The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86211003, 2022-03-11 07:45:51

PENULISAN TEACHER BRANDING

PGB

PENULISAN ILMIAH :
“TEACHER BRANDING
STUDENT GROWING”
PERBENTANGAN :
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PGB
PRIME
PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
TARIKH : 20-22 OKTOBER 2021

HALIAH BINTI OTHMAN
PENGETUA SMK TUANKU LAILATUL
SHAHREEN

TEACHERS BRANDING STUDENT GROWING
Haliah binti Othman
PRime : 2019

SMK Tuanku Lailatul Shahreen, JPN Perlis
Correspondence e-mail: [email protected]

ABSTRAK

Perkongsian amalan terbaik pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul
Shahreen dengan menggunakan Taksonomi #09Educators berdasarkan enam elemen utama
ini adalah untuk meningkatkan kompetensi guru ke arah kecemerlangan dan kemenjadian
murid secara holistik . Proses scanning yang dijalankan menunjukkan penguasaan ICT yang
lemah dalam kalangan guru dan kebolehupayaan kemenjadian murid yang monostik
merupakan dua isu utama yang menghalang kecemerlangan sekolah. Tahap penguasaan ICT
guru perlu ditingkatkan bagi membolehkan PdPR dilaksanakan dengan berkesan dan
berkualiti, manakala perkembangan potensi murid tidak boleh hanya tertumpu kepada
kecemerlangan akademik semata-mata tetapi perlu diimbangi dengan kemahiran kalis masa
hadapan yang realistik dan holistik. Berdasarkan idea Redesign School dalam Taksonomi #09
Educators Teachers Branding Student Growing, kaedah PCT (Pear Coaching Team) yang
berkonsepkan Bimbingan tanpa Sempadan Masa, Tempat dan Medium. Kemahiran ICT ,
IOT dan Pusat Sumber menjadi Pulling Factor untuk membangunkan kompetensi guru dan
kemenjadian pelajar. Guru yang berkemahiran tinggi berupaya membimbing guru yang tidak
mahir ICT dan akhirnya 100% guru telah berjaya meningkatkan penguasaan ICT dalam
menjalankan PdPR. Kejayaan usaha ini telah menjenamakan guru-guru yang mahir ICT
seperti guru Aplikasi, guru Tik Tok, guru Google Classroom, guru Data Studio dan guru POT
(Perlis Online Teaching) sebagai coach leader untuk memastikan semua aktiviti sekolah
berjalan lancar. Digital Future Library berperanan menyokong pembelajaran ICT/IOT serta
mengembangkan potensi pelajar dengan menyediakan peluang berbentuk pengurusan
program (event management) dan program keusahawanan. Kolaborasi bersama PIBG dan
KSIB dapat membangunkan kemahiran agriculture dan penghasilan inovasi dalam bidang
agriculture. Teachers Branding Student Growing telah meningkatkan kompetensi guru dan
kemenjadian murid.

KATA KUNCI: Peer Coaching Teams, Grow Teachers, Nurture Students.

Pengenalan

Kaedah Pembelajaran kini sudah tidak sama dengan pembelajaran abad ke-20.
Perubahan dari sudut teknik dan kaedah dalam pengajaran perlu dilaksanakan sesuai
dengan perubahan masa dan zaman serta perkembangan pelajar kini. Pendidikan kini telah
berevolusi daripada satu tahap ke satu tahap dengan pantas sekali mengikut peredaran
waktu dan perkembangan teknologi selari dengan revolusi industri 4.0. Sesiapa yang
lambat mengatur langkah pasti akan tercicir dan terpinggir dari arus pendidikan semasa.
Melihat kepada perkembangan ini, guru-guru perlu bertindak drastik dengan menggunakan
sumber yang ada bagi memastikan tahap kecemerlangan sekolah selari dengan
perkembangan dunia vuca yang sukar dijangka berasaskan kepada Dasar Pendidikan
Negara .

