INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5 )
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
( EDUP3073 )
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: FARAH IZZATI BINTI HARABI
011115-11-0458
NO. KAD 2020192340107
PENGENALAN:
PISMP F6 AMBILAN JUN 2020
ANGKA GILIRAN: PUAN KHARSIAH BINTI MOHD NOR
KUMPULAN: PENULISAN AKADEMIK
NAMA 12 MEI 2022
PENSYARAH
AKADEMIK:
TAJUK TUGASAN
PROJEK:
TARIKH
SERAHAN:
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN...................................................................................................................................
PENGENALAN..................................................................................................................................... 1
LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ................................................ 1
Aspek fizikal .................................................................................................................................... 1
Aspek sosial .................................................................................................................................... 2
Aspek emosi.................................................................................................................................... 2
Aspek sosiolinguistik ................................................................................................................... 3
RUMUSAN ............................................................................................................................................ 3
RUJUKAN ............................................................................................................................................. 5
PENGHARGAAN
Alhamdulillah
Pertamanya saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan tugasan secara individu bagi kursus Budaya dan Pembelajaran
(EDUP3073) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata
pelajaran saya iaitu Puan Kharsiah binti Mohd Nor kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu yang saya sayangi,
Mahani binti Ismail dan kepada ayah yang saya kasihi, Harabi bin Ali atas semangat dan
dorongan yang diberikan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan saya yang telah berkorban
masa dan tenaga serta memberikan kerjasama kepada saya sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Tanpa mereka disisi, mungkin saya tidak akan menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sama ada terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada
saya ini.
PENGENALAN
Menurut Jaggil A. dan Muhamad, S. T. (2018), bilik darjah boleh didefinisikan sebagai satu
ruang yang mana murid akan menjalani rutin belajar dan menerima input yang berguna dalam
persediaan untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial
(JERIS) seperti yang ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Bahagian
Pembahagian Kurikulum, 2019). Bilik darjah yang selasa dan menarik dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk belajar. Oleh itu, kemahiran
pengurusan bilik darjah yang berkesan perlulah dikuasai oleh setiap guru bagi mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Perkataan mesra budaya merujuk kepada
keselesaan, keceriaan dan kegembiraan (Kamus Dewan, 2021). Kemesraan yang wujud
dapat menjalinkan hubungan intrapersonal antara guru dengan murid yang membantu
kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam bilik darjah. Oleh hal yang sedemikian, guru haruslah bijak dalam merancang strategi
untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.
LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Menurut Noriati A. Rashid (2014), persekitaran bilik darjah bukan sahaja melibatkan unsur
fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata, malah juga melibatkan unsur
emosi dan hubungan kemanusiaan bagi mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya.
Hal ini adalah kerana wujudnya perbezaan dan kepelbagaian sosio budaya dalam kalangan
masyarat. Oleh hal yang sedemikian, pengurusan bilik darjah mesra budaya haruslah
dipraktikkan di sekolah agar dapat mengekalkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan
aman sejak dari awal lagi. Sehubungan dengan itu, guru haruslah memainkan peranan
mereka sebagai agen hubungan sosial dengan melaksanakan langkah-langkah pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya agar persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat
diwujudkan. Langkah-langkah tersebut boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu fizikal,
sosial, emosi dan sosiolingustik.
