Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah PANDUAN DISIPLIN DAN PERATURAN SEKOLAH SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT PRAKATA 1 KATA ALU – ALUAN PENGETUA 2 VISI ,MISI DAN MOTO SEKOLAH 3-5 IKRAR PELAJAR DAN RUKUNEGARA PERATURAN - PERATURAN DAN TATACARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU LAILATUL SHAHREEN 6-7 OBJEKTIF ETIKA PELAJAR 8-9 MATLAMAT PENDIDIKAN 10-12 PERATURAN SEKOLAH 13-19 BAB A : PERAWAKAN PELAJAR A : PELAJAR LELAKI B : PELAJAR PEREMPUAN C : PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN BAB B : MASA PERSEKOLAHAN 20-22 GERAK KERJA KOKURIKULUM 22-23 BASIKAL DAN MOTOSIKAL 24-26 BARANG HILANG ATAU DIJUMPAI PELAWAT BARANG SEKOLAH DAN PERALATAN KAWASAN SEKOLAH DAN KEBERSIHAN BAB C : TEMPAT- TEMPAT YANG DILARANG BAB D : KATEGORI KESALAHAN DAN PENYELARASAN HUKUMAN 27-31 JENIS – JENIS KESALAHAN TINDAKAN DISIPLIN BAB E : KEBENARAN PENGETUA BAB F : PERKARA – PERKARA AM KEDUDUKAN LENCANA DAN TANDA NAMA MURID 32 LAMPIRAN PERATURAN PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI PELAJAR 33-36
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 1 PRAKATA Penerbitan Buku Peraturan Sekolah khususnya untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen adalah suatu manifestasi ke arah membentuk dan melahirkan pelajar yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah sebagai suatu institusi sosial dapat memainkan peranan di samping memberikan impak yang besar dalam pembentukan sahsiah dan tingkah laku pelajar. Justeru, buku kecil yang menggarapkan peraturan ini akan menjadi garis panduan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan penguatkuasaan peraturan sekolah. Buku ini juga penting kepada ibu bapa / penjaga pelajar dalam memahami dan seterusnya memberikan komitmen terhadap pemantauan disiplin anak / jagaan mereka. Matlamat utama buku ini adalah untuk menyediakan suatu panduan yang mudah difahami dan dihayati oleh warga pelajar bagi mematuhi peraturan sekolah. Walauapapun, kerjasama semua pihak terutama warga pelajar adalah penting dalam memastikan pematuhan terhadap semua perturan yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Harapan pihak sekolah agar warga pelajar SMKTLS akan mempunyai tahap kepatuhan yang tinggi terhadap peraturan – peraturan sekolah kerana kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum akan seiring dengan tahap disiplin yang juga cemerlang. Jadilah insan yang amanah, berakhlak mulia, sentiasa berbakti dan menyumbang ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan negara.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 2 KATA ALU – ALUAN TUAN PENGETUA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buku Peraturan Sekolah ini merupakan satu inisiatif pihak sekolah demi meningkatkan kualiti pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen dalam merealisasikan usaha melahirkan insan yang memenuhi ciri – ciri berilmu , bertakwa dan berinovatif. Usaha ini juga merupakan langkah awal ke arah melahirkan pelajar yang berjiwa kental bagi menangani dan mengharungi unsur-unsur yang bercanggah dengan tuntutan agama dan kehidupan dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar. Isi kandungan buku ini merupakan garis panduan kepada warga SMK Tuanku Lailatul Shahreen tentang peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang berada di sekolah ini. Walau bagaimanapun segala peraturan yang digubal ini bukanlah bertujuan untuk mengongkong kebebasan para pelajar tetapi lebih kepada usaha pihak sekolah untuk mendidik dan melindungi pelajar daripada gejala-gejala yang tidak sihat. Sesungguhnya sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang terawal sebagai persediaan kepada para pelajar sebelum melangkah ke dunia realiti yang lebih mencabar apabila dewasa kelak. Justeru, satu asas yang kukuh perlu dibentuk bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya juga berharap agar semua warga SMK Tuanku Lailatul Shahreen dapat merujuk buku ini sebagai asas garis panduan dalam melangkah tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Selain itu juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan Buku Peraturan Sekolah ini. Marilah kita bersama-sama memohon hidayah daripada Allah S.W.T. mudah-mudahan segala usaha murni yang telah dijalankan ini akan diberkati serta mendapat keredaan-Nya. Akhir kata saya mengharapkan semua pelajar dapat mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi mencapai misi dan visi sekolah serta kebaikan bersama di dunia dan di akhirat. “BERILMU, BERTAQWA, BERINOVATIF” Saya yang menjalankan amanah, Pengetua SMK Tuanku Lailatul Shahreen 01000 Kangar, Perlis.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 3 MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA. VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. MOTO SEKOLAH BERILMU, BERTAKWA, BERINOVATIF.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 4 LAGU SMKTLS Menjadi insan berilmu Itulah aspirasi kami Menggenggam kecemerlangan Merentas persada dunia Berusaha berinovatif Merentasi cabaran Menjejak puncak gemilang Menjulang nama di mercu Beriltizam terus maju jaya Membina minda kelas pertama Menjana insan terpuji Agar hidup sentiasa diberkati SMK Tuanku Lailatul Shahreen Pasti cemerlang Pasti cemerlang Menjunjung cita, agama, nusa dan bangsa