Sehubungan dengan itu, SMKTLS mengambil pendekatan mengubah acuan
kurikulum dengan berpandukan Taksonomi JPN Perlis dalam merangka pelan
pembangunan pendidikan secara komprehensif bagi menggerakkan tenaga guru dan
perkembangan pelajar selari dengan perkembangan semasa hari ini.

TAKSONOMI JPN PERLIS #09EDUCATORS

Sebelum mengupas panjang mengenai implementasi taksonomi dalam pengajaran di
SMKTLS, berikut adalah sedikit pengenalan ringkas mengenai Taksonomi JPN Perlis
#09Educators1 . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)2, perkataan taksonomi
adalah kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan. Manakala #09 merujuk kepada angka
digit tengah kad pengenalan penduduk yang dilahirkan di negeri Perlis. Educators pula
bermaksud pendidik. Menurut pencetus idea Taksonomi #09Educators, Cikgu Naharudeen
bin Othman yang merupakan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, #09Educators adalah
merujuk kepada kumpulan guru -guru atau pendidik yang hebat dan bertugas di negeri
Perlis, kerana bagi beliau jika kita ingin melahirkan pelajar yang hebat sudah tentu kita
memerlukan guru yang hebat . Sehubungan dengan itu, semua warga pendidikan negeri
Perlis perlu bekerja keras untuk membangunkan kompetensi dan kemahiran guru kerana
guru yang hebat akan berupaya mendidik dan mengasuh pelajar menjadi hebat. Maka

1Jabatan pendidkan Negeri Perlis, MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual Pengurusan Kurikulum ) 2021
2 KAMUS DEWAN Dewan Edisi kelima . 2005

dengan ini konsep Grow Teachers, Nurture Students, Teachers Teach, Students Learn3
yang diungkapkan oleh beliau telah dapat direalisasikan .

Rajah 1 Rajah II

Berdasarkan Rajah 1 dalam Taksonomi tersebut, beliau telah menggarapkan 6
kemahiran yang perlu ada bagi meningkatkan perkembangan dan kecemerlangan pelajar di
negeri Perlis iaitu ICT, IOT, Entrepreneurship, Event Management, Communication dan
Agriculture4. Bagi beliau, 6 kemahiran utama ini sangat penting bagi memastikan pelajar
yang dilahirkan mempunyai kemahiran kalis masa hadapan yang lengkap bukan sahaja
untuk berjaya dalam bidang akademik tetapi menjadi faktor kelangsungan masa depan
pelajar tersebut dalam dunia yang serba vuka ini.

Rajah II pula ialah peta konsep Piramid terbalik yang merupakan kombinasi 4
elemen utama untuk diberi keutamaan oleh semua warga sekolah dalam membina
kerangka perubahan .

Empat elemen tersebut ialah Mass , Creativity , Courage dan Niche. Hal ini
bermakna setiap warga sekolah perlu bersatu bersama dan bergerak dalam kumpulan yang
besar untuk mencapai kejayaan. Mereka perlu berganding bahu dan bekerjasama agar
dapat menggalas hala tuju sekolah. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dalam melakukan
tindakan, menyelesaikan masalah dan menghasilkan sesuatu yang boleh melahirkan impak
yang berkesan dan berkualiti. Keberanian dalam tugas juga penting bagi membolehkan

3 Jabatan pendidkan Negeri Perlis, MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual Pengurusan Kurikulum )

2021
4 Jabatan pendidkan Negeri Perlis, MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual Pengurusan Kurikulum )

2021

penerokaan dapat dibuat atau perubahan dapat dilaksanakan dengan mengambil kira risiko
yang bakal dihadapi.

Akhir sekali, sekolah mestilah berupaya membina niche areanya yang tersendiri
bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita dalam penerokaan sesuatu bidang. Hal ini demikian
kerana inspirasi sekolah bukan hanya sekadar cita-cita sebahagian kumpulan kecil di
sekolah tetapi ia gagasan yang perlu dijunjung oleh semua warga sekolah sebagai satu cita-
cita yang dibina bersama. Bagi merealisasikan kecemerlangan bersama, sebagai contoh
niche area SMKTLS adalah mata pelajaran Sejarah, maka semua warga sekolah perlu
bekerja keras bagi memastikan aktiviti dalam bidang ini menjadi keutamaan sekolah .

