The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindamohdfarip, 2020-11-05 01:20:34

TARBIYAH

TARBIYAH

dalam< < < < < < < <
HIDUPKUTARBIAHHARI-HARI
Pengalaman Sebagai Pesakit COVID-19

YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

<<<<< <<<

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan Diterbitkan oleh:
mengeluar ulang mana-mana bahagian isi
kandungan daripada buku ini termasuk artikel, PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
ilutrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk (HAL EHWAL AGAMA)
dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal,
rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa Aras 9 & 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
daripada PEJABAT MENTERI DI JABATAN 62100 Putrajaya, Malaysia.
PERDANA MENTERI (HAL-EHWAL AGAMA). Tel: 03-88707000 / 03-88707071
Emel: [email protected]
Laman web: mira.gov.my/

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Isi Kandungan v
1
Mukadimah
Hari-Hari Tarbiah Dalam Hidupku 2
3
(Sebagai Pesakit Covid-19) 6

Ahad | 4 Oktober 2020 9
Ahad | 4 Oktober 2020 12
Isnin | 5 Oktober 2020 14
17
Hari Pertama di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban 23
28
Selasa | 6 Oktober 2020 32
Rabu | 7 Oktober 2020 35
Khamis | 8 Oktober 2020 38
42
Jumaat | 9 Oktober 2020 44
Sabtu | 10 Oktober 2020
Ahad | 11 Oktober 2020   iii
Isnin | 12 Oktober 2020
Selasa | 13 Oktober 2020
Rabu | 14 Oktober 2020

Inilah Nasihatku kepada Pesakit Covid-19
Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih



> > > > > > > > > >Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19
> >< < <>< <>< <>< > > > > >

Mukadimah

S tatistik pada hari ini, Selasa 27 Oktober 2020 amat merisaukan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan yang
diambil daripada WHO menunjukkan statistik Covid-19
dunia adalah seperti berikut:

• Hampir 43 juta (menuju ke 50 juta) kes
Covid-19 di seluruh dunia.

• Hampir 1.1 juta kes kematian akibat Covid-19
• Hampir 31.2 juta kes pesakit Covid-19 yang

sembuh
• 48 negara mencatatkan melebihi 100 ribu kes

Covid-19
• Negara yang tertinggi adalah seperti berikut:

1. Amerika Syarikat: 8 juta lebih
2. India: 7 juta lebih
3. Brazil: 5 juta lebih
4. Rusia: 1 juta lebih
5. Sepanyol: 1 juta lebih

 v

Apa yang telah berlaku ini tidak saya jangka. Saya melihat
ia sebagai satu pengajaran kepada diri saya sendiri, jua tarbiah
daripada Allah SWT. Seperti yang anda semua maklum, saya telah
disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober 2020.

Sepanjang saya menjalani rawatan, saya mengambil
kesempatan untuk melakarkan sejuzuk pengalaman agar boleh
menjadi sedikit pedoman kepada pesakit Covid-19 yang lain. Saya
namakan tajuk buku ini dengan Hari-Hari Tarbiah dalam Hidupku
(Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19).

Sebahagian daripada catatan saya semasa menerima
rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Antara pengajaran utama yang saya peroleh adalah bagaimana
peranan pesakit, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat dalam
pengurusan emosi. Ia amat penting terutamanya dalam saat-saat
yang getir. Justeru, sokongan dan dokongan serta doa daripada
semuanya kepada Yang Maha Esa amat dihajati.

   vvii

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Berita terkini berkenaan Covid-19 di Malaysia dalam
gelombang yang ketiga ini lebih ganas dan menggerunkan dengan
peningkatan kes jangkitan yang begitu banyak. Sehingga Isnin,
26 Oktober 2020, jumlah keseluruhan kes telah mencecah 27,805.
Ini boleh mencapai kepada angka 40,000 pada jangkaan saya jika
situasi seperti ini berterusan.

Saya harapkan naskhah kecil ini dapat memberi sedikit
sebanyak pencerahan kepada kita semua dan menjadi bekalan
kepada pesakit Covid-19 apabila menghadapi mehnah dan tribulasi
seperti ini. Saya akhiri mukadimah ini dengan bacaan doa:

‫أَ ْسأَ ُل الَلّهَ الَْع ِظي َم َر َّب الَْعْر ِش الَْع ِظيِم أَ ْن يَ ْشِفيـَنَا‬

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang
Maha Agung, Penguasa Arasy yang Agung untuk
menyembuhkan kita semua.”

Semoga negara kita khususnya dan dunia amnya bebas
daripada Covid-19. Amin.

Akhukum fillah,

Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Selasa, 27 Oktober 2020
bersamaan 10 Rabi’ul Awal 1442 Hijri

  vii

Pengharapan...
Saya harapkan

naskhah kecil ini
dapat memberi

sedikit sebanyak
pencerahan kepada

kita semua dan
menjadi bekalan

kepada pesakit
Covid-19 apabila
menghadapi mehnah

dan tribulasi
seperti ini.

   vviiiiii

> > > > > > > > > >Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19
> >< < <>< <>< <>< > > > > >

Hari-Hari Tarbiah
dalam Hidupku

Pengalaman sebagai Pesakit COVID-19

Ku mulai coretan ini dengan mengimbau kembali kisah
minggu lalu. Pada mulanya, saya ingin membawa
pulang anakanda Abdul Syakur dari satu program.
Namun, kemudian saya mendapat perkhabaran
daripada Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), MAIWP
yang berpesan supaya anak saya tidak
dibawa pulang terlebih dahulu.

I ni susulan pemergian saya ke Sabah pada 24
September 2020 yang lalu bagi tujuan semata-
mata untuk menyampaikan bantuan Musa’adah
Covid-19 bersama sebahagian agensi di bawah saya,
iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR),
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Pusat Pungutan
Zakat-MAIWP.

 1

Ahad
4 Oktober 2020

E koran daripada peningkatan
kes COVID-19 saban hari,
saya mengambil keputusan
untuk melakukan ujian swab sekali
lagi. Selepas Kuliah Dhuha Mingguan
di Masjid Dato’ Klana Petra Nilai, saya
bersama-sama dengan beberapa orang
rakan bersarapan pagi terlebih dahulu di sebuah
restoran berhampiran masjid. Selepas itu, kami pergi ke Hospital
Putrajaya untuk menjalani ujian swab.

Program seharian itu berlangsung seperti biasa, sebagaimana
yang telah sedia maklum tersebar di media sosial. Menjelang senja,
saya sekeluarga menunaikan solat Maghrib di surau. Usai solat
berjemaah, saya membawa anakanda Istisyhad ke farmasi untuk
mengambil ubat disebabkan keadaan kesihatannya yang agak
kurang baik.

   22

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Pulang dari farmasi, kami singgah menikmati Char Kuey
Teow di sebuah gerai. Begitulah mungkin hari minggu
kebiasaannya bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Masa hujung minggu tersebut dimanfaatkan
sebaiknya untuk keluarga.

Ahad
4 Oktober 2020

Detik 11.30 malam

M enjadi rutin saya untuk tidur awal pada setiap malam jika
tidak kesibukan. Sekadar meraikan sunnah Nabi SAW
seadanya yang menekankan peri penting tidur selepas
solat Isya’ jika tidak ada apa-apa urusan penting.

Daripada Abu Barzah R.A, katanya:

‫أاَلَّنِع َشَراُِسءوَوَالل اَحلّلَِديِه َثَصبّـلََْعىَد َهالالهُ َعلَْيِه َو َسّلَ َم َكا َن يَ ْكَرهُ النّـَْوَم قـَْب َل‬

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah SAW tidak
menyukai tidur sebelum solat ‘Isya’ dan berbual-bual
(kosong) selepasnya.”

Riwayat al-Bukhari, (no. 568)

Sekitar jam 12am lebih, telefon tangan saya berdering. Satu
panggilan yang tidak saya sangka. Ibarat halilintar menyinggah ke
telinga saya. Saya disahkan positif COVID-19. Jeda seketika.

 3

‫إَِنّا لَِلّـِه َوإَِنّا إِلَْيِه َرا ِجعُو َن‬

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” 1
Surah al-Baqarah (156)

Lafaz pertama yang terpacul daripada mulut saya.
Selepas beberapa minit, saya bingkas bangun. Pili air dibuka
dan saya mengambil wudhu’. Sejadah terus dihamparkan dan
saya solat, solat dan terus solat. Sungguh, terasa sedikit terkawal
keresahan apabila dahi mencecah ke sejadah. Sedar tak sedar, fajar
sudah hampir menyinsing. Saya cuba melelapkan mata sebentar
walaupun hakikatnya tidak lena.

