SEJARAH
KEMERDEKAAN
NAMA : QISTINA AYUNI BINTI ABDUL JALIL
KELAS : 5 CEKAL
CIKGU SEJARAH : CIKGU MURSYID
ISI KANDUNGAN
1 . PENGENALAN MERDEKA
2 . MAKSUD BENDERA MALAYSIA
3 . MAKSUD MALAYSIA PRIHATIN
4 . MAKSUD BUNGA KEBANGSAAN
5 . TOKOH KEMERDEKAAN
6 . RENTAP
7 . SHARIF MASAHOR
8 . DATO’ MAHARAJA LELA
9 . TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
10 . MAT SALLEH
11 . PENUTUP
PENGENALAN MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat
Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan
cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan
kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan
penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang
dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan
sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada
terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan
rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh
dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja
mereka berada.
Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota
keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin
terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta
kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan
menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
MAKSUD BENDERA MALAYSIA
MAKSUD MALAYSIA PRIHATIN
Tema “Malaysia Prihatin” membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu
memerangi pandemik Covid-19, tanpa mengira ideologi politik dan meliputi segenap lapisan
masyarakat, sama ada pihak kerajaan, pihak pembangkang, penjawat awam, sektor swasta,
sukarelawan mahupun orang perseorangan.
“Malaysia Prihatin” juga membawa pengertian keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kebajikan
rakyat Malaysia melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat.
Semangat “Malaysia Prihatin” perlu disemarakkan dalam segenap kehidupan rakyat Malaysia.
Ia perlu disematkan dalam ingatan untuk rakyat negara ini mengukuhkan kembali asas perpaduan,
keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Di samping itu, semangat “Malaysia Prihatin” mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan
cintakan negara.
MAKSUD BUNGA KEBANGSAAN
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh
Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut
adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan
politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.
Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada
keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa,
agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud
kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
TOKOH KEMERDEKAAN
RENTAP
Nama sebenar Rentap ialah Libau anak Ningkan.Beliau merupakan pemimpin orang Iban di Nanga
Skrang,Sarawak.James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Nanga Skrang.James
Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun.
Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. James Brooke
menyerang balas dengan membakar 20 buah rumah panjang di Kawasan Rentap.
Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di Sungai Lang. Rentap berundur ke hutan dan
membina hutan di Bukit Sadok. Pada tahun 1861, James Brooke menyerang kubu Rentap. Rentap
berundur ke Ulu Entabai.
DATO’ MAHARAJA LELA
Dato’ Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggung jawab kepada sumpah dan janjinya.Beliau berketurunan Daeng Selili,anak Raja Bugis
yang berasal dari Daerah Luwuk,Sulawesi.Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III,beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan
Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Dato Maharajalela bersama-sama dato Bahaman sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain
seperti Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor) dan Ngah Kandin, beliau
merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch)
keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah
dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah
terhadap pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 Dato’ Maharaja Lela ialah pembesar
kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan
janjinya.
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung oleh
pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1857.Namun,beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan
J.W.W. Birch pada 2 November 1857di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 disember
hingga 22 Disember 1876di Matang,Perak.Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20
Januari 1877 di Taiping Perak.
MAT SALLEH
Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu digelar sebagai Mat
Salleh. Beliau dilahirkan di Inaman,Sabah. Beliau berketurunan Bajau dan Suluk. Mat Salleh
menetang SBUB kerana tidak mengiktirafkan kedudukannya sebagai pemeritah di Sandakan,
Menggatal, Inaman dan Pulau Gaya.
SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baharu yang membebankan
rakyat. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.
Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di Tambunan setelah kubunya di Ranau dimusnahkan oleh
SBUB. Pada tahun 1909, SBUB melancarkan serangan besar-besaran san menyebabkan Mat Salleh
diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung Kapayan Lama, Tambuhan.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar,Kedah.Beliau
merupakan putera kepada Sultan Addul Hamid Halimshah iaitu sultan Kedah yang ke 24.
Tunku menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang.Beliau
seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman jenayah.
Penglibatan menentang Malayan Union,mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan
dari Hidup Melayu kepada merdeka.
SHARIF MASAHOR
Nama penuh Sharif Masahor bin Muhammad al-Shabab.Beliau berasal dari Kampung Igan.
Beliau merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang,Sarawak.Beliau meninggal pada tahun
1890 di Selangor.Beliau merupakan pahlawan melayu yang terkenal berketurunan Hadhrami
di Sarikei semasa era Raja Putih Brooke di negeri tersebut.
Sebelum ketibaan James Brooke, beliau merupakan pemerintah tempatan yang berkuasa dan
pada masa lalu, seperti Datu Patinggi Abdul Gapur, beliau amat berpengaruh dan dihormati
kerana daya tarikannya dalam menyatukan penduduk pelbagai kaum dan kepercayaan dan
juga lantaran keturunannya.
PENUTUP
• Marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kagum,berbangga dan menghargai
jasa-jasa dan sumbangan daripada tokoh-tokoh yang membangkitkan kemerdekaan yang
terdahulu mahupun sekarang ini di mana kita boleh merasai keselesaan hidup sebagai warga
Malaysia di negara yang berdaulat ini.