Sekolah perlulah mencari kekuatan tersendiri dan menjadikannya sebagai Pulling
Factor penggerak perubahan. Usaha pencarian ini boleh menggunakan kaedah scanning
bagi menganalisis masalah dan kelemahan dan kekuatan yang ada di sekolah .

Dengan menggunakan kaedah Simply Process sekolah bolehlah merangka dan
merancang. Dengan erti kata lain “REDESIGN” segala sumber yang ada di sekolah bermula
dari perancangan kurikulum, kokurikulum mahupun Unit HEM . Setiap sekolah disarankan
menggunakan kaedah ataupun strategi yang mudah dan fleksibel serta sesuai dengan
keupayaan dan kemampuan sekolah masing-masing. Penyelesaian ini menjadikan setiap
sekolah di negeri Perlis berkembang menjadi sekolah yang unik dan cemerlang mengikut
bakat, potensi dan kemenjadian pelajar mengikut sekolah masing-masing.

Melihat kepada keunikan ini, SMKTLS telah mengambil pendekatan
mengimplementasikan Taksonomi #09Educator dalam rangka kecemerlangannya.
Hasilnya dalam masa satu tahun, pelbagai penambahbaikan berjaya dilaksana dan pelbagai
kejayaan juga dapat dilihat dan diukur dari garapan Taksonomi #09Educators.

ISU DAN MASALAH

Bermula pada tahun 2020, apabila taksonomi JPN diperkenalkan, SMKTLS telah
mengambil inisiatif membuat survey bagi melihat keperluan dan pendekatan yang boleh
digunakan dalam mengimplimentasi Taksonomi #09Educator di sekolah. Hasil dapatan
survey mendapati 2 isu utama yang menjadi penghalang kepada kecemerlangan sekolah
iaitu:

i) Penguasaan ICT yang lemah dalam kalangan guru

ii ) Kebolehupayaan kemenjadian murid yang monostik.

Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2),
Kementerian Pendidikan Malaysia, guru memainkan peranan penting sebagai sumber
pemudah cara ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
keberkesanan peningkatan dan perkembangan murid secara menyeluruh . Guru berperanan
sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai terhadap
perkembangan murid. Manakala murid pula adalah pembelajar aktif, kritis dan kreatif.
Menurut Wan Nor Hasma Wan Hassan dalam Journal of Educational Research and
Indigenous Studies Issue: 1 (1), 2019 5“ Teaching in schools nowadays are so challenging.
Besides teaching, the teachers need to always be prepared and professionally develop
themselves for the changes and tasks in the curriculum.” Menurut beliau, sekolah pada
masa ini sangat mencabar. Selain mengajar, para guru perlu sentiasa bersedia dan
mengembangkan diri secara profesional untuk perubahan dan tugas dalam kurikulum.

Hasil penelitian yang dijalankan mendapati penguasaan kemahiran guru SMKTLS
dalam ICT berada di tahap yang sederhana .Sebanyak 52.38% guru sangat memerlukan
kemahiran ICT dalam PDP . Hal ini bermakna lebih daripada 50% dalam kalangan guru
SMKTLS masih di tahap kurang mahir ICT, sedangkan seperti mana yang kita maklum,
kemahiran ICT amatlah penting dalam tempoh pendemik kerana hanya PdPR sahaja yang
dapat dilaksanakan. Paling merisaukan tinjauan menunjukkan 95% pelajar telah bersedia
belajar secara dalam talian. Justeru, sangat membimbangkan sekiranya pelajar telah
bersedia tetapi guru tidak dapat menyampaikan kandungan pembelajaran dengan
berkesan disebabkan kurangnya kemahiran dan penguasaan teknologi dan ICT

Persaingan bagi mendapatkan pekerjaan bukanlah isu baharu dalam dunia global
hari ini. Kecemerlangan akademik semata-mata tidak memadai sekiranya mereka tidak
memiliki kemahiran nilai kebolehpasaran . Kebolehupayaan kemenjadian murid yang
monostik secara tidak langsung akan membantutkan perkembangan pelajar malah
menjadikan mereka tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul . Justeru,
semua pelajar khususnya pelajar SMKTLS perlu menyiapkan diri dengan pelbagai
kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat peluang kehidupan yang lebih baik pada
masa hadapan.

