The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77028478, 2021-02-14 04:15:29

PERTOLONGAN CEMAS TOTAPS

PERTOLONGAN CEMAS TOTAPS

CIKGU DANIAL
PJPK TINGKATAN 2



STANDARD PEMBELAJARAN

•• Menerangkan prinsip dan prosedur
T.O.T.A.P.S.
•• Mengaplikasikan prinsip dan prosedur
T.O.T.A.P.S.
•• Menilai tindakan yang diambil semasa
melaksanakan prosedur T.O.T.A.P.S.

• Pertolongan cemas atau bantuan permulaan
merupakan prinsip dan prosedur yang digunakan
untuk individu yang masih dalam keadaan sedar atau
tidak sedar.

• Di samping itu, unit ini memfokuskan kepada prinsip
dan prosedur T.O.T.A.P.S. serta tindakan yang
bersesuaian mengikut situasi kecemasan.

• Selain T.O.T.A.P.S. , terdapat beberapa jenis
pengurusan kecederaan seperti R.I.C.E. dan D.R.A.B.C.
yang dapat membantu mengenal pasti panduan untuk
mengaplikasi dan mengurus kecederaan.

Ingatlah! Melakukan aktiviti
memanaskan badan (warm-up)
dengan teratur dan mencukupi
merupakan langkah awal yang dapat
membantu mengelakkan
kecederaan kepada kita.

Prosedur T.O.T.A.P.S.

•Prinsip pertolongan cemas ini diaplikasikan
kepada individu yang mengalami kecederaan
dan mangsa berada dalam keadaan sedar.
•Prosedur ini khusus untuk memastikan kita
mengikut langkah demi langkah dalam
mengurus atlet atau pemain yang mengalami
kecederaan.



MARI KITA LIHAT
SATU PERSATU

Talk

• Bercakap dengan mangsa
• Tanya mangsa mengenai

kecederaan yang dialaminya

Observe

• Bercakap dengan mangsa
• Perhatikan dan periksa

tempat kecederaan mangsa.
• Pastikan tahap kecederaan

mangsa.
• Jika kecederaan yang berlaku

agak serius, prosedur
seterusnya tidak perlu
dilakukan. Mangsa perlu
dirujuk ke hospital atau pakar
perubatan.

Touch

• Sentuh bahagian yang disyaki
mengalami kecederaan
dengan berhati-hati.

• Maklumkan kepada mangsa
terlebih dahulu untuk
mengelakkan daripada mangsa
terkejut dengan sentuhan yang
akan dilakukan.

Active movement

• Minta mangsa melakukan
pergerakan aktif bagi
mengesan tempat dan
tahap kecederaan.

• Jika pergerakan terhad dan
sakit, mangsa perlu
diberikan rawatan.

Passive

movement

• Bantu menggerakkan
anggota mangsa yang
mengalami kecederaan.

• Jika mangsa menunjukkan
rasa sakit, mangsa perlu
dirujuk kepada pakar
perubatan.

Skill test

• Minta mangsa berdiri dan
melakukan ujian kemahiran
seperti melompat atau
berlari.

• Sekiranya mangsa berasa
sakit, bawa ke hospital atau
klinik untuk mendapatkan
rawatan.

• Jika mangsa tidak mengadu
kesakitan, maka boleh
meneruskan semula
aktivitinya.

Melakukan T.O.T.A.P.S.

(Contoh situasi)

• Kelab Rekreasi sekolah Amar telah mengadakan perkhemahan selama
dua hari di Air Terjun Sungai Rengit. Pada hari pertama perkhemahan,
Amar dan rakan-rakan telah diberi tunjuk ajar cara mendirikan
khemah, belajar memasak dan pada sebelah malam pula, mereka
diberi pendedahan tentang pertolongan cemas, iaitu T.O.T.A.P.S. Pada
keesokan harinya, mereka menyertai aktiviti kembara hutan yang
agak mencabar dan sangat meletihkan. Ketika dalam perjalanan
pulang ke tapak perkhemahan, Amar telah tergelincir dan terjatuh ke
bawah bukit.









Sila semak jawapan
anda sekarang.








Click to View FlipBook Version