The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86211003, 2022-03-11 07:39:07

PENULISAN : PEER COACHING TEAM

PSS

PENULISAN ILMIAH :
PEER COACHING TEAM
PENERAJU ICT DAN
KECEMERLANGAN SMKTLS
PERBENTANGAN :
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK
PUSAT SUMBER
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
TARIKH : 26-28 FEBRUARI 2022

ROSITA BINTI ABDULLAH
GPM SMK TUANKU
LAILATUL SHAHREEN

PEER COACHING TEAM ( PCT ) Peneraju ICT & Kecemerlangan SMKTLS

Rosita binti Abdullah (Guru Perpustakaan dan Media)
Haliah binti Othman (Pengetua)

SMK Tuanku Lailatul Shahreen , JPN Perlis
Correspondence e-mail: [email protected]

Krisis Globalisasi Pandemik Covid -19 baru-baru ini telah memberi tamparan yang
hebat kepada warga pendidik di seluruh dunia. Kesediaan guru mengajar secara
dalam talian dengan menggunakan aplikasi teknologi dalam pendidikan atau e-
pembelajaran menjadi isu penting yang perlu dihadapi. Guru dan pelajar perlulah
menguasai ICT kerana tahap penguasaan ICT yang rendah boleh menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara bersemuka ataupun PDPR.
Bagi memastikan kecemerlangan sekolah diteruskan, Pusat Sumber SMK Tuanku
Lailatul Shahreen(SMKTLS) telah memainkan peranan sebagai agen penggerak
utama dalam mencorakkan perubahan secara holistik. Pusat Sumber SMKTLS
dengan kerjasama Unit Latihan Perkhidmatan sekolah telah membuat tinjauan dan
penilaian mengenai tahap penguasaan ICT guru. Hasil tinjauan tersebut mendapati
bahawa tahap penguasaan ICT dalam kalangan guru adalah rendah. Dengan
menggunakan Taksonomi JPN #09educator, Pusat Sumber SMKTLS telah
memperkenalkan konsep “Peer Coaching Team” (PCT) dalam membantu guru-guru
dan pelajar meningkatkan kemahiran penguasaan ICT terutama dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi memastikan e-pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan . Amalan terbaik Pusat Sumber SMKTLS adalah untuk menggembleng
sumber yang ada bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat diteruskan.

KATA KUNCI : Penguasaan ICT , Peer Coaching Team, Kecemerlangan pelajar

1. PENGENALAN

Dalam merealisaikan usaha mentranformasi pendidikan negara, guru merupakan
tunggak utama yang menentukan corak masa hadapan negara. Mereka umpama
berlian yang bernilai dan pada masa yang sama memantulkan cahaya yang indah
kepada yang lain. Merujuk kepada Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam anjakan ketujuh, guru
memainkan peranan yang penting dalam memastikan warga Malaysia berupaya
memanfaatkan ICT dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia1 .
Sehubungan dengan itu, peranan guru untuk melestarikan ICT dalam pendidikan
bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh malah ia adalah agenda negara
yang perlu dipikul bersama . Guru perlulah menyiapkan diri mereka terlebih dahulu
dengan kemahiran-kemahiran asas penggunaan ICT dan penggunaan aplikasi
teknologi yang terkini bagi membolehkan mereka dapat menerapkan kemahiran
tersebut kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Antara kemahiran ICT yang diperlukan oleh seorang guru adalah penggunaan
aplikasi pendidikan atas talian seperti, Google Doc, Google Slide, Google Drive,

1 Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025)

Google Sheet, Google Form, Google Classroom, Photo and Video Editing, Data
Studio, Flip Classroom, Telegram Application dan macam-macam lagi.
Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, Pusat Sumber SMKTLS memainkan peranan
yang sangat penting dalam menggerakkan sepenuhnya sumber yang ada di sekolah.
Pusat Sumber perlulah mencari kaedah yang sesuai bagi memastikan kemahiran ICT
guru-guru di sekolah ini dapat dibangunkan secara menyeluruh dan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar SMKTLS. Merujuk kepada intipati
Taksonomi JPN #09educator yang diperkenalkan oleh Cikgu Naharuddeen bin
Othman yang merupakan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, beliau menjelaskan
bahawa untuk melahirkan pelajar-pelajar yang hebat sudah tentulah kita memerlukan
guru-guru yang hebat. Justeru, semua warga pendidik di negeri Perlis perlulah bekerja
keras untuk membangunkan kompentensi dan kemahiran masing-masing dalam
semua aspek supaya dapat mendidik dan mengasuh pelajar menjadi insan yang
hebat.