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 5 IKRAR PELAJAR SMKTLS Bahawasanya kami, pelajar – pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen dengan ini berikrar akan:- Tekun dan gigih ke arah mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Menghormati guru-guru dan seluruh warga sekolah. Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah. Menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran agama kami serta mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita – cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dinikmati bersama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi – tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden, MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 6 PERATURAN – PERATURAN DAN TATACARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU LAILATUL SHAHREEN MAKSUD DISIPLIN Menurut laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Disiplin ialah: • Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang- undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. • Kesanggupan seseorang itu bekerja dan membuat sesuatu dengan cukup tertib. • Kesanggupan menghormati hak individu lain. • Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong • Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. MATLAMAT DISIPLIN Melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi-institusi pelajaran, sosial serta Negara. Disiplin diri adalah mustahak dalam usaha kita hendak mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif. PENTINGNYA DISIPLIN Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar-pelajar. Peraturan-peraturan tersebut dikenakan dengan tujuan untuk mendidik pelajar-pelajar supaya berkelakuan baik, menghormati orang ramai dan mempunyai disiplin diri yang baik (mematuhi peraturan juga merupakan disiplin yang baik kepada pelajar-pelajar). Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan berlaku disebabkan pelajar-pelajar tidak diterangkan kenapa perlu peraturan-peraturan itu perlu disediakan. Oleh yang demikian, segala peraturan di sekolah diterangkan kepada pelajar- pelajar supaya mereka betul-betul faham dan memahami peraturan- peraturan itu dengan penuh tanggungjawab.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 7 TATATERTIB 1. Setiap pelajar hendaklah mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini juga mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari masa ke masa. 2. Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan mana- mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah. 3. Setiap masa pelajar-pelajar hendaklah menghormati guru-guru, kakitangan sekolah, pengawal keselamatan dan hormatmenghormati sesama sendiri. 4. Pelajar-pelajar hendaklah setiap masa dan tempat mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 5. Pelajar-pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dapat dianggapkan sebagai ingkar perintah sekolah, guru-guru, pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh pengetua. 6. Pelajar-pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrif atau dianggap sebagai a) Mencemarkan nama baik sekolah b) Mencemarkan nama baik mana-mana individu c) Melakukan vandalisme terhadap semua harta sekolah atau harta orang perseorangan. d) Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah e) Menimbul kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau kakitangan sekolah f) Melakukan perbuatan mendera, membuli mana-mana individu, berkelakuan tidak senonoh dan tidak sopan 7. Setiap pelajar hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar menjadi pelajar dan atlet yang cemerlang. 8. Pelajar-pelajar hendaklah menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh sekolah untuk menyertai sama ada bercorak akademik atau kokurikulum. 9. Tiada sebarang pelajar pun yang dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 10. Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kukurikulum, kokurikulum, tingkah laku dan tatatertib.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 8 OBJEKTIF Objektif penerbitan Buku Peraturan Sekolah ialah: 1. Memberi panduan kepada pelajar mengenai perilaku yang baik sebagai seorang pelajar sekolah. 2. Melatih dan membentuk perilaku yang baik bagi setiap pelajar. 3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan memberangsangkan. 4. Mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang efektif dan efisien. 5. Mencapai matlamat seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. ETIKA PELAJAR A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri B. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah C. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga D. Tanggungjawab pelajar terhadap agama E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat F. Tanggungjawab pelajar terhadap negara A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri 1. Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersihan fizikal dan mental. 2. Bersopan, jujur dan amanah. 3. Menghargai dan menepati masa. 4. Berjimat cermat 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong. 6. Sabar dan bertolak ansur. 7. Menghormati hak asasi orang lain. 8. Berani dan cekal. 9. Dedikasi. 10. Berdikari. 11. Bersifat rajin dan berusaha. 12. Komited. B. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah. 1. Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah. 2. Menghormati guru-guru.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 9 3. Belajar bersungguh-sungguh. 4. Menaikkan imej sekolah. 5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi. 6. Bekerjasama antara satu sama lain. 7. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah. C. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga 1. Menghormati orang tua dan ibu bapa. 2. Memupuk hubungan yang baik antara ahli keluarga 3. Memenuhi hasrat kelurga untuk menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak mulia. 4. Menjaga nama baik keluarga. D. Tanggungjawab pelajar terhadap agama 1. Taat pada perintah Allah dengan sentiasa melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. 2. Mempertahankan kesucian agama. 3. Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat 1. Tolong menolong dan bekerjasama. 