Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan Diterbitkan oleh:
mengeluar ulang mana-mana bahagian isi
kandungan daripada buku ini termasuk artikel, PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
ilutrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk (HAL EHWAL AGAMA)
dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal,
rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa Aras 9 & 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
daripada PEJABAT MENTERI DI JABATAN 62100 Putrajaya, Malaysia.
PERDANA MENTERI (HAL-EHWAL AGAMA). Tel: 03-88707000 / 03-88707071
Emel: [email protected]
Laman web: mira.gov.my/
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
ISI KANDUNGAN
Mutiara Nasihat Pemimpin ix
Mukadimah 01
Sejarah, Kronologi dan Statistik Terkini 03
Panduan dalam Menghadapi Wabak 11
Saranan dan Cadangan 31
Fiqh COVID-19 39
Isu Solat Jumaat dan Solat Jemaah
S: Apakah hukum solat Jumaat dalam suasana wabak COVID-19? 42
S: Apakah hukum mengikut arahan pemerintah untuk tidak 49
melaksanakan solat Jumaat?
S: Apakah hukum melakukan solat Jumaat di rumah? 51
S: Bagaimanakah kedudukan solat Zohor di awal waktu pada 52
hari Jumaat? Benarkah ia tidak sah?
S: Apakah hukum meninggalkan solat Jumaat tiga kali 54
berturut-turut dalam suasana wabak COVID-19?
S: Benarkah jika meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali, 57
maka termasuk dalam golongan orang munafiq?
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
S: Apakah hukum solat berjemaah dengan dijarakkan satu 62
meter antara satu jemaah dengan jemaah yang lain?
S: Bagaimana ingin menjawab kepada sesetengah pihak yang 66
tidak bersetuju dan merasa tidak selesa apabila solat
berjemaah tidak dapat dilakukan disebabkan penutupan masjid?
S: Adakah dibolehkan melaksanakan Qunut Nazilah dalam 69
menghadapi wabak COVID-19?
Isu Penutupan Masjid 71
S: Adakah amalan menutup masjid atau surau ini pernah 71
berlaku pada zaman Rasulullah SAW atau sahabat?
S: Apabila berlaku penutupan masjid, adakah dengan berjemaah 75
di rumah, pahalanya sama seperti berjemaah di masjid?
S: Untuk memastikan solat berjemaah terus diadakan, bolehkah 78
diikhtiarkan untuk dilakukan penggiliran solat berjemaah
di masjid?
Laungan Azan 79
S: Bagaimanakah lafaz azan semasa Perintah Kawalan Pergerakan? 79
Adakah boleh ditambah dengan lafaz ‘solatlah di rumah kamu’?
S: Apakah hukum bacaan al-Quran diperdengarkan sebelum azan 83
dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak
Covid-19 yang sedang melanda?
Isu Bersuci dan Solat 96
S: Bolehkah solat dengan memakai face mask (penutup hidung 96
dan mulut) dalam suasana COVID-19 ini?
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
S: Apakah hukum menggunakan hand sanitizer (bahan pencuci 98
tangan) ketika melakukan solat? Adakah ia dikira najis
kerana ada alkohol di dalamnya?
S: Bagaimanakah tatacara mengangkat hadas bagi mereka yang 99
masih dalam proses pemeriksaan kesihatan iaitu Patient Under
Investigation (PUI) bagi mengelakkan risiko penyebaran virus?
Bolehkah mereka sekadar bertayammum?
S: Bagaimanakah cara berwuduk bagi pesakit COVID-19 yang 102
tidak mampu untuk ke tempat wuduk seperti pesakit yang
memerlukan bantuan pernafasan sepanjang masa. Adakah
boleh menggunakan spray air?
Kenduri Kahwin
S: Bagaimanakah majlis akad nikah diadakan dalam suasana 103
wabak Covid-19 sedang merebak serta adanya Perintah
Kawalan Pergerakan?
S: Bolehkah meneruskan majlis pernikahan atau perlu 104
ditangguhkan terlebih dahulu? Ini kerana ada yang sudah
menempah hotel, katering, membuat jemputan dan sebagainya.
S: Adakah sah akad nikah sekiranya jurunikah tidak berjabat 105
tangan dengan pengantin lelaki semasa akad nikah bagi
mengelakkan penularan wabak COVID-19?
S: Apakah hukum pasangan pengantin bernikah melalui video 107
call atau video conference (sidang video)? Ini disebabkan oleh
kekangan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Hukum Bersalaman
S: Apakah hukum saling bersalaman dalam keadaan virus 109
COVID-19 sedang berkembang-biak?
Mentaati Pemerintah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
S: Dalam menghadapi COVID-19, apakah pemahaman asas 113
dalam isu ketaatan kepada pemimpin dalam usaha
mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat?
S: Apa nasihat Datuk berkenaan mereka yang sedang berkira-kira 117
untuk pergi ke kelas agama, kelas mengaji al-Quran untuk
mendapatkan ilmu agama, tetapi tidak dapat melakukannya
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini sedangkan itu
juga penting.
S: Apakah hukum seseorang membeli barangan dengan banyak 119
atau disebut sebagai ‘pembelian panik’ dengan beralasankan
Perintah Kawalan Pergerakan yang lama sedangkan bekalan
terhad?
S: Apakah nasihat Datuk berkenaan aktiviti yang umat Islam 121
perlu lakukan di rumah dalam tempoh kuarantin ini?
Solat Jamak kepada Petugas Barisan Hadapan (Frontliner)
S: Terdapat petugas dan doktor yang mengendalikan pesakit 124
COVID-19 menggunakan sut baju khas. Mungkin juga mereka
tidak cukup masa untuk solat. Bolehkah mereka menunaikan
solat secara jamak?
Pengurusan Jenazah
S: Berkaitan isu pengurusan jenazah pesakit COVID-19, adakah
memadai dengan tayammum tanpa perlu dimandikan?
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Apakah yang patut difahami tentang pengurusan jenazah 128
yang paling asas dalam isu wabak COVID-19 ini?
S: Jika kita mendapat berita berkenaan kematian ahli keluarga 133
atau orang kampung yang meninggal kerana COVID-19,
adakah salah jika kita tidak pergi menziarahi jenazah?
S: Orang yang mati dengan sebab wabak COVID-19, adakah 135
dianggap sebagai syahid? Bagaimana pula dengan rakan-rakan
Jemaah Tabligh.
Infaq kepada Tabung COVID-19
S: Apakah hukum memberikan Infaq pada Tabung COVID-19? 140
S: Bagaimanakah keutamaan pengagihan dilakukan menerusi 146
tabung-tabung bantuan seperti Musa’adah COVID-19 dan
tabung-tabung masjid dalam membantu mereka yang terjejas
kerana wabak ini?
