The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahpae86, 2022-08-28 09:36:13

PROJEK KECERIAAN

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

PROJEK KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH

(TANAMAN POKOK BUNGA)

LOKASI:
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SAMARIANG,

KUCHING, SARAWAK.

TARIKH:

Ogos 2022

ANJURAN:
SK BANDAR SAMARIANG DAN PIBG

“INDAH CERIA, SEKOLAH SEJAHTERA”

1.0 PENDAHULUAN

Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang
terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Antara program
tersebut ialah Program Sekolah Bersih, Kempen Cara Hidup Sihat dan
Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil
Program 3K yang membawa maksud : Kebersihan , kesihatan dan keselamatan
yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu
nasional berkaitan 3 aspek itu.

Taarifan Kebersihan ialah Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang
dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Kebersihan dan Keceriaan akan
melaksanakan Projek Kebersihan dan Keceriaan sekolah 2022/2023 dimana akan
dilaksanakan bermula bulan Ogos 2022.

2.0 RASIONAL
Projek Keceriaan Sekolah ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk
menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan
persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin
seharian di sekolah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta dapat
dijadikan sumber perhatian terutamanya murid dan tetamu yang mengunjungi
sekolah.
3.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

3.3 Memupuk semangat kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah dan
ibubapa.
3.4 Memupuk semangat bertanggungjawab terhadap persekitaran sekolah.

4.0 TARIKH DAN MASA
Bermula bulan Ogos 2022.
Pelaksanaan mengikut kesesuaian kumpulan masing-masing.

5.0 TEMPAT
Kawasan Sekolah Kebangsaan Bandar Samariang.

6.0 AKTIVITI
Tanaman pokok bunga.

Cadangan keceriaan:
1. Menanam pokok bunga dan herba.
2. Membaik pulih taman atau landskap yang sedia ada.

7.0 AGIHAN ZON KECERIAAN
( Sila Rujuk Lampiran l )

8.0 PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan.
( Sila Rujuk Lampiran ll )

9.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Semoga projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan
motivasi diri para murid di samping mengindahkan lagi kawasan sekolah.
Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak. Oleh itu,
kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ ___________________________
CIK FAIZAH BINTI PAUDZI EN. ANUAR BIN POUZI
Ketua Penyelaras
Penyeleras Unit Kebersihan & Keceriaan Jawatankuasa 3K

Disahkan oleh:

_______________________________
TN. HJ. MOHAMAD SHARKAWI BIN SOMBIN

Guru Besar
SK Bandar Samariang


Click to View FlipBook Version