2. Menghormati agama, budaya dan bangsa lain. 3. Rasa bersefahaman dan sabar. 4. Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kebajikan. 5. Bersifat belas kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia. F. Tanggungjawab pelajar terhadap negara 1. Bersedia berkhidmat dan mempertahankan negara. 2. Mematuhi Undang-Undang Negara. 3. Mengamalkan konsep Rukun Negara. 4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam. 5. Menjaga dan memartabatkan imej negara. 6. Tidak mengkhianati Negara.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 10 MATLAMAT PENDIDIKAN Matlamat Pendidikan ialah untuk melahirkan generasi yang harmonis, seimbang dan mempunyai nilai-nilai murni seperti berikut. 1. Baik Hati. 1.1 Belas kasihan 1.2 Bertimbangrasa 1.3 Murah hati 1.4 Saling faham memahami 1.5 Sedia memaafkan 2. Berdikari. 2.1 Bertanggungjawab 2.2 Berupaya bertindak balas 2.3 Jaya diri 2.4 Yakin pada diri sendiri 3. Hemah Tinggi. 3.1 Kesopanan 3.2 Mengakui kesalahan sendiri 3.3 Ramah mesra 3.4 Bersangka baik 4. Hormat Menghormati. 4.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa 4.2 Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin 4.3 Hormat kepada Raja dan Negara ` 4.4 Hormat kepada hak asasi 4.5 Hormat kepada kepercayaan dan adat resam dan pelbagai keturunan 4.6 Hormat kepada keperibadian individu 4.7 Patuh pada undang-undang 4.8 Patuh kepada ketetapan masa 4.9 Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa 4.10 Menghargai tenaga kerja 4.11 Menghargai maruah diri
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 11 5. Kasih Sayang. 5.1 Sayang kepada nyawa 5.2 Sayang kepada alam sekitar 5.3 Cinta kepada negara 5.4 Cinta kepada keamanan dan keharmonian 6. Keadilan. 6.1 Adil 6.2 Saksama 7. Kebebasan. 7.1 Kebebasan di sisi undang undang 7.2 Kebebasan dalam sistem demokrasi 8. Keberanian. 8.1 Berani tidak membuta tuli 8.2 Berani kerana benar 8.3 Berani mempertahankan pendirian 8.4 Berani bertanggungjawab 9. Kebersihan fizikal dan mental. 9.1 Kebersihan diri 9.2 Kebersihan persekitaran 9.3 Pertuturan dan kelakuan yang sopan 9.4 Pemikiran yang sihat dan membina 10. Kejujuran. 10.1 Amanah 10.2 Bercakap benar 10.3 Ikhlas 11. Kerajinan. 11.1 Cekal 11.2 Daya Usaha 11.3 Dedikasi 11.4 Gigih 11.5 Tekun 12 . Kerjasama. 12.1 Persaudaraan 12.2 Tanggungjawab bersama
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 12 12.3 Gotong royong. 12.4 Toleransi 12.5 Kebaikan bersama 12.6 Perpaduan 13. Kesederhanaan. 13.1 Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain 13.2 Tidak keterlaluan dalam peraturan dan tingkah laku 14. Kesyukuran. 14.1 Berterima kasih 14.2 Mengenang budi 14.3 Penghargaan 15. Rasional. 15.1 Boleh membuat pertimbangan 15.2 Boleh membuat penaakulan 15.3 Berfikiran logik dan terbuka 16. Semangat Bermasyarakatan. 16.1 Bermuafakat 16.2 Kejiranan 16.3 Peka kepada isu – isu dalam masyarakat 17. Bersemangat Kewarganegaraan. 17.1 Berbangga menjadi rakyat Malaysia 17.2 Bersemangat patriotik 17.3 Berusaha dan produktif
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 13 PERATURAN SEKOLAH BAB A: PERAWAKAN PELAJAR A. PELAJAR LELAKI 1. RAMBUT Pekeliling KP (BS) 8543 / Vol.ii / (58) a) Pelajar-pelajar mestilah berambut pendek tidak mencecah kolar dan telinga b) Pelipis rambut tidak melebihi setengah daripada telinga c) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan jambul d) Pelajar-pelajar dikehendaki menipiskan bahagian pelipis dan belakang e) Pelajar-pelajar perlulah berambut kemas dan bersih f) Pelajar-pelajar dilarang menyimpan jambang, janggut, janggut sepat dan misai g) Pelajar-pelajar tidak boleh mewarna / mengerintingkan dan meluruskan rambut h) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membotakkan kepala / berfesyen 2. SONGKOK Bagi pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) mestilah memakai songkok hitam setiap hari waktu persekolahan. 3. PAKAIAN Pekeliling KP (BS)8550Jld.iii / (9) dan KP 8591-9. 3.1 MOTIF (lencana) a) Pelajar-pelajar hendaklah melekatkan motif sekolah di atas daripada saku baju. b) Pelajar-pelajar hendaklah memakai tanda nama dan lencana sekolah tetapi lencana sekolah tidak boleh digunakan sebagai gantian pada motif lain. Catatan: Semua pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 14 3.2 BAJU (Rujuk gambarajah) a) Pelajar-pelajar diwajibkan memakai baju berwarna putih dan berkolar dengan satu sahja poket sebelah kiri. b) Pelajar-pelajar digalakkan memakai baju berlengan pendek. Lengan baju tidak boleh dilipat. Sekiranya berlengan panjang, lengan tangan di pergelangan tangan mestilah dikancing. c) Saiz baju hendaklah sesuai dengan badan, berbutang putih dan dimasukkan ke dalam. d) Singlet mestilah berwarna putih dan jika dipakai mestilah tanpa sebarang tulisan dan corak. e) Baju yang bernila mestilah tidak mengubah warna baju asal. f) Jaket adalah dilarang dipakai dalam waktu persekolahan. Catatan: Semua pelajar beragama islam mestilah memakai baju melayu berwarna putih yang lengkap (bersongkok dan bersampin) pada setiap hari Jumaat. Sampin dipakai di luar baju melayu. 3.3 SELUAR (Rujuk gambarajah) a) Pelajar-pelajar perlu memakai seluar panjang berwarna hijau hitam (dark olive) b) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket jenis bertampal dan berbutang besi. c) Seluar yang dipakai mestilah berjahit di kaki. d) Labuh seluar mestilah melampaui buku lali dan tidak mencecah lantai. Lebarnya antara 16”-18”. e) Seluar yang dipakai mestilah berjahit di kaki. f) Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan memakai seluar jenis Bermuda, Jeans dan Baggy. Potongan mengikut fesyen semasa adalah dilarang. 3.4 TALI PINGGANG Mestilah tidak melibihi 3.5cm, tidak berkepala besar tidak berukir dan berhias. Mempunyai warna hitam atau hijau dan mestilah dipakai dengan kemas.