The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamm9kujpn, 2021-12-01 09:37:42

Full Report LI Hishammudin Cb170078

Full Report LI Hishammudin Cb170078

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

CREATIVE KITCHEN & FURNITURE KG BATU
9, N0.34359, KAMPUNG ULU CHEPOR 31200
CHEMOR, PERAK

HISHAMMUDIN BIN MOHD NASIR
CB170078

1/2020/2021

Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ii

PERAKUAN PELAJAR
Laporan latihan industri ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian
yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.

TANDATANGAN : sHAM

NAMA PELAJAR : HISHAMMUDIN BIN MOHD NASIR
NO. MATRIK : CB170078
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

(BINAAN BANGUNAN)
SEMESTER/SESI : 1/2020/2021

Disahkan oleh, iii

TANDATANGAN :
NAMA PENYELIA : JOHARI Hj. DIN
JAWATAN : MANAGER
TARIKH : 27 DISEMBER 2020

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan Laporan Latihan Industri ini. Ribuan terima
kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Creative Kitchen & Furniture diatas
kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di syarikatnya.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyelia industri saya iaitu En. Johari Hj. Din
selaku majikan dan juga pekerja-pekerja dari bahagian pemasangan iaitu En Zulahmad b.
Nazri dan En. Mohd Zariq Fitri b. Abd Azi serta lain-lain kerana telah banyak memberikan
tunjuk ajar serta panduan dan dorongan. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi
sepanjang tempoh ini yang mana membolehkan saya untuk mengenali dunia pekerjaan yang
sebenar.

Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada penyelia fakulti iaitu Ts. Dr.
Yusmarwati Binti Yusof yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga saya
menjalani latihan industri ini dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu
bapa dan keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam mengharungi
segala cabaran menjalani latihan ini.

Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat
menyiapkan Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung di sepanjang latihan industri ini dilaksanakan. Sesungguhnya,
hanya Allah s.w.t sahajalah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian semua. Budi
baik anda semua akan sentiasa dikenang. Sekian, terima kasih.

iv

KANDUNGAN

TAJUK i PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii KANDUNGAN iv SENARAI
RAJAH vii SENARAI JADUAL viii SENARAI GAMBAR ix

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1 1.2 Objektif Latihan Industri 2 1.3 Objektif Laporan
Latihan Industri 3 1.4 Kepentingan Latihan Industri 4 1.5 Latar
belakang Syarikat 4 1.6 Maklumat Syarikat 5 1.7 Misi dan Visi
Syarikat 5 1.8 Objektif Syarikat 6 1.9 Carta Organisasi 7 1.10 Pelan
Lokasi Organisasi 8
BAB 2 SKOP LATIHAN 9 2.1 Pengenalan 9 2.2 Perancangan Latihan Industri 11

2.3 Proses Rekabentuk 24

v

2.4 Proses Pembuatan 26 2.4 Proses Pemasangan 30 BAB 3 RINGKASAN
AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 32

3.1 Pengenalan 32 3.2 Jadual Aktiviti Mingguan 33

BAB 4 DAPATAN KOMEN DAN CADANGAN 48 BAB 5 KESIMPULAN 51

LAMPIRAN 53 RUJUKAN 57

vi

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Pelan Lokasi Google Creative Kitchen & Furniture 8 Rajah 1.2 Pelan vii
Lokasi Creative Kitchen & Furniture 6

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 Waktu kerja 11 viii
SENARAI GAMBAR

Gambar 2.1 Lakaran Kasar Yang Diberikan 25 Gambar 2.2 Rekabentuk yang dibangunkan
menggunakan perisian Sketchup 2019. 25 Gambar 2.3 Katalog 26 Gambar 2.4 Jenis-jenis
Formica 26 Gambar 2.5 Chipboard/ papan habuk kayu mampat 27 Gambar 2.6 Kayu
kocai/beroti 27 Gambar 2.7 Edging 28 Gambar 2.8 Formica kayu 28 Gambar 2.9 Kotak
kabinet 29 Gambar 2.10 Kaki dan Kepala Kabinet 29 Gambar 2.11 Pintu Kabinet 30 Gambar

2.12 Hasil akhir Pemasangan 31 Gambar 1 Proses Mengukur 53 Gambar 2 Proses edging 53
Gambar 3 Proses Membelah 54 Gambar 4 Hasil Edging 54 Gambar 5 Proses Penghantaran
55 Gambar 6 Proses menutup besi almari 55 Gambar 7 Proses Memotong di luar Ketika

Pemasangan 56 ix

Gambar 8 Menggosok bucu pintu mengelakkan luka kepada klien 56
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Latihan industri merupakan satu komponen utama di dalam program ijazah yang ditawarkan
oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Latihan industri adalah merupakan satu

syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian
tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pelajar disyaratkan untuk lulus latihan industri
sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan
Bangunan) dengan Kepujian . Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau syarikat
swasta selama 10 minggu iaitu bersamaan dengan 2 bulan bagi mendedahkan diri kepada
suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di Universiti. Oleh itu, pelajar
akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah dihadapi sebelum
ini.