1 Pada ayat ini, Allah SWT memberi khabar bahawa Dia menguji hamba-hambaNya yang
beriman dengan beberapa ujian di saat mereka berada dalam keadaan suka dan duka, dan
kesemua ini (mereka yang diuji Allah SWT dalam kalangan hamba-Nya) mendapat pahala
jika mereka bersabar terhadapnya. Mereka kemudiannya mengucapkan lafaz istirja’ bukti
sebagai seorang hamba yang sabar dan syukur. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/467)

   44

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Saya kejutkan anak-anak dan isteri untuk bangun bertahajud
dan sama-sama menunaikan solat Subuh. Selepas Subuh, saya
berpaling menatap wajah anak-anak dan isteri. Saya katakan
kepada anak-anak:

“Semalam doktor ada telefon. Abah disahkan positif
COVID-19. Abah nak wasiat kepada semua untuk jaga agama,
banyakkan sedekah.”

Saya merenung dengan penuh sebak ke dalam mata isteri.
Terasa berat lidah hendak melafazkan. Namun, saya kuatkan hati
dan menitipkan pesan:

“Kalau saya ditakdirkan meninggal
dunia, bayarlah zakat sebanyak

RM100,000. 1/5 daripada harta yang
saya ada, wakaflah ke jalan Allah.”

Ringkas sahaja pesanan saya namun perasaan
yang membungkam bercampur baur.

Pagi itu saya mendapat panggilan daripada
YB Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan bertanyakan
hospital yang saya mahu pilih sebagai pusat rawatan.
Saya memilih Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dek
kerana ia berhampiran dengan rumah saya.

Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat panggilan
daripada Dr Khalidi dan Dr Anas dari Hospital Tuanku Ja’afar

yang ditugaskan memantau saya sepanjang rawatan.

 5

Tepat jam 11.10 pagi, ambulans sampai di hadapan rumah.
Polis telah datang dengan beberapa buah kereta lebih awal untuk
mengawal keadaan dan suasana ketika itu. Saya solat sunat buat
kali terakhir dan memulakan langkahan keluar, melambai dengan
penuh sayu kepada keluarga yang
tercinta.

Isnin
5 Oktober 2020

Hari Pertama di Hospital
Tuanku Ja’afar, Seremban

P erjalanan dengan ambulans
yang dipasang siren memberi
banyak makna dalam kehidupan saya. Ini kerana, itulah kali
pertama, saya menjadi pesakit yang diiring, diambil oleh ambulans
ke hospital. Amat menginsafkan kita.

Sejujurnya, saya redha. Begitulah sepertimana kata Syeikh
Abdul Wahid bin Zaid Rahimahullah:

‫الِّر َضا بَا ُب اللِه اْلَ ْعظَم‬

Maksudnya: “Redha adalah pintu
Allah yang teragung.”

Dalam masa yang sama, saya masih
keliru dan seakan-akan bermimpi. Perjalanan
lebih kurang 50 minit tidak terasa jauhnya.

Tiba di sana, saya diberi taklimat dalam
bilik yang dipisahkan dengan kakitangan hospital.

   66

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Alhamdulillah, layanan kakitangan amat baik. Terima kasih,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Tuanku Ja’afar.

Petang itu, saya menerima mesej bertalu-talu yang
bertanyakan keadaan saya. Rupanya, khabar yang menyatakan saya
positif COVID-19 sudah tersebar luas.

Saya tidak boleh berdiam dan menafikan hal ini. Ia melibatkan
keselamatan dan ketenteraman awam. Saya perlu bertanggungjawab.
Pun begitu, sebarang tindakan perlulah dilakukan secara berhikmah,
ibarat menarik rambut di dalam tepung.

Lantas telefon tangan dicapai dan saya menghubungi
Setiausaha Akhbar saya, Ustaz Mohamad Razif dan memberikan
beberapa noktah penting untuk disampaikan kepada media dan
rakyat Malaysia amnya.

Alhamdulillah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia diwakili
Dr. Faizul (Pegawai Khas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)
dan juga pihak Pejabat Perdana Menteri amat membantu dalam
menyelaraskan kenyataan media pada petang tersebut.

 7

Penghargaan ditujukan khusus
kepada KDYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong,
yang mendoakan saya apabila
mendapat sembah maklum
akan kesihatan saya. Junjung
kasih Tuanku atas budi dan
kasih kepada patik.

Terima kasih juga kepada
para pemimpin dan rakyat
Malaysia yang mengirim mesej
mendoakan saya di media sosial
mahupun Whatsapp.

Di sini saya faham, isu yang hendak disampaikan perlu jelas,
terang dan sampai maksud serta selamat daripada tafsiran yang
pelbagai.

Berita ini saya maklumkan kepada ayahanda saya, Haji
Mohamad bin Abu Bakar. Saya tenangkan beliau dan sampaikan
dengan penuh tertib. Alhamdulillah, meskipun berat berita yang
saya terima seolah batu besar yang menghempap, ia tidak terasa
kerana sokongan keluarga, sahabat handai dan mereka yang
memahami.

Ramai juga ahli politik dan orang perseorangan bertanyakan
hal saya. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas iringan doa serta
harapan mereka. Saya memohon maaf atas sebarang bentuk
kelemahan dan kekurangan daripada diri saya. Sekalung doa saya
panjatkan kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan
kesembuhan dan keselamatan buat seluruh rakyat Malaysia amnya
dan pesakit Covid-19 khususnya, termasuklah jua diri saya.

   88

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Selasa  
6 Oktober 2020

B angun pagi, saya solat Subuh
dan tidur sebentar. Jam 8 pagi,
saya menerima sarapan Roti
Kaya, sekotak air Milo dan air mineral.
Terima kasih kepada Haji Shaharudin
(Haji Din Seremban) atas ingatan dan
pemberian.

Saya banyak habiskan waktu dengan melihat perkembangan
semasa dan mencari info bermanfaat melalui saluran Youtube dan
Google. Pesanan saya kepada mereka yang diuji dengan COVID-19,
bawalah bekalan buku dan al-Quran.

Ini kerana kita punya banyak masa untuk diisi. Tak ada
sesiapa yang dibenarkan menziarahi kita. Justeru, kalau kita banyak
membaca dan beramal, masa kita tidaklah terbuang begitu sahaja.

Sejak saya menjawat jawatan Mufti pada 23 Jun 2014 hinggalah
ke jawatan Menteri pada Mac 2020, inilah masa lapang yang amat
panjang bagi saya. Berapa lama saya teringinkan waktu senggang
untuk saya berehat. Akhirnya, Allah SWT mengabulkannya dalam
keadaan sebegini. Indah aturan-Nya.

Teringatlah saya kepada buku Syeikh
Abdul Fattah Abu Ghuddah bertajuk
Qimatuz Zaman ‘Inda al-‘Ulama’ (Nilai
Masa di Sisi Para Ulama’). Begitu juga
dengan buku saya, Masa: Peliharalah.

 9

Nasihat sahabat saya, Dr. Aizam, Ustaz Jaafarudin dan ramai
lagi kepada saya, memang benar dan insya Allah saya amalkan.

Saya juga dihubungi oleh ramai ulama’, sama ada dari dalam
atau luar negara yang mendoakan kesihatan saya. Antaranya
Fadilatus Syeikh Usamah al-Rifa’ie daripada Syria yang menetap
di Turki sekarang. Begitu juga guru kami yang dikasihi, Samahah
Syeikhuna al-Ustaz al-Kabir Rusydi Qalam daripada Syria. Tak
dilupakan sahabat saya, Syeikh Dr. Isma’il Lutfi al-Fatoni, juga qari
terkenal Syeikh Misyari Rasyid al-‘Afasi.

<<<

Fadilatus Syeikh
Usamah al-Rifa’ie

Kiriman doa daripada Syeikh Misyari <<<
Rasyid al-‘Afasi.
Samahah Syeikhuna
al-Ustaz al-Kabir
Rusydi Qalam

Petang ini, Mufti Kedah, Sahibus Samahah Dato’ Paduka
Sheikh Fadzil Bin Haji Awang telah membuat panggilan video
kepada saya. Nampak beliau begitu risau dengan keadaan saya.
Saya khabarkan, “Alhamdulillah, saya sihat seperti biasa. Mungkin
ini ujian Allah SWT kepada saya.” Saya meminta beliau sampaikan

   1100

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

salam kepada para ulama’ di Kedah. Moga-moga dengan doa
mereka, saya segera sembuh.

Hari ini, lebih tenteram perjalanan masa saya. Mendengar
ucapan YAB Perdana Menteri yang menyampaikan ucapan secara
langsung jelas menunjukkan peri pentingnya isu COVID-19
ditangani dengan berhemah dan cermat.

Tindakan yang diambil
jelas menunjukkan sikap
prihatin, sesuai dengan

slogan tahun ini,
Malaysia Prihatin

YAB Perdana Menteri ketika menyampaikan Perutusan Khas
mengenai situasi semasa COVID-19 pada 6 Oktober 2020.