Panduan Menghadapi Wabak
S: Apakah garis panduan yang diletakkan Islam dalam 151
menangani wabak-wabak seperti COVID-19 ini?
S: Bagaimanakah kita melihat dalam isu COVID-19 ini, bahawa 153
usaha itu mesti juga diiringi dengan doa, dan doa itu mesti
juga dengan usaha yang bersungguh-sungguh?
S: Apakah nasihat Datuk kepada individu atau keluarga yang 156
menghidap penyakit wabak COVID-19 ini?
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Mendapatkan Berita dari Sumber Sahih
S: Dalam situasi COVID-19 ini, serta dalam keadaan begitu 158
menekan sekarang ini, apakah tanggungjawab yang perlu kita
lakukan sebagai umat Islam terhadap apa jua berita yang
disebarkan dalam media sosial?
Isu-isu Lain Berkaitan Covid-19
S: Adakah sah membayar zakat secara online? Ini kerana 161
kekangan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan.
S: Apakah hukum puasa bagi orang yang terpaksa menjalani ujian 165
saringan perubatan Covid-19 seperti nose swab test? Adakah
ia membatalkan puasa?
S: Apakah hukum seseorang yang menyimpan makanan melebihi 169
keperluan dan apakah hukum peniaga yang menaikkan harga
barang dalam suasana Covid-19 ini?
S: Bolehkah kita berhimpun secara beramai-ramai untuk 171
melakukan munajat agar dihilangkan wabak dalam suasana
Covid-19 ini?
Doa Menghadapi Wabak 175
Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti 181
Penutup 191
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Mutiara Nasihat Pemimpin
TITAH KDYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG
Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat agar tidak
hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta
berdisiplin dalam memainkan peranan masing-
masing dengan mematuhi SOP, termasuk
perintah kuarantin dan amalan kebiasaan
baharu.
Seri Paduka Baginda turut menyeru
rakyat untuk bersama-sama baginda
berdoa memohon ihsan Allah SWT
supaya Malaysia dan dunia dilindungi
daripada wabak berkenaan serta
memudahkan pihak berkuasa
tempatan dan di kawasan terjejas
menangani gejala wabak ini.
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-
MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16
ix
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Mutiara Nasihat Pemimpin
PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI
“Kejayaan kita memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan ini
adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Ia bergantung kepada
kesedaran kita, sikap kita dan amalan kita.”
“Masyarakat perlu menganggap diri sendiri
sebagai petugas barisan hadapan dan terus
mengamalkan norma baharu dalam usaha
membantu kerajaan memerangi penularan
pandemik Covid-19.”
“Walaupun kita telah berjaya mengawal
penularan Covid-19, jangan kita alpa.
Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat
penjarakan sosial, sering membasuh
tangan, memakai penutup hidung dan
mulut atau face mask di kawasan awam dan
segera berjumpa doktor sekiranya bergejala.”
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN
BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
x
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Mutiara Nasihat Pemimpin
PESANAN MENTERI KESIHATAN
Pemulihan wabak Covid-19 bergantung sepenuhnya kepada
kesedaran setiap masyarakat dalam mengamalkan sikap dan
kawalan kendiri dalam rutin harian masing-masing.
Apa yang perlu kita laksanakan seawal
mungkin ketika ini adalah mematuhi
apa dicadangkan dengan mengamalkan
penjarakan fizikal satu meter, amalkan
kebersihan dengan kerap mencuci
tangan, memakai pelitup muka serta
saling mengingati sesama kita tentang
etika batuk serta pemakaian pelitup
muka yang betul.
YB DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
MENTERI KESIHATAN
xi
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Mutiara Nasihat Pemimpin
NASIHAT KETUA PENGARAH KESIHATAN
KKM khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat-
nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan kerana
memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.
Pada hakikatnya, peperangan menentang
musuh yang tidak kelihatan ini masih
belum tiba ke penghujungnya.
Oleh itu, KKM menyeru kepada semua
masyarakat termasuk mereka di kawasan
yang diisytiharkan sebagai zon hijau agar
tidak leka dan kekal mematuhi PKP. Virus
COVID-19 adalah musuh kita bersama,
namun harus diingat bahawa kelalaian dan
sikap ambil mudah masyarakat pula adalah
sekutu kepada virus ini.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR
HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
xii
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
MUKADIMAH
A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai
kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita
semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang
mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Pada penghujung Disember 2019, satu dunia dikejutkan
dengan penularan virus COVID-19 yang dipercayai berpunca
dari bandar Wuhan yang terletak di Wilayah Hubei, China. World
Health Organization (WHO) kemudiannya telah melancarkan
Global2019-nCoV Clinical Data pada 28 Januari 2020, bagi
membenarkan negara-negara ahli untuk menyumbang data
klinikal bagi menyampaikan maklum balas klinikal kesihatan
awam.
Pada 11 Mac 2020, WHO telah menukar status wabak
tersebut daripada tahap apademik kepada pandemik. Ini
menggambarkan bahawa bahayanya telah menjangkau kepada
hampir seluruh dunia. Sehingga 9 September 2020, keseluruhan
jumlah kes semakin meningkat dan dilihat telah melebihi angka
27 juta. Manakala kadar kematian mencatatkan sebanyak lebih
daripada 900 ribu (setakat ini) di seluruh dunia.
1
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami
peningkatan jangkitan dan kadar kematian sehingga
menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi membendung penyebaran wabak
COVID-19. Tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dalam membendung virus ini daripada terus merebak juga
patut diberi pengiktirafan dan sokongan.
Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya,
buku ini dapat diterbitkan tepat pada masanya. Dalam buku Soal
Jawab Fiqh COVID-19 bersama YB Senator Datuk Dr Zulkifli
Mohamad al-Bakri ini, ia menghimpunkan pelbagai soalan-
soalan lazim yang sering dikemukakan kepada kami berkaitan
hukum dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dalam
suasana wabak COVID-19 yang sedang menular ini.
Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat menjadi
rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat amnya,
dan kepada petugas-petugas frontliner khususnya dalam
melaksanakan tugas menangani wabak COVID-19 ini.
Penerbit.
2
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
SEJARAH, KRONOLOGI
DAN STATISTIK TERKINI
Kami mulakan dengan mengemukakan secara ringkas
berkenaan takrif, sejarah, kronologi dan statistik terkini
berkaitan penularan wabak COVID-19 ini. Mudah-mudahan
ia dapat memberi satu gambaran kepada kita tentang
bagaimana terjadinya penularan wabak ini serta betapa
bahayanya wabak yang sudah mencapai tahap pandemik ini.
Takrif Coronavirus
Secara umumnya, Coronavirus (CoV) adalah suatu keluarga besar
virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi
demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti Severe
Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) dan Middle East
Respiratory Coronavirus (MERS-CoV).