Pemahaman yang baik dalam pemikiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga
dilaksanakan bagi melahirkan Generasi Z yang mempunyai nilai kebolehpasaran kerja yang
tinggi. Kebolehpasaran kerja hanya dapat dicapai jika modal insan yang diproduktivitikan
memiliki verifikasi tinggi, kompeten, berkemahiran kendiri, holistik dan memiliki karisma serta
personaliti yang sejajar dengan keseimbangan sumber manusia abad ke-21(Nor Shela

5 Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Issue: 1 (1), 2019 #

Saleh )6. Kebolehan dalam kreativiti juga merupakan salah satu kompentensi yang sangat
tinggi dalam permintaan pasaran kerja pekerja ( Limen , 2000: Krawjewski dan Callahan ,
1998)7

Hal ini bermakna, pelajar perlu menguasai lebih daripada satu kemahiran bagi
memastikan mereka tidak ketinggalan dan tercicir pada masa hadapan . Melihat kepada
dua isu tersebut, pihak pengurusan sekolah berpandangan perubahan perlu dilakukan
terutama kepada guru bagi memastikan sekolah dapat berada di garisan yang sama dalam
merealisasikan hala tuju dunia pendidikan kini. Tenaga guru perlu digemblengkan secara
menyeluruh dan tiada sesiapa yang patut tercicir dalam arus pendidikan kini.

TEACHERS BRANDING STUDENT GROWING

Menyedari hakikat peranan guru yang sangat besar dalam membina pelajar ,
SMKTLS telah mengambil pendekatan memperkenalkan satu konsep iaitu TEACHERS
BRANDING STUDENT GROWING . Maksud TEACHERS BRANDING adalah
menjenamakan semula fungsi dan peranan guru mengikut minat dan kepakaran yang ada
pada seseorang guru. Tujuannya supaya SMKTLS dapat membangunkan sumber yang ada
di sekolah secara menyeluruh. Melalui kaedah ini, guru tersebut mendapat pengiktirafan dan
penghargaan terhadap kebolehan dan kepakaran beliau. Hal ini dapat membantu beliau
meningkatkan keyakinan untuk berkongsi dan membantu orang lain.Sebagai contoh guru -
guru yang telah direbrandingkan di SMKTLS ialah Cikgu Noreriffin bin Norazaman
dilabelkan sebagai guru Pembina Aplikasi (Guru APP) dan juga Guru ICT Expert. Beliau
telah berjaya menarik perhatian guru-guru yang lain untuk mempelajari ICT dalam
pengajaran seperti Penggunaan Flipped Classroom dan penggunaan OBS dalam PdPR .
Malah beliau turut mengadakan kelas bimbingan khas kepada guru-guru yang memerlukan
bantuan. Guru SMKTLS lain yang berkebolehan dalam ICT terutama Data Studio ialah
Cikgu Iskandar Zahid @ Izwan bin Ismail. Beliau merupakan guru bahasa Inggeris yang
telah berupaya menarik perhatian guru lain untuk mempelajari cara menguruskan data-data
maklumat yang penting di sekolah. Keadaan ini sangat membantu terutama sekali dalam
tempoh PdPR bagi membantu guru menguruskan maklumat kehadiran pelajar, pengurusan
kelab dan persatuan dan aktiviti kokurikulum yang lain.