Tujuan utama buku panduan latihan industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan
kepada pelajar yang akan menjalani latihan untuk bersedia bagi menempuh cabaran dan
sentiasa akur akan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti dan juga
jabatan atau syarikat berkenaan. Hal ini dapat memupuk disiplin yang tinggi di samping
semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan
keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. Adalah diharapkan melalui
pembacaan buku panduan, pelajar Universiti
2

akan dapat menangani segala kesukaran yang mungkin timbul dan seterusnya dapat
menjalani latihan dengan jayanya.

Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan industri sama ada melalui Unit
Perhubungan Latihan Industri atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki
memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang telah dipelajari di Universiti.

Selain itu, latihan industri yang telah diperkenalkan oleh pihak Universiti di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan langkah terbaik kearah mewujudkan
pelajar yang cemerlang dan berdaya saing yang tinggi. Dengan ini, akan menambahkan lagi
kemahiran dan daya berfikir yang lebih baik dan minat yang mendalam di dalam bidang
yang telah diceburi setelah pelajar didedahkan dengan suasana kerja yang sebenar. Latihan
industri memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar daripada segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan
peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Sementara itu, pengalaman yang

diperolehi semasa dalam latihan industri dapat dipraktikkan setelah tamat pengajian.

1.2 Objektif Latihan Industri

Program LI ini dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut:

a. Membina personaliti individu
b. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
c. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar. d. Menimbulkan
kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran teori di Universiti.
e. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan sebaliknya. f.
Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan semasa menjalani Latihan Industri.
g. Memupuk sifat amanah dan berkomitmen dalam sesuatu kerja.
h. Membina keyakinan diri.
i. Meluaskan pergaulan dengan pekerja-pekerja di tempat Latihan Industri.
3

j. Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja. k. Menilai
kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan
selepas menamatkan pengajian di institusi.
l. Memperlihatkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada
bakal majikan.
m. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.
n. Menunjukkan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan majikan
malalui kehadiran di tempat kerja dan menepati waktu.
o. Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai aspek Binaan
Bangunan seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan, dan pentadbiran
projek-projek kejuruteraan.
p. Melatih diri pelajar bersikap prihatin dan menampilkan sifat intelektual di dalam bidang
pengurusan sesebuah organisasi dengan sempurna

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Setelah tamat latihan industri disebuah syarikat atau organisasi, maka setiap pelajar
diwajibkan membuat atau menyediakan laporan lengkap dengan mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Laporan dibuat dengan tujuan untuk menilai sejauh
manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh yang
ditetapkan.

Laporan juga dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana ia dijadikan sebagai
bahan bukti terhadap latihan yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang latihan industri dan
ia juga dijadikan garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak. Laporan ini juga sangat
berguna demi memajukan lagi diri sendiri untuk digunakan pada masa yang akan datang
untuk menambah ilmu dan juga dapat digunakan untuk pemahaman teori dan praktikal
dalam Kursus Binaan Bangunan.

Selain itu, pelajar juga boleh mengetahui dan mempelajari kerja-kerja teknikal dengan lebih
terperinci dan berusaha mencari bahan-bahan yang berkaitan kerja yang dilakukan.
Maklumat atau bahan-bahan yang diperolehi dapat dicatit atau dimuatkan ke dalam buku
laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Laporan juga dapat membantu pelajar untuk
membezakan pelajaran teori di Universiti dan pelajaran ketika menjalani latihan industri.
4

Oleh yang demikian, objektif laporan latihan industri ini adalah penting dan berguna untuk
pengetahuan dan menjadi panduan di masa akan datang.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Pelajar yang melakukan latihan industri berpeluang mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam bilik kuliah. Pengalaman dan pengetahuan
yang diperolehi daripada latihan industri adalah sangat penting untuk menjadikan seseorang
pelajar itu menjadi yang lebih baik dalam bidang yang akan diceburi kelak. Melalui program

latihan industri, para pelajar dapat mengalami suasana alam pekerjaan yang sebenar.
Semasa mengikuti latihan industri ini, para pelajar akan mendisiplinkan diri mereka sendiri
kerana di dalam latihan industri, para pelajar dilatih menepati masa dan diberi amanah untuk
melaksanakan sesuatu kerja. Di samping itu, para pelajar akan lebih berfikiran terbuka dan
dapat mengetahui bahawa bidang kerja kejuruteraan awam tidak hanya tertumpu pada
pembinaan semata-mata malah meliputi pelbagai bidang dan tugas-tugas yang berbeza.
Di sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk
memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana
secara umumnya sesebuah syarikat amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi di samping pengalaman bekerja yang banyak. Justeru itu, tidak
mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian
kelak.
Kesimpulannya, latihan industri amat penting kepada para pelajar untuk mengetahui tugas
sebenar di dalam bidang yang diceburi dan juga melatih bagaimana berinteraksi dengan
orang atasan dan bawahan. Ianya membantu para pelajar untuk memenuhi dan memahami
konsep kerja sebenar melalui penyampaian dan pendekatan diluar secara amali.

