The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Maklumat Borang Permohonan Sekolah Khusus 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindamohdfarip, 2020-09-18 11:26:32

Maklumat Borang Permohonan Sekolah Khusus 2021

Maklumat Borang Permohonan Sekolah Khusus 2021

PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT (4) / TAHUN 1

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (1SVM)

SEKOLAH - SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA / KV / SMT / MTD)

TAHUN 2021

A. PANDUAN AM

• Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN
IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara
bersendirian.

• Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan
TEPAT.

• Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH
MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

• Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum
mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

• Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang
memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus. PKSK akan dilaksanakan
dalam tempoh 26 Oktober hingga 06 November 2020. TIADA PKSK ULANGAN akan
dilaksanakan.

B. PANDUAN KHUSUS

1. Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga
Utama dan tekan klik Untuk Login.

2. Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika terdapat maklumat yang
tidak tepat, sila berhubung dengan pihak sekolah pemohon untuk kemaskini maklumat. Maklumat
yang telah dipinda dalam APDM akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.

3. PENYAKIT/ ALAHAN

Sila nyatakan penyakit/ alahan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran
yang dipaparkan.

Alahan (Allergy)/ Asma/ Darah Tinggi/ Kencing Manis/ Lemah Jantung/ Mental/ Sawan (epilepsy)

Lain-lain/ Tiada

4. ALUMNI PENDIDIKAN MENENGAH BAPA

Pilih SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) / SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) /
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) / KOLEJ VOKASIONAL (KV) / MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

Nyatakan nama SBP/ SMKA / SMT/ KV/ MTD dengan membuat pilihan berdasarkan butiran yang
dipaparkan.

5. ALUMNI PENDIDIKAN MENENGAH IBU

Pilih SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) / SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) /
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) / KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Nyatakan nama SBP/ SMKA / SMT/ KV dengan membuat pilihan berdasarkan butiran yang
dipaparkan.

6. EMEL

Sila masukkan alamat emel pemohon/ ibu/ bapa/ penjaga utama yang aktif.

7. PENCAPAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Sila lengkapkan maklumat tahap penguasaan bagi semua mata pelajaran Tingkatan Tiga (3) yang
berkenaan dan telah dikemaskini sehingga 31 Ogos 2020.

8. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

8.1 MAKLUMAT KEPIMPINAN

Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan pemohon yang berkaitan mengikut aspek-aspek
berikut:

1. Kepimpinan – Pilih Satu Jawatan Tertinggi

KEPIMPINAN

▪ Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas/ Ketua Pengawas Perpustakaan
▪ Pengawas/ Pengawas Perpustakaan/ Ketua Darjah/ Lain-lain yang setaraf
▪ Penolong Ketua Darjah/Lain-lain yang setaraf
▪ Jawatan Khas/Imam dan Lain-lain yang setaraf
▪ Ahli Jawatankuasa/lain-lain yang setaraf
▪ Tiada

8.2 KEGIATAN KO-KURIKULUM

Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan pemohon yang berkaitan mengikut aspek-aspek
berikut:

1a. Pilih Satu Jenis Sukan Yang Diwakili

1b. Sukan Dan Permainan - Pilih Satu Pencapaian Tertinggi

SUKAN DAN PERMAINAN

▪ Mewakili Negara
▪ Mewakili Negeri
▪ Mewakili Daerah/Bahagian/Zon
▪ Mewakili Sekolah
▪ Mewakili Rumah
▪ Tiada

2a. Pilih Satu Jenis Kelab / Persatuan Yang Disertai.

2b. Kelab Dan Persatuan - Pilih Satu Jawatan Tertinggi

KELAB DAN PERSATUAN

▪ Pengerusi / Lain-lain Yang Setaraf
▪ Setiausaha / Lain-lain Yang Setaraf
▪ Bendahari / Naib Pengerusi / Lain-lain Yang Setaraf
▪ Ahli Jawatankuasa
▪ Ahli Biasa
▪ Tiada

3a. Pilih Satu Jenis Pasukan Unit Beruniform Yang Disertai.

3b. Pasukan Unit Beruniform - Pilih Satu Jawatan Tertinggi.