Aspek fizikal
Dalam perancangan sebuah bilik darjah, aspek fizikal merupakan salah satu aspek yang perlu
diberi perhatian oleh setiap guru kerana persekitaran fizikal itu adalah berkait rapat dengan
suasana PdP yang positif dan kondusif kepada murid. Guru boleh menyusun meja secara
berkumpulan dengan memastikan setiap kumpulan terdiri daripada murid dari pelbagai etnik
dan budaya (Che Nidzam et. al, 2014). Dengan cara ini, hubungan sosio budaya antara murid
dapat dipupuk dan dijalin dengan lebih mudah. Oleh hal yang sedemikian, murid dapat
melaksanakan aktiviti PdP yang dirancang oleh guru melalui perbincangan dalam
1
berkumpulan. Hal ini dapat disokong oleh Abdul, R. H. & Siti, N. M. (2010), iaitu murid akan
lebih mudah bergaul dengan rakan sekelas tidak mengira kaum dan budaya semasa aktiviti
di dalam kelas dijalankan. Namun, penyusunan meja tersebut haruslah bersesuaian dengan
jumlah murid dalam sesebuah kelas bagi mengelakkan ketidakselesaan murid yang
menyebabkan mereka tidak dapat memberi fokus terhadap penyampaian pengajaran guru
akibat terlalu rapat dan padat (Marinah Awang et. al., 2018). Contohnya, meletakkan lebih
daripada lima orang murid dalam satu kumpulan. Sehubungan dengan itu, guru haruslah bijak
dalam menganggar jarak susunan kedudukan murid agar murid dapat bergerak dengan lebih
mudah dan selesa. Oleh itu, penerimaan murid terhadap PdP akan menjadi lebih mudah dan
berkesan. Maka jelaslah bahawa, penyusunan kerusi dan meja memainkan peranan yang
penting dalam penghubungjalinan hubungan murid dari etnik dan budaya yang berbeza agar
persekitaran bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan.
Aspek sosial
Dari aspek sosial pula, hubungan yang baik antara guru antara murid merupakan salah satu
komponen yang penting dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya. Hubungan tersebut
dapat dipupuk melalui kewujudan komuniti pembelajaran melalui pembinaan persekitaran
yang harmoni dan penyayang dalam diri murid (Aziah Ismail et. al, 2017). Hal ini dapat
disokong oleh James, A. (2014) iaitu bagi membantu pembinaan karakter yang positif dalam
diri murid, guru haruslah menjadi contoh dengan menunjukkan teladan yang baik di dalam
bilik darjah. Contohnya, guru perlu menghormati murid yang datang dari pelbagai etnik dan
budaya yang berbeza dengan tidak menyentuh tentang isu-isu sensitiviti kaum lain sehingga
menimbulkan perselisihan faham. Bagi menjalinkan hubungan yang baik antara murid dengan
murid pula, guru boleh mengadakan aktiviti PdP secara berkumpulan dengan
menggabungkan semua murid tidak kira etnik dan budaya (Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi
Taat). Hal ini adalah bertepatan dengan matlamat bagi pembelajaran abad ke-21 yang
menekankan pembelajaran koperatif yang dpat merangsang murid secara kreatif dan kritis
melalui perbincangan kumpulan (Nadia, A. R. et. al., 2021). Perbincangan dalam kumpulan
akan memberikan murid pengalaman untuk bertingkah laku dengan baik agar disenangi oleh
semua orang. Oleh hal yang sedemikian, murid dapat mengenali rakan sekelas walaupun
terdapat perbezaan antara mereka bagi menjalinkan hubungan yang baik sekaligus dapat
mengukuhkan perpaduan.
Aspek emosi
Menurut Rizalina Radzi (2014), emosi kanak-kanak berkembang melalui pengalaman mereka
terhadap sesuatu situasi atau keadaan bagi setiap interaksi yang berlaku di sekeliling mereka.
Sehubungan dengan itu, sebagai seseorang yang sering berinteraksi dengan murid, guru
2
haruslah mempamerkan sikap adil di dalam bilik darjah tanpa mengira kaum dan bangsa atau
dalam erti lain tidak memilih kasih. Hal ini dapat memberi dorongan kepada murid ke arah
mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Keadilan yang ditunjukkan oleh guru
dapat memberikan kesenangan hati kepada murid serta dapat mengelakkan murid
tersinggung dengan tindakan guru (Mohd Noor, A. F. et. al., 2016). Contohnya, guru sentiasa
memberikan pujian dan dorongan kepada semua murid dalam setiap pelaksanaan tugasan
yang diberikan tanpa sebarang unsur diskriminasi. Oleh itu, murid yang berbeza kaum akan
berasa mereka tidak disisihkan sekali gus memberi motivasi kepada mereka untuk terus kekal
aktif dalam PdP (Syed Ismail et. al., 2018). Tegaslah bahawa guru haruslah mengambil cakna
tentang aspek emosi murid dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya.
