The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU BIODATA CIKGU ZULKIFLI BAHROM SEMPENA MAJLIS UNTAIAN KASIH RINTIHAN RINDU SULAMAN BUDI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI PENGETUA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atyrahanyss.91, 2021-07-11 22:54:24

BUKU BIODATA CIKGU ZULKIFLI BAHROM SEMPENA MAJLIS UNTAIAN KASIH RINTIHAN RINDU SULAMAN BUDI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI PENGETUA

BUKU BIODATA CIKGU ZULKIFLI BAHROM SEMPENA MAJLIS UNTAIAN KASIH RINTIHAN RINDU SULAMAN BUDI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI PENGETUA

11.5.2020 - 2.5.2021

MAKLUMAT DIRI

En Zulkifli dilahirkan pada tanggal 10 Julai 1969 di RSU melaka. Beliau
merupakan permata hati kepada Bahrom bin Maidin dan Giah bte Manap.

Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik beradik yang
terdiri daripada lima orang perempuan dan enam orang lelaki. Ayahnya
merupakan seorang buruh.

Hobi beliau pada masa lapang ialah
membaca buku, mengembara khususnya
dalam hutan, melancong dan berziarah
serta menternak ayam dan itik.

SEJARAH PENDIDIKAN

Sekolah Rendah : Sek Keb. Tanjung Bidara, Melaka
Sekolah Menengah : Sek Men. Keb (A) Sultan Muhammad, Melaka
Kelulusan Akademik & Ikhtisas:
• Sarjana Muda Pengajian Islam , Universiti Kebangsaan Malaysia
• Diploma Pendidikan : Maktab Perguruan Islam
• Diploma Pengurusan Kaunseling Pendidikan : IAB

SEJARAH PERKAHWINAN

Encik Zulkifli mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Noraziah bte Bidin
yang merupakan seorang guru. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata yang
terdiri daripada putera kesemuanya.

Putera sulung beliau diberi nama Ahmad Zulkhairil Hanafi bekerja sebagai Logistic
Coordinator. Putera kedua beliau ialah Ahmad Zulhadi merupakan pelajar jurusan
kedoktoran di Universiti Alexandria. Putera ketiga beliau ialah Ahmad Zulhambali
merupakan pelajar jurusan perkapalan di Unikl Mimet. Putera keempat beliau pula ialah
Ahmad Zulhelmi, merupakan pelajar jurusan Sumber Manusia di KPM Mara dan
putera bongsu beliau ialah Ahmad Zulharris yang masih bersekolah di tingkatan dua.

SEJARAH PERKHIDMATAN

En. Zulkifli memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pendidik pada tahun
1992 dan sepanjang karier beliau sehingga kini, beliau telah menyumbang
khidmat di sepuluh buah sekolah.

Bil Tahun Tempat Bertugas Jawatan Yang Disandang
1. 1992.1994 Madrasah Darul Falah Guru Akademik
2. 1996 - 2004 Smk Durian Tunggal
3. 2004-2005 Guru Akademik Dg3
4. 2005-2008 Smk Malim Guru Akademik Dg41
5. 2008-20015 Pusat Kokurikulum Melaka
6. 20015-2018 Pusat Kokurikulum Melaka Jurulatih Tetap
7. 2018-2019 Pusat Kokurikulum Melaka Penolong Pengarah
8. 2019-2020
9. 2020-2021 Unit Kokurikulum Ketua Unit
10. 2021- Pembangunan Bakat Murid Ketua Unit
Ketua Penolong Pengarah
sekarang Smk Seri Tanjong Gpk Pentadbiran
Sma Ehya Elkarim Pengetua

ANUGERAH PERKHIDMATAN

Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau telah mendapat
dua anugerah, iaitu Anugerah Guru Kokurikulum Peringkat
Negeri Melaka pada tahun 2004 dan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 2015.

Selain itu, beliau juga telah mendapat tempat ketiga
keseluruhan pusat kokurikulum terbaik peringkat kebangsaan
di samping pelbagai anugerah seperti pengurusan
pentadbiran dan pengurusan logistik terbaik.

KENANGAN MANIS SEPANJANG

PERKHIDMATAN
• Berrjaya mengurus dan melaksanakan hampir
20 program peringkat kebangsaan sama ada
di dalam dan di luar Melaka.

• Hampir 200 program peringkat negeri dari
pelbagai agensi go dan ngo semasa bertugas di
pusat kokurikulum negeri Melaka .

• Mengembara dan melawati hampir di seluruh
negara sama ada di darat, laut, dan pulau
sambil diberi peluang melawati negara-negara
luar seperti Australia dan New Zealand semasa
bertugas sebagai jurulatih pendidikan luar.

• Rakan-rakan guru yang bertugas bersama sebagai jurulatih berkemahiran dari pelbagai bidang
disiplin ilmu juga banyak meninggalkan memori yang sangat indah ketika bertugas bersama .

• Hadiah kemenangan meraih tempat ketiga keseluruhan pusat kokurikulum terbaik peringkat
kebangsaan di samping pelbagai anugerah seperti pengurusan pentadbiran dan pengurusan
logistik terbaik juga meninggalkan kenangan manis semasa bertugas di sana yang tidak dapat
diungkap dengan kata-kata.

JAWATAN LAIN DAN AKTIVITI LUAR

Bil Tahun Jawatan Yang Disandang

1. 2001 Jurulatih Krs Dan Pendidikan Luar Negeri Melaka

2. 2004 Jurulatih Kanan Krs Negeri Melaka

3. 2006 Jurulatih Kanan Pendidikan Luar Negeri Melaka

4. 2014-2018 Panel Anugerah Kokurikulum Kebangsaan

5. 2020.Sekarang Bendahari Masjid Assolihin Kg. Paya Rumput

ALBUM KENANGAN

Warga Estagkita mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Zulkifli bin Bahrom atas khidmat bakti yang telah
disumbangkan di SMK Seri Tanjong.

Semoga ikatan yang telah terbina akan terus kukuh
menyatukan kita semua. Kami mendoakan agar Encik Zulkifli diberikan
kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Budi dan jasa baik sentiasa
diingatan.
Terima kasih.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;

Terima kasih daun keladi,
Budi Tuan dalam kenangan.

Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa bali;
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bertemu kembali.

TERIMA KASIH CIKGU


Click to View FlipBook Version