INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PAKK 1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama : NUR FATIHAH BINTI ISMAIL No. K/P : 030114-08-0836 Angka Giliran : 2022232310166 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK B Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL GHANI BIN ABDUL HAMID Tarikh Hantar : 16 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
2 PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyelesaikan tugasan penulisan esei saya untuk subjek Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK1094) dalam tempoh yang telah ditetapkan. Banyak manfaat yang saya perolehi sepanjang saya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini. Namun, semestinya saya tidak mampu menyiapkan tugasan ini tanpa bantuan daripada beberapa pihak yang sudi memberikan kerjasama terhadap saya. Pertamanya, sekalung penghargaan saya tujukan buat pensyarah saya untuk subjek ini iaitu Tuan Haji Abdul Ghani Bin Abdul Hamid. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana telah banyak memberi bimbingan kepada saya dalam menjayakan tugasan ini. Beliau telah memberi saya dan rakan-rakan penerangan berkenaan tugasan ini dengan sangat jelas dan mudah untuk difahami. Beliau juga telah banyak menyumbangkan idea kepada kami sepanjang tugasan dijalankan. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya iaitu kelas PAKK B dan tidak lupa juga kepada kelas PAKK A kerana telah mengamalkan sikap bantu-membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Kerjasama yang dihasilkan menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, saya juga tidak lupa kepada keluarga saya dimana mereka sentisa memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada saya walaupun berjauhan. Ibu bapa saya sering memperingatkan saya supaya menyelesaikan tugasan ini dengan lebih awal supaya saya boleh menghantar tugasan ini tepat pada masanya. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan saya ini mampu menarik minat pembaca. Yang baik itu datang daripada Allah SWT, dan yang kurang itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian terima kasih. ------------------------------------- NUR FATIHAH BINTI ISMAIL P22232771
3 ISI KANDUNGAN halaman Muka hadapan 1 Penghargaan 2 Isi kandungan 3 1.0 Pengenalan 4 2.0 Banding beza kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Taska Dan Tadika yang diguna pakai masa kini. 2.1 Persamaan 2.1.1 Mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 4 2.2 Perbezaan 2.2.1 Matlamat 5 2.2.2 Objektif 5, 6 2.2.3 Bidang Pembelajaran 6, 7 3.0 Penutup 7 Rujukan 8
4 1.0 PENGENALAN Di Malaysia program pendidikan awal kanak-kanak juga merupakan aspek penting dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun (Fauzi Kassim, 2015). Dapat dilihat kewujudan program pendidikan awal kanak-kanak ini dengan penubuhan prasekolah, taska, tadika atau tabika. Setiap program pendidikan awal kanakkanak mempunyai kurikulum tersendiri. Kurikulum adalah perancangan dan kerangka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan yang dibentuk sebagai panduan atau dalam erti kata yang lebih mudah adalah manual penggunaan. Jadi seperti di Taska, mereka menggunakan kurikulum PERMATA, manakala di Tadika mereka menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Oleh itu, kurikulum PERMATA dan KSPK menjadi rujukan dan panduan para guru di Taska dan Tadika. 2.0 BANDING BEZA KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK YANG DIGUNAKAN DI TASKA DAN TADIKA YANG DIGUNA PAKAI MASA KINI. 2.1 PERSAMAAN 2.1.1 MENCAPAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Walaupun taska dan tadika menggunakan kurikulum yang berbeza namun, kedua-dua kurikulum masih berfokus untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK). FPK merupakan sebuah dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Jadi, dalam FPK , pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Nurfahmi Mohamed, 2011). Oleh itu, kurikulum PERMATA dan KSPK ini dibentuk bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Setiap aspek kandungannya mestilah mempunyai hubungkait dengan FPK tersebut.