Rajah 1 : 6 Elemen Taksonomi #09educator
Merujuk Rajah 1 : Terdapat 6 kemahiran utama yang perlu diberi penekanan oleh
semua warga pendidik khasnya di sekolah-sekolah di negeri Perlis iaitu ICT, IOT ,
ENTREPRENEURSHIP, COMMUNICATION , EVEN MANGEMENT dan juga
AGRICULTURE . Justeru guru-guru perlulah memastikan mereka bukan sahaja
menguasai 6 elemen tersebut tetapi boleh menggarapkan elemen kemahiran tersebut
kepada para pelajar2.

2. ISU DAN MASALAH :
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberi kesan yang besar dalam
sejarah pendidikan negara. Pengajaran dan pembelajaran secara konvensional bukan
sahaja terpaksa ditangguhkan malah tugas guru menjadi semakin mencabar kerana
perlu menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran norma baharu secara
atas talian. Sama ada bersedia atau tidak, guru perlu menyiapkan diri dengan
pengetahuan berkaitan kemahiran teknologi dan aplikasi pendidikan terkini bagi

2 Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, MOVING FORWARD #O9CURRICULUM (Manual Pengurusan Kurikulum)
2021

memastikan tiada pelajar yang tercicir dan terjejas rentetan krisis global yang
melanda.

Berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat terhadap kumpulan guru di SMK Tuanku
Lailatul Shahreen, hasil dapatan menunjukkan:
1. Penguasaan ICT sebahagian guru masih di tahap yang rendah.
2. Pengintegrasian ICT menggunakan aplikasi teknologi dalam pendidikan juga

di tahap yang rendah.

SEBAB TAHAP PENGUASAAN ICT YANG RENDAH
Terdapat beberapa sebab yang telah dikenal pasti sebagai punca kepada tahap
penguasaan ICTyang rendah dalam kalangan guru. Antaranya :
1. Latar belakang Usia / Tempoh Perkhidmatan:

Rajah 2 : Tempoh perkhidmatan guru-guru di SMKTLS

Daripada 40 responden dalam kalangan guru menunjukkan 47.5 % guru adalah dari
kumpulan guru yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dan 22.5% telah
berkhidmat lebih daripada 15 tahun. Hasil temu bual menunjukkan kebanyakan
mereka kurang terdedah dengan perkembangan teknologi pendidikan berbanding
guru-guru muda sebanyak 10% yang terdedah dengan teknologi dan aplikasi terkini
dalam pendidikan. Ini adalah antara punca mengapa tahap penguasaan ICT dalam
kalangan guru di SMK Tuanku Lailatul Shahreen masih di tahap yang rendah .

2. Tiada Faktor Mendesak:
Sebelum pelaksanaan PDPR, tiada keperluan mendesak yang mewajibkan semua
guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian
guru lebih selesa menggunakan buku teks, buku kerja dan kertas lampiran sebagai
alat atau bahan bantu pengajaran berbanding penggunan ICT di dalam kelas .
Penggunaan ICT yang ada hanya terhad kepada bahan pengajaran seperti Power

Point dan Microsoft Word serta Excel. Justeru, penggunaan ICT dan pengintegrasian
aplikasi pendidikan terkini masih kurang dilaksanakan kerana tiada keperluan
mendesak .

3. Kurangnya Kursus -kursus Penggunaan Aplikasi Pendidikan Dalam Talian
yang Ditawarkan

Sebahagian besar guru kurang didedahkan kepada kursus -kursus dan bengkel serta
latihan yang berbentuk penggunaan ICT dan aplikasi terkini, menyebabkan
pengetahuan tarhadap penggunaan aplikasi terhad dan terbatas. Kursus -kursus yang
ada kebanyakannya ditawarkan kepada guru ICT dan guru yang mempunyai kaitan
dengan media seperti Guru Pusat Sumber atau guru dalam bidang teknik dan
vokasianal. Cuma kebelakangan ini, ekoran krisis pandemik yang melanda, dapat
dilihat pelbagai kursus mula ditawarkan secara dalam talian. Namun bukan semua
guru dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Kebanyakan guru lebih
selesa belajar secara bersemuka .

4. Tiada Kemudahan Peranti ICT dan Talian Internet yang Tidak Stabil:

Faktor tiada kemudahan peranti dan talian Internet yang stabil turut menjadi
penghalang kepada penggunaan ICT di sekolah. Guru-guru tidak dapat
menggunakan ICT dengan lancar kerana tiada kemudahan bahan peranti yang cukup
dan talian Internet yang tidak stabil . Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan
motivasi guru untuk menggunakan aplikasi yang ada dalam pengajaran dan
pembelajaran secara konsisten.

Faktor-faktor di atas telah menyebabkan kuranganya penggunaan aplikasi teknologi
pendidikan di sekolah. Banyak sumber tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pelajar dan guru dalam usaha meningkatkan kualiti kecemerlangan dalam kehidupan.
Penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan pembelajaran
dan pengajaran secara konvensional terjejas. Guru perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian. Malahan, guru perlu menguasai dan mempunyai
literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang terkini. Sebagai seorang guru
yang bertanggunjawab, mereka perlulah memanfaatkan teknologi dan aplikasi
pendidikan dalam talian bagi memastikan pendidikan para pelajar tidak terjejas.

3. OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan kemahiran ICT dan pengintergrasian aplikasi dalam teknologi
pendidikan dalam kalangan guru SMK Tuanku Lailatul Shahreen bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran terutama ketika PDPR.

2. Mengukuhkan kerjasama “team work” guru-guru dan pelajar dalam menyokong
pembelajaran secara berterusan.

3. Mengoptimumkan fungsi dan peranan Pusat Sumber SMKTLS sebagai agen
perubahan atau penggerak kecemerlangan sekolah.

4. METODOLOGI

Bagi menyahut cabaran tersebut Pusat Sumber SMKTLS telah mengambil inisiatif
dengan memperkenalkan kaedah Peer Coaching Team (PCT) bagi meningkatkan
kemahiran guru dalam melestarikan penggunaan ICT di sekolah .

Apakah yang dimaksudkan dengan Peer Coching Team?

Menurut kamus Cambridge “Peer ialah a person who is the same age or has the same
social position or the same abilities as other people in the group 3: atau dengan kata
lain maksudnya adalah seseorang yang sebaya atau seseorang yang mempunyai
kedudukan sosial yang sama atau kebolehan yang sama dengan orang lain dalam
kumpulan tersebut atau dengan bahasa yang mudah di sini ialah rakan sejawatan.
Manakala Coaching ialah involved in or giving special classes in sport or school
subject,or a work -related activity to one person or small group4 atau dengan kata lain
bimbingan berbentuk kelas khas untuk sesuatu subjek atau kerja kepada seseprang
atau kumpulan yang kecil . Team pula ialah a number of people who do something
together as a group5 bermaksud beberapa individu yang bekerja dalam satu
kumpulan.

Berdasarkan pengertian di atas, bolehlah disimpulkan bahawa Peer Coaching Team
(PCT) adalah satu kumpulan dari kumpulan yang sama bertindak memberi bimbingan
yang khusus kepada ahli kumpulannya dengan tujuan dan maksud yang tertentu.

Secara prinsipnya PCT ini dapat dilihat sebagai satu aktiviti kumpulan atau pasukan
yang menyokong antara satu sama lain dalam membuat suatu perubahan atau
proses, termasuklah perkongsian perancangan dan objektif pengajaran dan
pembangunan bahan dan pelajaran. Bruce Joyce( 1996) 6.

Kajian Wiiterholt, Goedhart dan Suhre (2016) turut menyatakan bahawa koloborasi
dengan rakan sekerja melalui perbincangan dan refleksi akan menghasilkan peluang
yang berterusan untuk perubahan guru dalam pengetahuan praktikal7. Kajian ini telah

3 https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/peer
4 https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/coaching
5 https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/team
6 Bruce Joyce. The Evolution of Peer Coaching. Educational Leadership, March 1996
7 Witterholt, M., Goedhart, M., & Suhre, C. (2016). The impact of peer collaboration on teachers
practical knowledge. European Journal of Teacher Education, 39(1), 126–143

disokong oleh Gray dan Ward ( 2016) 8yang menyatakan pembelajaran bersama
rakan memberi ruang kepada guru untuk menimbang semula pegangan dan
mengubah amalan.

Berdasarkan penjelasan maksud di atas, kaedah PCT ini dapat diertikan sebagai satu
kumpulan rakan sebaya atau rakan sejawat yang berupaya memberi bimbingan
secara khusus dalam aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang kecil
bagi mencapai sesuatu tujuan yang dikehendaki. Maksud dan tujuan di sini adalah
keupayaan menggunakan ICT dan mengintegrasikan aplikasi teknologi dalam
pendidikan selaras dengan Aspirasi Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
masyarakat yang dapat memanfaatkan ICT dan teknologi demi pembangunan negara.

Kelebihan Pelaksanaan PCT:

Terdapat banyak kelebihan yang boleh dilihat hasil dari pelaksanaan PCT di SMK
Tuanku Lailatul Shahreen.

1. Meningkatkan Keyakinan Guru Sebagai “Coach Leader” (Ketua Pembimbing):

PCT dapat mengkatkan keyakinan guru dalam penguasaan ilmu dan kemahiran . Hal
ini dapat menjadikan seseorang rasa diiktiraf dan dihargai . Sebagai Coach Leader,
mereka berasa pengetahuan mereka bernilai dan diiktiraf oleh pihak sekolah sebagai
pembimbing ataupun fasilitator . Mereka akan berasa selesa dan mudah uutuk
berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekerja mereka, manakala rakan yang
dibimbing turut rasa selesa kerana dibantu oleh rakan mereka sendiri. Jurang
perbezaan pengetahuan serta perasaan segan dan rendah diri dapat dihindarkan
kerana mereka daripada kumpulan yang sama.