Aspek sosiolinguistik
Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya dari aspek sosiolinguistik, guru
haruslah menerapkan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa
utama yang perlu digunakan dalam komunikasi harian (Noriati A. Rashid et. al, 2017). Hal ini
adalah untuk menyelaraskan keadilan terhadap semua murid kerana Bahasa Melayu mudah
difahami oleh semua kaum. Menurut Jeniri Amir (2013), Bahasa Melayu memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan suatu persefahaman dan persaudaraan senegara bagi
masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Penggunaan satu bahasa yang sama dalam
sesebuah masyakarat dapat mengukuhkan perpaduan dan kesepaduan hidup (Ayu Nor
Azilah Mohammad et. al., 2019). Sebagai contoh, guru berbangsa Cina memberikan arahan
kepada murid dalam bahasa Cina walaupun terdapat murid yang bukan berbangsa Cina di
dalam bilik darjah. Kesannya, akan timbulnya satu persekitaran yang tidak adil kerana hanya
segelintir murid yang memahami arahan tersebut. Oleh hal yang sedemikian, guru haruslah
mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu secara formal atau tidak formal di dalam bilik
darjah kerana penguasaan bahasa kebangsaan itu merupakan tanggungjawab bagi seorang
rakyat Malaysia (Rohani Arbaa et. al, 2010). Lama-kelamaan, murid akan terbiasa dengan
situasi ini dan akan cuba mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka secara
semula jadi. Maka jelaslah bahawa, penggunaan bahasa Melayu merupakan salah satu
Langkah yang berkesan dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pendidikan perlulah memberikan fokus yang utama terhadap
perkembangan serta pengekalan budaya yang terdapat dalam komuniti masyarakat. Secara
umumnya, Malaysia terdiri daripada masyarakat yang majmuk. Maka, guru haruslah
menguasai kemahiran pedagogi dalam menguruskan sebuah bilik darjah yang mesra budaya,
berkesan dan kondusif. Penguasaan tersebut dapat membantu guru dalam meningkatkan
3
kualiti sesi PdP sekali gus dapat membantu murid menghargai hubungan perpaduan yang
terjalin antara sesama mereka (Jamaludin, F. et. al, 2018). Oleh itu, tegaslah bahawa,
pengurusan bilik darjah mesra budaya merupakan elemen yang penting dalam pendidikan di
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.
4
RUJUKAN
Abdul, R. H. & Siti, N. M. (2010). Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Universiti Teknologi Malaysia.
Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa & Wayu Nor Asikin Mohamad. (2019).
Toleransi Orang Melayu Mengharmonikan Pemajmukan Kaum Di Malaysia. Jurnal
Melayu, 18(2), 193-206.
Aziah Ismail, Loh Hooi Yen, Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2017). Komuniti Pembelajaran
Profesional dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1-12.
Bahagian Pembahagian Kurikulum. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy
Ibrahim. (2016). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap
Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysia Journal of Social Sciences and
Humanities, 3(4), 6-22.
Jamaludin, F., Yusoff, M. & Izham. M. (2018). Latihan Dalam Perkhidmatan: Pengurusan Bilik
Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1-12.
James, A. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. PTS Akademia.
Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara Dari Bawah. Universiti Malaysia Sarawak.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran
Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran.
Management Research Journal, 7(1), 86-99.
Mohd Noor, A. F., Jasmi, K. A. & Shukor, K. A. (2016). Pembinaan Hubungan Di Antara Guru
Dengan Pelajar. Technical and Social Science Journal, 5(1), 138-148.
Nadia, A. R., Nur Aqilah, M. F., Nur Adibah, H. F., Firli, F. A. Y., Zatul, I. Z. & Mohd, R. H.
(2021). Implikasi Gaya Pembelajaran Koperatif Subjek Sains Bagi Murid Tahap Dua
di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Journal of Humanities and Social
Sciences, 3(2), 57-66.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2014).
Budaya dan Pembelajaran Edisi Kemas Kini. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan Pembelajaran Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
5
Rizalina Radzi. (2014). Peranan Guru dan Ibu Bapa Merangsang Perkembangan Sosioemosi
Kanak-kanak Melalui Aktiviti Bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rohani Arbaa, Hazri jamil & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar 1. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2),
61-69.
Syed Ismail, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati. (2018). Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku. Sasbadi Sdn. Bhd.
6