The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR HAZIQ ZIQRI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslindamohdfarip, 2021-04-17 08:29:46

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR HAZIQ ZIQRI 2021

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR HAZIQ ZIQRI 2021

PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2021

SEJARAH

TOKOH PEMIMPIN JOHOR
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDIN
BIN HAJI MOHAMMAD YASSIN
MENTERI BESAR JOHOR KE -13

DAN
PERDANA MENTERI KE - 8

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

DISEDIAKAN OLEH:
HAZIQ ZIQRI BIN FAIRUSSHAMIZAR

TAHUN :
5 GAMMA

ALAMAT EMAIL :
[email protected]

SEKOLAH :
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU ANAM,

85100 BATU ANAM,
SEGAMAT JOHOR

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji

Muhyiddin Bin Haji Mohammad Yassin

PSM (Persekutuan); SPMJ (Johor); SHMS (Kedah); SPSA (Perak);
SPMP (Perlis); SUNS (Negeri

Sembilan); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); DP, PNBS (Sarawak);
SMJ, PIS (II), BSI (II) (Johor); Plaque of the City of
Sarajevo (Bosnia);
Honorary Doctorate of Litterature (BFSU);
International Honorary Doctorate (USSA)

‫محي الدين بن محمد يس‬

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

KEHIDUPAN AWAL ‫كهيدوڤن اول‬

ASAL

Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah seorang
daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin
bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajah Khadijah
binti Haji Kassim.

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Maharani dan Ismail
School (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah).
Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1967 dan berjaya
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau tidak terkelompok
dalam kumpulan pintar atau genius. Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan kuat
berusaha.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

KELUARGA ‫كلوارڬ‬

ISTERI,ANAK DAN CUCU

Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 yang
lalu. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin
Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2
orang lelaki dan 2 orang perempuan, iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (berkahwin
dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan
sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (berkahwin dengan Dato' Sri
Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin, (berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng
Hui),seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin, juga seorang penyanyi, juga dikenali
sebagai Moslem Priest.Beliau juga telah dikurniakan dengan 6 orang cucu perempuan dan 1
orang cucu lelaki.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

AYAHANDA DAN BONDA

Ayahanda beliau yang bernama Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad bin Sakih, PIS II,
ialah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor Darul Ta'zim,
dikatakan beliau dilahirkan di Tanjung Bidara, Melaka dan keluarga beliau berasal
dari Siak, Riau, Sumatera, Indonesia, berketurunan Arab dari Hadramaut dan Bugis mengikut apa
yang diceritakan oleh isteri beliau, Allahyarhamah Hajah Kintan. Hasil perkongsian hidup
ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya, mereka dikurniakan dengan 47 orang anak dengan isteri
pertama 8 orang anak, isteri kedua 10 orang anak, isteri ketiga 21 orang anak dan isteri keempat 8
orang anak.
Isteri pertama ayahanda beliau ialah Allahyarhamah Hajah Maznah binti Haji Daud, isteri kedua,
Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim (ibu kandung Tan Sri Muhyiddin)
berketurunan Jawa, Allahyarhamah Hajah Sapiah binti Haji Abdullah (isteri ketiga) dan
Allahyarhamah Hajah Kintan binti Haji Ibrahim (isteri keempat).
Keluarga Allahyarham Haji Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal di
sebuah kampung di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor Darul Ta'zim di rumah-rumah ibu yang
berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

KEISTIMEWAAN ‫كايستيميوأن‬

Seorang pakar ekonomi dunia yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, iaitu (Tan Sri) (Dr) Just
Faaland yang berasal dari Norway, telah mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pemikir
dan pelaksana yang mempunyai kejituan atau ketepatan berfikir yang sangat bermutu. Keistimewaan ini
amat susah dicari kecuali hanya satu dalam seribu.
Penasihat ekonomi negara ini, bukanlah menilai Tan Sri Muhyiddin dari sudut sosial atau moral tetapi
adalah dari sudut tindakan dan fikirannya dan dianalisis secara profesional. Tan Sri Muhyiddin dianggap
sebagai seorang insan pemikir dan pelaksana yang mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau dapat merungkai
sesuatu proses atau masalah dengan terperinci dan dapat meringkaskannya dengan begitu mudah untuk
dilaksanakannya sendiri, orang lain atau orang-orang yang berkaitan dengan persoalan berkenaan.
Tan Sri Muhyiddin tidak suka menunjuk-nunjuk tetapi apabila khidmat beliau diperlukan, beliau akan
melaksanakannya dengan penuh perhatian, terbaik dan memberi output yang mudah diterima, mudah
dilakukan dan cepat. Dalam perkataan lain, Tan Sri Muhyiddin mempunyai keupayaan dan keistimewaan
sebagai seorang pemikir besar terhadap penyelesaian dan pelaksanaan sehingga menjadi mudah, berkesan
dan menghasilkan output atau produk yang berkualiti.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

SEKTOR SWASTA
Pengalaman pertama beliau bekerja ialah sebagai guru sambilan yang mengajar Bahasa Melayu di
sebuah sekolah swasta milik persendirian ayahanda beliau iaitu, Sekolah Menengah (Persendirian) Md.
Yassin pada tahun 1967 lalu.