2. Dapat Dilaksanakan Tanpa Mengira Tempat:

PCT tidak memerlukan tempat yang khas. Ia boleh dilaksanakan di mana-mana
tempat seperti di pusat sumber, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik tayangan, kantin,
surau, kelas dalam talian atau bersemuka kerana ia hanya melibatkan kumpulan
yang kecil atau individu perseorangan bersama Coach Leader mereka.

3. Tiada Sempadan Masa:

PCT juga dapat dilangsungkan tanpa memerlukan masa yang khusus kerana ia boleh
dilaksanakan pada bila-bila masa seperti pada masa lapang guru ataupun ketika
mereka mempunyai masalah, mereka dapat bertanya secara langsung daripada
mana-mana Coach Leader tanpa rasa segan silu.

4. Bersesuaian dengan Senario Semasa Perintah Kawalan Pergerakan:

Perintah Kawalan Pergerakan telah mengehadkan pergerakan guru untuk keluar
berkursus . Banyak aktiviti latihan dan kursus di peringkat zon dan negeri terpaksa
ditangguhkan . Justeru, tindakan Pusat Sumber SMKTLS mewujudkan PCT adalah

8 Gray, S., & Ward, G. (2019). Critical elements in teacher collaboration to bring about change in bringing an
English language focus to science teaching. Teachers’ Work, 16(1and 2),
48–63. https://doi.org/10.24135/teacherswork.v16i1and2.286

bersesuaian dengan keperluan semasa. Pihak sekolah dapat menggembleng sumber
yang ada di sekolah dalam membangunkan program-program bersifat latihan dengan
mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung Penularan Covid-
19.

5. Menjimatkan Wang / Kos:

PCT mengunakan tenaga pengajar atau pembimbing dalam kalangan guru. Justeru ,
tiada bayaran penceramah dikenakan. Sekolah dapat menjimatkan sumber kewangan
untuk bayaran kepada penceramah, kos makan dan minum penceramah. Keadaan ini
sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam usaha menangani krisis ekonomi
yang melanda negara ketika ini.

6. Pembelajaran Lebih Santai:

Kaedah ini diharapkan dapat membantu guru secara lebih santai kerana mereka dapat
dibimbing oleh rakan sendiri tanpa mengira tempat, masa dan waktu. dalam
mempelajari sesuatu kemahiran ICT mahupun aplikasi pendidikan yang terkini.
Suasana santai dalam pembelajaran amat penting bagi menjaga motivasi guru dan
pelajar yang cukup tertekan disebabkan perubahan norma baharu dalam dunia Vuka
ini.

Untuk merealisasikan idea dan aspirasi tersebut Pusat Sumber SMKTLS telah
menyenaraikan beberapa langkah bagi melaksanakan PCT:

Langkah 1: Membentuk Jawatan kuasa Khas:

Membentuk satu unit khas di bawah PSS untuk mengenal pasti guru-guru yang
mempunyai kemahiran dalam ICT dan juga guru-guru yang memerlukan bimbingan
penggunaan ICT mengikut tahap kemahiran masing-masing dengan melihat
keupayaan menggunakan Google Classroom sebagai medium pembelajaran ketika
PDPR .

Rajah 4 : Graf keupayaan guru menggunakan Google Classroom sebagai medium pengajaran dan pembelajaran semasa PDPR

*Petunjuk skala 1 Tidak bersetuju , 2 kurang bersetuju , 3 setuju dan 4 sangat setuju

Graf menunjukkan keupayaan guru menggunakan Google Classroom sebagai
medium pengajaran dan pembelajaran sebelum pelaksanaan Peer Coaching Team
(PCT). Terdapat hampir 42.9 % daripada kalangan guru yang masih belum menguasai
penggunaan Google Classroom semasa PDPR berlangsung manakala 16.7 %
menunjukkan kumpulan guru yang sangat yakin terhadap penguasaan ICT ( merujuk
kepada penggunaan Google classroom ) .

Justeru, Pusat Sumber SMKTLS telah membahagikan kempulan guru mengikut
penguasaan ICT kepada 3 kumpulan:

Kumpulan 1 :Kumpulan guru yang mahir dan berupaya menggunakan kemahiran ICT
sepenuhnya dengan yakin dan mampu berkongsi pengetahuan dengan guru lain.
Kumpulan ini dinamakan sebagai Coach Leader.