Coronavirus baharu iaitu Novel Coronavirus (2019-nCoV)
adalah mana-mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini
tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada badan manusia.1
1. Lihat: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-infografik 3
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Keluarga Coronavirus
2019-nCoV merupakan salah satu ahli daripada Keluarga
Coronaviridae, yang boleh diklasifikasi di bawah sub-keluarga
Orthocoronaviridae. Virus-virus ini adalah daripada keluarga yang
sama seperti virus SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)
dan MERS-CoV (Middle Eastern Respiratory Syndrome). Dalam
keluarga ini, terdapat juga ahli-ahli yang lain, namun gejala yang
dihasilkan adalah lebih ringan, maksudnya mereka mampu juga
menyebabkan selesema yang biasa dialami sepanjang tahun.
Secara klasifikasi genetik, Coronavirus boleh dibahagi kepada
alfa, beta, gamma, dan delta. Virus yang dahsyat seperti SARS-
CoV, MERS-CoV dan 2019-Novel Coronovirus diletakkan di dalam
satu kumpulan.
4
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan 5
wabak ini dengan COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona,
Vi untuk virus dan D untuk penyakit. Dan 19 merujuk kepada
mula berlaku pada 2019.
Sejarah
Coronavirus adalah kumpulan virus
yang menyebarkan penyakit kepada
mamalia, termasuk manusia, dan
burung. Ia ditemui pertama kali pada
tahun 1960, coronavirus mendapat
namanya daripada bentuknya yang
seakan-akan mempunyai mahkota,
oleh itu ia dinamakan sebagai corona
yang membawa maksud mahkota atau
crown.
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan
kebanyakannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing
dan juga kelawar.
Kronologi Penyakit Covid-19
Novel coronavirus (nCoV) atau Covid-19 adalah virus yang telah
dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran
pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China
pada 31 Disember 2019.
5
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Kes pertama
coronavirus dikesan di
Wuhan apabila seorang
pekerja Pasar Borong
Makanan Laut Huanan
yang menjual pelbagai
jenis hidupan laut,
haiwan dan burung
jatuh sakit akibat
sejenis pneumonia.
Pesakit mengalami gejala-gejala seperti selesema atau “flu”
dan dikuarantin sementara punca selesema itu dikenalpasti.
Keesokan harinya, lokasi utama virus itu disebarkan telah
dikenalpasti iaitu melalui sebuah pasar makanan laut. Sejak hari
itu, operasi pasar tersebut telah ditutup.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut di-
katakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan
yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan
daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar
tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku
sesama manusia (human to human transmission).
Kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang
dijual di pasar tersebut berserta sampel covid-19 yang diperolehi
menunjukkan satu kemungkinan bahawa ia berasal daripada
virus yang terdapat di dalam ular atau kelawar.
6
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Menurut kajian yang dijalankan oleh World Health Organization
(WHO), sehingga kini kadar atau kebolehan virus ini merebak
diantara manusia masih lagi belum diketahui dan masih di dalam
siasatan.2
Bagaimana Wabak Ini Boleh Berjangkit?
Covid-19 boleh berjangkit melalui cara-cara berikut: 3
• Melalui cecair yang dikeluarkan dengan cara bersin
atau batuk daripada individu yang dijangkiti.
• Melakukan sentuhan secara langsung (tanpa lapik)
dengan individu yang dijangkiti.
• Menyentuh tempat yang tercemar dengan jangkitan
virus tersebut.
2. Lihat: http://www.moh.gov.my/moh/press_releases/Kenyataan%20Akhbar%20DG%20 7
COVID-19%20(4%20MAC%202020).pdf; Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan,
https://pku.upm.edu.my/article/coronavirus_simptom_punca_dan_rawatan-55053,
27/1/2020
7 3. Lihat: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Gejala dan Komplikasi
Pesakit boleh menunjukkan gejala am seperti demam, sakit otot
dan keletihan. Manakala batuk berkahak dan sakit kepala adalah
jarang, batuk darah dan cirit-birit juga sekali-sekala. Ia boleh
mengambil masa seminggu sebelum orang yang dijangkiti merasa
cukup sakit untuk mendapatkan rawatan. Malah, jika masalah ini
tidak dirawat, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain
dan akhirnya mengundang kematian. Komplikasi yang mungkin
timbul daripada jangkitan ini adalah seperti berikut:
Q Pneumonia
Pneumonia merupakan jangkitan yang membawa kepada
masalah keradangan paru-paru. Gejala radang paru-paru berlaku
apabila inflammasi terjadi kerana sistem imun badan cuba
melawan jangkitan virus. Keradangan ini mengganggu
aliran pertukaran gas di paru-paru dan akhirnya
menyebabkan kesukaran bernafas. Pneumonia yang
teruk boleh menyebabkan kerosakan yang lebih
besar kepada paru-paru dan menyebabkan paru-paru
terdedah kepada jangkitan lain seperti kuman.
Q Sindrom Penyakit Pernafasan Akut (ARDS)
Dalam kes yang lebih teruk, pesakit mungkin
mengalami ARDS (Acute Respiratory
Distress Syndrome). Ini adalah keadaan yang
mengancam nyawa yang menyebabkan
tahap oksigen yang rendah dalam darah
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
dan akhirnya menyebabkan kegagalan pada kebanyakan organ.
Pesakit dengan keadaan ini biasanya memerlukan pengudaraan
mekanikal dan sokongan pernafasan di ICU (Unit Rawatan Rapi).
Q Masalah Buah Pinggang
Kerosakan kepada organ utama terutamanya buah pinggang
mungkin berlaku akibat daripada kesan jangkitan teruk atau
kekurangan oksigen yang disalurkan ke seluruh tubuh badan.
Organ penting tidak dapat bertahan lama tanpa bekalan oksigen
yang mencukupi dan berterusan. Walaupun dengan rawatan
intensif dan penggunaan ventilator, kerosakan teruk pada paru-
paru menyebabkan bekalan oksigen yang sampai ke paru-paru
menjadi rendah. Kerosakan pada mana-mana organ utama ini
boleh menjadi sangat serius dan memerlukan rawatan tambahan.
Kerosakan organ secara meluas biasanya menyebabkan risiko
kematian yang lebih tinggi.
Q Sepsis (Jangkitan Darah)
Pesakit yang dijangkiti oleh coronavirus mungkin mati akibat
daripada kejutan septik. Ia adalah satu keadaan yang berpotensi
untuk membawa maut. Ia berlaku apabila jangkitan virus
tersebar ke seluruh tubuh terutamanya ke dalam aliran darah.