5 2.2 PERBEZAAN 2.2.1 MATLAMAT Kedua-dua kurikulum ini mempunyai matlamat yang berbeza. Untuk kurikulum taska, matlamatnya adalah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal vang bersepadu untuk kanak-kanak vang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman pembelajaran yang berkualiti, untuk melahirkan modal insan negara yang mempunvai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Manakala kurikulum KSPK bertujuan untuk memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menveluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menvuburkan serta aktiviti pembelaiaran vang menveronokkan, kreatif, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positit pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadi jelas menunjukkan bahawa kurikulum PERMATA lebih kepada asuhan manakala kurikulum KSPK pula kearah didikan. 2.2.2 OBJEKTIF Setiap kurikulum yang digunakan mempunyai objektif tersendiri yang perlu dicapai. Seperti dalam Kurikulum PERMATA, objektif utama adalah untuk memastikan kanak-kanak mampu membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil. Selain itu, kemampuan membina kemahiran bersosial, interpersonal dan intrapersonal yang baik untuk membolehkan kanak-kanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya. Seterusnya, membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam bahasa Melayu, bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan, keselamatan diri dan gaya hidup sihat. Melatih kanak-kanak mengurus dir sendiri sehingga mereka yakin bahawa mereka mampu berdikari, dan boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri. Di samping itu, objektifnya juga adalah untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta
6 perkembangan fizikal yang mapan. Serta, mampu untuk membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian. Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain, meneroka, mencuba idea baharu, mengeksperimen, dan mencipta, sama ada di dalam atau di laur kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran mereka. akhirnya, ia mempunyai objektif untuk membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Manakala, KSPK mempunyai objektif untuk Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Selain itu, mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam, mengamalkan nilainilai murni masyarakat Malaysia, menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat , menyayangi dan menghargai alam sekitar. Selain itu, objektifnya adalah untuk mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri, mengembangkan daya kreatif dan estetika. Serta, mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dan akhir sekali, kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Jelas sekali, kedua-duanya mempunyai objektif yang berlainan kerana peringkat Taska lebih rendah berbanding peringkat Tadika. 2.2.3 BIDANG PEMBELAJARAN Kedua-dua kurikulum ini juga mempunyai bidang pembelajaran yang berbeza. Kurikulum PERMATA Negara yang digunakan di mempunyai 6 bidang pembelajaran iaitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan awal matematik dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran; perkembangan fizikal; dan perkembangan kreativiti dan estetika. Oleh yang demikian, semua bidang ini akan diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak ketika mereka berada di Taska. Sebagai contoh, bidang perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian akan mendidik kanak-kanak mengawal emosi serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Oleh itu, kanak-kanak akan timbul perasaan kesian kepada rakannya yang dalam kesusahan dan akan memberikan bantuan pertolongan. Dari segi emosi pula, kanak-kanak sudah pandai menunjukkan sesuatu
7 perasaan seperti perasaan gembira apabila seseorang memberikan mainan. Pada masa yang sama, kurikulum di taska mengajar mereka untuk memelihara kesihatan mental dengan memastikan emosi yang stabil. Manakala bagi bidang pembelajaran KSPK, terdapat 6 tunjang utama iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan estetika, tunjang sains dan teknologi, dan tunjang kemanusiaan. Oleh itu, keenam-enam tunjang in merupakan domain utama vanq menvokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan aktiviti-aktivit yang memberi kesan secara holistik. PENUTUP Kesimpulannya, Kurikulum PERMATA Negara yang digunakan di Taska dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digunakan di Tadika banyak memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak. Maka, perhatian, penelitian dan pemantauan secara berterusan adalah perlu bagi memastikan hasrat kurikulum yang digariskan dapat mencapai sasarannya (Nazri & Baizura, 2018). Oleh itu, kanak-kanak dapat berkembang dan membesar dengan persekitaran yang sihat dan selesa. Tambahan lagi, kurikulum ini lebih kepada memberi persediaan serta memperkenalkan kepada mereka tentang pendidikan dan kehidupan yang mereka akan alami pada masa hadapan. Justeru, ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak mereka ke taska ataupun tadika ketika mereka berusia 0-6 tahun sebagai persediaan sebelum memasuki darjah 1. Oleh yang demikian, anak-anak tidak akan berasa terkejut apabila masuk ke dariah 1 kerana mempunyai pengalaman dan persediaan yang rapi.
8 RUJUKAN Adnan, M., Ayob, A., Tek, O. E., Ibrahim, M. N., Ishak, N., & Sheriff, J. (2016). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak-kanak: Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(1), 29-36. Chicago http://journalarticle.ukm.my/9799 Kassim, N. F., & Jalal, F. H. A. (2015). Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan Modul pendidikan akhlak: Isu dan cabaran masa kini. In Seminar Penyelidikan Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://www.researchgate.net/profile/Nor Kassim/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAKKANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI/li nks/573f3d0e08ae9f741b321b36/KURIKULUM-PENDIDIKAN-AWAL-KANAK-KANAKDAN-MODUL-PENDIDIKAN-AKHLAK-ISU-DAN-CABARAN-MASA-KINI.pdf Mohamed, M. N., Yusof, M., Hamzah, R., & Udin, A. (2011). Kemantapan Penghayatan Guru Terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan Asas Membangunkan Guru Cemerlang. Journal of Edupres, 1, 271-278. Chicago https://www.academia.edu/download/6847430/joe-1-2011-033.pdf Rahman, M. N. A., & Noor, W. N. B. W. M. (2018). Pelaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan semakan 2017: Retrospeksi guru. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(3), 59-71. http://mojes.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/12325