PRAKATA
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk-Nya kerana
dengan izin dan rahmat-Nya e-Book ini dapat dihasilkan
dengan jayanya.
Isi yang terdapat dalam e-book Etnik di Malaysia ini akan
membincangkan topik yang merangkumi dan mengambil kira
senarai bab yang terdapat dalam kursus ini iaitu MPU21032
Penghayatan Etika dan Peradaban Siri Politeknik berdasarkan
silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Hal ini dibuktikan bahawa semua ahli
kumpulan saya telah membincangkan dan mengumpulkan
maklumat yang ada mengenai etnik-etnik yang terdapat di
Malaysia.
Buku ini akan menjadi rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus di Politeknik Mukah di samping buku-
buku ilmiah yang lain. Walaupun buku ini khusus untuk para
siswa Politeknik Mukah, namun ia juga sesuai digunakan oleh
para siswa yang lain sama ada dari Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta, pelajar pra-
universiti, sekolah menengah di seluruh Malaysia. Malah buku
kami ini juga dapat menjadikan rujukan untuk pelancong yang
ingin mengetahui keunikan , kepelbagaian mengenai etnik di
seluruh Malaysia.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kami
iaitu Puan Fayzatol Jamiyaah Binti Abdull Rahim yang telah
membantu kami untuk menyelesaikan terhadap penulisan e-
Book serta kerjasama dan tenaga dari semua ahli kumpulan
dalam menyelesaikan penghasilan e-book ini.
KANDUNGAN :
1.OBJEKTIF
2. PENGENALAN
3. ENTIK TERBESAR DI MALAYSIA
4. ETNIK DI SABAH DAN SARAWAK
5. ISU-ISU ETNIK DI MALAYSIA
6. KESIMPULAN
7.AKTIVITI PENGUKUHAN
8. RUJUKAN
OBJEKTIF:
Objektif dalam penghasilan e-book ini adalah :
i. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
kepelbagaian budaya yang merangkumi aspek perayaan,
pemakanan dan juga pakaian yang dimiliki oleh
masyarakat dari pelbagai kaum di Malaysia.
ii. Kita dapat mempelajari untuk memahami etnik-etnik
di Malaysia melalui tradisi seperti makanan, pakaian,
adat, budaya, tarian dan sebagainya yang menjadi
tarikan pelancong ke Malaysia.
iii. Kita dapat mengetahui kepelbagaian tentang kaum-
kaum daripada pelbagai etnik yang terkenal yang
terdapat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
iv. Kita juga akan mengetahui isu-isu yang telah berlaku
di Malaysia berkaitan dengan etnik melalui sumber
dapatan kajian yang telah kami cari dan kaji.
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang
kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara
tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu,Cina dan
India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad.
Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air
kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik,
terutamanya di Malaysia Timur.
Etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan antara
kelompok manusia yang mengamalkan budaya
yang hampir seragam, termasuk adat resam,
pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep
etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan
konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa
memberikan penekanan pada perbezaan fizikal
atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian
darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat
pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan
tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Hubungan etnik pula membawa maksud
kewujudan pertalian antara etnik.
ETNIK TERBESAR DI
MALAYSIA
3 ETNIK UTAMA DI MALAYSIA :
i. Melayu
ii. Cina
iii. India
MELAYU
KAUM MELAYU
Orang Melayu di Malaysia diperkirakan sebanyak 50%
daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Hal ini
mengakibatkan keseluruhan penduduk di Malaysia
ditakrifkan sebagai ‘Bangsa Melayu’. Kaum ini bertutur
bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi
dan adat istiadat Melayu. Dari sudut Sejarah, rumpun
Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung
Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Berikut merupakan pakaian tradisional kaum Melayu di
Malaysia :
1. Baju Kurung
2. Baju Kebaya
3. Baju Melayu
·
TARIAN TRADISONAL KAUM MELAYU
Tarian tradisional amat terkenal dengan pergerakan badan,
kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Berikut merupakan contoh tarian yang dipersembahkan oleh
masyarakat Melayu :
1. Tarian Mak Yong
2. Tarian Zapin
3. Tarian Gamelan
sila imbas kod ini
MAKANAN TRADISONAL KAUM MELAYU
Nasi Lemak
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
Nasi Kerabu
Roti Jala
Ketupat
HARI PERAYAAN KAUM MELAYU
Masyarakat ini menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri
setiap tahun dan amat meriah pada setiap bulan Syawal. Hal
ini telah menarik minat para pelancong untuk bersama-sama
masyarakat di Malaysia dalam sambutan perayaan tersebut.
