The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

sebuah projek yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah kemahiran Jawi dalam kalangan murid-murid terutamanya murid berkeperluan khas masalah pendengaran,

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yoi razie, 2023-10-04 03:01:44

Projek Inovasi Kit Kad Mahir Jawi

sebuah projek yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah kemahiran Jawi dalam kalangan murid-murid terutamanya murid berkeperluan khas masalah pendengaran,

PROJEK INOVASI KIT KAD MAHIR JAWI


ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 05 NAMA PRODUK RASIONAL PROJEK STRATEGI PENYELESAIAN PENGGUNAAN IMPAK


Nama Projek Inovasi Kit Kad Mahir Jawi (Masalah Pendengaran) Fungsi Menigkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengeja tulisan jawi Nama Muhammad Fakhrur Razi Bin Badrul Hisham Kelas PT4S1-11 Hasil pembelajaran Murid masakah Pendengaran dapat membaca, mengeja dan munulis Jawi dengan menggunakan Kit Kad Mahir Jawi 1.0 NAMA PRODUK MAKLUMAT PROJEK SINOPSIS Kit Kad Mahir Jawi merupakan satu Kit pembelajaran tentang kemahiran menulis Jawi. Kit ini juga dilengkapi dengan permainan dan juga isyarat tangan Quran secara digital. Kit Kad Mahir Jawi mempunyai 4 bahagian kad untuk murid rujuk dan lakukan latihan. Murid dapat mahirkan diri dengan hanya menggunakan Kit ini sahaja. Kit ini juga dilengkapi dengan QRCode agar murid dapat melihat cara penggunaan, isyarat tangan Quran dan permainan digital.


2.0 RASIONAL Inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dengan serentak apabila melakukan latihan. Penghasilan inovasi ini dirancang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang Jawi yang dipelajari oleh murid tahun 4 di sekolah rendah. Penghasilan inovasi ini tercetus adalah didsebabkan masalah yang dihadapi melalui pengalaman ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ketika berpraktikum. Berdasarkan pemerhatian yang lampau, didapati murid-murid mempunyai masalah dalam memadankan huruf rumi kepada Jawi dengan betul dan membezakan huruf yang boleh dan tidak boleh disambung. PROJEK ISU OBJEKTIF


Pemerhatian Mengenalpasti Masalah Menjana idea & mengumpul maklumat Merangka produk Penambahbaik produk Peroleh pendapat Produk akhir & membuat temu bual Berdasarkan carta alir tersebut, ia merupakan strategi penyelesaian masalah dan idea reka bentuk bagi projek ini. Langkah awak yang diambil dalam projek ini adalah dengan melakukan pemerhatian ketika berpraktikum fasa 1. Pemerhatian ini dilakukan terutamanya pada murid-murid berkeperluan khas masalah pendengaran. Setelah itu, iai membawa kepada satu permasalahan iaitu murid tidak mahir dalam Jawi seperti mengeja, membaca dan menulis serta mereka bosan dengan bahan yang disediakan. seterusnya, berlakulah proses pengumpulan idea dan juga maklumat untuk meningkatkan kemahiran dan daya minat terhadap murid-murid. Pada akhirnya, tercetus sebuah produk inovasi Kit Kad Mahir Jawi yang digabungkan dengan elemen digital agar murid mudah dan seronok dalam melakukan aktiviti. Menurut Ahmad, 2018, kaedah belajar yang menggunakan interaktif multimedia boleh memberi kesan pada keupayaan murid untuk mempelajari kemahiran tulisan Jawi. Oleh itu, dengan menggunakan gabungan digital ia dapat mencapai objektif guru . 3.0 STRATEGI PENYELESAIAN IDEA REKA BENTUK


3.0 STRATEGI PENYELESAIAN Kit Kad Jawi adalah langkah pertama untuk murid memahami cara huruf disambungkan dan bentuk huruf. pembelajaran ini merangkumi set induksi dan aktiviti. Manual penggunaan tersedia pada QRCode Permainan digital iaitu “Permainan Ingat Jawi” merupakan latihan pangukuhan bagi isyarat tangan quran yang dipelajari oleh murid pendidikan khas pendengaran. terdapat beberapa tahap untuk dipilih oleh murid. IDEA REKA BENTUK


Dapatan testimoni kepada seorang responden tahun 6 membuktikan inovasi Kit Kad Mahir Jawi dapat membantu murid dalam menulis Jawi. Responden telah memahami cara sambungan huruf dan menyelesaikan pertukaran perkataan dari rumi ke Jawi dengan tepat. Dapatan temubual juga menyokong bahawa Kit Kad Mahir Jawi merupakan satu bahan bantu dan kaedah pembelajaran kemahiran menulis Jawi yang baru dan mampu membantu murid-murid berkeperluan khas serta murid normal menulis Jawi. 3.0 STRATEGI PENYELESAIAN penghasilan kit kad mahir jawi adalah adaptasi dari Kad Pedoman Pod. diubahsuai untuk kegunaan murid pendidikan khas masalah pendengaran. Idea Asal IDEA PROJEK


4.0 PENGGUNAAN Kit Kad Mahir Jawi ini dapat digunakan samada dibimbing oleh guru atu secara individual kepada murid. Hal ini kerana pada QRCode yang disediakan telah diberikan penerangan untuk menggunakannya. masa yang digunakan bergantung kepada murid dan guru semasa proses pengajaran dan pemebelajaran dijalankan. walaubagaimanapun, ia tidak mengganggu emosi murid malah membantu perkembangan kognitif mereka dan menarik perhatian serta minat mereka untuk mempelajari tajuk ini kerana penggunaan unsur kartun, muzik dan sebagainya. PENGALAMAN BERMAKNA