1.5 Latar belakang Syarikat

Pada peringkat awal, syarikat menceburi bidang pembuatan perabot ini berasaskan
permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat terhadap perabot terutamanya bagi
keperluan premis kediaman. Seterusnya dengan permintaan dan pasaran yang semakin
berkembang CKF semakin
5

bersemangat dan serius untuk mempelbagaikan produk dan meluaskan pasaran ke premis lain
seperti pejabat, sekolah, kedai dan kuarters kakitangan kerajaan. Malah CKF Berjaya
meluaskan lingkaran pasaran bukan sahaja dalam negeri Perak tetapi juga sampai ke Johor.
CKF dibangunkan selepas Perabut Zainuddin ditutup. Perabut Zainuddin merupakan kilang
perabot utama di Perak. Selepas perabut Zainuddin ditutup, beberapa pekerja dari perabut
Zainuddin berkumpul dan membangunkan syarikat baru iaitu Creative Kitchen & Furniture.

1.6 Maklumat Syarikat

Nama Perniagaan : Creative Kitchen & Furniture
No. Pendaftaran Perniagaan : IP0212462-X
Alamat Utama Perniagaan : KG BATU 9, LOT 34359, ULU CHEPOR, 31200, CHEMOR,
PERAK
Tarikh Mula Berniaga : 12/08/2004
No. Telefon : 019-4640866/016-5126359

Bentuk Perniagaan : Pekongsian
Jenis Perniagaan : Pembuatan, Baikpulih dan Jualan Perabut, Membekal dan Menyelenggara
Sistem dan Perkakas Elektrik, Membekal Kelengkapan Dapur, Kelengkapan/Kemudahan
Awam, Hiasan Dalaman. Bangunan, Hiasan Jalan Dan Kawasan

1.7 Misi dan Visi Syarikat

Setiap syarikat mempunyai visi dan misi tersendiri untuk menjaga statussyarikatserta sebagai
penanda aras untuk pekerja-pekerja menjalankan tugas mereka. Tidak terkecuali bagi
Creative Kitchen & Furniture. Sehubungan itu, misi dan visi bagi resort ini adalah seperti
berikut.

Misi Creative Kitchen & Furniture:
Menghasilkan produk yang bermutu tinggi, memberikan khidmat yang cemerlang dan
‘kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami’.
6

Visi Creative Kitchen & Furniture:
Berkembang menjadi sebuah syarikat yang Berjaya di peringkat yang lebih tinggi dalam
pembuatan perabot dan mampu bersaing di pasaran yang semakin mencabar.

1.8 Objektif Syarikat

• Menjalankan perniagaan perabot bagi memenuhi permintaan pasaran Chemor dan daerah
sekitarnya.
• Memberi peluang pekerjaan kepada individu yang mahir dalam bidang pembuatan perabot
di sekitar Chemor.
• Selaras dengan seruan kerajaan supaya lebih ramai bumiputera melibatkan diri dalam
sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
• Mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan usahawan dalam pemindahan • Teknologi
melalui latihan teknikal.
• Membantu menghasilkan rekabentuk dan penjenamaan produk.
• Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kegunaan bahan baru dalam industri
perabot seperti komposit, plastik dan metal.
• Menjadi pusat maklumat dan sumber rujukan kepada industri perabot. • Memberi khidmat
rundingcara dalam bidang teknikal, pengurusan, promosi dan pameran.
• Mewujudkan usahawan baru perabot Bumiputera.
• Menyediakan pusat jualan perabot dalam negara.
• Mengadakan program dan aktiviti promosi untuk usahawan perabot Bumiputera
7