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 15 B. PELAJAR PEREMPUAN 1. RAMBUT a) Pelajar-pelajar mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan bersih. b) Pelajar-pelajar dilarang berfesyen secara keterlaluan (fesyen semasa). c) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mewarnakan rambut. d) Pelajar-pelajar yang berambut oanjang mestilah mengikat rambut mereka. Mereka boleh mengikat satu (ekor kuda) atau ikat dua dan tidak berfesyen. e) Rambut boleh ditocang satu atau dua dan tidak lebih daripada bilangan tersebut. f) Reben yang boleh digunakan adalah jenis biasa, tidak berkilatkilat / bercorak. Warna yang dibenarkan ialah hitam / biru tua. g) Pelajar hanya boleh menggunakan sepit rambut biasa dan berwarna hitam sahaja. h) Bagi pelajar yang memakai tudung, rambut mestilah dimasukkan ke dalam anak tudung. 2. TUDUNG a) Pelajar-pelajar perempuan Islam digalakkan memakai tudung kepala berwarna putih dan tidak berfesyen. b) Panjang tudung mestilah melepasi paras dada depan dan belakang. c) Anak tudung mestilah berwarna putih dan menutupi penuh kepala. d) Motif sekolah dan tanda nama hendaklah dijahit di bahagian aras dada di sebelah kiri. e) Bagi pelajar Kelas Aliran Agama KAA) tudung adalah berwarna biru. f) Labuh tudung hendaklah melepasi siku. g) Bentuk tudung seperti dalam gambar rajah.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 16 3. BAJU Pekeliling KP (BS) 8550Jld.111 / (9) dan KP. 8591 – 9 Pelajar-pelajar perempuan mestilah memakai baju berwarna putih. a) Saiz baju mestilah sesuai dengan tubuh badan. b) Labuh baju kurung mestilah melepasi pinggung. c) Baju mestilah berleher belah depan dan dikenakan kancing baju sama ada bercangkuk atau baju butang putih atau reben putih yang bersaiz kecil. d) Belahan leher baju di hadapan janganlah terlalu panjang. e) Pelajar-pelajar dilarang memakai baju yang diperbuat daripada kain jarang atau sutera. Cuma kain putih biasa tetron sahaja dibenarkan. f) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai baju cekak musang. g) Pelajar-pelajar dilarang melipat tangan baju mereka. h) Anak baju berwarna putih dan tidak berfesyen. (singlet) i) Bagi pelajar (KAA) tangan baju kurung mestilah bercekak. j) Pelajar-pelajar bukan Islam boleh memakai blaus putih berlengan pendek / berbaju kurung. k) Anak baju berwarna putih dan tidak berfesyen (singlet). 4. KAIN a) Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai kain berbentuk susun tepi. b) Kain mestilah tidak terlalu labuh dan tidak terlalu singkat. Labuh kain menutupi buku lali. c) Warna kain yang dibenarkan ialah biru laut, tidak tebal dan tidak berkilat. 5. STOKING TANGAN (HANDSOCK) Pelajar dibenarkan memakai stoking tangan berwarna putih atau hitam sahaja.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 17 C. PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN 1. STOKING a) Pelajar-pelajar mestilah memakai stoking berwarna hitam atau putih dan 5” melebihi buku lali tanpa apa-apa hiasan. b) Stoking mestilah tidak bercorak. 2. KASUT Jenis kasut yang dibenarkan ialah: a) Kasut jenis kanvas berwarna hitam b) Kasut mestilah tidak bertumit. (rata) c) Kasut pelajar mestilah tidak bercorak / berfesyen 3. CERMIN MATA a) Pelajar-pelajar boleh memakai cermin mata atas nasihat doktor. Pemakaian cermin mata atas sebab-sebab lain tidak dibenarkan. b) Cermin mata yang dipakai mestilah berkeadaan baik dan selamat. c) Cermin mata gelap tidak dibenarkan. d) Bingkai cermin mata mestilah berwarna hitam / coklat dan tidak berfesyen. e) Pemakaian kanta sentuh berwarna-warni tidak dibenarkan. 4. BARANG KEMAS PERHIASAN / ALAT SOLEK / AKSESORI a) Pelajar-pelajar dilarang memakai barang kemas kecuali jam tangan. b) Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan adalah subang kecil yang ukurannya tidak lebih daripada 1cm. Rupa bentuk subang mesti lah ringkas. Subang yang bermata tidak dibenarkan. c) Pemakaian penyepit tali leher tidak dibenarkan. d) Pelajar-pelajar lelaki ditegah bertindik. e) Semua pelajar dilarang bertatu.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 18 5. KUKU a) Pelajar-pelajar mestilah memelihara kesihatan kuku. b) Kuku mestilah sentiasa bersih dan pendek. c) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mewarnakan kuku / berinai. 6. PAKAIAN BERSUKAN / PENDIDIKAN JASMANI Pelajar-pelajar mestilah memakai pakaian yang sesuai untuk bersukan; a) Pelajar perempuan dikehendaki memakai track suit berwarna hitam/biru gelap dan kemeja T rasmi sekolah berlengan panjang. b) Pelajar lelaki dibenarkan memakai kemeja T rasmi sekolah berlengan pendek/panjang dan track suit berwarna hitam/biru gelap. c) Bagi pelajar perempuan Islam tudung putih sahaja dibenarkan (seperti peraturan tudung sekolah). d) Pelajar perempuan dibenarkan memakai skrit berwarna putih atau hitam yang tidak berfesyen (potongan rata) bersama dengan tshirt sekolah. 7. PAKAIAN SEWAKTU MENGHADIRI AKTIVITI SELEPAS SEKOLAH a) Pelajar-pelajar mestilah memakai pakaian sekolah dan tidak berselipar dalam berada dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan. b) Pelajar-pelajar dibenarkan memakai baju T rasmi sekolah dan seluar track suit hitam / biru gelap c) Kasut kanvas / PVC hitam tanpa hiasan. d) Stoking berwarna putih atau hitam tanpa hiasan. e) Bagi pelajar perempuan KAA boleh memakai tudung biru/putih 8. BEG SEKOLAH Semua pelajar dilarang melukis, menampal, menjahit, menggantung atau menyulam logo, gambar-gambar rajah, pelekat dan sebarang bahan yang berunsur agama, politik, hiburan, fantasi, dan unsur-unsur negatif lain pada beg sekolah.