CINA
KAUM CINA
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar
di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan
politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Masyarakat Cina
menyambut Tahun Baru China setiap tahun.Sambutan Tahun
Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga, saudara-
mara dan sahabat serta penggunaan warna merah yang
berlainan.
Biasanya orang yang sudah berkahwin wajib memberikan ang
pau kepada orang muda dan kanak-kanak. Hal ini merupakan
salah satu adat orang Cina untuk memperoleh tuah malah
mendapat keberkatan. Masyarakat Cina terdiri daripada
beberapa suku dialek iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan
dan Fuzhou(Hokchiu).
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional
biasa dipakai oleh lelaki berbangsa Cina semasa Tahun Baru
Cina. Kebanyakan dihasilkan dari negeri China menggunakan
fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam
biasa benang emas dan perak.
Pakaian tradisional yang popular dalam kalangan wanita kaum
Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam merupakan leher yang
tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam
biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional dalam adat
warisan masyarakat Cina. Tarian ini digerakkan oleh dua orang
penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa. Tarian ini
berbentuk akrobatik dan memungut “ang pau ” atau
keuntungan. Tarian ini diiringi dengan paluan gendang yang
kuat. Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan
yang mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat
keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.
sila imbas kod ini
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Kuih Bulan ialah kuih tradisional kaum Cina. Ia dimakan
semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu
bertujuan bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan;
kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting
pada peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara kepada rakan-
rakan atau kepada perhimpunan keluarga semasa meraikan
pesta.
HARI PERAYAAN KAUM CINA
Tahun Baru Cina merupakan sambutan perayaan kaum Cina
yang paling popular di Malaysia . Setiap tahun, perayaan ini
disambut meriah oleh mereka yang berbangsa Cina selama 15
hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar
mereka sendiri. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga
akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga.
Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina memang sinonim
dengan makanan seperti yee sang, kuih bulan dan limau
mandarin. Wang angpau yang diberikan oleh mereka yang
sudah berkahwin akan dimasukkan ke dalam sampul merah
untuk diberikan kepada kanak-kanak, remaja mahupun
kepada yang belum berkahwin.
INDIA
KAUM INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di
Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang
ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara
ini. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya
dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
LELAKI
Dhoti ialah sejenis pakaian yang dipakai oleh lelaki kaum
India dan diperbuat daripada kain putih. Kebanyakan Dhoti
hanya dipakai pada majlis perkahwinan kerana generasi
yang lebih muda tidak berapa ambil peduli tentang pakaian
ini. Dhoti ialah lembaran kain putih yang panjang, tali
pinggang diisi dengan tisu yang dilarutkan kemudian
dilampirkan pada bahu. Pakaian ini dihiasi dengan botol-
botol kecil supaya kelihatan cantik. Namun, terdapat juga
Dhoti yang berwarna kuning dan berwarna susu.
WANITA
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita dan
ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada
musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran
kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya antara lima hingga lima
belas meter mengikut saiz pemakai.
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
Makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang
berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri.