1.3 Carta Organisasi
8

1.5 Pelan Lokasi Organisasi

Rajah 1.1: Pelan lokasi Google Creative Kitchen & Furniture

Rajah 1.2: Pelan lokasi Creative Kitchen & Furniture
9

BAB 2

SKOP LATIHAN

2.1 Pendahuluan

Latihan industri yang telah saya jalani di ‘Creative Kitchen & Furniture’ di chemor perak
merupakan pengalaman baharu yang begitu dapat saya perolehi. Ini merupakan pengalaman
pertama saya untuk memasuki ke bidang industri dan berada di bengkel selain bengkel kayu
di FPTV, UTHM. Pengetahuan saya yang agak terbatas dalam bidang ini telah bertambah
dengan adanya program latihan industri ini. Walaupun saya telah mempelajari ilmu berkaitan
dengan program saya semasa di kelas teori mahupun amali ketika di pusat pengajian iaitu di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, namun keadaan dan pengalaman yang diperolehi
ketika dalam latihan industri adalah sangat berbeza. Oleh kerana pengalaman pertama
menjejakkan kaki di bengkel perabot, mesin dan peralatan serta pekerja di Creative Kitchen
& Furniture, telah banyak memberi kerjasama yang baik dan tidak kedekut dalam memberi
tunjuk ajar serta membantu saya dalam belajar sesuatu yang beri. Pekerja di sini sentiasa
memberikan tunjuk ajar dan berkongsikan pengalaman, pengetahuan serta kemahiran yang
mereka lalui bersama saya. Program latihan industri ini telah banyak memberi pendedahan
kepada saya dalam pelbagai perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan pembuatan
perabot, bahan dan peralatan yang digunakan serta pemasangan perabot.
Semasa menjalani latihan Industri, saya telah didedahkan dengan proses kerja yang harus
dilakukan secara berperingkat. Proses kerja bermula dengan klien sama ada dicari atau
mencari.
10

Seterusnya rekabentuk kabinet dibuat berdasarkan kehendak klien sebelum proses
pembuatan. Setiap rekabentuk diambil secara terperinci dari rekabentuk sehingga bahan,
warna, dan pemegang yang akan digunakan. Didalam proses pembuatan pula, dibuat di
dalam bengkel berdasarkan rekabentuk yang telah diambil. Akhir sekali ialah pemasangan,
pemasangan dibuat tempat yang klien ingin pasangkan. Tugas pemasangan agak sukar
kerana setiap kabinet perabot yang dipasang mengikut keadaan geografi, ruang, dinding serta
banyak menggunakan pemaras air untuk memastikan kabinet yang dipasang dalam keadaan
lurus.

Selain itu, saya juga telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran di syarikat CKF selain
bertukang. Pendedahan ini amat penting kerana ia bukan sahaja mengajar tugas sebenar
sebagai seorang tukang, malah tugasan lain seperti membuat rekabentuk menggunakan
perisian komputer. Saya juga membantu majikan saya dalam membuat rekabentuk kabinet
berdasarkan lakaran kasar yang dilukis oleh majikan. Majikan akan berjumpa dengan klien
dan mengambil sukatan di ruang yang diletakkan kabinet sbelum membuat lakaran kasar.
Saya akan membuat rekabentuk dalam 3 dimensi untuk klien melihat bagaimana kabinet
yang akan dibangunkan. Selepas mendapat persetujuan dari klien, baru boleh masuk ke
proses pembuatan.

Saya juga banyak mempelajari tentang cara pemasangan kabinet dilakukan memandangkan
saya sentiasa ditempatkan di dalam kumpulan pemasangan. Sepanjang Latihan industri,
majoriti saya mengikuti kumpulan pemasangan berbanding kumpulan pembuatan. Banyak
pengalaman dan ilmu yang saya dapat berbanding proses pembuatan. Hal ini kerana ketika
pemasangan dibuat, saya dapat melihat kesalahan yang dibuat dan cara mengatasi masalah
tersebut. Ia banyak menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menyelesaikan
masalah di kawasan pemasangan dilakukan. Contohnya seperti memasukkan kotak kabinet
ke ruang yang ingin dipasang, menambah kayu untuk menampakkan cantik atau menutup
rongga besar disebabkan keadaan dinding yang tidak sama rata serta sama ada menutup
rongga menggunakan ‘edging’ ataupun silicon putih.

Secara kesimpulannya, terdapat 3 proses kerja yang saya lalui sepanjang Latihan industri
iaitu proses merekabentuk, pembuatan dan pemasangan. Selain itu, hari dan waktu bekerja

yang digariskan adalah seperti ketetapan berikut. Waktu
11

Hari

Isnin sehingga Khamis dan sabtu 9.00 pagi – 5.30 petang (Rehat 1.00 petang – 2.00
petang)

Jumaat 9.00 pagi - 5.30 petang (Rehat 12.30 tengah hari –2.30
petang)

Jadual 1.1: Waktu Kerja

Antara kemudahan yang disediakan di syarikat tersebut adalah tandas, ruangan rehat dan
ruangan solat. Untuk pembayaran elaun, sebanyak RM800 diberikan sebulan. Setiap kali
kerja di luar kawasan, majikan akan memberikan duit makan dan minyak. Sepanjang tempoh
menjalani latihan industri, beberapa cuti umum telah diambil oleh syarikat. Cuti umum
tersebut adalah.