Kumpulan 2 : Kumpulan sederhana mahir yang telah mempunyai pengetahuan asas
berkaitan kemahiran ICT, namun masih memerlukan bantuan dan bimbingan yang
sedikit bagi meningkatkan keyakinan untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Kumpulan 3 : Kumpulan yang tidak mahir dan jarang-jarang menggunakan ICT dan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Meraka adalah kumpulan
yang sangat memerlukan bimbingan daripada orang lain bagi membantu mereka
melaksanakan tugas terutama dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam
talian atau luar talian

Langkah 2 : REBRANDING TEACHER

Menjenamakan Guru Mengikut Kemahiran dan Kepakaran:

Setelah membahagikan guru kepada 3 kumpulan, Pusat Sumber SMKTLS telah
mengambil langkah untuk melaksanakan REBRANDING TEACHER atau dengan
kata lain melabelkan guru yang mahir sebagai Coach Leader mengikut kepakaran
masing-masing.

Maksud REBRANDING TEACHER adalah menjenamakan semula fungsi dan
peranan guru mengikut minat dan kepakaran yang ada pada seorang guru. Tujuannya
supaya sekolah dapat membangunkan sumber yang ada di sekolah secara
menyeluruh . Melalui kaedah ini guru tersebut bukan sahaja mendapat pengiktirafan
dan penghargaan terhadap kebolehan dan kepakaran beliau malah dapat membantu
beliau meningkatkan keyakinan untuk berkongsi dan membantu guru lain. PSS cuba
mengetengahkan guru-guru yang berkemahiran dengan menyediakan poster yang
menarik bagi menarik perhatian dan minat guru lain.

Berikut merupakan contoh poster mempromosi guru mengikut kemahiran dan
kepakaran guru.

Gambarajah 5 : Poster yang disediakan unit promosi Pusat Sumber bagi mempromosi kursus atau latihan yang diperlukan oleh

guru .

Antara guru yang berjaya direbrandingkan di SMKTLS ialah Cikgu Noreriffin bin
Norazaman dilabelkan sebagai guru Pembina Aplikasi (Guru APP) dan juga Guru ICT
Expert. Beliau telah berjaya menarik perhatian guru-guru yang lain untuk mempelajari
ICT dalam pengajaran seperti penggunaan Flipped Classroom dan penggunaan OBS
dalam PDPR . Malah beliau turut membuat kelas bimbingan khas kepada guru-guru
yang memerlukan bantuan.

Contoh lain yang turut diketengahkan oleh PSS dalam ICT ialah Guru Data Studio,
Cikgu Iskandar Zahid@ Izwan bin Ismail yang merupakan guru bahasa Inggeris.
Beliau telah berupaya menarik perhatian guru untuk mempelajari cara menguruskan
data-data maklumat yang penting di sekolah. Sebagai contoh, berkongsi dengan guru
membina data studio bagi unit HEM , unit peperiksaaan dan juga kokurikulum.
Keadaan ini sangat bermanfaat terutama dalam tempoh PDPR bagi membantu guru
menguruskan maklumat kehadiran pelajar, pengurusan kelab dan persatuan,
mahupun aktiviti kokurikulum.

Selain daripada guru ICT dan IOT, SMKTLS juga terkenal dengan guru TIK TOKnya
iaitu Cikgu Norlida binti Muhd Pisol. Beliau bukan sahaja berjaya mengetengahkan
kemahiran beliau dalam kalangan guru SMKTLS, malah berjaya menarik minat pelajar
dan guru di Malaysia mengikut saluran TIKTOK beliau di media sosial. Selain
meningkatkan keyakinan terhadap guru itu sendiri, guru tersebut turut dapat memberi
keyakinan kepada rakannya untuk meningkat kemahiran pengajaran sama ada
secara dalam talian ataupun bersemuka. . Guru -guru mendapat bimbingan daripada
rakan yang mahir dalam kalangan guru tanpa had masa, tempat dan medium. Hal ini

bermakna , guru SMKTLS dapat belajar dan mengukuhkan kemahiran ICT mereka
sesama mereka.

Selain itu, ramai lagi guru yang telah berjaya dilabelkan semula seperti guru GCE
iaitu Cikgu Norfazlinda binti Mustafa dan Cikgu Rosita binti Abdullah manakala Cikgu
Widad binti Osman sebagai Cikgu POT( Perlis Online Teaching) dan ramai lagi. Guru
Literasi Maklumat iaitu Cikgu Rosita binti Abdullah berperanan sebagai pembimbing
guru bagi mengenal pasti kaedah mencari maklumat menggunakan sumber teknologi
yang ada untuk dimanfaatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bersama-
sama guru dan pelajar.

