The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu BMMB1104 (Tugasan 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Maisa Damia, 2024-02-21 09:55:49

Puisi Melayu Tradisional

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu BMMB1104 (Tugasan 1)

Keywords: Puisi Melayu Tradisional,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,BMMB1104

SOALAN TUGASAN


PUISI MELAYU TRADISIONAL Nurin Maisa Damia binti Abdullah


PENGHARGAAN Assalamualaikum, pertama saya Nurin Maisa Damia binti Abdullah ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang pertama dalam pentaksiran berterusan Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu BMMB1104 ini dengan jayanya. Saya ingin mendedikasikan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr. Nor Anita Binti Mat Isa yang tidak pernah letih dan jemu dalam memberi bantuan, motivasi, bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar cara-cara yang tepat menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria dan format yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Malah, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama bertungkus lumus dan saling bertukar pandangan serta idea ketika menyiapkan tugasan ini. Akhir madah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada mereka semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam proses merealisasikan tugasan yang pertama ini iaitu dalam pentaksiran berterusan Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu BMMB1104 ini sehingga selesai.


PANTUN - Definisi - Jenis - Ciri - Bentuk - Contoh 01 GURINDAM - Definisi - Jenis - Ciri - Fungsi - Contoh 02 SELOKA - Definisi - Jenis - Bentuk & Ciri - Fungsi - Contoh 03 SYAIR - Definisi - Jenis - Ciri - Fungsi - Contoh 04 ISI KANDUNGAN Pengenalan Fungsi Puisi Melayu Tradisional Pengenalan lebih lanjut berkaitan, : Kesimpulan Rujukan


PENGENALAN Menurut Rosli Saludin (2013) Puisi Melayu Tradisional adalah merupakan pancaran masyarakat Melayu lama yang terdapat persatuan masyarakat dan kekuatan adat didalamnya. Pada peringkat awal, puisi tradisional disampaikan secara lisan Kemudian, puisi tradisional ini dituliskan agar ianya tidak ketinggalan zaman Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua iaitu, : i) Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu - Pantun, Gurindam, & Seloka. ii) Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam - Syair.


FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu Tradisional larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga menjangkau alam mistik. Oleh itu, terdapat beberapa fungsi Puisi Melayu Tradisional. WADAH PEMELIHARAAN ADAT PEMBINAAN SAHSIAH PENGAJARAN AGAMA PENGAJARAN ILMU PENGASIH PERTAHANAN KEPERCAYAAN HIBURAN


PANTUN PUISI MELAYU TRADISIONAL


DEFINISI Pantun adalah puisi tradisional yang digunakan secara meluas sejak zaman dahulu kala hingga kini. Pantun merupakan warisan bangsa Melayu yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu padanya seperti mendidik atau sindiran serta bertujuan memperindahkan lagi sesuatu pengucapan (Nur, 2014). JENIS-JENIS Cinta Kanak-kanak Sindiran Masyarakat Nasihat, agama, & adat Pujian Teka-teki @ jenaka


CIRI - CIRI Setiap rangkap mempunyai makna yang sempurna. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu, pembayang dan maksud. Rima akhir di hujung baris adalah sejajar. Setiap baris dalam pantun mempunyai 4-5 perkataan serta 8-12 suku kata. BENTUK Berbentuk terikat. Bentuk paling popular - 2 kerat & 4 kerat. -Bagi pantun 2 kerat, baris atas merupakan pembayang manakala baris bawah merupakan makna. -Bagi pantun 4 kerat, dua baris teratas merupakan pembayang manakala dua baris terbawah merupakan makna. Terdapat juga pantun 6, 8 & 12 kerat.


CONTOH Pantun Cinta Bawa paku dipukul batu, Dicampur jamu di atas tungku, Cintaku cukuplah satu, Untuk kamu sepanjang waktu. Pantun Sindiran Apalah guna asam paya, Kalau tidak menggulai ikan, Apa guna lagak dan gaya, Kalau bahasa tidak dihiraukan. Pantun Pujian Buah jambu disangka kandis, Kandis ada di dalam cawan, Gula madu disangka manis, Manis lagi senyuman puan. Pantun Teka-teki Buah budi bedara mengkal, Masak sebiji di tepi pantai, Hilang budi bicara akal, Buah apa tidak bertangkai? Pantun Agama Hari Jumaat hari Selasa, Pasar pagi banyak ikannya, Insan di dunia banyak dosa, Dengan taubat membersihkannya.


GURINDAM PUISI MELAYU TRADISIONAL


DEFINISI Menurut Md Ali Bachik (seperti yang dinyatakan dalam Aizee, 2018) Gurindam adalah sebuah wacana yang terkandung didalamnya kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. JENIS Bebas & Terikat Gurindam yang tidak terikat barisnya & terikat barisnya. Berangkai Gurindam yang kata pertama dalam baris pertama setiap gurindam adalah sama. Berkait Gurindam yang bait pertamanya mempunyai hubungan erat dengan bait seterusnya.


CIRI-CIRI Terdiri daripada dua baris ayat serangkap Jumlah kata dan suku kata setiap baris tidak terhad Rima akhirnya berbentuk a-a iaitu bunyi di hujungnya seragam Diksi yang digunakan bernas dan disusun dalam ayat yang kemas Membawa motif pengajaran, nasihat, atau sindiran Gurindam bermaksud sesuatu perkara itu berlaku kerana ada sebab dan melalui sebab itulah perkara itu terjadi. FUNGSI Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat Melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal. Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.


