masalah-masalah sosial yang boleh mencemarkan
imej masyarakat Islam.

3. Memelihara maqasid syariah terutamanya dalam perkara menjaga nasab
keturunan dan maruah diri. Kesuciaan nasab keturunan wajar dipelihara demi
melindungi keturunan daripada menjadi rosak.

4. Melahirkan umat Islam yang tahu batas-batas dalam pergaulan sesama jantina
atau berlainan jantina. Pergaulan yang terlalu bebas boleh mengundang kepada
keruntuhan akhlak.

4.9 TINDAKAN MEMELIHARA PANDANGAN MATA DAN MENJAGA MARUAH DIRI
DALAM KEHIDUPAN.
1. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas pergaulan antara
lelaki dengan perempuan dalam apa jua situasi.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu agama yang sempurna serta istiqamah dalam
ibadah.
18

3. Memberi perhatian yang serius dalam aspek pemilihan pakaian agar tidak
berlebih – lebihan dalam berhias dan berfesyen.

4. Tidak memandang perkara yang diharamkan seperti memandang aurat wanita
yang bukan mahram.

5. Mengelakkan diri daripada terjebak dengan ideologi dan budaya negatif yang
boleh mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir.

4.10 BATAS AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Aurat Lelaki: daripada pusat hingga ke lutut
2. Aurat Perempuan:

• Bersama Mahram dan wanita muslim: auratnya diantara pusat hingga
lutut

• Bersama lelaki ajnabi dan wanita kafir: keseluruhan anggota badan
kecuali muka dan tapak tangan.

4.11 PENILAIAN
1. Terangkan cara ulama mengistinbat hukum menjaga pandangan dan memelihara

kehormatan diri.
2. Huraikan kesan mengabaikan kewajipan menjaga batas-batas pergaulan dan

memelihara aurat dalam masyarakat Islam.
3. Huraikan langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak sekolah bagi

menangani isu murid yang terjebak dengan perbuatan zina.
4. Huraikan tiga cadangan yang boleh dilaksanakan diperingkat sekolah bagi

memastikan murid mendapat kefahaman tentang kepentingan menutup aurat.

19


Click to View FlipBook Version