The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77028478, 2021-02-28 12:48:26

PJPK T1 PEERS 3.0

PJPK T1 PEERS 3.0

PENYALAHGUNAAN
BAHAN: PENGARUH
ROKOK, ALKOHOL
DAN DADAH

Standard Pembelajaran

Memahami pengaruh rokok, alkohol dan dadah
kepada diri, keluarga serta masyarakat.

Mengaplikasikan kemahiran mengelak diri daripada
pengaruh rokok, alkohol dan dadah.

Menganalisis kesan bahaya asap rokok kepada
perokok pasif

Menilai taraf kesihatan individu yang terlibat dalam
kegiatan merokok, pengambilan alkohol dan dadah.

2

“Rokok, alkohol dan dadah ialah
bahan yang boleh mengkhayalkan
dan memabukkan. Rokok, alkohol
dan dadah akan menyebabkan
gangguan kesihatan seperti
hilang pertimbangan, cepat
marah, bertindak agresif dan
mungkin hilang kewarasan akal.

3


Amalan gaya hidup sihat tanpa
rokok, alkohol dan dadah dapat
menghindarkan diri daripada
penyakit berbahaya. Hargai
serta sayangi diri. Elakkan diri
daripada pengaruh rokok,
alkohol dan dadah.

4


Jalani hidup seharian dengan
aktiviti bermakna dan berfaedah
seperti beriadah bersama
keluarga dan menyertai aktiviti
kemasyarakatan.

5

Kempen Hidup
Sihat Tanpa

Rokok, Alkohol
dan Dadah

6

7

Hidup sihat tanpa
rokok, alkohol dan
dadah

8

Kesan penyalahgunaan bahan 9

⦁ Pengaruh penyalahgunaan bahan ini boleh
menjejaskan sistem tubuh badan.

⦁ Selain itu, bahan ini juga memberi kesan kepada
keluarga dan masyarakat.

⦁ Contohnya berlaku pembaziran wang,
meningkatkan risiko kepada masalah sosial
seperti jangkitan HIV dan pelbagai penyakit
berbahaya.

⦁ Kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan
yang besar untuk kos rawatan dan pemulihan
kepada perokok, pemabuk dan penagih.

Kemahiran untuk menjauhi bahan
yang berbahaya

⦁ Pertama, kita perlu tetapkan pendirian dengan
menolak jika ditawarkan bahan ini.

⦁ Kedua, kita harus gunakan kaedah komunikasi
berkesan seperti menghadiri kempen dan
ceramah mengenai penyalahgunaan bahan.

⦁ Ketiga, kita juga perlu tahu memilih aktiviti dan
rakan yang baik.

Melalui kemahiran ini, kita dapat mengelak
daripada terlibat dengan perbuatan merokok,
penagihan alkohol dan dadah.

10

Pengaruh dadah

⦁ Dadah perlu dijauhi sebab kesannya buruk
terhadap individu, masyarakat dan negara.

⦁ Antaranya menyebabkan keruntuhan akhlak,
kegagalan dalam pelajaran, prestasi kerja
terjejas, tersisih daripada masyarakat,
keruntuhan institusi kekeluargaan, dan boleh
menjejaskan tahap kesihatan.

11

Kesan ketagihan
merokok

13

14

Kesan ketagihan
dadah

16

17

Kesan ketagihan
alkohol

19

20

Kesan Bahaya
Asap Rokok
kepada Perokok
Pasif

Perokok pasif ialah mereka yang tidak
merokok tetapi terdedah kepada asap
rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam
masa dua hari untuk tempoh seminggu
(WHO).

Asap rokok pasif ialah gabungan asap
rokok aliran sisi (dari bahagian yang
menyala) dan asap rokok aliran utama
yang dihembus keluar oleh perokok.

22

Kajian menunjukkan perokok pasif
mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk
mendapat kanser paru-paru dan 25%
lebih tinggi untuk mendapat sakit jantung

Asap rokok pasif akan terkumpul lebih
cepat di kawasan tempat kerja yang
tertutup seperti di pejabat, hotel,
restoran dan di dalam pengangkutan
awam.

23

Glosari

WHO (World Health Organization) - 24
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
ialah sebuah agensi khusus di
bawah Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) berkenaan dengan kesihatan
awam antarabangsa.

Find more maps at slidescarnival.com/extra-free-resources-icons-and-maps


Click to View FlipBook Version