Sebagai tindak balas kepadanya, saluran darah akan mula
meluas dan gagal mengekalkan integriti strukturnya. Hal ini
kemudiannya akan membawa kepada tekanan darah rendah dan
akhirnya mengurangkan saluran oksigen pada tisu, dan akhirnya
menyebabkan tisu mati.4
9 4. Lihat: https://www.doctoroncall.com.my/pengenalan-coronavirus/komplikasi#show 9
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Statistik Terkini COVID-19
Pertama: Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia sehingga 9
September 2020 yang dikeluarkan oleh World Health Organization
(WHO).
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Negara
Keseluruhan Kes Keseluruhan Keseluruhan Yang Terlibat
Kematian Sembuh
27,J7u5m2la,h982 902Ju,m0l7a6h 19,62J6u,m7l9ah8 J2u1m1lah Negara
Keseluruhan Kes Keseluruhan Keseluruhan Yang Terlibat
Kematian Sembuh
K2e7d,u7a5:2,S9t8a2tistik te9rk0in2i,07C6OVID-19 1d9i,6M26a,l7ay9s8ia sehingg2a119
September 2020 yaSntagtudsikKesluarkan oleh KementeriaJnumKleashihatan
MJuamlalayhskiaes(eKluKrMuh)a5n kes 9583
Jumlah kes sembuh (disSctaajt)us Kes 914Ju3mlah
JJuummllaahh kkeessealkutrifuhan kes 3129583
JKuemslakehmkaetsiasnembuh (discaj) 1289143
Jumlah kes aktif 312
Kes kematian 128
5. Lihat: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
10
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
PANDUAN DALAM 11
MENGHADAPI WABAK
Kami garapkan di sini beberapa panduan dan nasihat
utama kepada rakyat Malaysia khususnya bagi umat
Islam dalam menghadapi wabak COVID-19 ini. Mudah-
mudahan ia memberi manfaat kepada kita dalam
mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran.
Pertama: UJIAN PASTI MENDATANG
Benarlah firman Allah SWT:
َو َل َن ْب ُل َو َّن ُكم بِ َ ْش ٍء ِّم َن ا ْ َل ْو ِف َوا ْ ُلو ِع َو َن ْق ٍص ِّم َن ا ْ َل ْم َوا ِل
﴾ ا َّل ِذي َن إِ َذا١٥٥﴿ َوا ْ َلن ُف ِس َوال َّث َم َرا ِت َو َب ِّ ِش ال َّصابِ ِري َن
َأ َصا َب ْت ُهم ُّم ِصي َب ٌة َقا ُلوا إِ َّنا لِ َّلـ ِه َوإِ َّنا إِ َل ْي ِه َرا ِج ُعو َن
Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan
sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan
dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang
yang sabar – (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya
kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Surah Al-Baqarah (155-156)
11
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Pada ayat ini, Allah SWT memberi khabar bahawa Dia menguji
hamba-hamba-Nya yang beriman dengan beberapa ujian di saat
mereka berada dalam keadaan suka dan duka, dan kesemua
mereka akan mendapat pahala jika mereka bersabar terhadapnya.
Mereka kemudiannya mengucapkan lafaz istirja’ bukti sebagai
seorang yang sabar dan syukur. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/467)
Justeru, senjata yang ampuh bagi umat Islam adalah sentiasa
berhati-hati, menggunakan kebijaksanaan untuk mengatasi
rintangan dan cabaran, di samping doa dan tawakkal kepada-Nya.
Kedua: MENGUCAPKAN ISTIRJA’
Begitulah petunjuk yang telah diberikan melalui wahyu yang mana
apabila berlakunya musibah (kematian) maka antara ciri-ciri
mereka yang bersabar dengan musibah tersebut adalah mereka
mengucapkan istirja’ iaitu ucapan:
إِ َّنا ِ ّلِ َوإِ َّنـا إِ َل ْي ِه َرا ِجعو َن
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali”.
Ummu Salamah R.Anha berkata bahawa dia mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
12
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
ِ إِ َّنا ِ َّل: َف َي ُقو ُل َما َأ َم َر ُه الل ُه،َما ِم ْن ُم ْس ِل ٍم ُت ِصي ُب ُه ُم ِصي َب ٌة
َو َأ ْخ ِل ْف، الل ُه َّم ْأ ُج ْر ِن ِف ُم ِصي َبتِي،َوإِ َّنا إِ َل ْي ِه َرا ِج ُعو َن
إِ َّل َأ ْخ َل َف الل ُه َل ُه َخ ْ ًيا ِم ْن َها،ِل َخ ْ ًيا ِم ْن َها
Maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu dia
membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, ‘Sesungguhnya
kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah,
berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan
yang lebih baik daripadanya.’ melainkan Allah menukar baginya
dengan yang lebih baik”.
Riwayat Muslim (918)
13 13
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Maka jelaslah melalui hadith ini bahawa setiap orang yang
beriman digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ ketika mana
ditimpa musibah sama ada musibah tersebut kecil ataupun
besar. Imam al-Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana
Rasulullah SAW disuruh melafazkannya dan ayat al-Quran juga
menunjukkan hal yang sama. Begitu juga ijma’ muslimin. (Lihat
al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 6/220)
Imam al-Qurtubi pula menyatakan dalam tafsirnya, musibah
ialah setiap perkara yang menimpa manusia dan menyakiti
mereka. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 2/175) Perlu difahami di sini
bahawa lafaz istirja’ ini bukan hanya disunatkan untuk dilafazkan
pada waktu berlakunya sesebuah kematian namun ia umum pada
setiap perkara atau kejadian yang menimpa manusia apatah lagi
menyakiti mereka.
Daripada ‘Ikrimah R.A bahawasanya pelita Rasulullah SAW
terpadam pada satu malam. Lantas Baginda mengucapkan:
أمصيب ٌة هي يا رسو َل اللهِ؟: فقيل.إ ّنا للهِ وإ ّنا إل ْيه راجعو َن
. ك ُّل ما آذى المؤم َن فهو مصيب ٌة، نعم:قال
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali”. Kemudian ditanyakan
kepadanya: ‘Adakah ini dianggap suatu musibah wahai Rasulullah?’
Jawab Baginda: ‘Ya. Setiap perkara yang menyakiti orang yang
beriman maka ia merupakan musibah.” (Lihat Tafsir al-Qurtubi,
2/175) dan sabit maknanya dalam al-Sahih.
14
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Justeru itu, disunatkan ke atas setiap Muslim untuk 15
mengucapkan lafaz istirja’ pada setiap musibah ataupun dugaan
yang menimpa diri mereka. Ini kerana ada beberapa hikmah
di sebaliknya termasuklah pengakuan terhadap ke-Esaan
Allah SWT, kepercayaan pada Hari Akhirat (tempat kembalinya
manusia), berserah diri dengan ketentuan Ilahi serta berharap
akan ganjaran di sisi-Nya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-
Kuwaitiyyah, 3/281)
Ketiga: JANGAN SESEKALI MENAKUTKAN ORANG LAIN
DENGAN HEBAHAN YANG TIDAK TEPAT.