Terdapat pelbagai makanan serta minuman kaum India
yang begitu enak dan unik yang boleh dinikmati seperti:
1. Muruku
2. Tosai
3. Putu Mayam
4. Ayam Tandoori
5. Samosa
6. Vadai
HARI PERAYAAN KAUM INDIA
Masyarakat India mempunyai pelbagai jenis perayaan
seperti Ponggal, Deepavali/Dewali, Thaipusam, Ugadi dan
lain-lain. Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya disambut
penuh kegembiraan dan meriah sebagai tanda
kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu.
ETNIK DI SABAH DAN
SARAWAK
CONTOH KAUM UTAMA DI
SABAH DAN SARAWAK :
SARAWAK : SABAH:
1. Kaum Iban 1. Kaum Minangkabau
2.Kaum Bajau 2.Kaum Melanau
3.Kaum Kenyah 3.Kaum Bisaya
KAUM DI SARAWAK
KAUM IBAN
SUKU KAUM IBAN
Orang Iban merupakan kumpulan etnik peribumi yang
terbesar di Sarawak. Suku kaum Iban pada zaman dahulu
dikenali sebagai Dayak Laut dengan jumlah sebanyak 576000
iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban
merupakan kumpulan etnik yang paling besar di Sarawak.
Kebanyakan orang Iban juga dikenali sebagai Dayak Laut
mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri
Aman, Kuching, Mukah dan Betong.
KEDUDUKAN SUKU KAUM IBAN
Orang Iban banyak menduduki di Lembah Sungai Saribas,
Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang.
TRADISI MASYARAKAT IBAN
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dean
tempayan, yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-
temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihormati. Tajau
merupakan nama yang diberikan kepada sejenis bekas
tempayan atau tembikar bersaiz sederhana atau besar yang
diamalkan khususnya dalam budaya etnik Borneo iaitu Iban,
termasuklah kaum Iban di Sabah, terutamanya kaum Dusun
dan Murut. Bagi suku Dayak, tajau dijadikan barang pusaka
yang digunakan untuk menyimpan barang berharga, malah
mempunyai harga yang tinggi.
PERAYAAN KAUM IBAN
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah
Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama
dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat
ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda
kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang
tahun ini.
Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi
suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria
sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional
yang disediakan. Perayaan Gawai ini turut terkenal
dengan tariannya yang dikenali sebagai tarian Ngajat.
Selain itu, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan
meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang
lain.
sila imbas kod ini
MAKANAN TRADISI KAUM IBAN
Sarawak terkenal dengan budaya kaumnya yang berbilang
kaum dengan pelbagai jenis makanan yang unik dan eksotik
pasti membuat ada terpukau dan ingin mencuba. Antara sajian
utama tradisi yang biasanya dihidangkan pada Hari Gawai
termasuklah ;
1. Ayam pansuh tidak asing lagi , makanan yang agak terkenal
di kalangan masyarakat Malaysia, Ayam Pansoh atau dikenali
sebagai “Manok Pansoh”. ‘Manok’ yang membawa maksud
ayam ‘Pansoh’ pula bermaksud dimasak dengan buluh.
2. Nasi merah adalah nasi yang berwarna merah ini yang
diperbuat daripada beras yang berbeza daripada beras biasa
sememangnya banyak memberi manfaat antaranya,
meningkatkan kesihatan jantung, mencegah kanser,
meningkatkan kesihatan pencernaan dan banyak manfaat lain.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN LELAKI
Baju burung merupakan pakaian tradisi lelaki suku kaum
Iban. Asal usul baju burung dipercayai digunakan oleh lelaki
Iban yang gagah dan berani. Lelaki yang menggunakan
pakaian ini akan dipanggil ‘Keling’. Keling adalah lambang
kepada kaum Iban yang membawa maksud lelaki yang gagah
dan kacak. Pakaian tradisional Iban ini biasanya dipakai
semasa hari perayaan dan upacara tertentu.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN PEREMPUAN
Ngepan Iban atau Ngepan Indu merupakan pakaian tradisi
wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan Iban dipercayai
berasal daripada seorang gadis yang bernama kumang pada
zaman dahulu. Kumang merupakan seorang yang baik dalam
kalangan wanita Iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang
pandai membuat sebarang kerja wanita seperti menenun,
ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau
bukan sahaja terkenal dengan kecantikannya tetapi beliau
mempunyai sikap baik hati kepada orang lain.