SEKTOR AWAM
Beliau memulakan kerjaya dalam sektor awam sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai
Daerah Muar (Bahagian Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1974 lalu.

SEKTOR KORPORAT
Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam
dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat milik kerajaan negeri Johor Darul
Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kemudian
dijenamakan semula sebagai Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan
Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS-ATES Malaysia Sdn Bhd sebagai
Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah
Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd dan Syarikat Granite Malaysia Sdn Bhd

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR DARUL TA’ZIM (1986 HINGGA 1995)

Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar dan
memimpin Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan
beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan
melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut. Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin,
negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di
dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dikagumi walaupun
mencemaskan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran
kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor Darul Ta'zim akan
menandingi Singapura.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR DARUL TA’ZIM

(1986 HINGGA 1995)

Beliau sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim menjadi simbol
kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi
faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di
seluruh Johor Darul Ta'zim dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah
Saham Johor.
Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-
pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu
dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan
Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.
Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat kembali
pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah
digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh
'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih
500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan
Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian
daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.
Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan
acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan
di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan
Komanwel 1998.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
MALAYSIA

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu
sehingga peningkatannya melebihi 36%.
Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada musim
perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga
berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi
mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Di bawah akta ini
wujud Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, di bawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta
Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan
mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat tuntutan tidak melebihi
daripada RM25,000.00 sahaja

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah
menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian
adalah Perniagaan’. Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah,
sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai
disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.
Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu sehingga
mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan
kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.
Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen
Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan
industri pertanian negara.
Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah Alam di zaman
beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk
mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International
Trade and Industry Malaysia).
Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan
Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat,
seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia.
Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan
menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

JASA DAN SUMBANGAN‫جاس دان سومبڠن‬

SEBAGAI MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DAN MENTERI PENDIDIKAN I MALAYSIA
PEMANSUHAN PPSMI
Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains yang
menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai di
semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham,
isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung program dan
telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul
Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
1978 – Menjadi Ahli Parlimen Pagoh.
1982 – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
1986 – Menteri Besar Johor ke-13
1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1993 – Menang Naib Presiden UMNO
1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan
2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna
27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran
2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
10 April 2009 – Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
September 2016 – Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
dan dilantik sebagai Presiden.
13 Julai 2017 – Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden
Pakatan Harapan.
22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
2018 – Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan
Seluruh rakyat Malaysia mengharap dan mendoakan kepimpinan di bawah Tan Sri
Muhyiddin Yassin dapat memacu negara ke arah yang lebih baik.

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

Generasi kini perlulah mempunyai sikap seperti Yang Amat Berhormat

Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Hj Mohammad Yassin seperti :

Mempunyai semangat juang yang kental Mempunyai keperibadian sebagai
dan pengalaman yang luas menjadi seorang pemimpin yang

kelebihan beliau untuk menggalas serta berintegriti,amanah dan tidak tamak.
melaksanakan tanggungjawab sebagai

Perdana Menteri

Mempunyai ketegasan, keberanian, Seorang pemimpin pragmatik yang
kejujuran dalam menyelesaikan masalah, meleraikan masalah rakyat secara
praktikal, sesuai dengan keadaan semasa
mencungkil rahsia tanpa memikirkan
akibatnya terhadap diri sendiri dan atau realiti ekosistem tanah air.

jawatan yang dipegangnya

Tidak mendominasi atau mencampuri tugas .Mempunyai personaliti yang bijak
sebagai pemimpin negara menyebabkan dan lebih banyak bekerja daripada

beliau dilihat sebagai pemimpin yang sangat bercakap kosong .
berwibawa

SLB SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2021

Corak kepimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Hj Mohammad Yassin boleh dipuji kerana
kemampuan beliau mentadbir negara dalam tempoh yang sukar semasa menangani
krisis kesihatan dan pandemik Covid 19 seterusnya lebih menumpukan pendekatan

kepada isu rakyat.
Kepimpinan Perdana Menteri sendiri yang menonjolkan bahawa kepentingan peribadi,

kepentingan politik diketepikan tetapi keutamaan negara diutamakan.

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR

1. Ms.Wikipedia org.(2021) Muhyiddin Yassin
https://en.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
2. Kesultanan Johor
http://kesultananjohor.blogspot.com/2011/05/menteri-
besar-johor.html
3.Sejarah Malaysia – Sejarah Tokoh Dan Pejuang
Terbilang Johor
http://emasjk.blogspot.com/p/pengenalan.html

SEK.KEB. BATU ANAM
85100
SEGAMAT,JOHOR


Click to View FlipBook Version