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

▪ Pengerusi / Sarjan / Ketua Pasukan Kanak-kanak / Ketua Utama Seksyen / Puteri Bongsu
Cemerlang

▪ Timbalan Pengerusi / Setiausaha / Koperal / Ketua 6 Sekawan / Ketua Seksyen / Puteri
Bongsu

▪ Bendahari / Lans Koperal / Penolong Ketua 6 Sekawan / Penolong Ketua Seksyen Kanan
▪ Ahli Jawatankuasa/ Ahli Aktif/ Penolong Ketua Seksyen
▪ Ahli Biasa
▪ Tiada

4a. Nyatakan Pencapaian Khas / Istimewa Pelajar Yang Disertai (Pencapaian Tertinggi)

ANUGERAH KEPADA MURID

▪ Tokoh Murid
▪ Tokoh Kokurikulum
▪ Murid Mithali
▪ Pengawas Terbaik
▪ Murid Cemerlang Mata Pelajaran
▪ Anugerah Khas dari lain-lain agensi kerajaan atau swasta
▪ Tokoh Pembimbing Rakan Sebaya
▪ Lain-lain yang berkenaan

BAKAT YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

Pencapaian Bidang Muzik

▪ Koir
▪ Sajak
▪ Syair
▪ Lakonan
▪ Pidato
▪ Lain-lain

KEBOLEHAN ISTIMEWA

▪ Pembaca Terbanyak (Anugerah Nilam)
▪ Bercerita
▪ Pembaca Sifir Terbaik
▪ Pembahas Terbaik
▪ Lain-lain

KEBOLEHAN ISTIMEWA

▪ Pembaca Terbanyak (Anugerah Nilam)
▪ Bercerita
▪ Pembaca Sifir Terbaik
▪ Pembahas Terbaik
▪ Lain-lain

PENCAPAIAN KHAS

▪ Kuiz Kesihatan
▪ Kuiz Sains
▪ Melukis
▪ Mencipta laman-web
▪ Membaca Al-Quran
▪ Berzanji
▪ Lain-lain

4b. Pencapaian Khas / Istimewa Pelajar Pilih Satu Pencapaian Tertinggi

PENCAPAIAN KHAS/ ISTIMEWA

▪ Mewakili Negara / Anugerah Peringkat Kebangsaan
▪ Mewakili Negeri
▪ Mewakili Daerah/Bahagian/Zon
▪ Pengawas Terbaik
▪ Mewakili Sekolah
▪ Mewakili Rumah
▪ Tiada

9. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)

9.1 INVENTORI MINAT KERJAYA

Sila masukkan Kod 3 mata Holland pemohon berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik
Tingkatan 3, 2020.

9.2 9.2 INVENTORI TRET PERSONALITI

Sila masukkan skor terkini pemohon berdasarkan penyataan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik
Tingkatan 3, 2020.

10. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 1

10.1 JENIS SEKOLAH KHUSUS

Sila nyatakan jenis sekolah khusus pilihan pemohon seperti keterangan berikut:

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/

Sekolah Menengah Teknik (SMT)/ Kolej Vokasional (KV)/ Maktab Tentera Diraja (MTD)

10.2 BERMINAT MENGIKUTI DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

Pilih YA/TIDAK.

*Senarai nama sekolah yang akan dipaparkan adalah berdasarkan pilihan ini.
10.3 PAKEJ MATA PELAJARAN
Pilihan pakej mata pelajaran adalah seperti berikut:.
Jenis Sekolah Khusus Pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
1. STEM (Sains Tulen)
2. STEM AGAMA (Sains Agama)
3. STEM TMUA (TMUA Sains)
4. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
1. STEM AGAMA (Sains Agama)
2. STEM TMUA (TMUA Sains)
3. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Agama Ikhtisas)
4. SASTERA DAN KEMANUSIAAN TMUA (TMUA Ikhtisas)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Rujuk senarai kursus SMT
Kolej Vokasional (KV) Sekolah Menengah Teknik (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)
1. STEM (Sains Tulen)
2. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial)
10.4 NEGERI
Sila nyatakan NEGERI sekolah pilihan pemohon.
10.5 NAMA SEKOLAH
Sila nyatakan sekolah pilihan pemohon.
10.6 JARAK DARI RUMAH KE SEKOLAH
Nyatakan pilihan anggaran jarak seperti tertera dari tempat tinggal pemohon ke sekolah pilihan.

NOTA PENTING
a) Pemohon TIDAK BOLEH memilih sekolah yang sama sebagai pilihan sekolah khusus sekiranya
pakej mata pelajaran/ kursus pilihan adalah SAMA.
b) Pemohon BOLEH memilih sekolah yang sama sebagai pilihan sekolah khusus sekiranya pakej mata
pelajaran/ kursus pilihan adalah BERBEZA.

11. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 2
Rujuk perkara 13.1 hingga 13.6.
12. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 3
Rujuk perkara 13.1 hingga 13.6.
13. PILIHAN PUSAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
13.1 NEGERI PILIHAN
Sila nyatakan negeri pilihan untuk menduduki PKSK.
13.2 PPD PILIHAN
Sila nyatakan daerah pentadbiran PPD pilihan untuk menduduki PKSK.
13.3 PILIHAN PUSAT PKSK
Sila nyatakan Pusat PKSK pilihan.
14. PERAKUAN PEMOHON
Sila klik pada pernyataan yang berkenaan.


Click to View FlipBook Version