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 19 9. PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit semasa waktu persekolahan. Pelajar dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit jika diarahkan oleh guru untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 20 BAB B: MASA PERSEKOLAHAN A. WAKTU PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P) 1. Rujuk masa persekolahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan sekolah pada waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Pengetua. 3. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menulis surat kepada guru tingkatan atau memaklumkan kepada guru secepat mungkin. 4. Pelajar yang hendak ke hospital mestilah mendapatkan surat akuan untuk mendapatkan rawatan dari guru bertugas rawatan atau dari pejabat sekolah dan memaklumkan kepada guru bertugas harian. 5. Surat rawatan mestilah dikembalikan selepas menerima rawatan. 6. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan sebarang perjumpaan atau mesyuarat pada masa persekolahan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pengetua. 7. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa notis pengumuman atau mengutip yuran persatuan dari kelas ke kelas semasa waktu persekolahan kecuali pada waktu rehat atau dalam kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran pengetua. 8. Pelajar-pelajar adalah tidak digalakkan menggunakan alamat sekolah dalam urusan surat-menyurat peribadi. Sekiranya pelajar- pelajar menggunakan alamat sekolah pihak sekolah berkuasa membuka surat-surat tersebut. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab tentang sebarang kerosakan ataupun kehilangan surat yang dialamatkan ke sekolah. B. MASA REHAT 1. Semasa waktu rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas. 2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kantin untuk makan atau membeli makanan pada bila-bila masa sahaja. 3. Lampu dan kipas di dalam kelas hendaklah dimatikan secara pelajar-pelajar meninggalkan kelas.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 21 4. Jika lampu dan kipas tidak dimatikan, kelas tersebut akan didenda. 5. Segala sisa-sisa makanan dan alatan makanan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. 6. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan membeli makanan pada waktu rehat sahaja. C. MENINGGALKAN KELAS 1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran daripada guru. 2. Semasa ke makmal atau meninggalkan, pelajar-pelajar hendaklah berjalan dalam dua barisan didahului oleh pelajar perempuan dan barisan tidak boleh berpecah. 3. Kelas-kelas mestilah dikunci semasa pelajar-pelajar hendak bergerak ke makmal atau menghadiri kelas PJ serta tamat persekolahan. 4. Ibu bapa atau penjaga yang datang berjumpa anak jagaan mereka mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak sekolah. D. PERHIMPUNAN 1. Perhimpunan Rasmi a. Apabila perhimpuan diadakan, semua pelajar dikehendaki segera ke tempat perhimpunan. Masa perhimpunan ialah pada pukul 7.25 pagi. b. Semasa perhimpunan, pelajar mestilah berada dalam barisan yang lurus mengikut tingkatan masing-masing. c. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan hendaklah menjaga tingkah laku masing-masing. d. Pengawas akan bertugas mengawasi perjalanan perhimpunan. 2. Perhimpunan Harian a. Perhimpunan harian diadakan pada setiap hari persekolahan bermula jam 7.25 pagi. b. Pelajar-pelajar yang datang lewat akan berdiri di hadapan perhimpunan.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 22 c. Setiap pagi pelajar-pelajar hendaklah berkumpul di dataran perhimpunan dan tidak dibenarkan naik ke kelas sebelum perhimpunan. 3. Waktu Pulang a. Pelajar dibenarkan pulang selepas loceng tamat persekolahan dibunyikan. (Rujuk masa persekolahan) b. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menggunakan pintupintu pagar yang disediakan. c. Ibu bapa atau penjaga hendaklah menunggu atau mengambil anak tanggungan masing-masing di tempat yang telah disediakan atau ditetapkan. GERAK KERJA KOKURIKULUM A. Syarat Penyertaan Semua pelajar dimestikan mengambil bahagian mengikut format dibawah. 1. Permainan / Sukan 2. Kelab / Persatuan 3. Badan Beruniform 1. Permainan a) Pelajar-pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam sukan permainan. b) Pelajar yang menyertai pasukan sekolah mestilah menjaga tatatertib dan nama baik sekolah. c) Pelajar-pelajar mestilah mempunyai semangat cintakan sekolah. d) Pelajar-pelajar yang dijadualkan mengambil bahagian di dalam permainan mestilah menyertai kegiatan itu kecuali dengan kebenaran. e) Pelajar-pelajar dilarang menjemput jurulatih-jurulatih luar kecuali dengan kebenaran.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 23 2. Persatuan / Kelab / Badan Beruniform a) Semua pelajar yang menjadi mestilah hadir di setiap perjumpaan. b) Mesyuarat hanya boleh diadakan dengan kebenaran Pengetua. c) Mesyuarat mestilah diminitkan dan satu salinan minit mesyuarat mestilah diserahkan kepada pihak sekolah. d) Pelajar-pelajar dilarang menjemput penceramah atau pensyarah dan jurulatih luar kecuali dengan kebenaran Pengetua. e) Pelajar-pelajar dilarang membawa masuk sebarang penerbitan luar tanpa kebenaran Pengetua. f) Sebarang penerbitan dan kenyataan yang dibuat oleh pelajar kepada media massa atau mana-mana pihak mestilah mendapat kebenaran Pengetua. g) Pelajar-pelajar dilarang mengutip wang atau menjalankan perniagaan tanpa kebenaran Pengetua. h) Sebarang aktiviti / jamuan mestilah dalam pengetahuan Pengetua. 3. Rombongan @ Lawatan Sambil Belajar a) Setiap rombongan atau lawatan mestilah mendapat kebenaran Pengetua. b) Penganjur persatuan terlibat mestilah mengetahui peraturanperaturan yang ditetapkan oleh sekolah ini atau Jabatan Pendidikan @ Kementerian Pendidikan Malaysia. c) Setiap lawatan mestilah disertai oleh guru penasihat persatuan @ kelab @ pasukan berkenaan. Sekiranya disertai oleh murid perempuan, mestilah diiringi oleh guru perempuan. d) Semua urusan surat-menyurat rasmi mestilah melalui pengetua. e) Pelajar-pelajar mestilah berpakaian yang sesuai, menjaga tatatertib, keselamatan diri dan nama baik sekolah. f) Acara lawatan mestilah mengikut atur cara / kertas kerja yang diluluskan oleh pengetua.