Malam kedua di hospital berlabuh dengan lebih mendamaikan.
Saya capai al-Qur’an dan menelaah tafsir Surah al-Humazah2 dan
mengulanginya beberapa kali. Kesempatan yang ada diambil untuk
mentadabbur surah ini dan merenung iktibar episod baharu dalam
hidup saya beberapa hari ini.

2 Surah al-Humazah:
‫بِ ْسِم الَلّـِه الَّر ْح َمـٰ ِن الَّرِحيِم‬

﴾٤﴿ ‫﴾ َكَّل لَيُنبَ َذ َّن ِفي الْ ُحطََمِة‬٣﴿ ُ‫﴾ يَ ْح َس ُب أَ َّن َمالَهُ أَ ْخلَ َده‬٢﴿ ُ‫﴾ اَلّ ِذي َج َم َع َماًل َو َع َّد َده‬١﴿ ‫َويْ ٌل ّلِ ُك ِّل ُه َمَزٍة ُلَّمَزٍة‬
﴾ ٩﴿ ‫﴾ ِفي َع َم ٍد ُّم َم َّد َدٍة‬٨﴿ ٌ‫﴾ إِنَـَّها َعلَْيِهم ُّمْؤ َص َدة‬٧﴿ ‫﴾ اَلّتِي تَ َطِّل ُع َعلَى اْلَفْئِ َدِة‬٦﴿ ُ‫﴾ نَا ُر الَلّـِه الْ ُموقَ َدة‬٥﴿ ُ‫َوَما أَ ْدَرا َك َما الْ ُحطََمة‬
Maksudnya: Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta
dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam
“Al-Hutamah”. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “al-Hutamah” itu? (Al-
Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - Yang naik menjulang ke
hati; Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada
batang-batang palang yang melintang panjang. [Surah al-Humazah: 1-9]

  11

Rabu
7 Oktober 2020

P agi hari ketiga dimanfaatkan
dengan meneliti media sosial
saya. Banyak ucapan yang
diterima. Nasihat dan teguran yang
disampaikan, insya-Allah menjadi
ingatan buat diri ini.

Tengahari itu saya mendapat juadah
istimewa, Nasi Arab Restoran Saba’, Cyberjaya yang dihantar
buat saya dan warga Wad 8C oleh Menteri Kanan (Perdagangan
Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sejak mula dimasukkan ke Wad 8C hingga ke saat ini,
beberapa kali rasanya saya diambil darah, ujian tekanan darah dan
gula. Tekanan darah tinggi bacaannya yang tidak pernah berlaku
160, 170, 150 dan ini sedikit merisaukan saya. Begitu juga bacaan
gula cukup tinggi iaitu 15, 16 dan 17.

Mungkin kerana sedikit “terkejut”
dan tertekan. Saya berdoa kepada Allah
agar ia semakin menurun. Hari inilah kali
pertama saya disuntik insulin. Semoga
inilah jua kali terakhir.

Waktu senggang yang ada saya
manfaatkan dengan mengikuti ceramah
Syeikh Abdul Hamid Kisyk, Syeikh
Dr. Omar Abdul Kafi, Syeikh Dr. Ratib

Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi

   1122

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Syeikh Dr. Ratib al-Nablusi Syeikh Abdul Hamid Kisyk

al-Nablusi, Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi, Syeikh Dr. Syihabuddin
Abu Zahwi dan lain-lain.

Terkadang apabila bosan, saya buka video kisah hidup
Soekarno dan menghiburkan diri dengan kisah Abu Nawwas.

Saya juga mengikuti secara dekat pengumuman harian Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham. Gelombang ketiga
COVID-19 ini nampaknya amat merisaukan. Moga Allah SWT
menjauhkan kita daripada bala yang lebih besar.

Sidang Media Harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham.

Alhamdulillah, saya dapat tidur dengan baik pada malam ini.

  13

Khamis
8 Oktober 2020

I ndahnya hidup bersahabat,
sakit demam kita pasti ada yang
menjaganya, Terima kasih Haji Din
Seremban untuk Nasi Dagang, Limau
Kasturi dan air mineral.

Terima kasih juga Unit Dietetik yang
menyediakan menu yang mengenyangkan.

Bacaan darah dan gula pada hari ini agak baik, sekitar 102
darah tinggi dan 8 bagi bacaan gula. Syukur kepada-Nya. Saya juga
menerima banyak perkhabaran yang positif dan baik dari semua
sahabat yang mungkin dianggap kontak rapat saya, termasuklah
keluarga saya, di mana keputusannya adalah negatif. Alhamdulillah,
syukur kepada Allah.

Seperti biasa, hari ini saya teruskan lagi dengan jaulah ilmiah
maya, dengan mengikuti ceramah dan pengajian dalam talian.
Kecanggihan teknologi pada hari ini perlu dimanfaatkan sebaiknya
oleh penuntut ilmu.

Amat malang bagi penuntut ilmu yang tenggelam dalam
kecanggihan teknologi, tetapi sedikit sekali masa yang diambil
untuk memanfaatkannya demi ilmu.

Saya mengambil peluang mengikut pengajian guru yang
dikasihi, Fadhilatussyeikh Dr. Muhammad Muhammad al-
Mukhtar al-Syanqiti dalam mensyarahkan bab zakat daripada

   1144

PPeennggaallaammaann SSeebbaaggaaii PPeessaakkiitt CCoovviidd--1199

<<<<<<<<

kitab Bulugh al-Maram. Terasa seakan zaman berputar
kembali ketika saya masih bergelar anak muda yang
menuntut ilmu di Universiti Islam Madinah.

Jam 2 petang, saya dikejutkan dengan berita
pemergian salah seorang ketua agensi di bawah

tanggungjawab saya. Saya lebih menanggap beliau

sebagai seorang sahabat. Kitab Bulugh al-Maram
karangan al-Hafiz Ibn Hajar

Saya capai pen dan kertas, lalu dengannya saya meluahkan

lafaz takziah dan rasa hati untuk sahabat yang dihormati, Ketua
Pengarah JAKIM Dato’ Paimuzi.

‫بِ ْسِم الَلّـِه الَّر ْح َمـٰ ِن الَّرِحيِم‬
‫ال َّسَل ُم َعلَْي ُك ْم َوَر ْح َمةُ الَلّه‬

Sedang saya menulis catatan jam 2.10 petang, saya terbaca banyak
mesej tentang pemergian sahabat saya Dato’ Paimuzi Yahya yang

telah kembali ke rahmatullah. Saya lafazkan ‫ إَِنّا لَِلّـِه َوإَِنّا إِلَْيِه َرا ِجعُو َن‬. Saya

katakan beliau seorang yang gigih dalam melaksanakan tugas.
Tugasan rasmi saya dengan meeting postcab, penggambaran
terakhir dan juga perasmian di Musabaqah al-Quran al-Karim iaitu
peringkat KAFA, peringkat kebangsaan yang terakhir pada hari
Ahad, 4 Oktober, beliau masih bersama kami dalam majlis penutupan
tersebut, di Hotel Geno, Shah Alam. Kepada
keluarganya saya ucapkan takziah dan bertabahlah.
Saya lafazkan kepada al-Marhum, jazakumullahu
khairal jaza’ atas sumbangan untuk Islam dan
negara. Mohon maaf tak dapat nak ziarah.

Akhukum fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Khamis, 8 Oktober 2020

* Alhamdulillah, sempat membuat panggilan kepada

isterinya Datin Marzilah pada jam 2.20 petang.

  15

Sepanjang saya berada di katil hospital, saya cuba merenung
nikmat dan hikmah kesemua ini. Antaranya menilai dan memelihara
kesihatan dengan lebih teratur dalam kehidupan kita. Ini selaras
dengan sabda Nabi SAW:

‫إِ َّن لِنـَْف ِس َك َعلَْي َك َحًّقا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya dirimu itu mempunyai
hak atasmu.”

Riwayat al-Bukhari (1975) dan Muslim
(1159)

Di sinilah saya mula belajar tentang kesihatan secara khusus
terutamanya penjagaan diabetes, darah tinggi dan lain-lain lagi.
Terima kasih semua doktor dan jururawat. Pesanan sahabat saya Dr.
Shahbudin tetap saya ingat berkaitan kesihatan yang perlu dijaga
khususnya makanan dan minuman.

Selain itu, kuarantin ini memberi peluang kepada saya untuk
beribadat dengan lebih tenang dan selesa. Solat sunat, zikir,
membaca al-Qur’an dan pelbagai amalan lain dapat dilaksanakan

dengan penuh kedamaian. Solat fardhu juga dapat
dilakukan pada awal waktu.

Apa yang sedihnya, tidak dapat solat
berjemaah dan tak dapat ke masjid. Setiap
kali saya mendengar laungan azan, hati ini

menjadi sayu dan saya berharap saya dapat
menapakkan kaki ke dalam rumah Allah.

