The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77028478, 2021-02-03 10:03:33

PERKEMBANGAN SEKSUAL SEKUNDER

PERKEMBANGAN SEKSUAL SEKUNDER

UNIT 1

1.0 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF:
PERKEMBANGAN SEKSUAL SEKUNDER

Standard Pembelajaran
 Mengetahui maksud perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal.
 Mengaplikasikan cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari

aspek fizikal.
 Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan dalam menangani

perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.
 Menilai perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder

Pada peringkat awal remaja, setiap remaja
perlu tahu cara untuk mengurus dan membuat
keputusan dalam menyesuaikan diri dengan
pertumbuhan yang berlaku pada aspek
fizikalnya. Remaja kebiasaannya obses dengan
perubahan tubuh badannya. Mereka juga
akan membandingkan dirinya dengan rakan
sebaya. Remaja perlu berkomunikasi secara
berkesan. Komunikasi berkesan dan
perhubungan yang baik dengan orang di
sekeliling dapat membantu mengurus
perkembangan seksual sekunder dari aspek
fizikal.

Perkembangan seksual sekunder
ialah perubahan pada tubuh
yang terjadi pada permulaan akil
baligh yang melibatkan
perkembangan dan perubahan
aspek fizikal dan emosi.
Murid perlu pandai mengurus
perkembangan seksual sekunder
dari aspek fizikal dan berkemahiran
membuat keputusan dalam
menangani perubahan emosi.

Perkembangan Sekunder daripada
Aspek Fizikal

MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

suara bertambah garau pinggul dan payu
dara mereka mula
ketinggian meningkat membesar

misai dan janggut mula jerawat mula
tumbuh tumbuh di muka

saiz otot membesar suara semakin
lunak.
tekstur kulit menjadi
kasar.

Perkembangan Sekunder daripada
Aspek emosi

 murid mudah berasa sensitif seperti cepat berasa tersinggung, marah,
merajuk dan sedih.

 Oleh itu, murid perlu pandai mengurus dan menangani perubahan emosi.

Kebersihan anggota badan hendaklah
sentiasa dijaga dalam kehidupan
seharian. Anggota badan yang bersih
akan menampilkan diri yang kemas dan
bersih. Bersihkan bulu-bulu yang
terdapat pada anggota badan.
Contohnya membersihkan bulu ketiak
dengan mengikut langkah-langkah di
muka surat sebelah.

CARA MENJAGA KEBERSIHAN DAN MENGELAKKAN BADAN BERBAU

Elakkan mencukur bulu ketiak. Ini boleh menyebabkan iritasi iaitu kulit ketiak boleh
melecet dan terjadi infeksi di kawasan ketiak seperti luka kecil.

MASALAH MUKA BERJERAWAT


Click to View FlipBook Version