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 24 4. Penyertaan Majlis @ Pertandingan Dan Pertubuhan Luar a) Pelajar-pelajar dilarang menyertai atau mewakili mana-mana majlis @ pertandingan yang bukan dianjurkan oleh pihak sekolah kecuali mendapat kebenaran Pengetua. b) Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan menganjurkan sebarang kegiatan dengan menggunakan nama sekolah kecuali mendapat kebenaran Pengetua. BASIKAL DAN MOTOSIKAL 1. Semua kenderaan yang digunakan oleh pelajar mestilah memenuhi kehendak undang-undang lalu lintas. 2. Kenderaan mestilah diletakkan di tempat yang disediakan dengan teratur dan berkunci. 3. Pelajar-pelajar dilarang meletakkan kenderaan ditempat kereta guru dan kakitangan serta tempat-tempat lain yang bukan dikhaskan untuk pelajar. 4. Pelajar-pelajar yang berbasikal kesekolah hendaklah menunggang basikal dalam satu barisan dan tidak bersaingsaingan di atas jalan raya apabila datang atau pulang sekolah. 5. Pelajar tidak dibenarkan berbasikal dan bermotosikal di dalam kawasan sekolah. BARANG HILANG ATAU DIJUMPAI 1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk mengawasi dan memelihara barang kepunyaan mereka seperti buku, beg duit dan barang-barang lain yang berharga. 2. Kehilangan atau kerosakan sebarang alat mestilah dilaporkan kepada guru tingkatan atau guru bertugas secepat mungkin. 3. Semua barang hilang yang dijumpai mestilah diserahkan kepada guru yang bertugas atau ke pejabat sekolah. 4. Kehilangan atau kerosakan barang-barang berharga adalah tanggungjawab sendiri. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 25 PELAWAT-PELAWAT 1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa pelawat atau berjumpa dengan mereka pada masa persekolahan kecuali mendapat kebenaran dari Pengetua. 2. Ibu bapa atau penjaga yang ingin berjumpa dengan anakanak mereka pada masa persekolahan hendaklah menghubungi pejabat sekolah terlebih dahulu. 3. Panggilan telefon kepada pelajar tidak akan dilayan kecuali panggilan penting yang dibuat oleh ibu bapa atau penjaga pelajar tersebut. BARANG-BARANG SEKOLAH DAN PERALATAN 1. Pelajar-pelajar hendaklah menjaga peralatan dan barang sekolah dengan baik. Peralatan sekolah yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pengetua. Segala peralatan yang dikeluarkan dari stor atau bilik darjah hendaklah dipulangkan semula selepas digunakan. 2. Segala peralatan sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar daripada kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan keizinan Pengetua. 3. Segala kerosakan dan kehilangan peralatan sekolah hendaklah dilaporkan kepada Pengetua dengan segera. BARANG-BARANG YANG DILARANG BAWA KE SEKOLAH 1. Segala bentuk bahan yang mengandungi unsur lucah, hiburan, artis atau keganasan seperti komik dan majalah. 2. Segala bahan yang memabukkan. 3. Rokok, mancis atau pemetik api. 4. Mercun dan bunga api. 5. Barang kemas. 6. Telefon bimbit. 7. Alat senjata atau alatan lain yang boleh mencederakan orang lain. 8. Semua alat permainan. 9. Barang-barang lain yang difikirkan mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 26 KAWASAN SEKOLAH DAN KEBERSIHAN 1. Semua pelajar hendaklah mengawasi dan menjaga bilik darjah, kantin, bilik air dan segala alatan sekolah supaya berada dalam keadaan baik, teratur, bersih dan ceria. 2. Segala sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Pelajar-pelajar yang didapati mencemarkan kawasan dan bangunan sekolah akan didenda. 3. Pelajar-pelajar hendaklah menutup paip air selepas digunakan. 4. Dilarang menconteng dinding sekolah. BAB C : TEMPAT – TEMPAT YANG DILARANG 1. Pejabat Pengetua 2. Pejabat Penolong Kanan 3. Bilik Guru 4. Bilik Percetakan Sekolah 5. Bilik Peperiksaan 6. Stor Sukan dan Stor-stor milik sekolah 7. Stor Makmal Sains 8. Bilik Air Guru dan Kakitangan 9. Bahagian dalam kantin 10. Bilik Rawatan 11. Bilik Komputer 12. Bilik Kerja dan Bilik Mesyuarat Sekolah 13. Bilik Persatuan dan Kelab 14. Mana-mana bilik yang dijadikan bilik khas sekolah 15. Tempat Letak Kereta Guru dan Kakitangan
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 27 BAB D : KATEGORI KESALAHAN DAN PENYELARASAN HUKUMAN PONTENG JENIS PONTENG HUKUMAN Ponteng Kelas Amaran Ponteng Sekolah • 3 hari berturut-turut / 10 hari tidak berturut-turut • 3 hari berturut-turut / 20 hari tidak berturut-turut • 17 hari berturut-turut / 40 hari tidak berturut-turut • 31 hari berturut-turut / 60 hari tidak berturut-turut Amaran Pertama Amaran Kedua Amaran Ketiga Buang Sekolah JENIS-JENIS KESALAHAN KESALAHAN BERAT (B): BO1 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau bersubahat dalam kegiatan dadah berbahaya B02 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau B03 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman beralkohol atau sebarang benda yang memabukkan B04 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan B04A Membunuh / menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian B05 Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan B06 Biadab dan tingkah laku yang tidak sopan B07 Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan / harta benda B08 Membawa / menyimpan / menggunakan senjata api, senjata berbahaya, bahan letupan atau alat berbahaya B09 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 28 B10 Mencuri, merompak, samun, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan B11 Menganjur atau melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan B12 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang dilarang B13 Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi gelap / gengsterisme B14 Merogol, meliwat, merancangkan dan mencabul kehormatan / gangguan seksual B15 Melakukan zina dan hubungan luar tabii B16 Melacur / menjadi bohsia / bohjan / gigolo / lesbian / gay dan kecelaruan gender B17 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral / bercumbuan B18 Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan yang mencemarkan nama sekolah B19 Merosakkan harta benda sekolah dan kepunyaan orang lain B20 Menulis perkataan atau melukis gambar lucah B21 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh B22 Menyalahgunakan alat permainan atau bahan-bahan multimedia B23 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia B24 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 31 hari atau berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan B25 Mengganggu / menjejaskan kuasa Pengetua / Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas B26 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah B27 Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan lucah B28 Melakukan hubungan yang mencurigai B29 Tidak amanah, menipu dan meniru ketika ujian / peperiksaan B30 Melibatkan diri dalam ajaran sesat / parti-parti politik dan menyebarkan fahaman serta mengedar risalah atau lambanglambang B31 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah B32 Melakukan mana mana kesalahan sederhana melebihi tiga (3) kali
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 29 Bagi kesalahan B30 yang melibatkan parti-parti politik, perlu dibaca bersama dengan Peraturan 7, peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang membenarkan Pengetua / Guru Besar menggantung / membuang pelajar dari sekolah di bawah Peraturan 8 (b) KESALAHAN SEDERHANA (S): S01 Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran S02 Keluar dari sekolah tanpa kebenaran S03 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah S04 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan S05 Pesyen rambut keterlaluan seperti punkskinhed atau berwarna S06 Mencukur bulu kening bagi pelajar perempuan S07 Menconteng pada harta benda sekolah dan orang lain S08 Memakai barang kemas / perhiasan diri keterlaluan, menindik telinga / lidah / hidung / bawah bibir dan memakai subang lebih daripada satu pada bawah cuping telinga S09 Melukis tatu (tatoo), memakai inai pada anggota badan S10 Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran S11 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah S12 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga (3) kali S13 Membawa barangan larangan yang diwartakan oleh Pengetua KESALAHAN RINGAN (R): R01 Menyimpan misai, janggut atau jambang RO2 Berkuku panjang dan berambut panjang R03 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang R04 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah atau sekolah tanpa kebenaran R05 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran R06 Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran R07 Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 30 R08 Menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran R09 Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas / makmal komputer dan kenyataan bertulis R10 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek R11 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran R12 Makan atau minum dalam bilik darjah R13 Melakukan pembaziran air dan elektrik R14 Tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap R15 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran R16 Lewat ke sekolah tanpa mengambil slip lewat R17 Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan R18 Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah hingga menggangu R19 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah R20 Berjalan-jalan tanpa kebenaran (berkeliaran) dalam kawasan sekolah sewaktu pengajaran dan pembelajaran R21 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan R22 Memasuki kawasan larangan R23 Menganggu guru R24 Lewat masuk ke kelas R25 Mengotorkan kelas R26 Tidak duduk setempat R27 Tidak mengikat rambut panjang dan kelip rambut yang berjuntai (pelajar perempuan) R28 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 31 TINDAKAN DISIPLIN YANG BOLEH DIAMBIL BIL JENIS KESALAHAN TINDAKAN 1. Melakukan kesalahan ringan sebanyak 3 kali Amaran 1 Kaunseling 2. Melakukan kesalahan sederhana 1 kali Amaran 1 Kaunseling 3. Melakukan kesalahan sederhana 2 kali Amaran 2 Kaunseling Ibu bapa dipanggil 4. Melakukan kesalahan sederhana 3 kali Amaran 3 Kaunseling Ibu bapa dipanggil Surat perjanjian 5. Melakukan kesalahan sederhana 4 kali Surat pertuduhan gantung / buang dikeluarkan Kaunseling 6. Melakukan kesalahan berat 1 kali Surat pertuduhan gantung / buang dikeluarkan Kaunseling BAB E: KEBENARAN PENGETUA Bermaksud kebenaran yang diberikan oleh Pengetua secara langsung kepada mana-mana pihak yang berkenaan sama ada secara lisan atau bertulis. Juga kebenaran yang diberikan oleh mana-mana pihak yang diturunkan kuasa kepadanya oleh Pengetua untuk memberikan kebenaran secara bertulis atau lisan – tertakluk kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari masa ke masa. BAB F: PERKARA – PERKARA AM 1. Semua kelas Peperiksaan Awam Malaysia mestilah menjelaskan dengan pihak sekolah seperti hutang piutang, pemulangan buku teks dan perpustakaan sebelum meninggalkan sekolah. 2. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi peraturan perpustakaan dan makmal sekolah dengan sewajarnya. 3. Semua pelajar hendaklah berkelakuan baik, menjaga kesopanan dan kebersihan mereka setiap masa. 4. Adalah menjadi kewajipan setiap ahli sekolah untuk mengawasi dan memelihara nama baik sekolah.