Keadaan ini juga mengajar saya
erti sebenar hubungan kekeluargaan dan

   1166

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

silaturrahim. Rasa kekeluargaan banyak membantu memberi
kekuatan kepada saya. Begitu juga doa ikhlas daripada ayah,
bonda, isteri, anak-anak, keluarga, begitu juga rakan taulan yang
ikhlas amat-amat dihargai.

Saat video call amat ditunggu-tunggu kerana dapat menatap
wajah insan-insan tersayang. Tanpa sedar, air mata mula bergenang.

Ini memberi satu makna dan isyarat kepada kita bahawa
perlunya rasa kasih sayang dan mahabbah sesama kita. Sokongan
moral perlu sentiasa diberikan kepada pesakit COVID-19.

Paling terharu, saya tidak menyangka terlalu ramai sahabat-
handai yang mengirim doa dan pesanan yang tidak putus-putus.
Saya tidak sangka, walaupun mereka nun jauh, tetapi mereka tetap
mengingati dan mendoakan untuk hamba yang kerdil ini. Saya
ucapkan jazakumullahu khairal jaza’.

Jumaat
9 Oktober 2020

M entari sudah mula memancar.
Entah apa yang berlaku
di luar sana. Hari ini ada
perasaan bercampur baur dalam hati.
Ada rasa sedih, ada rasa gembira.

Gembira kerana Allah SWT masih lagi
memberikan saya peluang untuk menghirup udara di pagi Jumaat.
Semoga dapat diisi dengan pelbagai acara ibadat kepada-Nya.

Namun, sedih jua kerana tidak dapat menunaikan solat
Jumaat. Kaedah fiqh menyebut:

  17

‫تَ َصُّر ُف الإَماِم َعلَى الَّرِعَيِّة َمنُو ٌط بِال َم ْصلَ َحة‬

Maksudnya: “Polisi pemerintah terhadap rakyat itu
hendaklah berasaskan kepada maslahat.” (Lihat al-

Asybah wa al-Nazair li al-Suyuti, hlm. 121)

Itulah yang sepatutnya dalam mengekang wabak COVID-19
dengan lebih berkesan. Apa yang telah ditetapkan oleh pemerintah,
wajar dipatuhi untuk kebaikan bersama.

Saya mula terfikir, salah satu alternatif Islam untuk hindarkan
wabak COVID-19 di samping melalui nasihat KKM, adalah kita
jadikan hari Jumaat sebagai hari untuk kita bersedekah. Bersedekah
walaupun hanya sedikit untuk menolak bala dan sakit.

Ini berdasarkan hadith Nabi SAW:

‫ َوا ْستـَْقبِلُوا‬، َ‫تّ َوَضَُدّراِعووا َمْر َضا ُك ْم بِال َّص َدقَة‬،َ‫أََْحمَوِاّصنَُجواالْأَبَْمََلواِءلَ بُِكالْمُّدبِاَعلاَّزِءَكاَِةوال‬

Maksudnya: “Bentengkanlah harta kamu dengan
cara mengeluarkan zakat, dan rawatlah orang-orang
yang sakit dalam kalangan kamu dengan bersedekah,
dan hadapilah gelombang bala dengan doa dan
merendah diri.”

Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil (105)
daripada al Hasan al-Basri; al-Baihaqi dalam
Syu’ab al-Iman (3/1310) dan al-Tabarani
dalam al-Mu’jam al-Ausat (2/274). Syeikh
al-Ghumari menghukumkan hadith ini sahih.

   1188

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Mafhum hadith ini, dengan kita mengeluarkan
zakat, harta akan terpelihara bahkan akan
bertambah. Dengan kita bersedekah, Insya-
Allah ia dapat menghindarkan penyakit. Dan
dengan doa serta merendah diri kepada
Allah, maka gelombang bala termasuk
COVID-19 dapat dijauhkan daripada kita.

Dengan bantuan kewangan pada
situasi yang menekan ini, saya berharap ia
dapat meringankan beban yang ditanggung
oleh masyarakat pada ketika ini, terutamanya
berkaitan kesihatan mental. Ramai yang tertekan
akibat hilang pendapatan. Maka, hadith ini sangat relevan dengan
situasi kita pada hari ini.

Hadith ini menggunakan perkataan jama’: ‘‫ ’ َح ِّصنُوا‬yang

memberi maksud bentengkanlah diri kalian (ramai). Justeru, ia
memberi galakan kepada kita semua untuk memperbanyakkan
sedekah secara beramai-ramai sekalipun sedikit. Mudah-mudahan
Allah SWT memelihara kita daripada COVID-19.

Oleh kerana hari ini
adalah hari Jumaat, saya
menulis beberapa pesanan di
media sosial saya dalam
tulisan Jawi. Saya berpesan
kepada semua warganet untuk
memperbanyakkan selawat,
membaca Surah al-Kahfi,
menjaga hubungan silatur-
rahim terutama kepada kedua
ibu bapa dan beramal soleh
sebaiknya pada hari ini.

  19

Bagai pucuk dicita, ulam
mendatang. Air zamzam kiriman Dato
Seri Zainal Abidin, Pengerusi Zahafiz
Travel and Tours sampai ke katil saya.
Lebih menggembirakan, beliau turut
mengirimkan air telaga (bi’ru) ‘Iziq
yang pernah digunakan oleh Rasulullah
SAW untuk berwudhu’ dan minum.

Saya teringatkan sebuah hadith Nabi SAW,

ُ‫َماءُ َزْمَزَم لَِما ُش ِر َب لَه‬

Maksudnya: “Air zamzam adalah bergantung kepada
siapa yang meminumnya.”3

Riwayat Ibn Majah (3062)

Tetapkan apa-apa hajat, doa dan niat, kemudian minumlah air
zamzam ini.

3 Hadith ini boleh difahami dengan penambahan yang terdapat di dalam riwayat Ibn
Abbas:

ُ‫ َوإِ ْن َش ِربـْتَهُ لِيـَْقطَ َع ظََمأَ َك قَطََعه‬،ُ‫ َوإِ ْن َش ِربـْتَهُ ُم ْستَِعي ًذا َعا َذ َك الَلّه‬،ُ‫فَِإ ْن َش ِربـْتَهُ تَ ْستَ ْشِفي بِِه َشَفا َك الَلّه‬
Maksudnya: “Jika kamu meminumnya untuk penyembuhan daripadanya maka Allah akan
menyembuhkanmu, jika kamu meminumnya untuk memohon perlindungan maka Allah
akan melindungimu dan jika kamu meminumnya untuk menghilangkan kehausan maka
Allah akan menghilangkannya.” (Lihat al-Mustadrak, 1/646)

Di dalam kitab al-Idhah karangan Imam al-Nawawi disebutkan bahawa sunat meminum air
zamzam dengan sebanyaknya. Ini kerana telah thabit daripada Abu Zar R.A bahawa Nabi
SAW bersabda mengenai air zamzam:

‫ َوإَِنّها طَعا ُم طُْعٍم َوِشفاءُ ُسْقٍم‬،ً‫إَِنّها ُمباَرَكة‬
Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah berkat, dan ia adalah makanan yang
mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit”.

Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (9659). Juga di
dalam riwayat Muslim (2473) tetapi tanpa lafaz “‫”َوِشفاءُ ُسْقٍم‬.

   2200

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Pancaran matahari sudah mula
menggelincir ke arah barat daripada

kita. Ketika itu, pinggir timur matahari
melintasi Meridian Samawi Tempatan.
Itulah tanda masuknya waktu Zohor.
Saya bingkas bangun menunaikan
solat Zohor bagi menggantikan solat
Jumaat yang tidak dapat dilaksanakan.

Janggal rasanya hari Jumaat tanpa
khutbah. Saya kemudiannya mencapai iPad,
naik semula ke katil dan mencari-cari siaran khutbah Jumaat untuk
ditonton di Facebook.

Alhamdulillah, saya temui khutbah Dato’ Seri Tuan Guru Haji
Abdul Haji Awang yang bersiaran secara langsung dari Masjid
Rusila. Khutbah yang ringkas, namun amat membekas terutamanya
syarahan ayat Allah SWT:

ً‫َواتّـَُقوا ِفتـْنَةً َّل تُ ِصيبَ َّن اّلَ ِذي َن ظَلَ ُموا ِمن ُك ْم َخا َّصة‬

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada
(berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana)
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang
zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan
menimpa kamu secara umum)…”4

Surah al-Anfal (25)

4 Dalam mentafsirkan ayat ini, Syeikh al-Sobuni berkata: “Awasilah kamu daripada
hukuman Allah apabila kamu derhaka perintah-Nya. Dan awasilah fitnah jika dibala
kepada kamu, tidak ditujukan kepada yang zalim sahaja, tetapi diumumkan kepada
semua, sama ada yang soleh atau sebaliknya. Ini kerana, yang zalim dibinasakan dengan
sebab kezaliman dan derhakanya, sedangkan yang tidak zalim dibinasakan kerana tidak
mencegahnya dan diam semata-mata.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/464)

  21

Lamunan saya terhenti apabila mendapat panggilan Ustaz
Jaafarudin. Beliau bertanyakan khabar dan juga amalan seharian
saya bagi mengisi masa lapang di dalam wad. Alhamdulillah,
saya sentiasa melazimi bacaan al-Quran dan berazam untuk
mengkhatamkannya dalam tempoh kuarantin ini.

