KECERDASAN
PELBAGAI
(Howard Gardner)
KONSEP
Kamus Dewan (2012) menerangkan bahawa kecerdasan boleh
diertikan sebagai kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan
lain-lain seperti kepandaian, kepintaran dan kecerdikan.
Hamid (2004), menyatakan kecerdasan dapat ditafsirkan
sebagai kebolehan untuk membaca, menulis, menghitung,
sebagai jalur sempit keterampilan kata dan angka yang
menjadi fokus dalam pendidikan formal seperti sekolah yang
mengarahkan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam
bidang akademik. Pandangan baru yang berkembang adalah
ada kecerdasan lain di luar IQ, seperti bakat, ketajaman
pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan emosional
dan lain-lain yang harus dikembangkan.
DEFINISI KECERDASAN
INTELEKTUAL
David Wechsler (1975) mendefinisikan kecerdasan
intelektual sebagai keupayaan secara menyeluruh
aktiviti kognitif sama ada dari segi mempersepsi,
menyimpan, mengingat kembali ingatan, menaakul,
menyelesaikan masalah dan kreativiti.
Secara amnya kecerdasan intelektual ialah
keupayaan untuk menyimpan pengetahuan,
memperoleh pengetahuan serta keupayaan untuk
menggunakan pengetahuan.
TEORI KECERDASAN
PELBAGAI
Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan teori yang
membezakan kecerdasan mengikut kelompok tertentu
(deria) dan bukannya melihat kecerdasan hanya kepada
keupayaan yang tunggal.
Model ini telah dicadangkan oleh Howard Gardner
dalam buku 1983 beliau ‘Frames of Mind : The Theory of
Multiple Intelligences’.
Gardner menyenaraikan 8 kecerdasan pelbagai.
PENGENALAN KECERDASAN PELBAGAI
Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan
pelbagai adalah kecerdasan manusia yang
seharusnya mempunyai kemahiran untuk
menyelesaikan masalah, dan menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat, dan
menghasilkan output yang efektif.
Sambungan….
Menurutnya, individu memiliki sekurang-kurangnya
lapan jenis kecerdasan atau kebolehan mental yang
wujud secara terpisah-pisah atau berasingan, dan
tidak saling bergantung :
1) verbal-linguistik 5) Muzik
2) logik matematik 6) Interpersonal
3) visul-ruang 7) Intrapersonal
4) Kinestetik 8) Naturalis
CIRI-CIRI KECERDASAN PELBAGAI
Individu mempunyai 8 kecerdasan.
Boleh dipindahkan.
Boleh dirangsang.
Satu atau dua kecerdasan berkembang sepenuhnya.
Tidak boleh dinilai berasingan.
Tidak berkembang seiring.
Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan.
INVENTORI MICA
56 Soalan
Masa Menjawab 15-20 minit
Selamat Menjawab
8 1
7 2
6 3
4
5
KINESTETIK
Kawalan Pergerakan Badan
‘eye & body coordination’
‘physical agility & balance’
Demostrasi teknik sukan
Menunggang kuda
Interpretasi ucapan bahasa isyarat
KINESTETIK
KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau
keseluruahan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap
mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.
Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang
individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan
dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.
INTERPERSONAL
Memahami perasaan orang lain
Kemampuan untuk berhubung dengan orang lain
‘understands the relationship between people &
their situations, including other people.
INTERPERSONAL
INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang
memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain. Individu ini dapat
berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
VERBAL-LINGUISTIK
Perkataan & Bahasa
Tulis & sebut perkataan
Relationship between communication &
meaning
VERBAL-LINGUISTIK
VERBAL-LINGUISTIK
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir
menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara
berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah
berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan
boleh meyakini orang lain.
MUZIK
Muzik, Bunyi-bunyian & Rima
Understands Relationship between Sound &
Feeling
Melatih seseorang bermain alat-alat muzik
MUZIK
MUZIK
Kecerdasan muzik pada seseorang
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,
muzik serta irama yang terdapat di
persekitaran. Individu dapat menggunakan set
asas atau elemen-elemen muzik serta dapat
bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik.
Selain daripada itu seseorang yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak
dan tempo dengan mudah.
LOGIK-MATEMATIK
Logik dan Nombor
Analisis Masalah, Mampu menyelesaikan
Perkiraan Matematik
Understands Relationship Between Cause &
Effect
LOGIK-MATEMATIK
LOGIK-MATEMATIK
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini
membolehkan seseorang menaakul secara
deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah
serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap.
NATURALIS
NATURALIS
Seseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna
dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan
masa di luar dan gemar mendengar bunyi-
bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu
yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat
menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan
fauna.
INTRAPERSONAL
Self-Awareness
Mengenali keinginan dan kemampuan
diri sendiri.
Mampu membuat pertimbangan dan
memutuskan kedudukan sendiri
berhubung Model Kecerdesan Emosi
INTRAPERSONAL
INTRAPERSONAL
Individu dapat mengenali diri sendiri secara
mendalam serta mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan
ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala
tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan
prinsip serta azam yang kuat dan boleh
berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu
kelihatan murung dan mengelamun tetapi
sentiasa berwaspada dan berwawasan.
VISUAL-RUANG
Visual, Gambar & Ruang
Understands Relationships Between Images & Meanings,
Between Space &Effect
Cekap pemilihan warna, rekabentuk bangunan,
rekabentuk landskap
VISUAL-RUANG
VISUAL-RUANG
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang
membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat
mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran.
Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan
dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak
menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan
visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik.
KEPENTINGAN INVENTORI MICA
Bagaimana mengenalpasti kekuatan guru dalam
Kecerdasan Pelbagai.
Satu titik permulaan ialah guru mengenalpasti
Kekuatan Sendiri dalam Kecerdasan Pelbagai dan juga
juga Kekuatan Murid.
Guru dapat memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan
kecerdasan murid.
Guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam
kecerdasan lain yang belum menyerlah.
KEPENTINGAN KECERDASAN PELBAGAI
Petunjuk kepada potensi murid.
Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang
pengajarannya.
Membolehkan guru menjalankan pengajaran
mengikut lapan kecerdasan.
Membangun bidang akademik dan ko-kurikulum
pelajar.
Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.
PENUTUP
• Kita perlu mengetahui kebolehan seseorang individu
kerana terdapat perbezaan antara satu sama lain.
• Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
• Perkongsian kelebihan yang dimiliki agar dapat
dipelajari bersama. Contoh : Beethoven yang
mempunyai masalah pendengaran tetapi berkebolehan
dalam muzik seterusnya menjadi pemain piano yang
dikagumi ramai.