Cuti maulidur rasul : 29/10/2020
Cuti hari keputeraan Sultan Perak : 6/11/2020

2.2 Perancangan Latihan Industri

Minggu Tarikh Jenis Latihan Lokasi

Minggu 1 12 oktober – ⚫ Pengenalan bengkel Bengkel kayu
18 oktober ⚫ Pengenalan keselamatan Creative kitchen &
2020\ Furniture di Chepor
berada di bengkel Dalam

⚫ Mempelajari keadaan Pakatan jaya, Ipoh

bengkel

⚫ Mempelajari cara

pembahagian kerja

dilakukan

⚫ Mempelajari sukatan yang

digunakan

⚫ Membuat rekabentuk 3D
⚫ Menyukat

12 - Tasek Damai, Ipoh

⚫ Mempelajari cara - Tourism Perak

pemasangan dilakukan Bengkel kayu
Creative kitchen &
Minggu 2 19 oktober – ⚫ Pembuatan Furniture di Chepor
25 oktober ⚫ Laminate Dalam
2020 ⚫ Membuat rekabentuk 3D
⚫ Pemasangan Gerbang Meru
Indah, Ipoh
Minggu 3 26 okober – 1 ⚫ Kemasan
november 2020 Bengkel kayu
Creative kitchen &
Furniture di Chepor
Dalam

Minggu 4 2 november – ⚫ Pemasangan -Taman Seri rapat, Ipoh
8 november
2020 ⚫ Membuat rekabentuk 3 - Tanjung Damai,
Tanjung Rambutan
Dimensi.
Bengkel kayu
⚫ Pembuatan Creative kitchen &
⚫ Pemasangan Furniture di Chepor
⚫ Baik pulih Dalam

-Malim Nawar, Kampar

-Taman Desa Jaya,
Tanjung Rambutan

-Pakatan Jaya, Ipoh

Minggu 5 9 november – ⚫ Laminate Bengkel kayu
15 november
2020 Creative kitchen &

Furniture di Chepor

Dalam

13 -Kampung dato’
ahmad said, Ipoh
⚫ Pamasangan
⚫ Penghantaran - Gerbang Meru
Indah, Ipoh
Minggu 6 16 ⚫ Mengecat
november – - Jakel, Ipoh
22
november Bengkel kayu
Creative kitchen &
Furniture di Chepor
Dalam

⚫2020 Mengecat Jakel Ipoh

⚫ Baik pulih -Pakatan Jaya, Ipoh
⚫ Pemasangan
-Pusing, Perak
Minggu 7 23 ⚫ Laminate
November – ⚫ Pembuatan -Perbadanan
29 Pembangunan
November Pertanian Negeri
2020 Perak.

Bengkel kayu
Creative kitchen &
Furniture di Chepor
Dalam

⚫ Pemasangan -Pakatan Jaya, Ipoh
-Taman Meru 2B, Ipoh

14
-Klebang Restu, Chemor

Minggu 8 30 ⚫ Pemasangan -Klebang Restu, Chemor
November – -Taman Kinding
6 Disember Raya, Tanjung
2020 Rambutan.

Minggu 9 7 Disember – ⚫ Pemasangan -Klebang Damai,
13 Disember ⚫ Pemasangan Chemor.
2020 -Klebang Prima,
Chemor -Hospital
Minggu 14 besar Ipoh. -Tabung
10 Disember – Haji, Ipoh
18
Disember -Kampung Sungai
2020 Tapah, Manjong
-Hospital Besar Ipoh
-Klebang Restu,
Chemor -Bercham

-Taman Margosa
Botani, Ipoh

-Taman Pinji
Perdana, Ipoh

-Klebang Putra,
Chemor -Taman
Meru 2B, Ipoh

15

Di bengkel berkenaan, antara mesin yang selalu digunakan adalah:

JENIS MESIN KEGUNAAN

Table Saw (Mesin Belah) Digunakan untuk memotong kayu dan papan.
Untuk mesin belah, potongan yang sering
digunakan adalah secara menegak di mana
untuk mendapatkan lebar kayu yang
dikehendaki. Di bengkel CKF, penggunaan
belah merujuk kepada pemotongan lebar kayu
dan mesin belah.

Table Saw (Mesin Potong) Digunakan untuk memotong kayu dan
papan. Untuk mesin potong, potonga yang
sering digunakan adalah secara melintang
di mana untuk mendapatkan panjang kayu
yang dikehendaki. Di bengkel CKF,
penggunaan potong merujuk kepada
pemotongan panjang kayu dan mesin
potong.

Digunakan untuk menebuk lubang kayu
dan papan. Mesin gerudi ini telah
diteapkan saiz bulatan yang ingin ditebuk
pada kayu. Tujuan yang sering digunakan
ialah menebuk lubang ‘inches’ untuk pintu.