Banyak cara untuk kita membaca al-Quran. Antaranya adalah
membaca bersama-sama dengan para qari terkenal. Pasang audio
bacaan mereka dan bacalah bersama-sama. Ia secara tidak langsung
boleh menambahkan kekhusyukan dalam membaca al-Quran.

Bacaan oleh Syeikh ‘Ali Jabir, Syeikh Shuraim, Syeikh ‘Abd al-
Rahman al-Sudais, dan Syeikh Misyari Rashid al-‘Afasi antara yang
seringkali membuatkan saya terbuai-buai dengan halwa telinga
yang amat enak.

Pada sebelah petangnya, Dr. Aneeta datang membawa sehelai
sejadah yang beliau hadiahkan kepada saya. Haji Din Seremban juga
bawakan saya sehelai sejadah. Kedua-duanya saya manfaatkan.
Moga pahala mengalir kepada mereka berdua.

Adanya teknologi dapat mengikat kasih yang sekian lama
bertaut. Waktu malam saya habiskan dengan berbual-bual bersama
keluarga melalui aplikasi Zoom. Saling berpesan-pesan dan nasihat
menasihati. Siapa tidak rindukan keluarga.

Whatsapp saya masih berbunyi setiap masa dek ribuan mesej
yang masuk mendoakan kesihatan saya. Saya hamba-Nya yang penuh
kelemahan, tetapi Dia sedarkan saya yang saya amat beruntung
kerana punya insan yang mengasihi saya di sekeliling saya.

Syeikh Abdul Rahman al-Sudais, Syeikh Mishary Rasyid al-‘Afasi dan Syeikh ‘Ali Jabir.

   2222

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Sabtu
10 Oktober 2020

S ebenarnya, malam tadi terasa
sukar untuk mata ini bertaut
rapat. Justeru, saya manfaatkan
masa yang ada ketika itu untuk
menonton ceramah para ulama’ di
Youtube.

‫َه ِل الِإنْ َسا ُن ُم َخيَـٌّر أَْم ُم َسيَـٌّر؟‬

Maksudnya: “Adakah manusia boleh memilih atau
tidak (telah ditetapkan oleh-Nya)?”

Ini persoalan akidah yang amat penting; membezakan Ahli
Sunnah wal Jama’ah dengan aliran Jabariyyah dan Qadariyyah.
Dalam falsafah moden, aliran Jabariyyah boleh dikenali dengan
nama fatalism.

Panjang kupasan Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi,
Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini dan Syeikh Abdul Hamid Kisyk.
Kesimpulannya, manusia ada pilihan dalam kehidupan tetapi
semuanya tetap terbatas dalam kehendak dan ilmu-Nya. Kita bukan
sekular humanis.

Teringat seketika kepada sahabat saya mantan Mufti Negeri
Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin
bin Haji Ahmad yang ada bertanyakan khabar kepada saya. Lantas
saya membuat panggilan telefon.

  23

Perbualan kami berlangsung sekitar 10-15 minit lamanya.
Beliau doakan kepada saya dengan selawat yang diajarkan oleh
gurunya, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Syeikhul Azhar yang dahulu.

Gambar kenangan ketika menziarahi sahabat kami, Dato’ Murshid Diraja Dato’ Paduka Sheikh
Baderuddin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Kedah Darul Aman.

Sedar tak sedar, jarum jam sudah melepasi jam 12.00 tengah
malam. Saya teruskan menonton siri Du’atul Haq (Pendakwah ke
arah kebenaran) di Youtube. Antaranya ialah Syeikh al-Maqrizi5
yang lahir pada tahun 766H meninggal dunia pada tahun 845H.

Tokoh kedua ialah Imam Fakhruddin al-Razi6 yang lahir pada
tahun 573H dan meninggal pada tahun 606H. Ia seputar kisah

5 Nama penuhnya ialah Taqiyuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Ali bin Abd al-Qadir bin
Muhammad al-Maqrizi. Lahir di Kaherah, Mesir pada tahun 766 Hijrah. Beliau merupakan
sejarawan terkemuka Mesir pada abad pertengahan. Al-Maqrizi merupakan seorang yang
sangat mencintai ilmu. Sejak kecil beliau gemar melakukan rehlah ilmiah dan mempelajari
pelbagai disiplin ilmu, seperti fiqh, hadith dan sejarah. Antara tokoh terkenal yang sangat
mempengaruhi pemikirannya adalah Ibnu Khaldun.
6 Nama penuhnya ialah Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Husain. Keluarganya
dikenali sebagai keluarga ilmuwan. Ayahnya merupakan ulama’ yang terkenal di Rayy, dan
telah memberikan pendidikan awal kepada beliau. Fakhruddin al-Razi telah menghasilkan
beberapa karya yang terkenal, antaranya adalah kitab tafsir bertajuk Mafatih al-Ghaib.
Kedua-dua tokoh ini, al-Maqrizi dan al-Fakhr al-Razi terpaksa menghadapi golongan yang
menyeleweng daripada agama Islam dan menegakkan amar makruf.

   2244

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

bagaimana kedua-duanya menegakkan amar ma’ruf
dan nahi munkar dalam kehidupan. Begitulah
kisah pada malam tadi.

Awal pagi tadi, doktor datang
mengambil tekanan darah dan gula.
Alhamdulillah, ada sedikit perubahan.
Kemudian saya tidur sebentar, dan selepas
itu saya bersarapan.

Alhamdulillah sahabat saya Kapten Antara surat yang dikirimkan
Syukri yang merupakan seorang pilot MAS kepada saya.
menghantar kepada saya sepucuk surat dan kurma
‘ajwa yang amat baik. Jazakumullahu khairal jaza’.

Hari ini, saya mula berasa kurang selesa di wad. Bukan kerana
hidangan atau katilnya. Tapi saya memang tidak biasa “berehat”
sebegini lama. Fikiran melayang teringatkan tugasan di pejabat,
bantuan kepada anak-anak siswa, jua kepada lain-lain kelompok
sasar yang terkesan sepanjang pandemik ini.

Begitu juga beberapa mesyuarat penting melibatkan dasar
yang terpaksa ditangguhkan. Insya-Allah ada hikmahnya.

Saya bertuah kerana menaungi agensi-agensi agama
peringkat Persekutuan yang amat proaktif. Setiap hari saya
mendapat laporan kerja masing-masing walaupun sebahagiannya
bekerja dari rumah.

Telefon tangan berdering lagi. Saya mengangkat telefon
dan terdengar suara di hujung telefon. Suara ayahanda di
kampung bertanyakan khabar. Seronok rasanya mendapat tahu
keputusan ujian swab keluarga dan ramai kontak rapat saya
adalah negatif. Semoga Allah selamatkan kita daripada bala atau
wabak COVID-19 ini.

  25

Selepas menunaikan solat Zohor, saya sempat membaca Surah
al-An’am sehinggalah Surah Ibrahim yang disambung selepas solat
Asar.

Saya letakkan al-Quran dan tasbih di sisi, lalu mencapai
telefon tangan. Saya membaca banyak mesej, dan antara yang
paling istimewa ialah kiriman doa daripada Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum
al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar al-Haj yang juga bertanyakan
khabar.

Senja menghampiri Maghrib, saya sekali lagi mengambil ujian
swab. Debarannya bagai menunggu keputusan SPM. Semoga pada
kali ini natijahnya adalah negatif. Amin.

“Datuk, makanan semuanya baik?”, tanya wakil Unit Dietetik
kepada saya.

“Alhamdulillah, baik semuanya.”, ujar saya ringkas walaupun
dalam hati masih teringatkan keenakan Nasi Arab Restoran Saba’,
Cyberjaya tempohari. Daging kambingnya yang amat lembut.
Disertakan pula dengan nasi yang amat lazat, cukup rempahnya.

   2266

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Saya fikir beliau sudah tahu jawapan saya sekadar berbasa-
basi.

Tetapi apakan daya, saya perlu kawal pemakanan untuk
menstabilkan darah tinggi dan juga kencing manis. Nasihat doktor
tetap diutamakan. Saya juga sentiasa minum air zamzam dan juga
mengamalkan kurma ‘Ajwa.7

Untuk kali ini, saya dapat ambil beberapa iktibar.

• Setiap makanan yang diberi kepada saya tertulis
doa: “Semoga Allah memberi kesembuhan dan
dipermudahkan segalanya.” Ikhlas daripada Jabatan
Dietetik dan Sajian HTJS.

