Kerani Dokumentasi Menyimpan rekod dan penyata laporan bayaran
untuk pelanggan. Memeriksa kesahihan laporan
dan menyemak kesipan penyata bayaran.
Melakukan proses pembayaran masuk dan keluar.
Pengaturcaraan Menulis arahan dan pemprosesan data secara
Perniagaan terperinci, menggunakan satu bahasa yang khas
untuk pembangunan komputer. Memeriksa
program dan mengenalpasti kesilapan. Biasanya
mengkhususkan untuk perniagaan atau operasi
saintifik.
Agen Pelancongan Menyusun jadual perjalanan, mengurus
kemudahan penginapan dan memberi
perkhidmatan perjalanan yang lain kepada
pelanggan agensi pelancongan. Melibatkan
destinasi, jenis pengangkutan, tarikh perjalanan,
cadangan perbelanjaan dan penginapan yang
diperlukan.
Jurutera Perisian Menyelidik, mereka dan memajukan program
perkomputeran selari dengan permintaan produk
komputer untuk kegunaan pelbagai di dalam
aspek perubatan, industri, pertahanan, komunikasi,
angkasalepas dan aplikasi saintifik. Menggunakan
prinsip dan teknik komputer sains, kejuruteraan
dan analisa matematik.
Jurugambar Merakamkan gambar yang bercirikan berita
Akhbar/Berita melibatkan peristiwa,lokasi, manusia dan ilustrasi
lain yang berkaitan dengan pendidikan untuk
Kerani Pengkosan diterbitkan atau disiarkan. Menyerahkan negatif
filem dan gambar kepada penyunting sebelum
disiarkan. Pakar di dalam satu-satu fasa fotografi
sama ada untuk berita, sukan, acara khas
dan bebas.
Menyediakan anggaran kos atau harga untuk
pengeluaran produk, projek pembinaan atau
perkhidmatan yang diminta untuk membantu
pihak pengurusan menetapkan harga barangan
dan perkhidmatan.
Penganalisa Menyelidik keadaan pasaran tempatan dan luar
Penyelidikan Pasaran untuk menentukan potensi jualan bagi produk yang
ingin dipasarkan. Membuat penyelidikan metodologi
dan merangka format untuk pengumpulan data
melalui tinjauan, pungutan suara, pemerhatian dan
sesi soal jawab. Mendapatkan maklumat dari
pesaing untuk menganalisa harga, jualan, kaedah
pemasaran dan pengedaran. Mengumpul data
pasaran berdasarkan permintaan pelanggan dan
tabiat membeli mereka.
Juruaudit Dalaman Mereka biasanya adalah akauntan yang mengurus
audit kewangan dan operasi di dalam organisasi.
Mengesahkan ketepatan maklumat kewangan
yang lengkap. Menganalisa kawalan audit
organisasi agar objektif kewangan tercapai.
Penganggar Menyediakan anggaran kos perbelanjaan untuk
pengeluaran produk, pembinaan projek atau
perkhidmatan untuk menentukan nilai harga yang
perlu dikeluarkan. Menyelia kajian khusus untuk
memperolehi piawai anggaran yang melibatkan
penambahan dan pengurangan kos.
Kerani media Menyimpan rekod jadual pengiklanan klien
untuk agensi iklan. Merekod penggunaan media
Kerani Kawalan sebagai iklan seperti suratkhabar dan majalah.
Invois Menentukan kos ruangan iklan pelbagai jenis
media untuk perbandingan dari segi saiz,
populasi penduduk, kadar harga, jenis ddan
kekerapan penerbitan.
Membuka invois jualan, mengira jumlah
pembayaran dan merekodnya dalam fail khusus
untuk setiap barangan atau perkhidmatan yang
diberi. Memeriksa pesanan-pesanan bellian ,
bil penempatan, tiket jualan, rekod hospital atau
slip harga untuk mengira jumlah pembayaran yang
akan dikenakan kepada pelanggan.
Kerani transit Mengurus jadual perjalanan dan menyusun
Penajajamin khidmat penginapan untuk pelanggan. Menetapkan
pelan destinasi, jenis pengangkutan, tarikh
perjalanan dan had perbelanjaan yang diperlukan.
Mengenalpasti dan menganalisa risiko kerugian
setiap pemegang polisi, menyediakan kadar
premium yang sesuai dan menyediakan polisi yang
boleh meliputi risiko tersebut. Dengan bantuan
komputer, maklumat pemohon insurans dapat
dianalisa berdasarkan laporan perunding kawalan
kerugian, laporan perubatan dan kajian
pakar aktuari.