Firman Allah SWT:
َوإِ َذا َجا َء ُه ْم َأ ْم ٌر ِم َن ا ْ َل ْم ِن َأ ِو ا ْ َل ْو ِف َأ َذا ُعوا بِ ِه َو َل ْو َر ُّدو ُه إِ َل
ال َّر ُسو ِل َوإِ َل ُأو ِل ا ْ َل ْم ِر ِم ْن ُه ْم َل َع ِل َم ُه ا َّل ِذي َن َي ْس َت ْنبِ ُطو َن ُه ِم ْن ُه ْم
َو َل ْو َل َف ْض ُل الَّلِ َع َل ْي ُك ْم َو َر ْ َح ُت ُه َل َّت َب ْع ُت ُم ال َّش ْي َطا َن إِ َّل َق ِلي ًل
Maksudnya: “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu
berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus
menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal
itu kepada Rasulullah dan kepada - “Ulil-Amri” (orang-orang yang
berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh
orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di
antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan
belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut
Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya
dan luas ilmunya di antara kamu).”
Surah al-Nisa’ (83)
15
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Hal ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn
Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
َم ْن َ َح َل َع َل ْينا ال ِّسل َا َح َف َل ْي َس ِم ّنا
Maksudnya: “Sesiapa yang membawa senjata untuk menakut-
nakutkan kami, maka dia bukan daripada kalangan kami.”
Riwayat al-Bukhari (6874)
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini di sisi ahli
ilmu memberi maksud perbuatan membawa senjata untuk
menakutkan orang ramai bukanlah daripada petunjuk dan
amalan kami. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 1/109)
Begitu juga sabda Rasulullah SAW:
َل َ ِي ُّل ُِل ْس ِل ٍم َأ ْن ُي َر ِّو َع ُم ْس ِل ًم
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang Muslim menakutkan orang
Muslim yang lain.”
Riwayat Abu Daud (5004)
Termasuk juga dalam erti kata menakutkan orang adalah
dengan menyebarkan maklumat palsu yang menyebabkan
masyarakat berasa panik, takut dan bimbang. Begitu juga sebaran
16
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
maklumat yang menggerunkan tanpa usul periksa sedangkan
hakikat sebenarnya adalah berlainan. Dengan sebab itulah kami
selalu katakan:
أ ْو ُم ّدعي ًا فالدليل،إ ْن ُك ْن َت َنا ِقل ًا فال ِّصحة
Maksudnya: “Jika sekiranya menukilkan sesuatu, maka sahkan
terlebih dahulu. Atau jika membuat sesuatu dakwaan, maka
hendaklah mengemukakan bukti.” (Lihat Dhawabit al-Ma’rifah,
hlm. 368)
Ucapan tahniah kami ucapkan kepada Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
kerana telah menghimpunkan senarai berita-berita palsu
berhubung wabak COVID-19.6
BERITA PALSU
6. Lihat: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/ 17
17 10156695650196237
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Keempat: MENGAMBIL ASBAB KERANA IA TERMASUK
DALAM HAKIKAT TAWAKKAL
Menjadi sunnatullah agar kita berusaha dan mencari sebab bagi
melaksanakan sesuatu atau mengenal sebarang bentuk penyakit
seterusnya dengan itu dapat mencari ramuan serta rawatan
untuk penyakit tersebut.
Benarlah hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu al-
Darda’ R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
و َج َع َل لِ ُكل دا ٍء،إ َّن الله ع ّز وج ّل أ ْن َز َل ال َّدا َء وال َّدواء
ولا َت َداووا بح َرام، َف َتداووا،َد َوا ًء
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT menurunkan penyakit dan
penawarnya. Dia jadikan setiap penyakit ada penawarnya. Maka
hendaklah kamu berusaha merawat tetapi jangan merawat dengan
bahan yang haram.”
Riwayat Abu Daud (3874)
Syeikh ‘Abd al-‘Azim Abadi menyatakan: “) (إِ َّن الَّ َل َأ ْن َز َل ال َّدا َء َوال َّد َوا َءiaitu
Allah menjadikannya penyakit dan memberikan penawarnya juga.
) (لِ ُك ِّل َدا ٍء َد َوا ٌءiaitu daripada yang halal. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 10/ 251)
Dalam konteks COVID-19, kita digalakkan untuk berjaga-jaga
dan menjaga kesihatan diri dengan mengikuti segala bentuk
panduan daripada KKM.
18
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Kelima: MEMAHAMI NAS DENGAN SEBAIKNYA
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا َع ْد َوى
Maksudnya: “Tidak ada penyakit yang berjangkit.”
Riwayat al-Bukhari (5770)
Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith
ini adalah bahawa penyakit berjangkit itu tidak dapat menular
dengan sendirinya. Akan tetapi Allah SWT yang menjadikan
penularan penyakit itu dengan sebab-sebabnya. Antaranya
disebabkan bergaulnya orang yang sakit dengan orang yang
sihat serta sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan penularan
penyakit. Inilah salah satu pendapat ulama’ dalam memahami
hadith ini dan pendapat ini juga dikuatkan oleh Ibn Solah. (Lihat
Ulum al-Hadith, hlm. 257) Hadith tersebut tidak bererti bahawa
penyakit berjangkit tidak wujud.
19 19
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Keenam: MEMELIHARA KESIHATAN MELALUI KEBERSIHAN
ADALAH PERINTAH SYARAK.
Firman Allah SWT:
إِ َّن الَّ َل ُ ِي ُّب ال َّت َّوابِي َن َو ُ ِي ُّب ا ْ ُل َت َط ِّه ِري َن
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa
mensucikan diri.”
Surah al-Baqarah (222)
Syeikh Ali al-Sobuni berkata: “Sesungguhnya Allah amat
mencintai orang yang bertaubat dari dosa dan membersihkan diri
daripada perbuatan yang tercela dan juga daripada kekotoran.”
(Lihat Safwah al-Tafasir, 1/127)
123
Tuang sanitizer di Ratakan di Gosok selama
atas tapak tangan. permukaan 20 saat sehingga
tangan ia kering.
20
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Firman Allah SWT:
ل َا َت ُق ْم ِفي ِه َأ َب ًدا َّلَ ْس ِج ٌد ُأ ِّس َس َع َل ال َّت ْق َوى ِم ْن َأ َّو ِل َي ْو ٍم
َأ َح ُّق َأن َت ُقو َم ِفي ِه ِفي ِه ِر َجا ٌل ُ ِي ُّبو َن َأن َي َت َط َّه ُرو ْا َوالّ ُل
ُ ِي ُّب ا ْ ُل َّط ِّه ِري َن
Maksudnya: “Janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-
lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina
wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari
mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.
Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil
berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi
orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”
Surah al-Taubah (108)
Ayat ini menunjukkan betapa Allah SWT memuji golongan yang
menjaga kebersihan.
Ketujuh: KAEDAH PENCEGAHAN
Bagi mengelakkan penyakit berjangkit, banyak kaedah
pencegahan yang disarankan oleh pakar yang berautoriti. Dalam
Islam, Rasulullah SAW telah memberikan asas pencegahan yang
baik melalui udara (airbone), titisan (droplet) mahupun sentuhan
(contact).
21 21
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
َأ َّن ال َّنبِ َّي َص َّل الَّ ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َ َنى َأ ْن ُي َت َن َّف َس ِف ا ْ ِل َنا ِء
َأ ْو ُي ْن َف َخ ِفي ِه
Maksudnya: “Bahawasanya Nabi SAW melarang untuk bernafas
dalam bejana atau meniupnya.”
Riwayat al-Tirmizi (1888)
Daripada Abu Hurairah R.A:
َأ َّن ال َّنبِ َّي َص َّل الَّ ُل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َكا َن إِ َذا َع َط َس َغ َّطى َو ْج َه ُه
بِ َي ِد ِه َأ ْو بِ َث ْوبِ ِه َو َغ َّض ِ َبا َص ْو َت ُه
Maksudnya: “Bahawasanya apabila Nabi SAW bersin, Baginda
menutup wajah dengan tangannya atau kainnya sambil
merendahkan suaranya.”
Riwayat al-Tirmizi (2745)
Katanya hadith ini hasan sahih
Praktikal pada zaman ini adalah
dengan memakai face mask
(penutup muka) bagi menghalang
air liur, kahak dan hingus si pemakai
dari tersebar ke udara ketika batuk
atau bersin.
22
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ل َا ُيو ِر َد َّن ُ ْم ِر ٌض َع َل ُم ِص ٍّح
Maksudnya: “Pesakit yang berpenyakit berjangkit tidak boleh
mendatangi orang yang sihat.”
Riwayat al-Bukhari (5771)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “Padanya penguat
kepada tegahan daripada membawa atau menyebarkan penyakit.”
(Lihat Fath al-Bari, 10/242)
Rasulullah SAW bersabda:
َوإِ َذا َو َق َع،إِ َذا َس ِم ْع ُت ْم بِال َّطا ُعو ِن بِ َأ ْر ٍض َفل َا َت ْد ُخ ُلو َها
بِ َأ ْر ٍض َو َأ ْن ُت ْم ِ َبا َفل َا َ ْت ُر ُجوا ِم ْن َها
Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu
kawasan, janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan
jika kamu berada di dalam kawasan tersebut, janganlah kamu
keluar dari situ.”
Riwayat al-Bukhari (5728)
Hadith ini menunjukkan bahawa pemerintah boleh mengambil 23
tindakan kuarantin terhadap rakyatnya agar penyakit atau wabak
tidak tersebar. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf R.A pernah menyebutkan
23
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
hadith ini kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau
bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak
di sana. Mendengar hadith ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab
membatalkan hasratnya. (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5)
Dalam perbincangan kami dengan al-Allamah al-Muhaddith
Syeikh Muhammad ‘Awwamah di Istanbul, Turki pada hari Isnin
27 Januari 2020 berkenaan dengan maksud taun dalam hadith,
ia memberi makna kepada sebarang bentuk wabak atau penyakit
umum yang melanda pada satu-satu tempat. Justeru, ia juga
terpakai kepada penyakit COVID-19.
Hadith-hadith di atas ini menyimpulkan tiga hikmah terbesar
bagi mencegah penularan penyakit berjangkit iaitu:
24
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
• Tidak berada di tempat yang berisiko tinggi
• Menjaga kebersihan diri
• Keperluan kuarantin bagi pesakit yang menghidap
penyakit berjangkit
Kelapan: TABAYYUN SETIAP BERITA YANG DIPEROLEH
Terdapat kaedah masyhur yang berdasarkan nas Ilahi, firman
Allah SWT:
َيا َأ ُّ َيا ا َّل ِذي َن آ َم ُنوا إِن َجا َء ُك ْم َفا ِس ٌق بِ َن َبإٍ َف َت َب َّي ُنوا َأن ُت ِصي ُبوا
َق ْو ًما بِ َج َها َل ٍة َف ُت ْصبِ ُحوا َع َ ٰل َما َف َع ْل ُت ْم َنا ِد ِمي َن
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang
kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini -
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Surah al-Hujurat (6)
Syeikh Ali al-Sobuni berkata: “Jika datang kepada kamu 25
seorang lelaki fasiq yang mana dia tidak boleh dipercayai dengan
kebenaran dan keadilannya, dengan apa yang diberitakan,
maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan berita. Ini
25
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
supaya kamu tidak mengenakan hukuman
atau musibah kepada satu-satu kaum
sedangkan kamu jahil tentang hakikat
sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal
tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat
Safwah al-Tafasir, 3/216)
Ibn Kathir berkata: “Allah SWT
memerintahkan agar kita benar-
benar menyemak berita daripada
orang fasiq dengan berwaspada
supaya tidak berlaku sebarang
pendustaan dan kekeliruan. Kebanyakan ahli tafsir menyebut
turunnya ayat ini kepada al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’it ketika
menjadi utusan Rasulullah SAW untuk memungut zakat daripada
Bani Mustaliq.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/264)
Berdasarkan huraian di atas, dapat difahami bahawa
antara adab-adab tabayyun adalah mengelakkan diri daripada
mendengar sesuatu berita yang belum dapat dipastikan
kesahihannya oleh pihak yang berautoriti.
Sebab itulah dalam surah al-Hujurat juga, prinsip tabayyun
diseiringkan dengan ayat yang menuntut umat bersangka baik
dan tidak mudah menjatuhkan hukum atau kesimpulan
sebagaimana yang disebut pada ayat ke-12 dalam surah yang
sama: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian daripada
sangkaan itu adalah dosa.”
26
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Umat Islam hendaklah menjadi pembawa berita gembira dan
bukan menakutkan orang ramai dengan berita palsu dan analisis
yang bukan daripada ahlinya. Inilah yang diajar oleh Nabi SAW.