Mesin gerudi
16

Digunakan untuk memampatkan fluida gas

atau meningkatkan tekanan udara. Banyak
digunakan bersama nail gun, staple gun dan
air blow gun.

Mesin kompresor

Selain itu, saya sentiasa mengikuti bahagian pemasangan untuk memasang cabinet di merata
tempat. Mesin dan peralatan yang sering dibawa ketika pemasangan adalah:

MESIN DAN PERALATAN KEGUNAAN

Mini Kompresor Digunakan untuk
17
memampatkan fluida gas atau
Mitre Saw (Mesin potong) meningkatkan tekanan udara.
Banyak digunakan bersama
nail gun, staple gun dan air
blow gun.

Kelebihan di antara mesin
kompresor di bengkel
ialah mudah diangkat dan
dibawa berbanding di
bengkel.

Digunakan untuk
memotong kayu dan
boleh memotong
mengikut sudut yang
diperlukan. Mesin ini
sering dibawa ketika
pemasangan kerana ia
senang dibawa dan boleh
dipotong di kawasan yang
ingin dipasang daripada
membawa semula ke
bengkel untuk memotong.

- Air spring coil hose

Digunakan bersama

mesin compressor

untuk

menggunakan angin

yang tersimpan di

dalam mesin

kompresor

-Air spring coil hose, Nail gun - Nail Gun
18
Digunakan untuk
menembak paku. Setiap
kali pemasangan
dilakukan, nail gun sering
digunakan untuk menmbak
kepala dan kaki kabinet.

Digunakan untuk
sambungan wayar dari
jauh. Banyak digunakan
bersama mesin pemotong,
penebuk, mesin gergaji,
dan cas bateri
cordless drill.

Extension wire (wire) - Hammer Drill

Hammer Drill (kotak biru), jigsaw machine (Kotak Digunakan untuk
hijau), Cordless Drill (3 kotak kecik) menebuk lubang di
dinding. Banyak
digunakan untuk
memasang kabinet
gantung.

- Jigsaw machine

Digunakan untuk

memotong kayu. Boleh

memotong kayu secara

lengkung.

- Cordless Drill

Digunakan untuk
mengikat skrew dan
menebuk lubang kayu.

19

- Water lever

digunakan untuk mengukur
atau menentukan sebuah
benda atau garis dalam
posisi rata baik
pengukuran secara vertikal
maupun horizontal.

- Silicon pump

Untuk digunakan untuk
mengepam silicon keluar
dari botolnya.

- White silicon

Tong Putih (Water lever, silicon pump, white silicon, acryllic Untuk menutup rongga
silicon, adhesive silicon, white filler, Apit G, kertas pasir, rongga dengan warna
putih. Sentiasa digunakan
minyak turpetin, minyak thinner, Hammer, gam kontak, pita untuk menutup bahagian
pengukur, atas, kiri dan kanan
kabinet
Masking tape, Botol mata tebuk, Botol button shelf dan
Botol skru bulat. - Acrylic silicon

Untuk menutup rongga
rongga dengan warna
clear. Sentiasa digunakan
untuk menutup
bahagian bawah kabinet.

- Adhesive silicon

Untuk digunakan
sebagai gam. Gam

kuat tanpa
memerlukan skru.
- White filler

20

Untuk digunakan untuk
menutup lubang yang ada
di kabinet. Seperti lubang
paku

- Hammer

Digunakan untuk

mengetuk - Masking

tape

Digunakan untuk lekat dan
menanda kawasan yang
tidak boleh ditanda
dengan pensil seperti
kabinet bewarna hitam.

- Apit G

Untuk mengikat dan
mengapit bahagian
kerja muka ke muka.

- Kertas pasir

Untuk menggosok
bahagian kasar menjadi
halus. Sering digunakan
Ketika
pemasangan edging.

- Minyak Turpetin

Digunakan untuk
mengelap kesan gam

pada kabinet.

- Minyak Thinner

Digunakan untuk membuka
semula Kawasan yang salah
di gam

21
- Gam kontak

Digunakan untuk

melekatkan dua benda.

Sering digunakan dalam

proses laminate

- Pita pengukur
Digunakan untuk
mengukur - Botol mata

tebuk

Terdapat pelbagai saiz
mata tebuk di dalam
botol.

- Botol button shelf

Digunakan untuk
memasang shelf di
kabinet.

- Botol skru bulat
Terdapat pelbagai saiz skru

bulat. Sering digunakan
untuk memasang
pemegang pintu kabinet.

22

Kotak peralatan (Pemutar skru, spanar, gunting, pisau, - Pemutar skru
pengikis, playar gabung, ragum) Digunakan untuk
mengikat skru

- Spanar

Melonggarkan dan
mengetatkan bolt dan
nat - Gunting

Digunakan untuk
menggunting

- Pisau

Digunakan untuk

memotong. - Pengikis

Digunakan untuk
mengikis lebihan
edging.