6 Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 terhadap Potensi Kebolehpasaran Modal Insan. Innovative Teaching
and Learning Journal, 2 (2), 71–81
7 A Strategy for Vocational Training of Young Adults with Special Needs. Journal for Vocational Special Needs
Education. 21(1), 34-38

Selain daripada guru ICT dan IOT, SMKTLS juga terkenal dengan guru yang
berkemahairan dalam aplikasi TIK TOK iaitu Cikgu Norlida binti Muhd Pisol. Beliau bukan
sahaja berjaya mengetengahkan kemahiran beliau dalam kalangan guru SMKTLS, malah
berjaya menarik minat pelajar dan guru di seluruh Malaysia untuk mengikuti saluran TIK
TOK beliau di media sosial. Selain meningkatkan keyakinan diri mereka sendiri, guru-guru
tersebut turut dapat memberikan keyakinan kepada rakan-rakan untuk meningkatkan
kemahiran pengajaran sama ada secara dalam talian ataupun bersemuka. Dari sinilah
munculnya idea inovasi Pear Coaching Team ( PCT ) yang diwujudkan. Guru -guru
mendapat bimbingan daripada rakan-rakan guru yang mahir tanpa had masa, keterbatasan
tempat dan medium. Hal ini bermakna, guru-guru SMKTLS dapat belajar dan mengukuhkan
kemahiran ICT sesama mereka. Selain itu, ramai lagi guru yang telah berjaya dilabelkan
semula iaitu guru GCE seperti Cikgu Norfazlinda binti Mustafa dan Cikgu Rosita binti
Abdullah manakala Cikgu Widad binti Osman, Cikgu Rosalina binti Darus dan Cikgu Nur
Damia Aimi binti Shaffee menjadi Guru Perlis Online Teaching (POT).

Selain daripada berjaya membawa konsep Branding Teacher, SMKTLS juga telah
mengetengahkan konsep Redesign pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah
berdasarkan Taksonomi #09Educator dengan menggarapkan 6 elemen taksonomi
melalui pusat sumber sekolah yang merupakan Pulling Factor kedua di SMKTLS selepas
Guru ICT.

Fungsi dan peranan pusat sumber sekolah sebagai Digital Future Library telah
menjadi lebih luas dan lebih praktikal dengan situasi pembelajaran semasa. Sebagai contoh,
fungsi dan peranan pusat sumber jika dahulunya agak terhad sebagai tempat sumber
rujukan bahan bacaan, pinjaman dan pemulangan buku, serta tempat mengulang kaji bagi
pelajar. Budaya senyap ketika berada di perpustakaan adalah satu budaya yang mesti
dipatuhi hingga menyebabkan pusat sumber menjadi tempat yang membosankan.

Namun, dengan berpandukan Taksonomi #09Educators, Pusat Sumber SMKTLS
telah berjaya membuat perubahan dari sudut fungsi dan peranan serta keadaan fizikal pusat
sumber itu sendiri.

Elemen Entrepreneurship dalam perpustakaan telah dapat direalisasikan dengan
wujudnya Read and Rest Cafe. Kewujudan cafe di dalam perpustakaan telah mengubah
mood warga SMKTLS. Dari sudut fizikalnya, Pusat Sumber SMKTLS kelihatan lebih ceria
dan berjaya menarik perhatian ramai pelajar untuk berada di situ. Mereka mula mengambil
kesempatan mengunjungi perpustakaan untuk membaca bagi membolehkan mereka
berada di cafe. Paling penting, kewujudan cafe juga memberi peluang dan ruang kepada

pelajar mencungkil bakat dan meneroka bidang keusahawanan yang dapat memberi
faedah dalam jangka masa panjang.