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 32 KEDUDUKAN LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA MURID PADA PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH LENCANA SEKOLAH HENDAKLAH DIJAHIT DI ATAS TANDA NAMA MURID NAMA MURID TANDA NAMA MURID DIJAHIT DAN BERADA DI BAWAH LENCANA SEKOLAH BAHAGIAN POKET HENDAKLAH DIBIARKAN KOSONG TANPA SEBARANG TAMPALAN /JAHITAN LENCANA DAN NAMA MURID
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 33 Rambut Bahagian Hadapan R a m b u t b a h a g i a n hadapan tidak boleh melebihi garisan tengah dahi Pandangan Depan Garisan tengah KEKEMASAN RAMBUT Pandangan Sisi Pandangan Belakang Jambang Rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan “Sideburn” tidak melebihi garisan tengah hidung Rambut bahagian belakang Rambut bahagian belakang tidak melebihi garisan bawah cuping dua telinga
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 34 PERATURAN PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI PELAJAR PELAJAR LELAKI CONTOH PAKAIAN SERAGAM PELAJAR LELAKI BAJU SEKOLAH • Berwarna putih, tidak berkilat dan tidak licin. • Baju mestilah diperbuat daripada kain kapas (cotton). • Baju boleh berlengan pendek atau panjang. LENGAN PANJANG • Sekiranya berlengan panjang tidak boleh dilipat tetapi mesti dibutangkan di pergelangan tangan. POKET SELUAR • Poket depan jenis serong (rujuk gambar). • Poket belakang jenis poket tebuk (bukan jenis bertampal). SELUAR • Berwarna hijau sekolah, tidak berkilat dan tidak licin. • Labuh seluar melampaui buku lali dan tidak mencecah lantai. (1/2 inci daripada tapak kaki) • Lebar seluar 14” hingga 18”. • Kaki seluar mesti berjahit. • Potongan jenis jeans dan Bermuda tidak dibenarkan. (Jahitan seluar mestilah tidak bertulang). STOKING • Berwarna hitam/Putih TANDA NAMA • Mesti berjahit LENCANA • Mesti berjahit di atas poket POKET BAJU • Mesti berada di sebelah kiri baju aras dada KASUT SEKOLAH • Jenis kanvas berwarna hitam dan bertapak rata (pelajar). • Jenis PVC / kulit berwarna hitam, bertapak rata (pengawas sekolah, pengawas pusat sumber
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 35 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN PELAJAR PEREMPUAN ISLAM CONTOH PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERBAJU KURUNG DAN BERKAIN SARUNG SERTA BERMINI TELEKUNG TUDUNG SEKOLAH • Tudung putih bersih. • Tudung perlu berpin (pin samaada jarum peniti atau ada manik putih). • Potongan tudung bebas. • Panjang sisi tudung mestilah melepasi bahu. • Panjang tudung mesti menutupi dada. BAJU SEKOLAH • Berwarna biru sekolah, tidak licin dan tidak berkilat. • Diperbuat daripada kain kapas. • Labuh kain hendaklah satu inci tapak kasut atau paras buku lali. STOKING • Berwarna hitam/Putih • Melepasi buku lali KASUT SEKOLAH • Jenis kanvas hitam bertapak rata. • Jenis PVC / kulit berwarna hitam, bertapak rata. LENCANA SEKOLAH • Mesti berjahit TANDA NAMA DAN LENCANA • Dijahit pada aras dada, disebelah kiri tudung. ANAK TUDUNG • Wajib dipakai. • Rambut hendaklah dimasukkan ke dalamnya. • Warna yang dibenarkan ialah putih (pelajar) dan biru tua (pengawas sekolah).
Panduan Disiplin dan Peraturan Sekolah 36 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN ISLAM CONTOH PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN MEMAKAI ‘PINAFORE’ DAN ‘BLOUSE’ RAMBUT • Rambut tidak mencecah kening (kalau mencecah kening perlu menyepit rambut). • Rambut yang panjang mencecah kolar baju mesti diikat. ‘BLOUSE’ • Berwarna putih bersih. • Tidak berkilat dan tidak licin. • Diperbuat daripada kain kapas (cotton). • Blouse boleh berlengan pendek atau panjang. LENGAN PANJANG • Sekiranya berlengan panjang tidak boleh dilipat tetapi mesti dibutangkan di pergelangan tangan. STOKING • Berwarna hitam/Putih • Melepasi buku lali/tidak melebihi paras lutut KASUT SEKOLAH • Jenis kanvas hitam bertapak rata. • Jenis PVC / kulit berwarna hitam, bertapak rata. ‘PINAFORE’ • Berwarna biru sekolah, tidak licin dan tidak berkilat. • Diperbuat daripada kain kapas (cotton) • Mestilah labuh dan melepasi lutut LENCANA SEKOLAH Mesti berjahit. TANDA NAMA DAN LENCANA • Dijahit pada aras dada, disebelah kiri. KEKEMASAN DIRI • Pengikat rambut (berwarna biru sekolah, putih dan hitam). • Penyepit rambut (hitam)