KAUM MELANAU
Kaum Melanau
Melanau merupakan bangsa penduduk asal asli Sarawak dan
dikategorikan Austronesia. Kaum Melanau merupakan
penduduk pedalaman Sarawak terawal. Suku Melanau adalah
dari kawasan hulu, tinggal berjiran dengan suku kayan,
kenyah kajang, bidayuh dan kesemua bahasa ini adalah
berkerabat. Pertukaran pada kali pertama membabitkan
identiti kebudayaan dan berlaku selepas mereka berpindah ke
pesisir pantai. Sebahagian daripada mereka telah menukar
amalan hidup mengikut agama Islam.
Kaum Melanau dikategorikan sebagai Austronesia
berdasarkan penggunaan bahasa yang tergolong dalam
Malayo-Polynesian, sama seperti kaum kayan, kenyah,
Bidayuh, Iban, Melayu dan lain-lain. Perkampungan orang
Melanau kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan
dengan pantai. Pada masa kini hampir keseluruhan
masyarakat melanau menganuti agama Islam dan segelintir
menganuti agama Kristian namun terdapat juga yang
mempercayai tuhan laut iaitu “inah” ataupun juga dikenali
sebagai “ipok”.
Kedudukan Suku Kaum Melanau
Bangsa suku kaum etnik-etnik Melanau berkumpul di
kawasan persisiran pantai seperti di kawasan lembah utara,
Sungai Rajang, Igan, Roban, Kabong, Matu-Daro, Pulau Bruit,
Mukah, Gua Niah, Taman Negara Mulu, Dalat, Oya, dan
Bintulu.
Perayaan Suku Kaum Melanau
Pesta kaul adalah satu sambutan yang menunjukkan jati diri
semua suku kaum Melanau di Sarawak. Pesta ini adalah
simbolik bagi penyatuan kaum berkenaan. Pesta kaul adalah
sambutan atau perayaan untuk bangsa-bangsa Melanau di
Sarawak, terus dan harus wajib untuk setiap individu
berbangsa Melanau menyambut pesta ini pada setiap tahun.
Hari untuk Pesta Kaul tiba sebagai satu lambang simbolik
jati diri kepada mana-mana individu-individu berbangsa
melanau dan juga bangsa-bangsa asal Sarawak seperti
Bidayuh, Kenyah, Kayan dan lain-lain.
Pesta Kaul
Makanan Tradisi Kaum Melanau
1.Sagu
Sagu adalah makanan utama masyarakat Melanau pada
masa dahulu. Sagu merupakan pengganti kepada nasi
untuk sesuatu hidangan bagi mereka. Terdapat
beberapa jenis sagu seperti sagu Mukah, sagu Medong,
sagu Tupek. Antara bahan-bahan untuk membuat sagu
ialah lemantak (tepung sagu), santan, kelapa kering
yang halus, garam dan serbuk padi.
2.Linut
Masyarakat Melanau tidak asing lagi dengan linut
kerana ianya merupakan makanan kegemaran mereka.
Linut diperbuat daripada lemantak dan air panas. Linut
adalah salah satu makanan tradisional masyarakat
Melanau yang paling mudah cara penyediaannya. Tanpa
sambal, linut tidak akan terasa sedap dan bagi
menambahkan lagi selera ulam-ulaman seperti pucuk
paku uban, pucuk daun ulam raja, pucuk daun tebawan
timun sebagai menu tambahan.
