The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77028478, 2021-02-08 13:40:37

IDENTITI DAN ORIENTASI SEKSUAL

IDENTITI DAN ORIENTASI SEKSUAL

UNIT 1

1.0 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Standard Pembelajaran

 Menghuraikan maksud identiti seksual iaitu setiap orang dilahirkan sama
ada sebagai lelaki atau perempuan.

 Menghuraikan maksud orientasi seksual iaitu keinginan seksual terhadap
berlainan jantina atau sesama jantina atau kedua-duanya sekali.

 Menjana idea cara untuk menangani kecelaruan identiti seksual dan
orientasi seksual yang bertentangan dengan agama serta budaya dalam
masyarakat Malaysia

 Menyatakan maksud kehormatan diri.

 Menganalisis kepentingan menjaga kehormatan diri dengan
mengamalkan kebersihan, keselamatan dan kesihatan.

 Menilai kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekiranya tidak
menjaga kehormatan diri.

Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi
kesejahteraan diri dan mental serta
ketiadaan penyakit yang berkaitan proses,
fungsi dan sistem reproduktif. Aspek ini
meliputi keupayaan untuk menjalani
kehidupan seksual yang betul dan selamat.

Unit ini menekankan kemahiran kecekapan
psikososial dalam mengenal pasti identiti dan
orientasi seksual serta kepentingan menjaga
kehormatan dan keselamatan diri. Di
samping itu, banyak pihak yang harus
memainkan peranan dalam memelihara
kesihatan, kehormatan dan keselamatan
individu sekeliling.

Identiti dan Orientasi Seksual

Identiti seksual melibatkan aspek psikologi dan ciri-
ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang
individu sama ada lelaki atau perempuan. Identiti
seksual biasanya merujuk kepada penerimaan
tingkah laku, sikap dan personaliti yang diwarisi,
yang boleh membezakan lelaki yang bersifat sasa
dan perempuan yang berciri lemah lembut.

Orientasi seksual pula merupakan
kecenderungan identiti personal terhadap
seksual tertentu yang akan mencerminkan
diri individu sama ada terarah kepada
heteroseksual, homoseksual atau biseksual.
Setiap individu mempunyai orientasi seksual
masing-masing. Biasanya, setiap individu
akan tertarik secara seksual terhadap
pasangan berlainan jantina. Seseorang
remaja akan menyimpan perasaan
terhadap seseorang dan mungkin
bertindak mengikut perasaan tersebut.

ORIENTASI SEKSUAL

 Heteroseksual ialah tarikan seksual terhadap pasangan
yang berlainan jantina.

 Biseksual pula ialah tarikan seksual terhadap kedua-dua
jantina.

 Homoseksual merupakan tarikan seksual terhadap
jantina yang sama.

Kecelaruan Identiti Seksual

Terdapat beberapa cara bagi remaja
menangani masalah ini, iaitu dengan
mengelakkan cara hidup yang tidak baik
seperti suka berfoya-foya. Selain itu, mereka
juga perlu bergaul bersama rakan-rakan ke
arah yang positif dan mengelakkan daripada
terjebak dengan rakan-rakan yang tidak
berakhlak. Mereka juga boleh mengelakkan
daripada menggunakan media sosial untuk
perkara-perkara yang negatif.

Keluarga khususnya ibu bapa perlu memainkan peranan bagi
menangani isu ini. Antaranya, memberi nasihat dan bimbingan
yang secukupnya. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka
untuk melakukan kebaikan serta mengamalkan budaya hidup yang
sihat. Mereka perlu memantau pergaulan anak-anak, cuba
mengenali rakan anak-anak serta memisahkan mereka ke
persekitaran yang lebih selamat sekiranya anak-anak mereka
terlibat dengan gejala ini. Anakanak remaja perlu diberikan
pendidikan agama yang mencukupi agar mereka tahu
membezakan hukum halal dan haram sesuatu perbuatan yang
dilakukan. Sememangnya semua agama sangat mementingkan
perbuatan dan tingkah laku yang baik serta memberi panduan
tentang cara hidup yang betul.

Kehormatan Diri

 menjaga keselamatan diri dengan memakai pakaian yang bersih dan
sesuai, tidak mencolok mata bagi mengelakkan diri daripada niat jahat
orang terhadap kita.

 mengelakkan diri daripada berkongsi pakaian, tuala, sikat atau peralatan
lain agar sentiasa terhindar daripada penyakit.

 menjaga kebersihan diri untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan
selamat dalam keluarga dan masyarakat serta dapat meningkatkan
maruah dan kehormatan diri.


Click to View FlipBook Version