Langkah 3 : Menyediakan Platform kepada Coach Leader untuk Menganjurkan
Kursus atau Latihan serta Persediaan Tempat:
PSS SMKTLS menyediakan platform dengan menganjurkan dan menyediakan
tempat latihan dan kursus di PSS dalam kumpulan yang kecil bagi membantu guru-
guru yang kurang kemahiran untuk menguasai kemahiran ICT dengan lebih yakin.
Struktur fizikal PSS SMKTLS yang minimalis dan kondusif menarik minat guru dan
pelajar untuk ke PSS. Walaupun perintah kawalan pegerakan menyebabkan pelajar
tidak dapat hadir dan menggunakan PSS seperti biasa, namun Pusat Sumber
SMKTLS tidak pernah sunyi kerana ia telah digunakan sepenuhnya oleh guru sebagat
platform untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka, Pusat Sumber SMKTLS telah
diubah suai menjadi lebih interaktif dan kondusif.
Anatra ruang yang menjadi perhatian guru dan pelajar ialah :
1. Café Read and Rest: Ruangan kafe menghasilkan mood yang berbeza Ketika
berada di PSS, guru atau pelajar akan merasa lebih selesa untuk berehat atau
membaca sambal menikmati hidangan makanan dan minuman. Keadaan ini amat
membantu guru dalam mempelajari ICT dalam tempoh PDPR di sekolah Bersama-
sama Coach Leader pilihan mereka dengan lebih selesa dan santai. Mereka juga
dapat menggunakan kemudahan atau bahan rujukan yang ada di PSS dengan lebih
berkesan .
Dalam Penulisan Panduan Pusat Sumber Idaman 2 , faktor kecantikan adalah menjadi
tumpuan utama tarikan warga sekolah ke PSS9. Ruang yang selesa juga adalah
penting bagi mewujudkan suasana yang baik bagi meningkatkan kualiti
pembelajaraan di sekolah

9 Mohamad Noor Azlan, Prasad, ShahRedha, SharifahJuliana,Zuridah Hanim, PANDUAN PUSAT SUMBER IDAMAN 2, 2020

Gambarajah 6 : Suasana interaktif dan kondusif di Pusat Sumber

2. Sudut Tirai/Layar atau Mini Green Screen Studio: ruang khas yang diwujudkan
dalam PSS sebagai kemudahan tambahan untuk guru dan pelajar meningkatkan
kemahiran penggunaan aplikasi pendidikan. Sudut layar berwarna hijau yang
digunakan sebagai latar belakang dalam proses pembuatan filem atau proses
menghasilkan visual latar yang lain adalah untuk memudahkan proses penyuntingan
gambar atau video iaitu dengan menambahkan latar belakang, karektor atau bahan
pembentangan. Studio mini ini sangat membantu guru menghasilkan bahan
pengajaran untuk digunakan sebagai Flipped Classroom bagi membantu
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Flipped Classroom adalah
salah satu model yang menggunakan konsep pengintegrasian antara pembelajaran
bersemuka dan e-pembelajaran yang boleh dilaksanakan di sekolah pada hari
ini. Menggunakan pendekatan seperti ini dapat mendedahkan murid kepada
persekitaran pembelajaran abad 21( Nooraini . 2017 )10
Hasil tinjauan yang dilakukan menunjukkan 98 % guru bersetuju , sudut Green Screen
di Pusat Sumber SMKTLS dapat membantu mereka meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran melalui suntingan gambar atau video sebagai bahan pengajaran.

10 Nooraiani , KEBERKESANAN PENDEKATAN FLIPPED CLASS ROOM DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH
RENDAH 2017.

Gambar 7 : Penggunaan sudut tirai / layar hijau membantu guru meningkatkan
kemahiran penggunaan aplikasi teknologi dalam pendidikan.
3. Workshorp Area: turut diwujudkan bagi membantu guru menggarapkan kemahiran
mereka kepada pelajar. Dengan adanya Workshorp Area, guru-guru yang telah
mendapatkan kemahiran dapat mempraktikkan kemahiran mereka yang telah
dipelajari daripada Coach Leader dengan memberi bimbingan kepada pelajar secara
berkumpulan di Pusat Sumber. Kebolehupayaan menguasai ICT bukan hanya
berlegar dalam kalangan guru malah guru-guru dapat membimbing pelajar
menguasai kemahiran yang sama.

Gambar 8 : Menunjukkan pelajar menggunakan Workshop Area bagi menyiapkan
tugasan PBL mereka di Pusat Sumber SMKTLS.

IMPAK
Secara keseluruhannya,pelaksanaan PCT telah memberi impak yang positif dalam
kalangan guru. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan pencapaian penguasaan
penggunaan ICT dalam kalangan guru malah dapat membantu meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam tempoh pelaksanaan PDPR hingga kini. Antara impak
yang boleh dilihat adalah:
1. Guru-guru dapat Menggunakan ICT dengan Lebih Yakin dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran.

RAJAH x : Hasil dapatan tinjauan sebelum PCT diperkenalkan

RAJAH Y : Hasil dapatan tinjauan selepas PCT diperkenalkan

Graf X di atas menunjuk hanya 8% dalam kalangan guru yang mempunyai kemahiran
dan tidak memerlukan bimbingan daripada pihak lain. Namun setelah PCT
dilaksanakan, jumlah guru yang sangat mahir telah meningkat kepada 46.5 % . Malah
hanya 7 responden sepertimana yang ditunjukkan dalam ( Graf X yang tidak mahir,
telah berupaya meningkatkan kemahiran seperti yang ditunjukkan dalam gambar
rajah Y. Keadaan ini jelas menunjukkan berlakunya peningkatan tahap penguasaan
ICT dan aplikasi teknologi serta proses pengajaran dan pembelajaran.dalam kalangan
guru berlaku .

