The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP41022 Wan Nazrin Hanif Bin Wan Abdullah, 2023-03-23 18:21:47

Ihya Ramadhan

Ramadan Kareem

Majlis Perasmian Bulan Panitia Pendidikan Islam Bulan Panitia Bahasa Arab Program Ihya' Ramadhan Dirasmikan oleh : Pn Hjh Suminah Binti Hj. Kasolang Guru Besar 24 Mac 2023 / 2 Ramadhan 1444 H 7.20 Pagi / 2.15 Petang Pavilion Seimpian Anjuran : Panitia Pendidikan Islam & Panitia Bahasa Arab


Bulan Panitia Pendidikan Islam merupakan program tahunan yang diadakan di SK Saujana Impian. Program ini bertujuan untuk melatih muridmurid mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Ia juga suatu usaha untuk menggilap bakat dan potensi mereka dalam aspek tilawah al-Quran, ulum syar'iyyah, jawi dan lain-lain. Program ini menjadi asas untuk melahirkan juara di peringkat sekolah dan pencarian wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, program ini juga dapat mengenal pasti tahap kemahiran murid di sekolah rendah. Bulan Panitia Pendidikan Islam OBJEKTIF PROGRAM Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui acara yang diadakan. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan mempunyai keberanian yang tinggi. Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang tertentu sebagai persediaan untuk menjadi wakil sekolah. Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan. 1. 2. 3. 4. 5.


Bulan Panitia Bahasa Arab merupakan program tahunan yang diadakan di SK Saujana Impian. Ia merupakan satu daripada aktiviti yang dimasukkan dalam takwim persekolahan bagi tahun 2022. Ini kerana pihak sekolah berasa program ini perlu bagi memupuk minat dan kebolehan murid dalam menguasai Bahasa Arab. Lebih-lebih lagi Bahasa Arab kini diperluaskan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Justeru itu, Panitia Bahasa Arab SK Saujana Impian sukacita menganjurkan Bulan Panitia Bahasa Arab bagi merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Bulan Panitia Bahasa Arab OBJEKTIF PROGRAM Menanam minat untuk mempelajari Bahasa Arab. Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan pertuturan mudah dalam Bahasa Arab. Membina sahsiah diri kearah generasi cemerlang gemilang dan terbilang. Meningkatkan kerjasama antara murid dalam aktiviti yang dianjurkan. Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan. 1. 2. 3. 4. 5.


Bulan Ramadhan yang datang setiap tahun merupakan bulan yang diwajibkan kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana-mana. Syukur tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana masih memilih kita untuk bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui ini. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak ini, Panitia Agama Islam telah merancang pelbagai aktiviti untuk menghidupkan bulan yang penuh barakah ini. Ihya' Ramadhan OBJEKTIF PROGRAM Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan berpuasa. Memberikan pengalaman yang berguna dan realiti kepada para pelajar merasai suasana majlis di bulan Ramadhan. Murid-murid dapat memahami serta dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih sempurna. Menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh berkah. Mempraktikkan amalan-amalan pada bulan Ramadhan sepanjang tahun. Menyanjungi al-Quran sebagai panduan hidup manusia. 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Aktiviti Ihya' Ramadhan Tazkirah Ambang Ramadhan Pelancaran Ihya' Ramadhan 1444 H Tadarus al-Quran Program Satu Hari Satu Tazkirah Da'ie Cilik Risalah Ramadhan Ceramah Nuzul Quran Program Masak Bubur Lambuk Iftar Berjemaah dan Solat Terawikh Majlis Khatam al-Quran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


Click to View FlipBook Version