Pakaian Tradisional Kaum Melanau
Pakaian Tradisional Lelaki
Lelaki menggayakan baju potongan moden
bersampin broked oren keemasan, pinggang
berikat selendang sifon dan berkopiah.
Pakaian Tradisional Perempuan
Baju Baldu - Wanita Melanau menggayakan baju baldu
hitam dengan sarung songket Brunei tenunan
Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh
dan perhiasan kepala kepih sanggul.
Baju Baban - Wanita Melanau menggayakan baju baban
asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek
warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada
memakai dua helai selendang merah dan perhiasan diri
kepih dada dan kepih sanggul.
KAUM KENYAH
Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli
(bumiputera). Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan
kaum-kaum asal di:
Utara Sarawak seperti kaum Kayan, Penan, Kelabit, Lun
Bawang lalu membentuk golongan yang lebih umum, iaitu
kaum Orang Ulu(hanya di Sarawak).
Kaum Kenyah terdiri daripada kumpulan sub-kaum kecil
seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kenyah Lepo’ kulit,
Kenyah Uma’ Sambop, dan sebagainya. Kaum Kayan dan
Penan dikatakan pada asalnya merupakan sub-kaum
Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau
Suuh + Bawe. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.
TRADISI KAUM KENYAH
TEMPAT MENETAP
Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah
rumah panjang berukuran sehingga 1200 kaki yang didirikan
di atas tiang-tiang kayu keras seperti kayu Belian. Corak
rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik
keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung
yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang
umum serta sebagai lorong kampung.
PERAYAAN KAUM KENYAH
Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada
“tau nugan” (hari menanam padi) dan “tau majau” (hari
menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran dengan
seluruh kampung merayakannya bagi memuja “bali pa’dei
(roh padi) agar memberikan hasil yang baik kepada setiap
keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara dibuat sempena
perayaan ini seperti persembahan, lawak jenaka, minum
(burak) serta (payuh) iaitu menguji kekuatan
mempertahankan diri. Pada pagi keesokkan selepas perayaan
ini, seluruh ahli keluarga hingga ke anak cucu akan pergi ke
sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta
rezeki yang baik agar tetap berkekalan.
MAKANAN KAUM KENYAH
Makanan di atas dinamakan “Adut’’ dan Selukung dalam
bahasa Kenyah. Ianya diperbuat daripada daun.
Selukung dan Adut biasanya dibuat pada waktu
keramaian dan semasa waktu menugal. Cara
pembuatannya amat mudah dan ringkas iaitu dengan
hanya menggunakan beras pulut. Keaslian baunya
kerana diperbuat daripada daun.
TARIAN KAUM KENYAH
Salah satu jenis tarian suku kaum Kenyah yang popular
ialah Datun Julud. Tarian ini biasanya dipersembahkan
untuk meraikan kedatangan para pengunjung ke rumah
panjang. Pada umumnya, para penari tarian ini terdiri
daripada lapan orang wanita yang akan manari mengikut
alunan muzik sape. Peralatan utama tarian ini adalah
bulu-bulu burung kenyalang. Bulu-bulu ini menghiasi
kedua-dua belah tangan setiap penari.
or
scan here:)
PAKAIAN TRADIDSI KAUM KENYAH
Pakaian Tradisional Lelaki
Pakaian tradisional bagi lelaki adalah seperti “abet” iaitu
cawat atau “tapung puk” atau juga “terega” iaitu topi yang
dihiaskan dengan bulu binatang atau bulu burung
kenyalang serta “besunung” yang diperbuat daripada kulit
rusa ataupun beruang. Lelaki juga menggunakan gelang
iaitu “gelam bete” untuk gelang dipakaikan pada betis dan
“gelam lengen” untuk gelang dipakaikan pada lengan.
Pakaian Tradisional Perempuan
Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti "ta'a"
iaitu baju dan skirt panjang disulam dengan ukiran
menggunakan manik. Kaum wanita juga menggunakan
“lavung” sebagai hiasan kepala. Anting-anting yang
digunakan oleh kebanyakan kaum wanita dahulu
dinamakan sebagai “belaong” yang khas untuk wanita yang
bertelinga panjang.
