Guru Penasihat 2021 :
Cikgu Saleh
Ustaz Rosli
Cikgu Tg Hafiz
Cikgu Anis
Ustazah Hasnah
Cikgu Suzana
Cikgu Wan Robaha
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA NERAM 1 Sumber Rujukan :
24060 KEMAMAN TERENGGANU
BUKU PANDUAN KADET REMAJA
SEKOLAH DAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
SEJARAH PENUBUHAN
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah
yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan
Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah
Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan
Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana
Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan
TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar
mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ).
Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet
Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet
Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet
Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium
Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
PENGERTIAN LOGO KRS/TKRS
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada
gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai
agama rasmi Negara Malaysia.
Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu
berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam
semua tindakan.
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi
pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua
tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar
belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia
berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi
tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
BENDERA KRS/TKRS
Warna Hijau melambangkan C Cogan kata KRS/TKRS
Tunas muda/remaja yang masih OK ’ILMU IMAN AMAL’
boleh dibentuk GR
AS ILMU
Laluan hidup yang jelas untuk N/ Asas keintelektualan dan
masa depan. ketrampilan ahli KRS/TKRS.
T
Alam sekitar merupakan KK IMAN
sebahagian daripada kurikulum AR Keimanan yang mendalam
KRS/TKRS. TS merupakan asas
A pembinaan diri.
AMAL
Penghayatan dan perlakuan
gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan
natijah daripada
kekuatan intelektual dan
disiplin diri.