Sebagai contohnya, apabila Baginda SAW menziarahi orang sakit,
makanya Baginda SAW akan memberi semangat kepadanya
dengan berkata:
َل َب ْأ َس َط ُهو ٌر إِ ْن َشا َء الَّ ُل
Maksudnya: “Tidak mengapa, semoga suci (sembuh) dengan
kehendak Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari (5656)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan: Tohur ) ( َط ُهو ٌر: bermaksud mudah-
mudahan Allah SWT membersihkan dosa-dosamu.” (Lihat Fath
al-Bari, 10/124)
Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari pula berkata : “) ( َط ُهو ٌ ر:ertinya tidak ada
rasa berat dengan sakit ini, kerana ia akan menjadi penghapus
dosa-dosa.” (Lihat Mirqah al-Mafatih, 2/1123)
PALSU
27 27
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Begitu juga, boleh jadi apa sahaja yang kita ulas dan kongsi
di media sosial bukanlah sesuatu yang benar, sebaliknya hanya
khabar angin yang kita dengar dan peroleh daripada sumber yang
tidak berautoriti. Benarlah sabda Nabi SAW, daripada Hafs bin
‘Asim:
َك َفى بِا ْلَ ْر ِء َك ِذ ًبا َأ ْن ُ َي ِّد َث بِ ُك ِّل َما َس ِم َع
Maksudnya: “Cukuplah seorang itu dianggap berdusta apabila dia
bercakap segala apa yang dia dengar.”
Riwayat Muslim (7)
Imam al-Nawawi berkata: “Di sini menunjukkan bahawa
larangan daripada bercakap setiap apa yang dia dengar kerana
boleh jadi apa didengarinya itu adalah benar dan berkemungkinan
juga perkara dusta. Justeru, apabila dia berbicara setiap apa yang
dia dengar, maka sesungguhnya dia telah mendustakan dengan
berita-berita yang tidak dipastikan kebenarannya.” (Lihat al-
Minhaj Syarh Sahih Muslim, 1/75)
Oleh itu, marilah sama-sama kita menginsafi diri supaya
janganlah kita menjadi penyebab ke arah ketidakbaikan atau
dengan kenyataan dan hebahan kita membawa kepada keadaan
yang panik dan kebimbangan yang melampau.
28
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
JUNJUNG KASIH ATAS TITAH KDYMM SERI PADUKA
BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Kami menjunjung kasih 29
titah KDYMM Tuanku Agong
berhubung wabak COVID-19.
Kebawah Duli yang Maha
Mulia Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah telah
menitahkan kesemua masjid
di seluruh negara mengadakan
solat hajat dan doa selamat
memohon ihsan Allah SWT
supaya memelihara rakyat
daripada sebarang penyakit
yang tidak diingini.
Kecaknaan Seri Paduka Baginda yang menyeru seluruh rakyat
untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi
daripada wabak berkenaan menzahirkan sikap Seri Paduka
Baginda yang amat prihatin akan masalah negara.
Kesimpulan
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak KKM perlu diberi
sokongan penuh. Sebarang bentuk nasihat daripada pihak
berautoriti hendaklah dipatuhi oleh masyarakat.
29
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjadi
ejen bagi membanteras berita palsu berkaitan wabak COVID-19.
Tanamkan disiplin dalam diri untuk menyelidik terlebih dahulu
setiap berita yang diperoleh di media sosial. Lazimilah solat hajat
dan doa munajat kepada Allah SWT dengan doa yang ma’thur
sebagaimana yang telah dibacakan oleh Rasulullah SAW.
Saya berdoa kepada Allah SWT agar kabus wabak ini akan
berlalu pergi dan tidak lagi merebak, serta digantikan dengan
sinar kesihatan yang terbaik untuk seluruh masyarakat di
Malaysia dan juga di tempat lain. Akhir kalam, kami titipkan doa
seperti berikut:
ال َّل ُه َّم إِ ِّن، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْل َعا ِف َي َة ِف ال ُّد ْن َيا َوالآ ِخ َر ِة
َو َما ِل، َو َأ ْه ِل، َو ُد ْن َيا َي، ِف ِدينِي، َأ ْس َأ ُل َك ا ْل َع ْف َو َوا ْل َعا ِف َي َة
ال َّل ُه َّم ا ْح َف ْظنِي ِم ْن، َوآ ِم ْن َر ْو َعا ِت، ال َّل ُه َّم ا ْس ُ ْت َع ْو َرا ِت،
َو ِم ْن، َو َع ْن ِش َم ِل، َو َع ْن َي ِمينِي، َو ِم ْن َخ ْل ِفي، َب ْ َي َي َد َّي
َو َأ ُعو ُذ بِ َع َظ َمتِ َك َأ ْن ُأ ْغ َتا َل ِم ْن َ ْتتِي، َف ْو ِقي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu
keselamatan (‘afiyah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya
aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam
agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan
berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan,
belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan
dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”
Riwayat Abu Daud (5074)
30
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
SARANAN DAN CADANGAN
Kami nyatakan juga di sini beberapa saranan dan cadangan
dalam menghadapi wabak ini. Mudah-mudahan ia dapat
memberi satu panduan dan juga rujukan kepada orang
ramai bagi mengambil langkah pencegahan dalam usaha
menghindari jangkitan. Kami kemukakan pendapat kami
seperti berikut:
• Kewajiban pesakit untuk menerima rawatan
seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia sama ada mereka yang dirawat di wad-
wad atau dikuarantin di rumah.
• Mereka yang positif hendaklah tidak bergaul
dan menghadiri sebarang majlis atau tempat
perhimpunan agar jangkitan dan wabak tersebut
tidak merebak kepada orang lain.
• Wajib menahan diri daripada melancong ke tempat 31
yang mempunyai wabak COVID-19 ini seperti di
Wuhan, China dan tempat-tempat lain yang telah
ditetapkan oleh WHO atau Kementerian Kesihatan
Malaysia.
31
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
• Peraturan dan saranan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah
dipatuhi.
KKM lorem ips...
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
Pandangan ini adalah berdasarkan beberapa dalil dan hujah.
Antaranya:
Firman Allah SWT:
َو َل ُت ْل ُقوا بِ َأ ْي ِدي ُك ْم إِ َل ال َّت ْه ُل َك ِة
Maksudnya: “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan…”
Surah al-Baqarah (195)
32
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Imam Al-Baghawi menjelaskan bahawa setiap perkara yang
membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia,
maka ia termasuk dalam makna ayat ini. (Lihat Ma’alim al-Tanzil,
1/367)
Firman Allah SWT:
َو َل َت ْق ُت ُلوا َأ ْن ُف َس ُك ْم
Maksudnya: “…Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri…”
Surah al-Nisa’ (29)
Menurut al-Jassas, ayat ini mengandungi larangan daripada 33
melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau
terhadap diri sendiri. (Lihat Ahkam al-Quran, 3/127).