CONTOH Gurindam Pendidikan Murid yang hormat pada guru, Pastilah dia berlimpah ilmu. Gurindam Agama Jangan pernah jauhi tuhan, Jika ingin mendapatkan kebahagiaan. Gurindam Cinta Andainya akulah sang mentari, Pastinya kaulah rembulanku. Gurindam Nasihat Jika hendak mengenal orang mulia, Lihatlah kepada kelakuan dia.


SELOKA PUISI MELAYU TRADISIONAL


DEFINISI Seloka Melayu adalah seloka yang diwujudkan oleh masyarakat Melayu untuk menyatakan sindiran atau ejekan dengan menggunakan bahasa atau bentuk yang berangkap namun dalam nada yang bersenda gurauan atau jenaka (Za’ba seperti yang dinyatakan dalam Salwani Razali & Bahri Radzi, 2019). Seloka Sindiran JENIS Seloka Mengejek Seloka Menempelak Seloka Nasihat Seloka Pengajaran Seloka Khayal Seloka Gurauan BENTUK Seloka berbentuk bebas Seloka berbentuk terikat


CIRI-CIRI Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda Digunakan untuk menyindir sambil mengajar FUNGSI Menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.


CONTOH M. Nasir Seloka Cak Kun Cak Satu masa yang telah silam Tak dapat diambil kembali Melayu mashyur serata alam Hidup mewah gagah sekali Pahlawan kita nama terbilang ramai perwira Melawan musuh tak terbilang Gerak semangat kerana bangsa Kelekaan jangan dikenang Lautan duka kelak dikenang Hampir tinggal sehelai benang Bencana sengaja dipinang Jika perhati bangsa dagang Kapak beliung ditangan memegang Kekayaan hendang diregang Akhirnya saudagar pangkat dijulang Disulami syair termashyur Usahlah berdengkur Kita yang bertafakur Yang mana khilaf tegur menegur La..la…la..la…


SYAIR PUISI MELAYU TRADISIONAL


DEFINISI Menurut Hema Lattha (2015) Syair ialah sejenis puisi Melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat kesemuanya. Kesemua baris ayat dalam setiap rangkap membawa makna isi dan maksud yang dilagukan sama iramanya. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama, dan juga berasaskan sejarah serta dongeng. JENIS Syair Cerita Syair Nasihat Syair Semangat Patriotik Syair Ilmu Syair Sejarah Syair Saduran Syair Romantik Syair Panji Syair Kiasan Syair Alam Sekitar Syair Keagamaan


- CIRI-CIRI - · Terdiri daripada 4 rangkap (sesetengahnya terdapat dalam 2 atau 3 rangkap). · Tiada pembayang maksud. · Setiap baris mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. · Kebiasaannya menceritakan sesuatu kisah. · Bilangan kata setiap baris adalah sama iaitu 4 kata dan 8-12 suku kata dalam satu baris. FUNGSI Sebagai hiburan yang sering dilagukan dalam majlis-majlis seperti pesta dan upacara adat. Sebagai alat menyampaikan pengajaran melalui cerita atau lagu terutamanya dalam hal agama yang mampu memberikan kesan yang mendalam. Sebagai musik pengiring dalam tarian seperti tarian dabus dan boria.


CONTOH Syair Keadilan Wahai Ananda Mustika Bunda, Adil dan benar hendaklah bela, Jagalah sehabis daya, Supaya hidupmu peroleh pahala. Wahai Ananda Bunga idaman Kenang olehmu ayah berpesan, Berlaku adil janganlah segan, Bersikap benar jangan lah enggan. Syair Kejujuran Wahai ananda luah hati bunda, Hiduplah jujur jangan durhaka, Jauhkan bohong haramkan dusta, Supaya hidup tiada ternista. Wahai ananda intan pilihan, Berterus terang janganlah segan, Apa yang benar engkau katakan, Apa yang salah engkau tunjukan.


KESIMPULAN Kesimpulannya, Tradisi kesenian Melayu menonjolkan pelbagai bentuk puisi atau karangan berangkap yang setiap satunya mempunyai aturan tersendiri dan maksud yang tertentu. Puisi telah lama wujud dan berkembang dalam masyarakat Melayu sebagai salah satu bentuk pengucapan tradisional yang amat popular dan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Penggunaan puisi sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan bukanlah sesuatu yang asing dalam tradisi keintelektualan Islam (Zarina Muhammad et al, 2017). Oleh itu, kita sebagai bangsa Melayu dan umat Islam perlulah sentiasa menggunakan puisi tradisional Melayu ini agar dapat memberi pendedahan tentangnya terutama kepada generasi muda agar puisi tradisional Melayu ini tidak ditelan zaman.


Nur. (2014, Julai 10). Pantun tradisional. scribd. https://www.scribd.com/document/233283215/pantun-tradisional Aizee. (2018, Ogos 2). Gurindam. scribd. https://www.scribd.com/document/385253555/1-GURINDAM Hema Lattha. (2015, April 5). Syair. slideshare. https://www.slideshare.net/hemalattha5/syair-46657345 RUJUKAN


Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. Salwani Razali, & Bahri Radzi. (2019). Puisi lisan: Pemerkasaan warisan bangsa Melayu. Jurnal Melayu Sedunia, 2 (1), 234–277. RUJUKAN Zarina Muhammad, Akmaliza Abdullah, Latif Samian, Adibah Muhtar, Suhaila Ihwani, & Aminuddin Hehsan. (2017). Analisis adab ketatanegaraan dalam gurindam dua belas. International Journal of Islamic Studies, 8 (3), 13-23.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version