- Playar gabung

DIgunakan untuk
memegang, mencengkam,
memotong, membengkok
dan
membentuk

- Ragum

Digunakan untuk
mencabut paku.

23 - Skru
Kotak peralatan (Skru, bracket, wall plug, paku)
Digunakan untuk
mengikat kayu atau
papan. Dalam
pemasangan, paling
biasa kami gunakan
ialah skru 5 hun dan 30
hun
- Bracket

Digunakan sebagai pengikat
atau penyambung pada
satu satu bahagian
komponen atau alatan yg
nak diikat atau diskru.
Penggunaan bracket
kebiasaannya untuk
mengikat kayu di papak.

- Plag dinding/Wall plug

Digunakan untuk
menguatkan cengkaman
paku, skru pada dinding
konkrit dan kayu.
Kebiasaanya digunakan
untuk menguatkan
cengkaman semasa
menggantungkan kotak
kabinet dan rangka di
papak

- Paku

Digunakan untuk
melekatkan dua elemen
supaya lebih kukuh.
24
Di samping itu, penggunaan ukuran di bengkel CKF menggunakan ukuran inci berbanding
milimeter. Hal ini kerana ukuran milimeter terlalu kecil berbanding ukuran inci. 1 inci
bersamaan 8 hun.

1 HUN

1 INCI

2.3 Proses rekabentuk

Reka bentuk atau desain biasa diterjemahkan sebagai seni terapan, seni bina, dan berbagai
pencapaian kreatif lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata "reka bentuk" boleh digunakan baik
sebagai kata nama mahupun kata kerja. Sebagai kata kerja, "reka bentuk" memiliki erti
"proses untuk membuat dan menciptakan objek baru". Sebagai kata nama, "reka bentuk"
digunakan untuk menyebut hasil akhir dari sebuah proses kreatif, sama ada sebagai sebuah
rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau berbentuk objek nyata.
Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi, estetika dan berbagai
macam aspek lainnya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian, pemikiran, perah otak,
mahupun dari reka bentuk yang sudah ada sebelumnya. Dalam kes saya, saya perlu membuat
rekabentuk kabinet. Terdapat kabinet dapur, dinding, meja, kabinet tv dan kabinet pameran.
Dengan menggunakan perisian Sketchup2019, saya membangunkan rekabentuk kabinet 3
25

dimensi mengikut lakaran kasar yang diberi oleh penyelia Latihan industri. Selain itu,
sebelum membuat rekabentuk, katalog merupakan rujukan utama dalam mengenalpasti
kehendak klien dari segi warna, corak, jenis pemegang dan lain-lain lagi.

Gambar 2.1: Lakaran kasar yang diberikan

Gambar 2.2: Rekabentuk yang dibangunkan menggunakan perisian Sketchup 2019.
26

Gambar2.3: Katalog

Gambar2.4: Jenis-jenis formica

2.4 Proses pembuatan

Pembuatan merupakan proses membangunkan kabinet setelah mendapat persetujuan dengan
klien terhadap rekabentuk yang dikehendaki. Dalam proses pembuatan, pekerja sini akan
berfikir dengan sendiri cara membangunkan rekabentuk yang dipersetujui oleh klien
memandangkan pekerja-pekerja di sini merupakan kabinet spesialis. Antara bahan utama
yang selalu digunakan ialah kayu habuk mampat iaitu dikenali sebagai chipboard.
Chipboard digunakan sebagai bahan utama masa kini untuk membuat perabut seperti meja,
rak, laci, kabinet dan lain2. Chipboard, juga dikenali sebagai Papan Partikel (Chipboard),
papan gentian ketumpatan rendah (LDF) dan papan serpih, adalah produk kayu kejuruteraan
yang diperbuat daripada kerepek kayu, serat papan kincir, atau habuk
27

papan, dan resin sintetik atau pengikat yang sesuai, yang ditekan dan diekstrusi. Selain itu,
bahan lain seperti kayu kocai atau beroti sering digunakan untuk membuat rangka.

Gambar 2.5: Chipboard/ papan habuk kayu mampat

Gambar 2.6: Kayu kocai/beroti
Seterusnya bahagian laminating akan menggunakan bahan seperti formica dan edging
kebiasaannya. Formica adalah sejenis ‘laminate’, atau lapisan akhir yang digunakan ke atas
permukaan kayu (kebiasaannya kayu Chipboard) yang memberikan rupa kilat pada
permukaan kabinet dapur rumah anda. Kabinet dapur Formica agak popular, terutama sekali
kepada mereka yang sukakan penampilan moden di ruangan dapur rumah. Kebiasaannya,
kabinet jenis ini terkenal dengan warna-warna yang terang. Lapisan ‘plastic laminate’ akan
digunakan untuk membalut permukaan kayu kabinet sebelum lapisan Formica dibalut di

atasnya bagi memberikan efek ‘kilat’. Edging pula dikenal sebagai pelapis pinggiran kayu
atau multiplek atau blockboard untuk pekerjaan finishing yang biasanya dipadukan dengan
menggunakan bahan HPL. Untuk pengaplikasian HPL sebagai
28
finishing sebenarnya susah-susah, gampang. Proses memotong, mengelem, memasang,
menghaluskan itu merupakan satu skill tersendiri.