KAUM DI SABAH
KAUM MINANGKABAU
Kaum Minangkabau merupakan kumpulan etnik nusantara
yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau.
Masyarakat Minangkabau terbahagi kepada beberapa buah
suku iaitu suku Koto, Piliang, Bodi, Caniago, Tanjuang,
Sikumbang, Malayu Jambak dan lain-lain.
PERAYAAN KAUM MINANGKABAU
Tabuik atau Tabut adalah perayaan tempatan diamalkan
dalam kalangan masyarakat Minangkabau Pariaman di
daerah pantai Sumatera Barat. Perayaan ini termasuklah
menampilkan kembali pertempuran karbala, dan
memainkan dram tassa dan dhol. Istilah Tabuik khususnya
merujuk kepada upacara untuk pengusungan jenazah yang
dibawa selama keramaian tersebut dilangsungkan. Festival
Tabuik merupakan sebahagian daripada cara masyarakat
merayakan tradisi Tabuik secara tahunan.
UPACARA TURUN MANDI
Upacara turun mandi adalah salah satu upacara tradisional
masyarakat Minangkabau yang dilakukan sebagai bentuk
rasa syukur atas lahirnya seorang anak ke dunia, sekaligus
memperkenalkan bayi tersebut kepada masyarakat.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MINANGKABAU
-Rendang
TARIAN KAUM MINANGKABAU
-Tarian Plat (piring)
scan here:)
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MINANGKABAU
Pakaian lelaki menyerupai baju sikap yang dipakai sebagai
sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh,
baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dihias
pula dengan tengkolok.
Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belangga dan
berkebaya labuh dipadan dengan kain sarung.
KAUM BAJAU
Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang menetap di
Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah sejak ratus tahun
yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli nusantara
dan antara bumiputera terbesar di Sabah sekitarnya. Orang
Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Samah (darat).
Bajau Pantai Timur khasnya di daerah Semporna terbahagi
kepada Bajau Laut dan Bajau Darat yang mana Bajau Darat
tertumpu kepada sektor pertanian manakala Bajau Laut
tertumpu kepada sektor penangkapan hasil laut.
MAKANAN TRADISIONAL
-Tompek/Tinompek
TARIAN TRADISIONAL
-Tarian Igal-Igal
scan here:)
PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian tradisional suku kaum Bajau Kota Belud
dikenali sebagai “Badu Sipak”. Nama jenis pakaian
tradisional bagi suku kaum Bajau di Pantai Timur
Semporna dikenali dengan nama “Alal Bimbang”.
Alal Bimbang
Badu Sipak
KAUM BISAYA
Kaum Bisaya adalah suku kaum pribumi yang berasal dari
Barat Laut dan sepanjang Pantai Borneo(Sabah), Malaysia
dan hanya tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai
Padas, Sungai Klias(klias River), Wilayah Persekutuan
Labuan dan Sungai Limbang di Timur Sarawak. Suku kaum
Bisaya mempunyai banyak persamaan dengan suku kaum
Dusun Tatana terutamanya sekali dari segi bahasa. Ini
terbukti sebilangan percakapan bahasa dialog mereka
hampir sama jika mereka berdialog sesama sendiri.
ADAT DAN KEBUDAYAAN
Kaum Asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada
nenek moyang mereka sejak turun temurun. Contohnya,
orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang
dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum asli Bisaya mesti
pandai menjaga kesopanan dan kesusilaaan.