2. PDPR Berjalan Lancar dan Berkesan.
Setelah PCT diperkenalkan, semua guru teleh berupaya mengendalikan kelas secara
dalam talian menggunakan pelbagai kaedah seperti Google Meet, Meet Telegram,
Discord App, Microsft Team, Zoom, Webex App dan bermacam-macam lagi Keadaan
ini membantu sekolah khasnya guru dan pelajar dapat berkomunikasi antara satu
sama lain semasa kelas PDPR dijalankan. Guru-guru dapat menyampaikan
pengajaran secara langsung kepada pelajar dan pelajar dapat belajar dengan lebih
baik. Pelajar dapat bertanya kepada guru secara langsung meskipun mereka berada
dalam talian

3. Berlaku Pengintegrasian Aplikasi Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran.
Guru -guru telah berkemampuan mengintegrasikan sumber-sumber tekonologi yang
ada bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
interaktif, contohnya menggunakan aplikasi Quizzes, Kahoot, Padlet, Plickers,
Zappar, Tarsia, Classdojo, Educreation dan pelbagai lagi. Aplikasi yang interaktif ini
dapat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

4. Kehadiran Pelajar Semasa PDPR Meningkat dari Semasa ke Semasa.
Kehadiran pelajar ke kelas semasa tempoh PDPR juga meningkat dari semasa ke
semasa, kerana pelajar mulai mendapat keyakinan untuk meneruskan pembelajaran
secara dalam talian dengan lebih baik berbanding minggu pertama dan kedua PDPR.

PURATA PERATUS KEHADIRAN
PDPR PELAJAR TINGKATAN 5
150.00% MENGIKUT FASA PKP

100.00%
50.00%

0.00%
5P 5K 5D 5B

FEB- MAC ( FASA1 ) MEI - JULAI ( FASA 2 )

Graf : Menunjukkan peningkatan peratus kehadiran pelajar Tingkatan 5 dalam tempoh Fasa 1 dan Fasa
2 PKP.
Sumber : Unit data HEM SMKTLS

5. Meningkatkan Penglibatan Aktiviti dan Pencapaian dalam Kokurikulum.
Penguasaan ICT dalam kalangan guru telah menyebabkan berlakunya penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum sangat menggalakkan. Guru berasa lebih yakin
untuk membimbing pelajar untuk melibatkan diri bagi aktiviti dalam talian dan juga di
luar talian. Banyak aktiviti koakademik dan kokurikulum telah disertai oleh pelajar-
pelajar SMKTLS malah penyertaan mereka telah membuahkan kejayaan di pelbagai
peringkat . Contoh kejayaan

Sumber : Data Studio. Unit Kokukrikulum SMKTLS

Sumber : Data Studio. Unit Kokukrikulum SMKTLS

Penguasaan kemahiran ICT bukan sahaja dapat dilihat dalam kalangan guru, tetapi
jelas kelihatan juga dalam kalangan pelajar. Kejayaan -kejayaan yang dicapat di atas
jelas membukti keupayaan pelajar dapat memanfaatkan ICT dalam diri mereka.
Mereka bukan sahaja dapat melibatkan dari sebagai peserta malah menjadi penganjur
untuk sebahagian program yang dianjurkan oleh pihak sekolah .

6. Mewujudkan Peer Coaching Team Pelajar.
Pengawas Pusat Sumber dan juga pengawas sekolah merupakan dua contoh Peer
Coaching Team ICT dalam kalangan pelajar Hasil bimbingan daripada guru,
pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah berupaya merancang, mengurus
dan melaksanakan program dengan jayanya. Usaha ini sangat bertepatan Taksonomi
#09 Educators JPN Perlis yang menekankan aspek Event Management sebagai
salah satu ciri daripada 6 ciri yang perlu ada dalam setiap diri pelajar.11 Antara
contohnya adalah Program Galakan membaca seperti Pelancaran Nilam,
Pertandingan Resensi Buku, Pertandingan Mencipta Video Kreatif, Pertandingan
Menulis Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sambutan hari guru dan sambutan
Hari Kemerdekaan . Semua program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Coach
Leader bersama rakan mereka dengan sedikit bantuan daripada guru.

11 Jabatan Pendidkan Negeri Perlis, MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual Pengurusan Kurikulum )
2021

6. RUMUSAN

Konsep Peer Coaching Team merupakan satu inisiatif terbaik yang diperkenalkan
oleh Pusat Sumber SMKTLS dalam menggerakkan segala sumber yang ada dalam
menerajui kecemerlangan sekolah. Dengan sokongan yang padu daripada pihak
pentadbiran sekolah, guru-guru telah dapat membina keyakinan untuk meningkatkan
kemahiran diri mereka dalam semua aspek bagi meneruskan perjuangan mendidik
anak bangsa dalam dunia Vuka yang penuh cabaran ini.