Gambar 2.7: edging

Gambar 2.8: Formica kayu
29

Di samping itu, proses pembuatan dilakukan mengikut kategori iaitu kotak kabinet, pintu,
kepala dan kaki. Dengan mengikut kategori, ia dapat memudahkan bahagian pemasangan
untuk membawa masuk ke dalam bangunan dan pemasangan boleh dibuat secara
berperingkat.

Gambar 2.9: Kotak kabinet

Gambar

2.10: Kaki dan kepala kabinet
30



Gambar 2.11: Pintu kabinet

2.5 Proses Pemasangan

Pemasangan merupakan proses akhir di mana produk kabinet yang telah siap dibuat mengikut
rekabentuk yang telah ditentukan perlu dipasang. Proses pembuatan akan menyiapkan
produk mengikut kategori seperti kotak kabinet, pintu, kepala dan kaki. Hal ini kerana
pemasangan perlu mengambil faktor geografi dan keadaan rumah. Sekiranya produk
dibangunkan sepenuhnya di bengkel, produk kabinet akan tidak selari dengan keadaan
kawasan yang ingin dipasang. Oleh itu, proses pemasangan perlu memasang
secara berperingkat dan sentiasa menggunakan pemasaras air untuk memastikan kabinet
dalam keadaan selari. Selain itu, bahagian pemasangan ini penting untuk memuaskan hati
klien melihat hasil akhir. Pekerja-pekerja di bahagian pemasangan perlu berfikiran fleksibel.
Hal ini kerana pemasangan perlu menyelesaikan masalah cara pemasangan dan
membuat kemasan di akhir pemasangan bagi menampakkan produk kabinet kelihatan
menarik.

31

Gambar

2.12: Hasil akhir pemasangan
32

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pendahuluan

Dalam program latihan industri, pelajar di pertanggungjawabkan untuk menjalankan
beberapa tugasan. Tugasan yang telah diberikan adalah berbeza dan semakin mendalam. Hal
ini bagi membolehkan pelajar untuk mendalami sesuatu yang baru dan mempelajari pelbagai
benda baru dalam tempoh menjalani latihan industri. Melalui tugasan-tugasan yang diberi,
pelajar dapat menimba pengalaman, mempraktikan apa yang dipelajarinya, mengaplikasikan
prosedur serta teknik yang betul, mempelajari ilmu baru dan dapat memantapkan lagi
kemahiran sedia ada.
33

3.2 Jadual aktiviti mingguan

MINGGU 1

Dari Hingga Ringkasan Kerja Mingguan Jenis Masa
Yang
Latiha Diambil
n Setiap Hari

12/1 18/10 Pada minggu pertama, saya Amali 8 jam
0 diberikan tugasan dalam membuat
reka bentuk dan
kabinet untuk 2 kawasan. satu di rapat teori
jaya bahagian dapur dan satu di
pakatan jaya bahagian dapur basah,
dapur kering dan bawah tangga.
selain itu, saya
mengikuti pemasangan kabinet dapur
di taman tasek damai dan
pemasangan
perabot di tourism perak. dari segi
pengetahuan, saya mempelajari cara
membuat rekabentuk kabinet
berpandukan lakaran kasar yang diberi
oleh penyelia, menyukat menggunakan
inci dan melihat pemasangan kabinet.

19/1 25/10 Minggu 2 Amali 8 jam
0
Pada minggu kedua, saya menghantar
reka bentuk kabinet di pakatan jaya.
klien memberi jawapan bahawa dia
ingin meja 'bar' dibuang dan digantikan
dengan pintu almari untuk kawasan
dapur kering.
manakala untuk rekabentuk bawah
tangga, klien ingin tutup pakai
chipboard untuk dijadikan bilik stor.

selain itu, saya
mengikuti pemasangan kabinet almari
2 tingkat di gerbang meru indah.
tiada

34
masalah ketika pemasangan dilakukan
dan dapat disiapkan dalam sehari serta
klien berpuas hati melihat almari yang
sudah siap dipasang. seterusnya, saya
membantu dalam proses pembuatan
meja kaunter untuk jakel. dalam proses
pembuatan meja kaunter, hanya perlu
selesaikan
bagaimana meja kaunter dibuat
berdasarkan reka
Minggu 3


Click to View FlipBook Version