• Setiap hari saya ditanyakan tentang perkembangan
kesihatan. Soalan lazimnya, adakah saya mempunyai
simptom batuk, selesema, sakit tekak, susah bernafas,
demam, hilang deria bau atau cirit. Alhamdulillah,
semuanya baik. Ujian darah tinggi dan kencing manis
diambil tiga atau empat kali sehari kerana saya ada
menghidap kedua-duanya.

7 Terdapat hadith-hadith yang menyebut mengenai kelebihan memakan tujuh biji kurma

Ajwah pada waktu pagi. Antaranya adalah daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi

SAW bersabda : ‫ َوَل ِس ْحٌر‬،‫ لَ ْم يَ ُضَّرهُ َذلِ َك الْيـَْوَم ُس ٌّم‬،‫َم ْن تَ َصَبّ َح بِ َسْب ِع تََمَرا ٍت َع ْجَوًة‬

Maksudnya: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan

memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” Riwayat

al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)

Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
‫ أََّوَل الْبُ ْكَرِة‬- ‫ أَْو إِنَـَّها تِْريَا ٌق‬- ً‫إِ َّن فِي َع ْجَوِة الَْعالِيَِة ِشَفاء‬

Maksudnya: “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia
merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” HR Muslim (2048)

  27

• Benarlah kata Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi:

Harta adalah serendah-rendah rezeki,
Sihat adalah seagung-agung rezeki,
Anak yang soleh adalah sebaik-baik rezeki,
Redha Allah adalah rezeki Allah yang paling sempurna

Saya menambah:

Isteri yang solehah adalah senikmat-nikmat hidup.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kesihatan, keampunan,
taufiq dan hidayah serta kebahagiaan dalam hidup ini. Amin.

Ahad
11 Oktober 2020

P agi ini seperti biasa, rawatan
harian diadakan kecuali pada
hari ini, “istimewa”nya tiga kali
sampel darah saya diambil. Semoga
natijahnya baik. Keadaan darah tinggi
dan gula adalah terkawal. Alhamdulillah.

Haji Din Seremban kirimkan pen dan
kertas hari ini. Seakan-akan tahu sahaja saya suka menulis. Ada
juga bersamanya Nasi Putih panas-panas dan Ikan Patin Masak
Tempoyak. Saya dimaklumkan, ini adalah pemberian daripada
seorang peniaga di Kampung Sentosa, Seremban. Terima kasih.

   2288

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Selepas makan, saya mencapai iPad di sisi. Saya menonton
kupasan Dr. Syihabuddin Abu Zahwi di Youtube berkenaan doa.
Mengapa Allah SWT tidak menerima hajat dan doa kita? Hal ini ada
jawapannya dalam hadith:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A meriwayatkan bahawa Nabi
SAW bersabda:

‫ إَِّل‬، ‫فِيَها إِثْ ٌم َوَل قَ ِطيَعةُ َرِحٍم‬ ‫ٍَّملَثااْيلإَِلأََّّمَهُْسان‬:ِ‫ْعََلَولَوٍةإ‬،َ‫َبرِِةىَقَداث‬،‫هااُمإِلَللًَّذْسهاُهُلِنبُِِفٍمَهْكيايثَُِْاإرِدْْعُلح؟ِوَدخ‬:َ‫أيَََقمََااّْعدلُِِطومَخااَْرهُن‬
.‫وِءَوِإِمَثّمـْالََهأَاْن‬،‫أيََ ْنْصتـِرَُعََفّج َلَعْنلَهُهُِمَدَنْعاَولتُهُُّس‬

‫أَ ْكثـَُر‬

Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan

doa yang tidak mengandungi dosa dan memutuskan

silaturahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya

salah satu daripada tiga perkara berikut: (i) Akan

disegerakan doanya, (ii) ditangguhkan ke hari Akhirat,

(iii) dijauhkan keburukan semisalnya daripada orang

yang berdoa. Para sahabat bertanya: Oleh itu, kami

perlu banyak berdoa? Baginda menjawab: Pemberian

Allah lebih banyak!”

Riwayat Ahmad (11133)

Masalahnya, seringkali kita inginkan semuanya dikabulkan di
dunia. Seolah-olah “memaksa-Nya” menuruti kehendak kita. Inilah
hakikatnya. Allah SWT pasti akan mengabulkan apa jua hajat kita
samada segera, di akhirat nanti atau digantikan dengan sesuatu
yang lebih berharga buat kita. Itulah hebatnya Allah SWT Maha
Mengetahui.

  29

Saya kemudiannya menyambung bacaan al-
Quran bermula Surah al-Hijr hingga beberapa

surah seterusnya. Alhamdulillah, ada waktu
lapang untuk membaca al-Quran juga satu
rezeki.
Doktor menapak masuk ketika saya baru
hendak memulakan solat Asar. “Maaf Datuk.
Kami nak ambil sampel darah,” ujar doktor
muda ini sambil tersenyum.
“Wah, banyak kali betul ya? Saya rasa kali

ketiga dah ni!”, tanya saya sambil ketawa. Sakit juga
sebenarnya kalau dah berkali-kali lengan saya dicucuk.

“Betul Datuk. Kami nak hantar sampel darah ni ke Sungai
Buloh,” jawab beliau ringkas.

Saya perhatikan satu persatu tertibnya. Darah diambil,
diletakkan dalam botol kecil. Botol itu dibungkus dengan sesuatu
seperti kapas. Dibungkus lagi dengan plastik dan dimasukkan ke
dalam bekas khas dan ditutup. Bekas itu dimasukkan ke dalam
kotak polisterin khas dan ditutup. Itu prosedurnya.

Kemudian, saya menyambung jelajah ilmiah maya dengan
mendengar ceramah Dr. Muhammad Nuh al-Qudhah yang bertajuk
“Berpeganglah dengan Kesabaran.”

   3300

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Cukup menarik ceramah yang disampaikan. Beliau
membawakan kisah ‘Imran bin Husin8 R.A yang diuji dengan
penyakit yang menggerunkan, tetapi beliau tetap tabah dan hanya
keluar daripada mulutnya ucapan :

“‫ لَ َك ال َح ْم ُد‬،‫”يَا َر ّب‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan, bagi-Mu segala pujian.”

Saya klik pada thumbnail seterusnya untuk mengikuti kisah
Imam Hafs bin Ghiyath9 dan Fudhail bin ‘Iyadh.10 Kisah dua tokoh
ini amat memberi inspirasi kepada diri saya untuk sentiasa berubah
ke arah yang lebih baik.

8 Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi SAW dan masuk Islam pada tahun ke-7
Hijriyah bersamaan dengan masuk Islamnya Abu Hurairah, iaitu pada tahun berlakunya
perang Khaibar. Semasa zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, beliau dihantar ke
Basrah untuk mengajar penduduknya. Al-Hasan al-Basri pernah mengungkapkan: “Tidak
seorang pun di antara sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang datang ke Basrah, yang lebih
utama daripada Imran bin Husoin.” Beliau meninggal dunia pada tahun 52 Hijrah di Basrah.

9 Beliau ialah Hafs bin Ghiyath bin Talq bin Mu’awiyah bin Malik bin al-Harith. Kuniyahnya
Abu ‘Umar al-Kufi. Beliau merupakan seorang Qadhi di Kufah di samping pernah menjadi
Qadhi di Baghdad. Al-‘Ijli berkata: “Hafs seorang yang thiqah, dipercayai dan seorang
yang faqih. Kadang-kadang Waki’ ditanya tentang sesuatu lalu beliau menjawab, pergilah
berjumpa dengan Tuan Qadhi kita (Hafs), tanyalah dia kerana dia seorang yang syeikh,
memelihara diri dan seorang muslim yang baik.” (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 9/23)

10 Fudhail bin ‘Iyadh merupakan seorang tokoh yang sangat terkenal dengan ilmu hadith,
feqah dan tasawwuf. Al-Imam al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal menyebutnya sebagai “salah
seorang orang soleh yang dipunyai di dunia ini dan orang yang sangat kuat beribadah”.
Beliau digelar dengan nama ‘Abidul Haramain yang bermakna orang yang kuat beribadah
di Makkah dan Madinah. Beliau digelar begitu kerana ibadahnya sangat luar biasa sehingga
beliau sangat terkenal dalam kalangan penduduk dua kota itu.

  31

Isnin
12 Oktober 2020

A lhamdulillah, hari ini genap 8
hari saya berada di Hospital
Tuanku Ja’afar, Seremban.
Rutin harian telah dihafal. Ambil
tekanan darah tinggi dan juga gula
sebanyak 4 kali sehari. Bermula sebelum
Subuh sehinggalah malam. Ubat-ubatan
yang lain tidak diberikan memandangkan saya sihat.

Result rasmi? Belum keluar menurut Dr. Ng. “Datuk rehat je di
sini,” kata beliau.