Elemen lain yang berjaya diterapkan di Pusat Sumber SMKTLS ialah event
management dalam kalangan murid, iaitu kemahiran menguruskan program. Kemahiran ini
sangat penting kerana di sinilah terbentuknya daya kepimpinan, komunikasi yang baik,
kemahiran creatical thinking , kreatif dan banyak lagi. Pusat sumber adalah tempat terbaik
bagi merealisasikan perkara tersebut kerana di bawah pusat sumber mempunyai lebih
daripada 20 program tahunan yang dilaksanakan setiap tahun. Program Pusat Sumber
SMKTLS telah menjadi platform pelajar-pelajar terutama pengawas PSS dan pengawas
sekolah belajar menguruskan program sekolah dengan berkesan. Guru hanya bertindak
sebagai pemimpin dan hanya memberi bimbingan jika diperlukan.

Sebagai contoh, Program Bulan Membaca adalah program tahunan Pusat Sumber
SMKTLS. Jika dahulunya, guru yang melaksanakannya, namun setelah fungsi dan peranan
diberi nafas baru, guru mengambil pendekatan dengan hanya memberi bimbingan yang
sedikit kepada pelajar. Pelajar telah memainkan peranan yang besar dalam merancang,
mengurus dan melaksanakan serta membuat penilaian program setelah ia berjaya
dilaksanakan. Dari sini kita boleh melihat bagaimana penerapan nilai kepimpinan berjaya
digarapkan dalam aktiviti-aktiviti di Pusat Sumber SMKTLS. Selain itu, ruang pusat sumber
juga telah dioptimumkan seperti mewujudkan workshop area ( PBL Project ), presentation
area , green screen, mini studio area dan discussion area.

Bersesuaian dengan bidang pertanian yang menjadi sumber ekonomi negeri Perlis,
elemen agriculture juga dititikberatkan oleh pihak sekolah. Penerapan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang pertanian kepada pelajar dapat memberi peluang kepada mereka
untuk mengembangkan potensi dan kemahiran yang sedia ada pada diri mereka. SMKTLS
memiliki kebun mempelam Harumanis yang diusahakan oleh warga SMKTLS dengan
kerjasama PIBG dan KSIB. Penanaman mempelam Harumanis merupakan industri
pertanian yang sangat bernilai komersial di negeri Perlis. Terdapat lebih daripada 100 pokok
Harumanis yang telah ditanam dan membuahkan hasil serta dapat menjana pendapatan
tambahan kepada sekolah. Keadaan ini sudah tentu membuka peluang pengetahuan yang
lebih luas kepada pelajar untuk kajian dan penyelidikan seterusnya menghasilkan idea serta
inovasi baharu . Sebagai contoh pelajar SMKTLS telah berjaya menghasilkan inovasi
Greenhouse Portable Waste sebagai satu usaha untuk menjaga kelestarian dan penjagaan
hasil tanaman Harumanis.

Penutup

Taksonomi #09Educators sangat bertepatan dan sesuai dilaksanakan secara
menyeluruh di SMKTLS dan boleh dicontohi oleh sekolah lain. Dengan adanya Taksonomi
#09Educators, sekolah berjaya merangka dan merancang pendekatan yang berkesan
dalam pengajaran bagi membantu guru melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka
dengan lebih berkesan. Hal ini selari dengan perkembangan teknologi yang sangat
mencabar seterusnya dapat membina kebolehupayaan dan kemenjadian pelajar dalam
mengembangkan bakat dan potensi semula jadi dalam diri pelajar.

Rujukan

_______________________________________________________________________

1. Jabatan pendidkan Negeri Perlis ( 2021 ) MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual
Pengurusan Kurikulum )

2. KAMUS DEWAN (2005 ) : Dewan Edisi kelima .
3. Wan Nor Hasma Wan Hassan ( 2019 ) Journal of Educational Research and Indigeneous

Studies Issue: 1 (1)
4. Nor Shela Saleh , Mohd Shafie Rosli ( 2018 ) :Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21

terhadap Potensi Kebolehpasaran Modal Insan. Innovative Teaching and Learning Journal, 2
(2), 71–81
5. Krajewski, J. dan Callahan, J. (1998). Service-Learning: A Strategy for Vocational Training of
Young Adults with Special Needs. Journal for Vocational Special Needs Education. 21(1), 34-
38


Click to View FlipBook Version