Faktor perbezaan umur bukan lagi alasan untuk guru-guru mengenepikan
tanggungjawab melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan aplikasi teknologi
bagi mengisi Aspirasi Pendidikan Negara. Dengan inisiatif yang dibawa oleh Pusat
Sumber SMKTLS, semua guru berpeluang meningkatkan kemahiran ICT mereka
malah berupaya menjadikan diri mereka sebagai guru yang trending dengan teknologi
masa ini dan pada masa yang sama berupaya memanfaatkan kemudahan-
kemudahan yang ada demi menerajui kecemerlangan anak bangsa.

Justeru, peranan Pusat Sumber SMKTLS bukan sahaja tertumpu pada tugas asas
seperti pengurusan dekorasi fizikal semata-mata namun ia menjadi agen penggerak
utama dan perubahan yang mampu menerajui kecemerlangan sekolah .Jika di
peringkat university, tenaga-tanaga pakar dikumpulkan dalam satu organisasi yang
diberi nama Center of Excellent (COE) bagi tujuaan mengerakkan kecemerlangan dan
kepakaran dalam sesuatu bidang, begitulah juga di sekolah. Pusat Sumber adalah
COE atau nadi kepada setiap sekolah. Pusat Sumber berperanan mengumpulkan
tenaga mahir yang ada dalam kalangan guru atau pelajar, seterusnya menjana
sumber yang ada ke arah kecemerlangan yang berterusan

RUJUKAN

1.Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025)

2. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual Pengurusan
Kurikulum ) 2021

3. https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/peer

4. https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/coaching

5. https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/team

6. Bruce Joyce. The Evolution of Peer Coaching. Educational Leadership, March 1996

7. Witterholt, M., Goedhart, M., & Suhre, C. (2016). The impact of peer collaboration on
teachers practical knowledge. European Journal of Teacher Education, 39(1), 126–143

8. Gray, S., & Ward, G. (2019). Critical elements in teacher collaboration to bring about change in
bringing an English language focus to science teaching. Teachers’ Work, 16(1and 2),

48–63. https://doi.org/10.24135/teacherswork.v16i1and2.286

9. Mohamad Noor Azlan, Prasad, ShahRedha, SharifahJuliana,Zuridah Hanim, PANDUAN PUSAT
SUMBER IDAMAN 2, 2020

10.Nooraini , KEBERKESANAN PENDEKATAN FLIPPED CLASS ROOM DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI
SEKOLAH RENDAH 2017

11. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, MOVING FORWAD #O9CURRICULUM ( Manual Pengurusan
Kurikulum ) 2021

LAMPIRAN TAMBAHAN :

CONTOH SUDUT INTERAKTIF PSS DAN AKTIVITI BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN ICT
DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN DI KALANGAN GURU DAN PELAJAR DI
SMKTLS

1. Bengkel Flipped Classroom oleh Cikgu Nureriffin 2. Perbentangan PBL oleh pelajar

3. Penggunaan Green screen dalam aktiviti mengintegrasikan aplikasi dan teknologi dalam
pembelajaran

4.Perkongsian santai bersama Pengarah Pendidikan Perlis 5. Sudut baacan santai

6. Sudut Read and Rest caffe , bukan sekadar menyediakan perkhidmatan malah membina
kemahiran “ Event Management” dikalangan pelajar.

7. Aktiviti perbengkelan dalam kumpulan kecil membantu keyakinan guru meningkatkan penguasaan
ICT

CONTOH AKTIVITI YANG MELIBATKAN PELAJAR DALAM PENGGUNAAN ICT DAN
INTERGRASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
1. Program sambutan bulan kebangsaan secara atas talian

2. Sesi Perbincangan secara Google Meet diatas talian bersama pelajar tingkatan 4

3. Kempen penggunaan Rak Maya sekolah dan juga belajar secara online

CONTOH PENGGUNAAN ICT & AKTIVITI PENGINTERGRASIAN APLIKASI PENDIDIKAN
DALAM PDPR

CONTOH KEJAYAAN PELAJAR DAN GURU SELEPAS PCT

1 Johan INOVASI Pembinaa Aplikasi Mobile App Kebangsaan

2. JOHAN Site pembelajaran Sek ,Menengah
3. JOHAN TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS
( KATEGORI KUMPULAN )

4. Contoh gambar kejayaan yang dicapai melaluii pertandingan-pertandingan di pelbagai peringkat
menggunakan medium ICT dan aplikasi teknologi dalam Pendidikan .

TAMAT


Click to View FlipBook Version