Saya fikir, saya sudah sampai “penat” berehat. Alhamdulillah,
ada iPad, tasbih dan al-Qur’an sebagai peneman. Teknologi
dimanfaatkan sebaiknya untuk menambahkan ilmu. Al-Qur’an dan
tasbih menjadi panduan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Menjelang tengahari, saya dikejutkan dengan sejambak
bunga yang diberikan oleh Datuk Dr. Dominic Lau, Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), yang mengharapkan
kesembuhan saya dengan segera. Terima kasih, Datuk.

Hari ini saya ubah “selera” dalam jelajah ilmu maya di
Youtube. Saya dengar ceramah Syeikh ‘Abdul Rahman al-Bahili
yang bertajuk: Tanda Kiamat Besar dan Apa Selepas Kiamat. Cukup
menarik kupasannya dan amat menginsafkan.

Di sebelah petangnya, saya meneliti penjelasan Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan
situasi semasa COVID-19. Angka semasa amat membimbangkan.

   3322

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Saya fikir mungkin ‘uzlah adalah jawapannya. Beliau juga
pernah berkongsi dengan saya berkenaan rawatan Ibn Sina yang
menekankan ‘uzlah (pengasingan diri) atau kuarantin dalam konteks
ini bagi mengelakkan penyakit berjangkit.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah
R.Anha, katanya: Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang
wabak ta’un, maka Rasulullah SAW memberitahu kepadaku:

‫ا‬،‫ُلَثهُفَفِإَجَّيَعللَبَيهَُتِكاِهَرَْنح ََصملَاةًهبًُِلِراْلِمثُْمُمْؤُلِْحمتَنِأَْيِْسجَنبًِر‬،ُ‫أياَفََـنلّعلَهلـََّْشيَُمكهايَأسَنَِندّهِمَعْنََذلابًَرايُُجيـٍَبِلـصْيَعيبـُثََُهُقهُ َعاإِلَّلالهلُ َطَّعَمالَاعُْىَوكتََُمن ْنَفَـبيَيَْاملَشلُاكهُء‬

Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah azab yang
Allah jadikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya,
Dia juga menjadikannya rahmat buat orang-orang
mukmin. Maka mana-mana orang yang berada dalam
suasana wabak ta’un, lalu dia kekal berada di dalam
rumahnya dengan penuh kesabaran dan mengharap
ganjaran Allah, dengan dia mengetahui bahawa tiada
musibah akan menimpanya kecuali apa yang telah
ditentukan oleh Allah, nescaya dia akan mendapat
pahala seperti orang mati syahid.” 11

Riwayat al-Bukhari (3474), al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (7527) dan

Ahmad (26139)

11 Dalam menjelaskan hadith ini, al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Ungkapan Nabi tersebut
memberi makna sesiapa yang bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan itu, dia akan
memperolehi ganjaran syahid walaupun dia tidak mati (kerana wabak tersebut).” (Lihat
Fath al-Bari, 10/194)

  33

Saya juga menekuni hikmah Ibn ‘Atoillah:

ٌ‫ يَ ْد ُخ ُل بَِها َمْي َدا َن ِف ْكَرة‬، ‫َما نـََف َع الَْقْل َب َش ْيءٌ ِمثْ ُل عُْزلٍَة‬

Maksudnya: “Tidak ada yang lebih bermanfaat bagi
qalbu (hati) sepertimana ‘uzlah (mengasingkan diri
dari manusia, untuk beribadat kepada Allah), kerana
dengan bertafakkur (melalui ‘uzlah) fikiran kita
menjadi luas.” 12

Alhamdulillah, semoga hari-hari berikutnya dapat dijalani
dengan baik dan tenang.

12 Mafhum daripada hikmah ini adalah hati akan menjadi baik dan mendapat manfaat
dengan beruzlah melalui jalan tafakkur. Tetapi ia mestilah dimulakan dengan belajar atau
berguru. Tidak ada yang memberi manfaat kepada hati selain dengan beruzlah, dan ia
mestilah digabungkan dengan pemikiran. Namun, di sini Ibn ‘Atoillah mengungkapkan
perkataan uzlah dalam bentuk nakirah. Ia memberi makna sedikit dan bukannya
berterusan. Dalam ibarat yang lain, ia bermaksud supaya manusia tidak menjadikan uzlah
sebagai sistem kehidupan dengan menjauhkan diri daripada masyarakat, bersembunyi
atau bertapa di gua. Justeru, dalam erti kata yang lain, uzlah bukanlah matlamat tetapi
sebagai jalan untuk mengkaji dan berfikir. Oleh itu, Ibn ‘Atoillah menyeru dua perkara
sebagai mukadimah, iaitu: Uzlah dan Tafakkur. Syeikh al-Buti berkata: “Dikehendaki di
sini ialah uzlah tidaklah dijadikan manhaj (cara) hidup seluruhnya sehingga (ke tahap)
memulaukan manusia dan masyarakat.” Dengan uzlah akan selamat daripada penipuan,
manakala fikrah akan membawa cahaya. Uzlah sepertimana kata Syeikh Zarruq: “Rumah
fikrah yang mendatangkan hikmah.” (Lihat Ahasin al-Kalim Syarh al-Hikam, 1/71)

   3344

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Selasa
13 Oktober 2020

A lhamdulillah, pagi ini selepas
bangun tidur, saya mengambil
sarapan mee goreng yang
telah disediakan. Syukur untuk rezeki
pagi ini.

Salah satu doa mohon rezeki yang
ingin saya kongsikan adalah:

‫ فَِإّنَهُ َل يَْملِ ُكَها إَِّل‬، ‫الّلَُه َّم إِّنِي أَ ْسأَلُ َك ِم ْن فَ ْضلِ َك َوَر ْح َمتِ َك‬
‫أَنْ َت‬

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon
kepada-Mu daripada kurniaan-Mu dan rahmat-Mu,
maka sesungguhnya tiada yang memilikinya kecuali
Engkau.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam
al-Kabir (10379) dan Abu Nu’aim dalam

Hilyah al-Auliya’ (7/280)

Sebab datangnya hadith ini, di mana Rasulullah SAW telah
didatangi oleh tetamu. Lantas Nabi SAW bertanya kepada isterinya:
“Ada apa-apa makanan?” Jawabnya: “Tiada.” Lantas Nabi SAW terus
membaca doa ini.

Usai sahaja berdoa, didapati seorang lelaki datang dengan
membawa hadiah seekor kambing panggang. Lantas Nabi
menjamu tetamunya dan bersabda: “Ini adalah kurniaan-Nya, dan

  35

kami menanti rahmat-Nya pula.13 Inilah yang disampaikan
oleh Syeikh Sa’d al-‘Atiq.

Saya masih belum tamat meneliti satu persatu
pesanan mesej yang dihantar ke Whatsapp saya. Salah
satunya saya terima daripada sahabat saya, Maulana
Mansur dari Masjid Sri Petaling.

Beliau memberi petua kepada saya, antaranya agar
sentiasa melazimi wudhu’, istinsyaq (memasukkan air ke
dalam hidung) dan juga madhmadhah (berkumur-kumur) ketika
wudhu’, serta bersabar. Beliau turut kirimkan sebuah hadith:

ُ‫ا ََكوإِ ِْنلَأََح ٍَدصابـإََِْتّله‬،‫َوَخلَيْيـًْراَسلَهَُذ‬ ،‫َخيـٌْر‬ ُ‫إِ َّن أَْمَرهُ ُكَلّه‬ ،ُ‫ْمإِِرْنالْأَُمَْصؤاِمبـَْتِنه‬،َ‫لَِعْل ُمَجْبًؤاِم ِِنل‬
‫فَ َكا َن‬ ،‫ َش َكَر‬،ُ‫َسَّراء‬

ُ‫ فَ َكا َن َخيـًْرا لَه‬، ‫ َصبـََر‬،ُ‫َضَّراء‬
Maksudnya: “Ajaibnya urusan seorang Mukmin.

Sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka.

Dan hal itu tiada bagi seorang pun melainkan bagi

orang Mukmin sahaja. Jika dia mendapat suatu perkara

yang menyenangkan, dia bersyukur, maka itu ialah

kebaikan baginya. Dan jika dia mendapat suatu perkara

yang menyusahkan, dia bersabar, maka itu juga ialah

kebaikan bagi dirinya.”

Riwayat Muslim (2999)

13 Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (10379) dan Abu
Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (7/280). Hadith ini dihukumkan sebagai sahih oleh
pengarang kitab al-Silsilah al-Sahihah. Matan hadith ini adalah seperti berikut:

“‫أ”فصاضِلَب َاكلَنّبو ُرّيحمتِصَلَّكى ؛الَلّفإهَُنّهُعلَلياِهيوملِسَلُّكَُمها إَضّيلًفاأنفأَتر فسأَُلْه إدليَىتأ لزهُوا ِجشِهاةٌيبَمتَغصيلَيّةٌعنفَدقُها ََّنل هطعِذاِهًماِمفنلَ فم يضِِجلْدالَلّعنِه َدونواححُندنٍةنتَمنظُهر َّانلَّرفقحامَلةَ الَلّه َّم إِنّي أسألُ َك ِمن‬

   3366

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Terima kasih daripada saya kepada Maulana
Mansur atas ingatan walaupun kita berjauhan.
Untungnya bersahabat dengan ilmuan seperti beliau,
sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik.