Kebudayaan kaum Asli Bisaya adalah seperti :
-Tarian Liliput Bisaya scan here:)
-Tarian Jipin (Zapin) Bisaya
-Tarian Sayau Bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)
-Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)
KADAZANDUSUN
Kaum Kadazandusun juga dikenali sebagai bangsa
“Mamasok Sabah” atau bangsa Mamasok Kadazandusun
merupakan kumpulan kaum bumiputera asal yang
terbesar di Sabah. Kaum Kadazandusun juga merupakan
kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu bangsa Kadazan dan
bangsa Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu
kumpulan kaum/etnik. Kaum ini juga telah dikenali dalam
bahasa asal sebagai “Mamasok” atau "Pasok” yang ertinya
“original”, yang sudah menduduki , “orang asal” ataupun
“orang asli pribumi”. Kaum etnik Kadazandusun ini
menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai
kebudayaan dan adat resam tradisional.
ASAL USUL KAUM KADAZANDUSUN
Sejak tahun 2009, heboh diperkatakan bahawa etnik
Kadazandusun berasal daripada Taiwan dan dikaitkan
khusus dengan suku Bunun. Teori ini hebat diperkatakan
setelah kajian mendapati etnik Kadazandusun dan Bunun
mempunyai budaya dan tradisi yang hampir mirip antara
satu sama lain. Teori ini dibuktikan tidak releven melalui
kajian mtDNA dan juga kajian Y-DNA.
ETNIK ETNIK DI MALAYSIA
ISU SEMASA 1 :
KEBERSATUAN PELBAGAI ETNIK SABAH CERMINAN
SEBENAR SEMANGAT KELUARGA MALAYSIA
Kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk
semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa
mencerminkan semangat inspirasi sebenar konsep keluarga
Malaysia.
ISU SEMASA 2 :
TERUJA MELIHAT KEPELBAGAIAN KAUM DI SARAWAK
DITONJOLKAN PADA JELAJAH AKM
Antara kelainan yang dirasai adalah persembahan
yang dibawakan di pentas persembahan dan juga pada
majlis perasmian penutupan Jelajah AKM Sarawak iaitu
persembahan yang menghimpunkan kaum di Sarawak
menunjukkan negeri ini begitu unik dan kaya dengan
kelainan budaya masyarakat.
PENUTUP/KESIMPULAN
Kesimpulannya, kami sekumpulan tidak menafikan lagi
bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk
yang mempunyai pelbagai suku kaum, budaya dan
agama. Hal ini menyebabkan terjalinnya satu hubungan
perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada
kemajuan negara yang kita kecapi sehingga kini.
Intihanya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat
dalam usaha untuk mengekalkan suku etnik dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Bak kata pepatah , 'duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi' yang bermaksud dalam kehidupan masyarakat
dalam kehidupan bermasyarakat, perlu wujudnya
amalan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bagi
mengeratkan perpaduan antara satu sama lain. Apabila
perkara ini dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat
Malaysia, maka tidak berlakunya jurang dari segi
pangkat dan kedudukan. Ini adalah bentuk
kesamarataan dalam masyarakat yang boleh dipupuk
oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan jalinan etnik di
Malaysia.
AKTIVITI PENGUKUHAN/UJI MINDA
SCAN ME!
or
CLICK HERE
https://kahoot.it/challenge/05186324?challenge-
id=e1bc7a93-15dd-4db5-9c137ea5aab4bc39_1665570871255
RUJUKAN
Buku
1. Buku Siri Politeknik Penghayatan Etika dan Peradaban
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
http://cikgusalmahahmad.blogspot.com/2012/09/definisi-
etnik.html?m=1
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/?m=1
https://images.app.goo.gl/qosozeJUBtC5mLLZ7
https://www.slideshare.net/myongdae88/masyarakat-
pelbagai-kaum-malaysia
SUMBER ISU SEMASA
https://umno-online.my/2022/05/20/kebersatuan-
pelbagai-etnik-sabah-cerminan-sebenar-semangat
keluarga-malaysia-pm/
https://dagangnews.com/teruja-melihat-kepelbagaian-
kaum-di-sarawak-ditonjolkan-pada-jelajah
akm-18019