Syeikh al-Maraghi berkata: Janganlah seseorang membunuh
temannya. Gaya bahasa ini menanamkan kesan yang kuat
bagi melarang perbuatan tersebut, selain menyedarkan betapa
perlunya saling menolong, saling menanggung beban dan bersatu
hati. Dalam sebuah hadith dinyatakan: “Kaum muslimin laksana
satu tubuh.” Seorang yang membunuh orang lain akan dikenakan
qisas atau hukum balas dan tindakan dirinya itu seolah-olah
membunuh dirinya sendiri.
Oleh itu, al-Quran mengajarkan kepada kita bahawa tindakan
jahat kepada orang lain sama dengan berbuat jahat kepada diri
sendiri dan kepada sesama manusia, dan bukan hanya terhadap
33
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
saudara seagama atau sebangsa, atau sehaluan fahaman politik.
(Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1170)
• Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman :
َوإِ َذا َجاء ُه ْم َأ ْم ٌر ِّم َن ال َأ ْم ِن َأ ِو ا ْ َل ْو ِف َأ َذا ُعو ْا بِ ِه َو َل ْو َر ُّدو ُه
إِ َل ال َّر ُسو ِل َوإِ َل ُأ ْو ِل ال َأ ْم ِر ِم ْن ُه ْم َل َع ِل َم ُه ا َّل ِذي َن َي ْس َتنبِ ُطو َن ُه
ِم ْن ُه ْم
Maksudnya: “Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita
mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya;
padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah
dan kepada - “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara
mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak
mengambil keputusan mengenainya di antara mereka…”
Surah al-Nisa’ (83)
Ayat ini menceritakan berkenaan bantahan dan penolakan
terhadap orang yang tergesa-gesa dalam pelbagai perkara
yang didengarinya sebelum memastikan kebenarannya, lalu dia
menyampaikan berita tersebut,
menyiarkannya dan men-
yebarluaskannya kepada orang
ramai sedangkan berkemungkinan
perkara itu tidak benar. (Lihat
Tafsir al-Quran al-‘Azim, 5/360)
34
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
• Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A
bahawa Nabi SAW bersabda:
َو ِف َّر ِم ْن ا ْلَ ْج ُذو ِم َك َم َت ِف ُّر ِم ْن ا ْ َل َس ِد
Maksudnya: “Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu
lari daripada singa.”
Riwayat al-Bukhari (5707)
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya, Fath al-Bari (10/159) berkata:
‘Iyadh menyebut bahawa telah berlaku khilaf dalam pelbagai
athar (riwayat-riwayat) berkenaan pesakit kusta. Apa yang datang
daripadaJabirR.AbahawaNabiSAWpernahmakanbersamapesakit
kusta dan Baginda menyebut: “ ( “ ثِ َق ًة بِالَّلِ َو َت َو ُّك ًل َع َل ْي ِهBergantung harap
kepada Allah dan tawakkal kepada-Nya). Katanya (Iyadh) lagi:
Saidina Umar dan sebahagian ulama salaf berpendapat bahawa
hadith makan bersama itu dengan melihat bahawa perintah
tersebut agar dijauhinya (pesakit kusta) telah dimansuhkan.
Mereka yang berpendapat sedemikian termasuklah ‘Isa bin Dinar
daripada kalangan ulama’ Maliki. Katanya lagi: Yang sahih dan
dipegang oleh kebanyakan ulama serta diikuti bahawa tidak berlaku
nasakh (pemansuhan) bahkan hendaklah menghimpunkan dua
hadith dengan cara hadith perintah menjauhkannya dan lari
daripadanya dengan maksud sunat dan sebagai ihtiyat (berhati-
hati). Sedangkan hadith Rasulullah SAW makan bersama pesakit
kusta memberi maksud hukumnya adalah harus.
35 35
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
• Begitu juga ijma’ daripada para ulama yang sepakat
akan kaedah :
ال َ َض ُر ُي َزا ُل
Maksudnya: “Kemudaratan perlu dihilangkan.”
Termasuk juga di dalam kaedah ini iaitu menjauhkan diri dari
tempat-tempat yang dijangkiti virus sebagai langkah menjaga nyawa.
Begitu juga qiyas kepada larangan Nabi SAW daripada
menghadiri solat jemaah bagi orang yang memakan bawang putih
dan bawang merah kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan
kepada para jemaah. Kalau makanan yang berbau pun Nabi
SAW larang untuk hadir menyertai solat berjemaah
apatah lagi mereka yang dijangkiti virus
ataupun yang disyaki menghidapi virus
tersebut.
SARANAN DAN CADANGAN
Pertama: KEPADA PIHAK BERKUASA
Antaranya:
• Laksanakan saringan awal di pintu-pintu masuk
sempadan sama ada di lapangan terbang,
pelabuhan dan lain-lain dengan menyediakan
36
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
pegawai perubatan untuk mengesan simptom-
simptom. Sediakan kaunter khas bagi setiap
negara yang berisiko tinggi. Alhamdulillah, langkah
seperti ini telah dilaksanakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
• Membuat sekatan masuk sementara semua
pelawat dari negara yang berpotensi besar dan
mempunyai rekod.
• Memperbanyak produk hand sanitiser dan penutup
hidung dan mulut di seluruh farmasi. Mengedarkan
secara percuma barangan berikut atau dengan
harga yang amat murah dan berpatutan.
• Bekerjasama dengan hospital swasta
meningkatkan lagi tenaga kerja dalam memantau
dan menangani isu COVID-19.
• Memberi bantuan kepada Kementerian Kesihatan
terutamanya peralatan seperti ventilator, pakaian
untuk petugas, serta tambahan kakitangan dalam
menghadapi wabak seperti ini.
37 37
Soal Jawab Fiqh
EDISI KEMAS KINI
Kedua : KEPADA ORANG RAMAI
Antaranya:
• Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang
dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
• Mana-mana individu yang baru pulang dari negara
yang diisytiharkan COVID-19 perlu mengambil
inisiatif sendiri dengan melakukan self-quarantine
dalam tempoh 14 hari.
• Mereka yang baru pulang dari luar negara
(tempat yang diisytiharkan kawasan COVID-19)
dan sekiranya bergejala dalam tempoh 14 hari,
hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera.
Hendaklah memaklumkan sejarah perjalanan
tersebut kepada pengamal perubatan.
• Kurangkan aktiviti luar dan elakkan diri dari
tempat-tempat perkumpulan orang ramai seperti
pasar, pasaraya dan lain-lain.
• Menjaga kebersihan diri, pakaian, tempat dan
sebagainya.
• Barangan dari negara yang direkodkan, sebagai
langkah pencegahan, menggunakan tisu yang
dibasahkan dengan losyen, hand sanitiser atau
sabun dan lap barangan yang baru diterima.
38