Hari ini juga saya sempat melihat isu yang
amat popular dan panas berkaitan YB Dato’ Seri
Anwar bin Ibrahim, di mana beliau telah menghadap
Yang di-Pertuan Agong dan kisahnya sebagaimana kita
sedia maklum.

Saya berdoa semoga Allah kurniakan kebaikan,
keamanan dan kesejahteraan kepada negara kita,
selamat daripada sebarang huru-hara. Didoakan juga
moga Allah jadikan semua rakyat bersatu padu di
bawah lembayung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Amin.

Alhamdulillah, saya merasa amat bersyukur pada hari ini
kerana ia adalah hari yang saya sifatkan sebagai hari yang paling
bertuah untuk saya. Ini kerana saya dapat khatam al-Quran al-Karim.

Alhamdulillah. Nikmat yang sudah lama tertangguh dek
kealpaan dan kelalaian diri sendiri dengan pelbagai alasan yang
mudah seperti sibuk dan lain-lain.

،َ‫ َوجلاََء أَ ْحَزانِنا‬،َ‫ َونـُْوَر ُص ُدْوِرنا‬،َ‫اََلوّلَذَُههاَّم اَبْجَُهع ُِملْواِملْنُقاَْرآ َن َربِي َع قـُلُْوبِنا‬

Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah al-Quran sebagai
penawar mata hati kami, cahaya yang menyinari
dada kami, penghilang segala kesedihan kami dan
penghapus kesusahan kami.”

  37

Sidang media YAB PM saya tekuni dengan amat teliti.
Ucapannya ringkas dan mudah difahami. Angka positif Covid-19
masih lagi tidak surut. Kita semua amat perlu berhati-hati. Mudah-
mudahan Allah selamatkan kita, rakyat kita daripada wabak ini.

Bagi yang positif Covid-19, moga Allah segera sembuhkan.
Amin.

Rabu
14 Oktober 2020

P agi ini, bermula dengan berita
kematian seorang guru Sekolah
Rendah Agama (SRA) al-Furqan,
Putrajaya, iaitu al-Marhumah Puan
Ummi Kalsom binti Khalid. Semoga Allah
merahmati dan mengampunkannya.
Takziah buat keluarganya.

Saya telah arahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) untuk memberi bantuan dan khidmat kepada
keluarganya.

Detik jam 11.30 pagi, debaran saya makin memuncak. Dr. Ng
datang dan membawa keputusan ujian saya.

“Tahniah Datuk, negatif,” ujar beliau kemudian tersenyum.

“Alhamdulillah, Ya Allah…”, bisik hati saya. Saya terus sujud
syukur atas keputusan yang amat menggembirakan ini.

“Doktor, kalau saya nak mohon izin kuarantin di rumah
boleh?”, saya bertanya.

   3388

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

“Boleh Datuk. Dengan syarat, Datuk kena kuarantin di bilik
berasingan daripada isteri dan anak-anak sehingga tamat kuarantin
pada Isnin nanti.” Alhamdulillah, dua berita gembira untuk hari ini.

Dengan izin-Nya, dapatlah saya pulang selepas bertarung dengan
“makhluk halus” COVID-19 selama 10 hari. Semoga Allah kurniakan
kepada semua pesakit dan diri saya kesembuhan sepenuhnya.

‫أَ ْسأَ ُل الَلّهَ الَْع ِظي َم َر َّب الَْعْر ِش الَْع ِظيِم أَ ْن يَ ْشِفينَا‬

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah Yang
Maha Agung, Penguasa Arasy yang Agung untuk
menyembuhkan kita semua.”

Individu pertama yang saya khabarkan, sudah tentulah isteri
yang setia menanti khabar di rumah. Bilik saya terus disiapkan
segera oleh isteri dan anak-anak. Gembiranya tidak terkata.

Sekumpulan petugas hospital masuk ke bilik bagi menguruskan
kepulangan saya dan mengucapkan selamat tinggal. Saya tak ada
apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital
Tuanku Ja’afar yang menguruskan saya sepanjang menerima
rawatan di sini sehinggalah pulih sepenuhnya hari ini. Sempatlah
saya memberikan ucapan penghargaan saya buat mereka semua.

Saya doakan semua warga HTJ dimurahkan rezeki, dinaikkan
pangkat, dikurniakan keluarga yang memahami, hati yang sabar
dan jiwa yang kuat dalam perjuangan ini.

Yakinlah Allah SWT menilai setiap titisan peluh dan air mata
anda yang tertumpah demi perjuangan ini.

  39

Harap dengan sedikit sumbangan dari
saya, beserta buku “Inilah Doaku” susunan
saya, dapatlah ia menjadi kenangan berharga

buat anda semua.

Buku “Inilah Doaku”14 adalah antara
buku yang teristimewa di hati saya. Saya mula
menyusunnya seawal PKP untuk berkongsi
dengan umat Islam, doa-doa yang ma’thur
dan sesuai dengan suasana pandemik ini.

Maha Suci Allah yang menggerakkan hati saya
untuk menyusun doa ini; akhirnya turut saya amalkan sepanjang
berada dalam rawatan COVID-19 di sini.

Kesempatan yang ada, saya sampaikan sembah maklum
kesihatan semasa saya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Alhamdulillah, Baginda
menasihati saya untuk teruskan rehat di rumah sehingga benar-
benar pulih sepenuhnya dan berhati-hati dengan gelombang
ketiga COVID-19. Junjung kasih, Tuanku.

Saya khabarkan juga kepada YAB Perdana Menteri dan semua
ahli Jemaah Menteri berkenaan keputusan kesihatan saya.

Sejurus sebelum keluar, saya menerima bungkusan buah-
buahan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM). Alhamdulillah, terima kasih. Bolehlah makan bersama-
sama keluarga di rumah.

Setibanya di rumah jam 5.30 petang, rupa-rupanya sudah
tular di media berkenaan kesembuhan saya. Telefon tangan saya
sekali lagi tidak berhenti berdering dek panggilan dan mesej yang
masuk. Saya ucapkan terima kasih kepada semua.

14 Buku ini juga boleh didapati melalui salinan dalam talian dalam format PDF yang boleh
dimuat turun melalui pautan: mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.

   4400

Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19

<<<<<<<<

Saya akhiri dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW
kepada kita dengan mendoakan kepada orang yang sakit dengan
kalimah:

ُ‫لاَ بَأْ َس طَُهْوٌر إِ ْن َشاءَ الله‬

Maksudnya: “Tidak mengapa, semoga sakitmu ini
menjadikan dosamu bersih, insya-Allah.”

Riwayat al-Bukhari, (5656)

Sekian, itulah pengalaman saya selama berada di Hospital
Tuanku Ja’afar, Seremban sebagai pesakit positif COVID-19.
Semoga Allah membawa awan COVID-19 berpuput pergi dari bumi
Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Amin.

Akhukum fillah,
Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
14 Oktober 2020, 9 pm, Nilai, Negeri Sembilan.

Sebelum pulang dari Wad 8C, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

  41

Inilah Nasihatku kepada Pesakit Covid-19

S etelah saya sendiri mengalaminya dan bertarung dengan
Covid-19, maka saya lakarkan di sini beberapa coretan
nasihat kepada pesakit Covid-19 dan juga rakan-rakan.
Semoga sentiasa bertabah dan menjadikan nasihat ini sebagai
sejuzuk bekalan selama berada di hospital. Antaranya:

• Redha dengan berita dan ucaplah istirja’:

‫إَِنّا لَِلّـِه َوإَِنّا إِلَْيِه َرا ِجعُو َن‬

• Patuhilah segala arahan Kementerian Kesihatan
dan ikutlah nasihat mereka.

• Berwuduklah dan solatlah sunat selepas
menerima berita.

• Banyakkan zikrullah kerana dengannya dapat
menenangkan hati.

• Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
• Bacalah al-Quran dengan mentadabbur ayatnya.
• Bersihkan hati dengan sentiasa berhusnu zhon

(sangka baik).
• Berfikirlah secara positif.
• Kaum keluarga, sahabat handai, serta masyarakat

perlulah memberi sokongan dan doa kepada
pesakit Covid-19.
• Elakkan untuk menuduh kepada sesiapa pun.
• Yakinlah penyembuh hakiki (al-Syafi) adalah
Allah, tetapi dalam masa yang sama hendaklah
kita berikhtiar.

   4422


Click to View FlipBook Version