Kolaborasi (collaboration) - murid boleh bekerjasama dengan guru mahupun rakan sekelas untuk melakukan latihan atau melakukan aktiviti di dalam Kit Kad Mahir Jawi. Komunikasi (Comunication) - murid dapat berkomunikasi dengan guru atau rakan sekelas dengan lebih lancar tambahan dengan penggunaan bahasa isyarat. Perwatakan (Character) - perwatakan murid didalam bilik darjah akan lebih aktif apabila melakukan aktiviti permaianan digital “Permaianan Ingat Jawi” 1. 2. 3. 4.0 PPEMEBNELAGJARGANUBENRMAAKANAN6C


Bagi tujuan pengkomersialan, saya telah mempromosikan projek ini dengan menyiarkan di pelbagai tapak media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Pada era globalisasi kini, telefon bimbit merupakan perkara keperluan bagi mereka, oleh itu amat mudah untuk mempromosikan produk ini kerana kanak-kanak juga telah mempunyai akses kepada laman sesawang mahukan pula ibu bapa. Produk ini mudah untuk diakses oleh masyarakat dengan hanya di hujung jari. Terdapat beberapa rajah yang ditunjukkan merupakan langkah yang telah dilakukan untuk tujuan promosi. 4.0 KPAEEDNAHGMEGMPRUOMNOSAIKAANN Facebook Twitter Instagram


4.0 PTEEMNU BGUAGL UNAAN Pada september lalu, saya telah menemubual seorang reponden siswa guru dari Elektif Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan seorang guru Sekolah Sri Chedong dari jurusan Pendidikan Islam bertujuan untuk memberikan pandangan terhadap Inovasi Kir Kad Mahir Jawi terhadap keberkesanan PdP untuk murid-murid berkeperluan khas. pada permulaan, pengkaji telah menjelaskan tentang Kit Kad Mahir Jawi dan meminta responden menggunakannya.


Responden 1 : Siswa Guru dari jurusan Elektif Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pengkaji Pada pendapat anda. adakah Kit Kad Mahir Jawi dapat membantu murid berkeperluan khas dan normal dalam kemahiran menulis Jawi > Responden 1 Kit Kad Mahir Jawi ini sangat membantu murid dalam pembelajaran kemahiran menulis Jawi kerana soalan, aktiviti dan sebagainya yang digunakan di dalam kit ini secara ansur maju serta mudah digunakan kepada murid berkeperluan khas serta murid-murid normal Pengkaji Bagaimana pula dengan keberkesanan kepada guru ? Responden 1 Guru pula dapat terapkan Profesional Learning Community (PLC) pada bahan atau kit ini kerana dapat dikongsikan kepada semua guru samada guru pendidikan khas atau guru aliran perdana. 4.0 PTEEMNU BGUAGL U1 NAAN


Responden 2 : Guru Pendidikan Khas Masalah Sekolah Sri Chedong Pengkaji Pada pendapat Puan, adakah bahan yang digunakan dalam inovasi Kit Kad Mahir Jawi sesuai untuk murid ? Reponden 2 Ia sangat menarik dan pembelajaran yang baharu kepada murid-murid khususnya semasa menulis tulisan rumi kepada Jawi. kalau pembelajaran dahulu kita biasa guna kaedah tekap atau menggunakan garis putus lalu mereka mengikutinya. Pengkaji Bagaimana pula penggunaan Kit Kat Mahir Jawi kepada guru ? Responden 2 Ia juga sangat berkesan kepada guru yang mana bahan dan peralatan yang digunakan adalah kos yang rendah apatah lagi pada Kit Kad ini dapat digunakan selalu dengan menggunakan whiteboard marker. 4.0 PTEEMNU BGUAGL U2 NAAN


5.0 IMPAK ATAS P&P Utama Impak penggunaan Kit Kad Mahir Jawi dalam PdP sebagai alat bantu interaktif yang menyeronokkan untuk murid berkperluan khas khususnya masalah pendengaran meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Di samping itu, Kit Kad Mahir Jawi juga sesuai digunakan untuk murid-murid normal sebagai alat pengukuhan tentang kemahiran menulis Jawi


kemahiran IR4.0 Dalam projek ini, pelbagai unsur yang digabungkan seperti bermain, muzik, seni dan sebagainya. Hal ini kerana murid akan menguasai topik Jawi sambil bermain seterusnya unsur muzik yang digunakan bagi menarik minat murid. Penggunaan media elektronik menjadi media utama kepada murid pada era ini, oleh itu penggunaan perisian powerpoint, QRCode, dan YouTube merupakan media lektronik yang mudah digunakan. 5.0 IMPAK ATAS P&P


sikap komunikasi murid akan lebih cekap kerana berkolaborasi bersama rakan. murid lebih aktif untuk menyelesaikan tugasan dengan bantuan kit ini. murid lebih ceria dan gembira untuk belajar bahasa isyarat dengan bantuan panduan bahasa isyarat. kaedah belajar sambil bermain dapat membantu murid untuk meluahkan perasaan dan rasa minat mereka dalam mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Menurut Hamzah,2016, murid-murid masalah pendengaran mempunyai daya pengamatan yang rendah dan sering hilang fokus. Oleh itu, dengan adanya pembelajaran TMK ia dapat memberikan pendedahan kepada murid untuk meneroka isi pembelajaran untuk menguasai tulisan Jawi 5.0 IMPAK ATAS P&P


testimoni penggunaan Kit Kad Mahir Jawi 5.0 IMPAK ATAS P&P


PAUTAN VIDEO PENGGUNAAN ISYARAT TANGAN QURAN PERMAINAN DIGITAL


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version