The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11325306, 2023-12-14 07:21:38

KAJIAN LAPANGAN 2023 Tingkatan 1

KAJIAN LAPANGAN 2023 Tingkatan 1

SMK BUKIT JAMBUL JALAN BUKIT GAMBIER, 1700 GELUGOR, PULAU PINANG KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI VISTA GAMBIER CONDO, CHANGKAT BUKIT GAMBIER 2, GELUGOR, PULAU PINANG • NAMA: RASHIKA VIJAYA KUMAR • KELAS: 1 ADARA • NAMA GURU: AHMAD IQBAR BIN OMAR • TARIKH MENGHANTAR TUGASAN : 15/12/2023 ( Jumaat )


JADUAL TUGAS BIL TARIKH / HARI AKTIVITI / PERKARA 1. 20/11/2023 (ISNIN) Menerima tajuk tugasan dan mendengar taklimat tentang kerja lapangan daripada Cikgu Iqbar. 2. 20/11/2023 (ISNIN) Berbincang dengan guru Geografi iaitu Cikgu Iqbar mengenai kehendak kerja lapangan 2023. 3. 22/11/2023 (RABU) Mencari maklumat lanjut mengenai konsep, jenis, kesan dan langkah pengurusan sisa domestik. 4. 24/11/2023 (JUMAAT) Membuat jadual kerja, isi kandungan, penghargaan dan pendahuluan tentang kerja lapangan. 5. 3/12/2023 (AHAD) Membuat objektik kajian, kawasan kajian dan peta lakar kajian. 6. 11/12/2023 (ISNIN) Pergi ke kawasan kajian dan mengambil gambar kawasan yang mempunyai sisa domestik. 7. 8. 13/12/2023 (RABU) 15/12/2023 (JUMAAT) Melengkapkan senarai kandungan dan jadual kerja. Menghantar kerja lapangan kepada Cikgu Geografi untuk disemak.


ISI KANDUNGAN 1. Penghargaan ……………………………………….1 2. Pendahuluan ……………………………………….2 3. Objektif kajian………………………………………3 4. Kawasan kajian…………………………………….4 5. Peta lakar kawasan kajian………………………..5 6. Kaedah kajian……………………………………...6 7. Hasil kajian…………………………………………7 8. Rumusan……………………………………………8 9. Rujukan……………………………………………..9 10.Lampiran…………………………………………..10


1.PENGHARGAAN Salam Sejahtera, Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa dengan berkat dan keizinannya, saya telah dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1 bagi tahun 2023 dalam jangka masa yang ditetapkan dengan kejayaannya. Kerja kursus ini telah memberi pelbagai manfaat kepada saya. Saya, Rashika Vijaya Kumar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Ahmad Iqbar bin Omar di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau untuk menyiapkan kerja kursus saya dengan baik. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sanggup memberi pendapat dan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi untuk melaksanakan kerja kursus ini.


2. PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan sisa domestik. Saya membuat kerja tentang jenis-jenis sisa domestik dan kesan pembuangan sisa domestik yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kondo saya. Selain itu saya bercadang agar pengurusan sisa domestik secara terancang di kawasan tersebut. Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah kawasan ini berhampiran dengan rumah saya , jadi memudahkan saya menjalankan kajian saya.


1.Menyatakan konsep, jenis dan contoh sisa domestic yang terhadap di Vista Gambier Kondo. 2.Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestic yang terdapat di kawasan Vista Gambier Kondo. 3.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara bijaksana di kawasan sasaran. 3. OBJEKTIF KAJIAN Saya melakukan kajian di sekitar Vista Gambier Kondo, bertujuan untuk :


4. KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya terletak di Vista Gambier Kondo, Gelugor, Pulau Pinang. Vista Gambier Kondo merupakan sebuah kondo yang terletak di kawasan perumahan di daerah Timur Laut iaitu berdekatan dengan kawasan kajian saya. Kawasan ini terletak kira-kira 3km daripada Vista Gambier Kondo dana mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta. Bentuk muka bumi yang terdapat di Vista Gambier Kondo ialah, Kondo ini terletak di atas bukit. Terdapat beberapa infrastruktur seperti rumah berteres, rumah pangsapuri dan masjid.


5. PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN Peta Google Maps Kawasan Kajian Peta lakar Vista Gambier Kondo


6.KAEDAH KAJIAN A.Pemerhatian: Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar Kawasan Vista Gambier untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik di kawasan ini. B.Rujukan: Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep sisa domestik dengan merujuk kepada buku teks dan buku rujukan lain. Selain itu, saya juga melayari internet untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan pembuangan sisa domestik dan cadangan pegurusan sisa domestik yang terancang.


7. HASIL KAJIAN I. Konsep Sisa Domestik Menurut Wikipedia, Sisa Domestik ialah bahan – bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, botol plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan toksin pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organic. Sisa Domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Lanya dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organic. Kebanyakannya sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.


Jenis-jenis sisa domestic di Vista Gambier Kondo Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan Vista Gambier Kondo, saya mendapati terdapat dua jenis sisa domestic di kawasan ini iaitu, terdiri daripada bahan oraganik sepertik sisa makanan dan kertas serta bahan bukan organik seperti tin, plastik,dan besi buruk. Sisa Domestik di kawasan Vista Gambier Kondo ini juga terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa pepejal seperti sisa makanan, plastik, kertas, logam, perabot dan lampin pakaibuang. Manakala, sisa cecair seperti minyak masak dan kumbahan.


II. Kesan–Kesan Pembuangan Sisa Domestik Di Kawasan Vista Gambier Kondo A) Pencemaran Bau Melalui kajian yang saya lakukan, didapati penduduk menghadapi masalah pencemaran bau di persekitaran Vista Gambier Kondo. Longgokan sampah sarap yang lama terbiar dan tidak dikutip mengeluarkan bau busuk dan membuatkan kawasan persekitaran Vista Gambier Kondo kotor. Penduduk terpaksa menghidu bau busuk dari kawasan pembuangan sampah terutamanya selepas hujan. B) Wabak Penyakit Berdasarkan kajian saya juga, penduduk turut menghadapi masalah seperti wabak penyakit di persekitaran Vista Gambier Kondo. Sisa pembuangan sampah sarap secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas, dan lalat. Sebagai contoh, penyakit taun, demam, denggi, malaria, zika dan rotavirus. C) Banjir Kilat Selain itu juga, penduduk menghadapi masalah seperti berlakunya banjir kilat yang seringkali berlaku di Vista Gambier Kondo. Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah ke dalam longakang, parit dan Sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak segingga menyebabkan banjir kilat berlaku.


III. Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara bijaksana di kawasan sasaran. A) Amalan 3R Melalui kajian selidik, penduduk mencadangkan agar Kawasan Vista Gambier Kondo mengamalkan 3R iaitu guna semula (Reuse), kitar semula (Recycle) dan kurangkan (Reduce). Amalan ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang serta dapat dapat menjimatkan wang penduduk. Contohnya, penduduk Kawasan Vista Gambier boleh mengadakan pertandingan pengubahsuaian barang-barang terpakai pada hari keluarga tahunan. B) Gotong-royong Daripada respon penduduk juga, ada yang mencadangkan agar diadakan gotong-royong. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang peseorangan. Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.


C) Penguatkuasaan Undang-Undang Selain daripada ini, penduduk mencadangkan diperketatkan Penguatkuasaan Undang-Undang sebagai langkah pengurusan sisa domestik lebih teratur. Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 2007 (Akta 672) dan akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik


8. RUMUSAN Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan, saya telah menemui beberapa dapatan yang berkaitan dengan jenis-jenis sisa domestik di Kawasan Vista Gambier. Dapatan ini juga dapat membantu saya memahami lebih mendalam tentang kesan- kesan pembuangan sisa domestik disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya telah mencadangkan beberapa Cadangan untuk menguruskan sisa domestik dengan lebih terancang dalam kerja lapangan saya. Dengan itu, saya berharap kesan-kesan negatif sisa domestik dapat dikurangkan dan Kawasan Vista Gambier Kondo akan menjadi semakin bersi9h dan ceria pada masa akan datang.


9. RUJUKAN Buku teks Hisyam Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad, 2017 Geografi tingkatan 1, ERA VISI SDN.BHD.


10. LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version